Saturday, August 13, 2016

Ke Taman Negara Di Bulan May Jugak 2

Pagi dengan kabus dan sejuk. Nampak pokok merimbun dengan kelihatan sungai mengalir di celah ruang nampak antara pokok. Memang damai. Dengan ditambah katil empuk, mahu tidur lagi rasenye. Bila datang di sini mahu menikmati alam bukan menikmati tilam yang empuk. Eh. Time kami, ada masalah air pulak yang mengganggu. Mandi awal pagi sebelum episod penjimatan air bermula. Katenye tangki yang menyimpan air senget ke hape. Problem ar tu. Aku rileks. Tak perlu marah2. Mandi awal pagi. Atau kumpul air baldi sorong ke bilik air. Pengalaman duduk di asrama memang mengajar erti ketabahan. Setiap kali aku duduk asrama mane, pengalaman angkut baldi tu memang wajib. Boleh membina muscle secara percuma. Hendak tak hendak terimalah peluang keemasan ini. 
Selesai bersarapan, kami bertolak naik truck comel dan turun di stesen seperti biasa kemudian bergerak ke jeti bot untuk menyeberang Taman Negara. Pagi ini hiking di Taman Negara! Jalan biasa2, hirup udara, ambik masa kau untuk lihat sekeliling. Bau pokok, hidu bunga mengembang, bau tanah. Mungkin cacing sudah mahu bekerja, burung bangun pagi berkicau mencari rezeki. Kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Kejap2 berhenti untuk mendengar penerangan daripada abang Andy pasal flora dan fauna. Berkenalan dengan pokok. Abang Andy ade bercerita pasal minuman Tongkat Ali, Tiada Tongkat Ali sebenar dalam 3in1 ke, 10in1. Minum habuk kayu saja rupanya. Cara sebenarnye adalah sedikit rumit berbanding dengan apa yang sangkakan. Rasenye memang pahit gila. Kau rase pengusaha nak buat ke cara rumit2 sebegini. Orang yang jujur saja buat begini. Lagi nak buat secara besar2an. Orait, saba2. Meneruskan perjalanan dan pagi itu jumlah orang pada hari itu boleh tahan jugak. Abang Andy ade tanye jugak di persimpangan dilema samada nak meneruskan perjalanan atau amek route untuk pulang balik.Persimpangan ape aku tak ingat namenye tapi yang pastinya setiap manusia yang mahu meneruskan perjalanan mesti melalui simpang tersebut. Aku panggil persimpangan dilema. Dilema nak naik ke nak turun balik.
Semakin lama semakin tinggi pulak sudut perjalanan hiking ni. Aku pulak bawak air tak cukup penuh. Jawab sendirilah nampak gayenye. Ada tangga pulak. Besi bertukar kayu. Yang kayu berjarak kelebaran yang besar berbanding besi. Mengerakah jugak panjat tangga ni, yelah dah lama tak hiking woi. Kami berhenti jugak untuk menghilangkan lelah. Kunyah gula2 atas ehsan si Peroz. Kemudian sampai sekumpulan muda remaja, jugak berehat berhampiran kami. Aku biasalah mana rajin sangat nak berbual. Lebih gemar merenung pokok, menghayati bunyi mergastua. Kahkahkah. Takdelah. Kena ade orang mula dulu baru aku start. Aku ni pendiam orangye. Sudah2 la bercerita tentang diri sendiri. Ada jugak budak2  rombongan mendaki bukit seperti kami dan berehat bersebelahan kami tapi kami tak pulak bersuaikenal. Ok2. Sambung meneruskan perjalanan kami. Tangga besi lagi curam gamaknya. Dalam pertengahan jalan, Kak Pia tercedera. Kecederaan lama dahulu terganggu.Syukur perjalanan masih boleh diteruskan. Aku bab bila naik tangga ni, kena lagi cepat sebab bila lambat lagi kau penat. Sebab itu aku lebih prefer jalan tanah. At least kau boleh berpaut pada pada akar kayu atau batang pokok. Makin lama tangga makin tinggi. Sesetengah tangga dimamah usia, sedikit terkehel, senget bengot. Almaklum tangga besi. Nasib baiklah beringat bawak bekal minyak. Tapi Kak Pia kuat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Parah jugak bila diingatkan kalau siapa yang kena pikul tapi mana boleh orang susah kau kena tolong. Kerja. Sama. 
Kami sampan ke checkpoint terakhir iaini jalan bertangga berakhir. Abang Andy pesan, sape nak terus, terus. Takde paksaan untuk meneruskan perjalanan. Jalan memang bertanah lepas tu. Di sana boleh lihat puncak Gunung Tahan. Alang2 sampai sini, jalan terus sampai habis. Wan, Ijat, Ammar, Zaid, Merin dan aku meneruskan perjalanan ke penghujung trail. Takdelah jauh sangat rupanya. Dan memang ramai betul kat atas sana. Aktiviti wajib memang menangkap gambar. Sayup2 mata memandang puncak Gunung Tahan. Hijau daun dan langit biru. Time ni jugaklah gambar dalam kamera aku penuh. Saba aje aku. Ah, kena cek satu2 gambar yang mau didelete. Setel sesi memang mangambil kami meneruskan perjalananan. Biasalah turun memang lagi laju. Sambung pulak ke tempat menaiki ke jambatan gantung. Ramai jugak orang menunggu untuk menaiki jambatan gantung. Ade jugak jualan air, aku rase memang mahal la tu. Tunggu takdela lambat sangat. Oklah tu, dapat tiket sorang satu, satu2 mula jalan. Dan memang tak boleh ramai2 dalam satu barisan di jambatan. Kadangkala berhenti di kanopi untuk mengambil gambar dan melihat pemandangan. Bagi jiwa tenang sebentar. Kalau jiwa tak tenang itu gayatnya. Salah seorang kawan kami ade sedikit gayat, tapi tetap meneruskan perjalanan. Ini gua respek. Almaklum, setiap peringkat kanopi makin tinggi. Setel jugak. Jalan tengok bawah memang rase nak terjun saje kau rase. 
Selesai, kami mengambil gambar lagi di petak permulaan mase masa turun bot semasa menunggu bot datang. Berehat sebentar di bawah pokok berdekatan opis pelancongan sementara menunggu jeep comel untuk membawa kami pulang. Balik makan, solat, berehat sebentar dan kemudian turun ke sungai di bawah untuk aktiviti seterusnya, rapid shooting dan kunjungan ke kampung orang asli. Pada mulanya, aku sebenarnya tak paham rapid shooting membawa maksud ape. Menembak ape. Bot berbentuk tirus panjang mengambil kami di tebing sungai. 2 bot datang, satu dipandu Abang Andy dan satu dipandu kawan beliau orang asli.  Aku tak ingat name ape. Tapi yang penting dia mesti tersengih bila bercakap. Abang Andy prefer bot yang kurus ini dari dari bot berbumbung untuk kami buat rapid shooting katenye sebab lebih thrill. Yang lagi bijaksanenye aku tak bawak selipar. Memang basah habislah kasut aku. Tak syak lagi. Siap life jaket, kami memulakan perjalanan. Paras air agak cetek. Kadang2 lalu di kawasan jeram cetek, mengelak2 jugak dari terkena batu. Bila masuk scene drift bot, macam mandi terus aku rase. Kuyup dan lencun. Terimalah kenyataan bahawa kasut kau tak boleh diselamatkan lagi Nabihah. Is duduk di bahagian depan kami memegang pendayung sebagai penambah perisa untuk ketinggian percikan ombak sungai. Pendayung adalah senjata utama di sini. Lama2 sejuk pulak kau rase bila dikecebur2 dengan air sungai. Peh, mandi air sungai tanpa masuk dalam sungai. Power betul.
Sampai di Bukit Dedari untuk melawat kampung orang asli. Kasut aku biarkan di dalam bot dan aku berjalan kaki ke perkampungan mereka. Ade jugak sekumpulan2 datang melawat di situ. Ini macam lawatan sambil belajar. Back to basic. No electric, no pipe water. You and the nature. Nampak macam simple tapi bagi kite susah sebenarnye. Pengenalan asal usul orang asli di sini oleh penerangan Abang Andy. Orang asli di sini semua pemalu. Hmm duduk dalam hutan lagi malu2 rupanya.Belajar membuat api sambil demo daripada orang asli itu sendiri. Bercerita pasal sejarah orang asli, aktiviti orang asli dan komuniti diorang. Dah memang gelap, romantik saja engkau, kata Abang Andy. Kalo malam, kiralah bintang. Kate aku. Dalam hatilah.  Dalam pada itu, kerusi panjang aku tu aku perati je lagi jauh. Dah condong 30 darjah jugak aku tengok. Power jugak Abang Andy bercerita sampai plot kemuncak sampai rebeh kerusi tersebut. Maka tamatlah riwayat kerusi panjang tempat tersebut. Takpelah, mungkin boleh bagi keje pada orang asli di situ. Dasyat sungguh penangannya. Isy2. Jangan risau semua mempunyai tindakan refleks yang bagus. Belajar jugak cara menyumpit. Yang menyumpit kena pada aim, disarankan tinggal di sini pesan si Edzar. Yang menjadi mangsa sumpitan kami adalah patung lembut Angry Bird, kalau tak silap aku. Angry Bird takpe, jangan cedera ke lain udahlah. Kami sempat jugak meninjau kawasan2 perumahan orang asli. Comel2 jugak anak org asli di sini. Nak ambil gamba barang sekeping dua, payah jugak bila dorang pemalu ni. Last2, dapat jugak bergambar bersama2 orang asli. Kami turun ke tebing sungai untuk mandi! Eh, cetek rupenya. Air takat lutut rupenye! Bahagian yang ingatkan dalam rupenye cetek. Hujan mula turun rintik2. Hah! Ape lagi, kecebur!. Tangkap jugak beberapa aksi bernilai untuk dikumpulkan. Sesi penggambaran video klip rock kapak jenis sopan. Syok jugak mandi sungai ni ye. 
Hujan mula turun renyai2. Episod riang ria bersama air bermula. Semua benda tak dapat memang tak dapat diselamatkan. Aku mula membayangkan balik esok hari dengan kasut basah. Skang ni memang kaki ayam saje aku. Ok2, balik2 hujan dah mula turun. Boleh tahan lebat jugak. Air sungai mula naik dan keadaan air mula gocah. Dengan hujan lebat begini, lagi dasyat rapid shooting. Fiza standby dengan pendayung untuk perisa tambahan acara ulangan rapid shooting. Kami dah seperti kanak2 riang ria menyambut hujan dengan tarian hujan. Tak2. Ini cuma scene dalam dokumentari yang entah mane aku tengok.Aku rase ini memang 2in1 ni. Mandi hujan dan mandi sungai. Sejuk jangan cakaplah. Mengigil2 macam gigit air batu. Aku mula memerhati air sungai yang habis dihentak air hujan yang tak berhenti2. Dalam kekacauan begini, masih jugak rase tenang. Sedar tak sedar sampai sudah sampai di tebing, budak2 laki sambung lagi mandi sungai cuma dipesan oleh pakcik jangan ke tengah sangat. Naik atas untuk mencuci diri. Singgah sebentar di kafe menjenguk dulang makan. Peh, ade roti. Ada toaster. Dah sejuk, lapa pula. Siap roti bakar sapu jem. Maggi pon sempat buat. Sedang makan, dorang naik bukak periuk. Semua lapar. Kenyang, sambung mandi mencuci diri di telaga plastik besar. Macam kat umah saje.Pakcik yang concern bagi aku pinjam selipar. Besar pon besarlah. Terima kasih, Pakcik!. Peh, segar bugar rasenye. Gayung demi gayung dicurah. Lalalala!
Aku rase malam semua orang kepenatan. Malam selepas hujan. Malam selepas bersuka2, bertenang dan mandi manda. Baik tidur ye dak. Kroih kroih. Tapi kami, Merin dan aku mengambil keputusan untuk aktiviti safari malam. Alang2 dah sampai ke sini, layan saja semua aktiviti di sini. Kang boring pulak takde aktiviti nak dibuat. Lepas hujan memang sedap tidur tapi kalau boleh tidur. Kang terkebil2 layan kelekatu. Selesai makan malam, kami bersiap2 untuk menunggu untuk naik jeep comel yang akan datang mengambil kami. Nampaknye kami berdua duduk di belakang dalam pekat malam. Aku memerhati keadaan sekeliling. Aku tahu memang ade mata2 memerhati. Fuh, angin malam selepas hujan memang sejuk. Kami dibawa dahulu ke tempat kaunter pendaftaran seperti biasa. Mungkin ade satu kumpulan yang akan join kami. Takkanlah orang Taman Negara nak bawak semata dua ketul manusia saja maka joinlah sekumpulan pelancong daripada India dan 2 orang budak perempuan. Aku rase satu keluarga ni. Dengar macam Bombay, dari  ape yang aku dengar dari perbualan kawan aku. Ok, cuma kami dengan keluarga itu untuk menikmati aktiviti safari malam. 
Brader yang bawak kami dikenali dengan brader ape ntah name dia. Name sikit2 macam name Indonesia. Biasalah, diorang memang mesra dengan sesame mereka. Brader duduk atas kepala jeep comel seperti berteleku. Kami dan brader senyap saja melayan perasaan masing. Hanya kedengaran suara mereka di belakang. Pukul 9 sudah sunyi. Angin malam jangan cakaplah, memang peh, peh la menyapu pipi. Safari malam di dalam kebun sawit di pinggir hutan. Kelajuan diperlahankan. Kali ini lebih senyap, hanya bunyi tayar dan enjin membelah tanah. Kedengaran jugak sikit bunyi2 orang di belakang. Dalam suasana malam, ada jugak bunyi fauna2 ke serangga malam. Brader ade pesan yang malam itu pada kami yang hewan akan dilihat adalah burung hantu, babi hutan dan kucing hutan. Kejap2 berenti dan brader tu menyuluh sekeliling. Ade nampak jugak burung hantu comel tengah tido. Kasihan, silau mate dia kami suluh. Malam memang gelap pekat. Kawasan kelapa sawit ni mengingatkan umah aku yang di kelilinggi kelapa sawit. Sunyi tapi kadangkala diselangi bunyi serangga malam agaknye. Jeep comel bergerak perlahan memecah kesunyian malam sambil bersiar-siar di dalam kelapa sawit sambil membawa manusia yang separuh lost, separuh menghargai kesunyian dan separuh tak memikirkan apa-apa. Aku sebenarnye memang balik ke kampung aku semula cuma area sini lagi semak dan berdekatan hutan. Sebenarnye di belakang umah, abah aku kuceng hutan pon boleh jumpe agaknye, ular sawa. Sapa mau masuk di belakang umah tu. Huhu. Tapi rusa takdelah kot. Dah dekat dengan punca air, memang sah la banyak binatang situ. Nak pegi belakang pon seram. Mungkin kalo bawak mat saleh dokumentari tak seram aku rase. Sudahla dengan kisah belakang umah aku. Itu boleh masuk cite lain kali. Malam ini nak kate bertuah sangat tu takdelah, tapi adelah bertuah sikit. Dapat berjumpa keturunan kuceng aku pon dah kira bagus. Mesti comel kan, boleh jadi pengawal umah aku ganti si Ferrari tu. Bila dah biasa duduk belakang umah kau macam mini zoo, kau menjadi sedikit alert. Padahal kawasan sekeliling gelap gelita. Ada satu momen aku yang alert abang tu, tapi atas bantuan suluhan abang tu jugaklah, aku melihat kelibat kuceng hutan comel dalam 300 kaki. Agak besar jugak. Keadaan padang yang telah ditebang pokok kelapa sawit menunggu ditanam semula membantu jugak. Selepas itu, ada jugak kuceng main cak2 dengan kitorang di sebalik batang kelapa sawit yang tumbang. Malam itu berakhir pada awal tengah malam dan kami pulang ke kapsul semula. Kelihatan Wan masih belum tidur ketika kami pulang. Kami berbasa basi sambil minum baki kopi yang ada. Kemungkinan Wan belom tidur dan yang lain sedang diulit mimpi. Mungkin Wan bermesej dengan kekasih hati. Mungkin diarah oleh ketua rombongan untuk menunggu kami pulang. Agaknya. Aku tidak bertanya. 
Bangun awal pagi, untuk mengelakkan air dicatu disebabkan kerosakan tong tadahan air. Kawan aku pergi mengambil gambar sebentar. Nampaknye kami pagi ini kami kene mengangkut air. Aku dan Merin pergi mengambil  air sambil ditolong Is gentleman. Tabah jugaklah kami membawa air turun dari bukit. Pagi2 sudah exercise. Ini kalo nak memerut ni mau kene tahan dulu. Namun aku telah mendapati ada orang telah bersatu dengan alam. Ah, jangan ditanya bersatu dengan alam itu apa. Mengerti sendiri sudah. Tidak perlu dinyatakan siapa. Yang penting selamat hendaknya. Kahkahkah. Dan yang penting mane kau nak dapat mandi 3 jenis air ni. Perigi moden, air sungai dan air hujan. Haa, mane nak dapat tu. Haha. Selesai sarapan, kami dikehendaki bergerak ke kawasan tar di seberang jalan disebabkan keadaan jalan yang agak merbahaya untuk masuk ke kawasan kami. Tanah lembik mungkin tak boleh nak grip itu tayar. Kang terjunam jeep comel, mak bapak sape nak jawab ni. Dan aku memulangkan selipar besar pakcik itu. 
Selesai semuanya, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Taman Negara. Kenangan tak ternilai. Masuk jalan utama, ternampak jugak kelibat rusa dan Merin nampak jugak gajah bersama anak sedang bermandi manda. Tertidur jugak aku dalam perjalananan. Berhenti sebentar di Genting Sempah untuk mengisi perut lapar. Hampir Asar jugak kami sampai di KL. Singgah dahulu di Muzium Kesenian Islam untuk menyelesaikan urusan mana yang patut dan kemudian Edzar bersama Ejat menghantar Merin dan aku ke KL Sentral.
Terima kasih Edzhar yang menguruskan aktiviti ini, Merin kerana memberi aku peluang menyertai jugak, Fiza, Kak Pia, Wan, Zaid, Is, Ejat, Fairuz dan Ammar. Terima kasih atas momen dan memori semua ni. Semoga Allah memberkati kita semua. God bless. Peh, macam rock star. Yang paling penting terima kasih kepada Allah yang Maha Esa yang memberi aku masa untuk peluang ini. Pada aku pergi tempat yang indah, kau perlu menghargai. Maaf, atas kelewatan memeram cerita ini  dan aku tak bagitau name spesifik untuk certain2 tempat. Maaf atas kekurangan cerita aku. Sebab tu aku suruh korang pegi sane! Hahaha!

Ke Taman Negara Di Bulan May Jugak 1

Biasalah aku, definisi bercuti adalah menenang2 jiwa. Memang terpikir jugak nature mana aku pegi kali ni. Sekali kawan aku, Marina offer aku nak ke Taman Negara. Peh, apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Aku memang dah lama nak ke Taman Negara. Dalam pikiran aku, at least penah pegi. Hutan hujan tropika tertua di dunia woi. Aku folo kawan seofis Marina. Aku membuat keputusan joinlah, asal aku pegi sana. Persediaan aku biasa2 saje. Aku target naik bas malam sampai KL subuh. Aku cuma beli tiket pergi saja sebab aku tak dapat agak pukul berape sampai KL balik. Beli tiket bas pon dah lambat, nak beli tiket tren memang tak dapatlah. Tiket tren memang cepat gila habis. Nampak gaya trend naik tren ni memang masih mendapat sambutan. Kalo naik tren, aku boleh sampai subuh betul. Kalo bas ni, sebelum dah sampai. Aku memikirkan mane pulak nak sambung melelapkan mata ni. Aku cuma membayangkan RestnGo yang cuma ade sebijik kat TBS tu. Aku tolak betul2 lepas keje sebab sape pulak nak hantar ke Terminal Larkin malam2 ni. Aku pikir boleh aku jalan2 kejap dalam City Square ke, tengok wayang ke. Aku naik bas kolej sampai ke Sentosa dan naik public bas ke JB. Termenung jugak tengok papan penunjuk movie yang ade. Terpaksa memilih antara Captain America: Civil Wars ke AADC2. Last 2 aku pilih AADC2, sebab aku pikir aku boleh merehatkan pemikiran. Kalau Civil Wars, banyak meletup, serabut pulak aku rasa. Padahal sebelum ni, kalau aku pegi wayang memang tengok action movie atau epic movie sebab sound effect dia. Tapi kali ni, cite melankolik saja. Bagus betul penjual tiket itu seperti membaca pikiran aku. Cadang kepada aku amek seat paling tepi untuk lebih senang dan offer popcorn bersama air. Wayang tak ramai orang, aku terpikir boleh aku tidor. Ape kena mengena wayang kurang orang dengan boleh tidor dalam wayang ni. Nampak gayenye dinner aku adalah dengan popcorn dan sebotol air mineral. Selesai aku singgah ke farmasi dan bergerak ke JB Sentral. 
Nak makan memang tak sempatlah sebab aku target aku kena brtolak dari JB Sentral pukul 10 kalau naik bas. Maksimum time pun pukul 10.30 paling lambat.  Mula2 aku ke tempat tunggu bas di JB Sentral, sampai hujung aku cek, bas ke larkin takde. Ok. Nampak gayenye aku kena naik teksi ni. Aku patah balik ke bahagian depan tempat menunggu teksi. Tempat menunggu bas dengan teksi agak jauh. Orang ramai jangan cakaplah. Ini semua warga JB yang baru balik dr Singapore bekerja. Tempat menunggu teksi punye ramai orang. Ok. Takpe aku tunggu. Siap aku bertemu ramah dengan akak sama kawannya yang baru balik keje Singapore katenye.  Ini tak boleh jadi, aku bergerak ke bahagian belakang JBCC dekat tempat menunggu teksi, mungkin ade teksi. Naik jambatan atas yang menghubung JB Sentral dan City Square dan aku turun ke JBCC. Tunggu beberapa minit. Sah takde teksi. Jam gila time tu. Aku patah balik ke tempat teksi tadi. Orang memang masih ramai. Aku masih perhati orang di situ yang yang sampai ke depan menuggu teksi. Masa berjalan hampir 10.30 mlm. Aku taknak give up, aku bergerak cuba ke bahagian teksi yg bersebelahan dengan stesen bas di belakang. Patah balik jugak ni. Masya Allah, barisan macam ular kena palu. Yang lagi bingitnya, kaunter jual kupon bukak satu saja. Kepala aku mula membara. Tak boleh jadi ni. Aku patah balik ke tempat teksi tadi di bahagian depan.  Orang masih lagi menunggu teksi dan jam memang tak boleh tahan. Aku pun tak boleh tahan dengan keadaan ni dengan berpeluh sejuknya, maka aku bergerak naik semula ke jambatan penghubung tadi untuk bergerak ke Persada JB. Membara jugak aku time tu. Neves jugak aku bila memikirkan laluan sunyi nak ke Persada JB tu. Dengan jalan membukit, aku dah macam hiking malam buta. Dalam pada itu, aku telah praktis membuat Safa Marwah. Tahan teksi di depan Persada, Alhamdulillah ade teksi. Aku cerita dengan pakcik teksi yang aku baru lepas Safa Marwah tapi tak cukup 7 kali. 
Aku mula berkira2 berapa jam yang aku dapat tidur. Sampai agak2 4 lebih. Aku membuat kira2 4 jam dapatlah aku tidur. Campor satu jam di TBS. Memang tak cukup jam tidur. Biasalah, tak cukup tidur kadang2 rase nak membunuh pula. Dalam bas ni, bape byk jam yang kau dapat sebenarnya. Aku memikirkan mau sambung jam tidur di TBS.  Naik2 eskalator saja port sudah penoh, masuk bangunan aircond menyengat. Aku mula mencari port tapi aku tak putus asa. Aku tetap meninjau RestnGo. Memang sah habes. Lain kali bukak la bisnes lagi macam ni, kata aku dalam hati. Ade yang gaye tido atas meja macam kau tido masa prep malam di sekolah. Takpon tido di atas lantai di ceruk atau di hujung. Port ceruk dah diambil orang maka stail tido prep malam lah nampak gayenye. payah jugak nak tido begini, tengkuk sakit dan lampu terang. Dapatlah setengah jam dan aku lihat, port ceruk dah kosong. Bukan ape, dia antara 2 stall dan lampu tak berapa terang. Peh, lantai memang sejuk ah. Tak jadi aku. Last2 memang tido di meja sementara menunggu pukul 6 tren mula. 
Orang dah mula ramai di tren pagi Sabtu, suasana pon masih gelap. Aku cuma membayangkan mau mandi KL Sentral dan bersarapan bubur panas. Fuh! Aku tiba di KL Sentral, agak2 dalam pukul 7. Sampai saja, aku terus bergerak ke tempat shower. Ini pertama kali aku di sini. Bayar 5 ringgit dan ade bilik persalinan. Orang memang belom ada pada waktu itu. Muka akak Kelantan tersebut kelihatan agak serius. Aku cuba berbudi bahasa untuk mengurangkan kesriusan akak itu. Ade jugak 2 orang perempuan muda Indo datang sekali. Siap2 mahu membersihkan diri, aku kunci bilik. Rupanya aku masuk bilik persalinan yang salah. Arghh! Aku teringat muka akak Kelantan yang serius tadi. Macam ni. Aku bergerak ke depan dan meminta maaf atas kecuaian aku. Nasib baik dia releks saja bagi kunci yang betul pada aku. Dah kelam kabut sangat agaknya. Biasalah, tempat kegunaan awam tak semuanya berguna. Kaunter awam untuk urusan kerajaan pun tak semuanya berguna inikan pula betul2 kemudahan awam. Nikmat air hanya Tuhan saja yang tahu. Di saat ini, bila kau berada di rumah kau tak rase apa pon pasal air. Selesai, memang tak sempat aku nak bersarap. Harapan bubur yang berada dalam kabus otak aku telah menghilang secara perlahan2. 
Aku kene bergerak ke Pasar Seni untuk sampai ke Muzium Kesenian Islam pada pukul 8 pagi. Kawan aku,Merin menunggu di Stesen KTM KL untuk bergerak bersama2. Terpikir jugak untuk singgah beli roti canai tapi masa dah ngam2. Sampai saja, rupenye baru 5 orang termasuk kami. Aku ingat dah terlambat tadi. Kemain sengal kaki aku mengejar masa. Haha. Nasib baik kawan aku ade bekal bubur nasi. Peh, semacam ade telepati. Terima kaseh, Tuhan yang Maha Esa. 2 orang baru sampai beberapa minit kemudian 4 orang pon sampai. Setel dan kami bergerak hampir pukul 9 pagi. 
Jumlah semua orang mula2 10 kemudian bertambah 12 orang yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 4 orang. Kemudian, 1 orang last minute ade hal tak dapat pegi. Berapakah yang tinggal. Haha. Macam ayat matematik aku rase. 3 kereta sekali bergerak. Aku dan Merin sekali sama Wan dan Zaid. Is,Ijat, Fairuz dan Ammar sekali. Edzhar, Fiza dan mak sedaranya, Kak Pia. Singgah di Genting Sempah RnR untuk brunch aku rase ni. Kami bertolak pukul dalam pukul 10 lebih agak2, seperti biasa menggunakan lebuh raya Pantai Timur. Aku seperti biasa melayan perasaan melihat pemandangan. Sebenarnye lebih kepada mengosongkan pemikiran. Aku sambung tido dengan jam tido aku yang tak berapa cukup tadi. Kejap2 terjaga jugak. Perjalanan mengambil masa 4 jam dengan kami sampai dalam pukul 3 lebih. Cuaca memang agak panas terik. 
Sampai di tempat parking awam, backpack diangkut sekali sambil menunggu abang Danz Travel di kawasan meletakkan bas . Lapa jangan cakaplah. Aku ni memang cepat lapa. Kenderaan 4x4 seperti Hilux tiba untuk membawa kami ke tempat yang akan kami tinggal sepanjang 3 hari ni. Truck versi kecik yang sudah tersedia tempat duduk bersalut PU. Fuh, kena angin memang seronok. Aku merenung seat PU tersebut. Sah memang panas dengan cuaca begini. Mau melecur punggung kau. Letak telur boleh jadi separuh masak. Tapi aku releks, takde thrill kalau takde cabarannye bukan? Kami bergerak dengan agak kelajuan standard dengan angin menyapu2 pipi2 yang lembut. Kahkahkah. Eh semakin lame laju pulak brader yang bawak truck comel ni. Amek kau, masok jalan tanah berbatu pulak dengan ketinggian tanah yang berubah2. Kejap bersudut 10 darjah, kejap 30 darjah dan kejap 45 darjah. Kau rase macam nak terjun sekali walaupun duduk dalam kenderaan. Naseb baik ade handle. Dengan jalan macam ni memang patutlah pakai truck comel open air. 
Sesampai saja kami ke tempat penginapan, dengan cuaca panas begini dapat makanan panas dengan air manis sejuk memang peh la. Peh, kami dihidangkan patin masak tempoyak dengan air manis sejuk yang menduga tekak kami. Tambah telur dadar sekali. Hehe. Aku sebenarnye tak berapa prefer tempoyak sebab macam tak kena manis dengan lada. Tapi akak ni masak tempoyak betul2 tak memberi kesan kepada ketakgemaran aku kepada tempoyak. Pekat dan rase memang ok. Makan memang tak ingat dunia waktu itu. Bertambah2 la gayenye. Aktiviti bermula pada waktu malam, maka kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan membersihkan badan. Tempat bermalam kami untuk 2 malam adalah berupa bentuk silinder simen konkrit berdiameter 6 kaki dengan bersalut rumput hijau tiruan yang sejuk mata memandang. Aha. Tempat tinggal pon comel jugak. Mengunakan katil stail dabel dan garment semunye adalah tajaan daripada belian di IKEA. Jangan risau ade aircond dan kipas sekali. Pintu masuk adalah pintu cermin untuk memberi peluang melihat pemandangan hijau dan pokok daripada tirai kamar. Ada para untuk meletak barang. Kawasan agak terhad sebenarnya tapi aku agak memang untuk tidur saja. Pendek kate memang puas hati. Ada ambin jugak untuk kami bersolat dan mengambil angin sambil menikmati angin malam. Beberapa belas khemah di bahagian bertentangan untuk penginapan juga ade untuk feel2 khemah dalam hutan. 
Kami turun ke bawah sebentar untuk meninjau kawasan. Fuh, turun bawah nampak sungai. Ade jugak boya untuk aktiviti tubing sungai. Time ni kalau nak layan blues sekejap pon boleh. Haha. Damai sungguh rasenye melihat air sungai. Haha. Ade jugak sekali sekala bot lalu lintas membawa pelancong. Main2 air sekejap di situ dan menangkap gambar. Budak lelaki kecik mesra menyapa kami dan join kami sekali. Agaknya keseorangan itu yang join sekaki. Sempat jugak budak itu ditemuramah oleh Is, Ijat dan Wan. Adek itu menjawab dengan tersengih2. Saba dik saba. Abang2 tu ambik berat pasal adek. Ade 2 3 lelaki sampai di tebing tersebut untuk memancing sambil bermalam di situ.  Selesai makan malam yang boleh tahan sedap selera kampungnya, kami sambung aktiviti di malam hari dengan jungle trekking. Pergi seperti biasa dengan menaiki truck comel open air. Tempat duduk belakang menjadi rebutan. Almaklum mahu angin malam. Cuaca boleh tahan sejuknya. Sebagai orang tua aku beralah, aku duduk di seat co driver. Haha. Aku  membuat keputuan berborak2 dengan brader truck comel itu. Borak pasal duduk dalam hutan. Bila duduk dalam hutan, macam2 falsafah boleh belajar. Percayalah cakap aku.
Kami sampai di tempat info centre berhampiran sungai sementara menunggu abang guide membawa kami ke tempat menunggu bot. Kami kena mennyeberang sungai untuk sampai ke area yang kami akan explore untuk jungle nightwalk. Berapa minit saja sudah sampai ke tebing belah betul2 pintu masuk Taman Negara. Berkumpul di bahagian pintu masuk untuk mendengar taklimat. Kami telah dipesan supaya bawak lampu suluh untuk memudahkan pergerakan di waktu malam. Sambil2 jugak menyuluh haiwan ke serangga dalam gelap. Aku bawak lampu suluh yang berbentuk seperti pelita. Aku sedikit bingit mengenangkan bateri yang aku bawak sebenarnye sudah habis power. Menyesal tiada gunanya. Nampaknya aku bawak lampu suluh ni bersiar2 dari Johor ke Taman Negara. Naseb baik ade lampu hp. Ada jugak gunanya. Kawasan memang gelap habes. Kau gunalah ape saja jenis lampu suluh walaupun lampu suluh kau kuning. Hehe. Malam itu agak ramai jugak yang datang buat jungle trekking. Kalau naseb baik, nampaklah hewan besar. Boleh tahan banyak jugak kami belajar tentang spesies serangga dalam hutan Taman Negara ni. Kongkang comel pon ade. Serangga seperti labah2, kala jengking,semut hutan, kupu2 semuanya saiz lebih besar daripada normal. Baru aku tau kala jengking kuar cahya fluorecense hijau sendiri kalo suluh dengan cahya UV. Mata abang Andy ni memang power. Sudah biasa bekerja begini, aku yang duduk kampung ni cume dapat perasan satu labah2 melekat di tunggul pokok. Time tu lantai hutan agak lembap. Kami berjalan di atas para kayu. Ini kayu cengal ke ape boleh tahan lembap ni. Kami bergerak ke menara peninjau untuk melihat hewan yang lebih besar. Ada pulak sekumpulan pelancong yang bercakap dalam bahsa Mandarin memekak di area meninjau. Aku mula bingit. Ini kalo gaya gini hewan sebesar gajah pon lari kalo memekak macam ni. Sekali lagi memang nasib kalau nampak gajah atau rusa tengah makan rumput tengah. Tunggu punya tunggu tak keluar dorang. Sembunyi ke tido ke malu ke, aku pon tak tau. Abang Andy penah cite, penah ternampak beruang matahari tapi itu memang nasib. Hewan ni lagi pemalu dari manusia. Takde pulak aku dengar hewan tak tahu malu. 
Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di bahagian receptionist aku agak. Di bahagian bawah berhampiran kawasan receptionist, kelihatan tenuk jantan sedang enak dibuai mimpi. Memang tak sadar langsung. Atau pun dia buat pekak badak saja bila kami panggil dia. Haha. Aku nampak selonggok tembikai yang tak berusik. Kami bergerak semula ke tempat menaiki bot tadi untuk pulang. Singgah di warung untuk minum sekejap sementara menunggu truck comel datang. Kali ini aku duduk di bahagian belakang. Fuh, angin sejuk gila. Boleh tahan laju jugak brader ni bawak. Suasana keliling memang gelap gila. Redha jelah. 

Besok sambung untuk tema main air sungai dan beramah mesra dengan orang asli.