Thursday, January 3, 2019

Hal Joni


“Alamak, aku dah lambat ni” kata Joni.

Dicapainya baju 3 butang lengan yang bersangkut di kerusi. Joni cepat2 mencapai kunci motornya yang terletak berdekatan dengan segala kotak2 yang mengeluarkan gambar dan bunyian. Bermacam saiz kotak, besar kecik, besar kecik.

Pangggg!!!!

“Aduh” Joni duduk meraba ibu jari kaki.

Terlentang cello di sebelah gerobok vinyl Abah.

“Mak, Mak punya cello ni, Joni rasa boleh alih tempat lain. Hari itu Tompok main cak cak dengan Shin Chan. Hari ini kaki Joni lebam Mak. Hahaha” Joni beritahu sambil gelak-gelak.

“Saja Mak letak situ. Tengok kau tolong alih ke tidak. Hahaha” gelak Mak pulak.

“Jangan lupa tutup kain sangkar si Comot tu. Kang sejuk anak-anak dia.” sambung Mak.

“Ok, Joni pergi dulu Mak”

“Joni, ingat pesan Mak ya,”

Deruan motorsikal Joni membelah suasana malam. Aku mesti jadi gentleman. Aku mesti kena sampai dulu,” bisik Joni dalam hati.

Sesampainya di café, Joni pesan air masak. Sebelum makan, kena minum air masak dulu kan?

Air di dalam gelas Joni belum sampai dan dia sampai. Joni hampir tidak sedar dia sekarang berada di depan mata.

“ Assalamualaikum” ucapnya.

“ Walaikumussalam” jawab Joni.

Usai dia duduk, 30 detik berlalu. Tik tik tik.

Joni merenung pada mata coklatnya, “Kita order dulu, boleh?”

Joni melambai pada pelayan.

Skret. Skret. Skret. Pelayan menulis pada nota kecik dan mengulang semula orderannya.

So, tell me who you are” tanyanya

“Saya kerja editor,” kata Joni

Tell me who you are,really” tanya dia sambil tersenyum.

“Saya tahu awak mesti seorang editor yang rajin walaupun yang kadang-kadang awak benci 
dengan kerja awak disebabkan senior editor yang no-nonsense, manager yang merepek, 
colleague yang kepoh dan customer yang kuat komplen. Tapi dalam hati awak, awak cuba yang terbaik sebagai editor. Itu tidak dinafikan. Kita semua akan cuba yang terbaik. We are not a psychopath who try to ruin the company unless you hold a grudge to them. You maybe a dedicated engineer, lawyer, surgeon, teacher but you are not your job. You are bigger than your life,“ dia bercerita.

I am anarchist who loved cats and like doing sculpture and vintage sidecar enthusiast”.

Joni semacam menarik lega selepas menghembus kata2 itu.

Dia tersenyum lagi.

Dan 2 jam berlalu dengan pantas.

Kedengaran lagu I Can’t Get Started nyanyian Ella Fitzgerald mula memenuhi suasana Café Bouchon.

No comments:

Post a Comment