Monday, December 3, 2012

Perlumbaan

Ini cerita yang sudah basi. Sudah 2 bulan baru aku nak cerita. 

Aku dengan adik lelaki kecik aku ke pertandingan lumba motor di Sepang. Ini baru pertama kali aku pergi. Dia nak sangat pergi punye pasal, aku pon kena pergilah. Akak mithali. Beli tiket kemain awal. Nak dapat murah punye pasal. Bulan puasa pon belom sampai. Aku beli tiket 3 keping.

Masa nak dekat2 pergi, tiba2 adik perempuan aku di Uitm berbelah bagi pulak nak pergi. Dia pulak ade aktiviti memanjat bukit pada hari Sabtu. Taknak penat agaknye. Aku punyalah  plan lagik awal ni. Nampak gaye aku kene hadiah diari kat dia. Aku mula panas hati. Mane plak aku nak carik orang nak ganti ni.

Tapi niat mesti diteruskan. Kami naik keretapi tengah malam. Pertama kali juga tido dalam keretapi ni. Last minute pergi, naseb baik ade kosong katil tapi katil atas jelah. Tinggi katil tu pon setakat tahap boleh duduk je. Asal sampai sudah. Abah siap bagi duit ganti balik kalau aku tak dapat jual tiket tu. Terima kaseh,abah. Abah memang rock n roll.

Sepanjang perjalanan tu, memang susah jugak nak tidur. Kejap2 terjage. Mane taknye tarikan graviti agak kurang. Sampai di KL Sentral sudah subuh. 

"Macam keranda hidop" kate adek aku. 

Sarapan dulu nasi lemak di KL Sentral. Aku cuba call adek aku lagik. Tak angkat2. Lelong kat FB pon xde orang nak. Tak gune. Nampak gaya memang burnlah. Kadang2 naseb memang tidak menyebelahi kita.

Kami turun ke tingkat bawah untuk menaiki bas ke sana. Aku cuba telefon lagik tapi tak diangkat. Okey, nak taknak kena teruskan. Jumpe bas, kami naik.  

Katenya 45 minit, tapi lama jugak aku rase. Dalam 1 jam lebih baru sampai, biasalah sebab trafik jam. Sampai di LCCT, kami naik shuttle bus ke Sepang Circuit. Bas ulang alik dari LCCT. Itupun satu hal nak ke Circuit pon jam jugak. Adek aku panas hati. Membebel jugak dia, nape tak turun mase bas kami on the way ke LCCT. Aku diam je. Aku layan video Ipod aku. Dia siku2 aku suruh tengok motor2 besar yang datang ke sana. Aku bolayan gak. Haha. Tulah, sape soh kecikkan hati akak ni. Tapi aku no hard feeling. Hehe.

Sampai ke litar, memang ngam, mase lagik 15 minit nak mula. Bas berhenti kat bawah bukit. Maka, terpakselah kami menapak di tengah panas memanjat bukit. Payung pon tak bawak,aduhai. 

Kami pilih duduk di K1, belah corner punye. Seat memang dah penuh. Termenung jugaklah mencari seat ni. Naseb baik, jumpa dua seat kosong dan kami duduk  antara penyokong Zulfahmi Khairuddin yang berbaju merah semata. Perghh! 

Kedudukan memang agak baik sebab tak depan dan tak belakang sangat. Tapi kalo nak amek gambar, jauh gak ni.  Kain rentang putih tempat pamer gambar kuar daripada projector pon xberape clear. Aku standby ngan video jelah nampak gayenye. 

Perlumbaan pon bermula. Zulfahmi mula petak pertama. Hari memang panas terik. Bunyi2 dengung ni kuat jugak yek. Setiap kali si Fahmi lalu K1, setiap tulah diorang bersorak terutama penyokong2 berbaju Air Asia merah ni. Seronok memang seronok. Sikit2 adalah aku tangkap video. Berentap boleh tahan hebat jugak diorang ni. Aku malas nak hurai panjang2 kat sini kang jadik macam ulasan sukan pulak. Fahmi tamat no 2, mungkin dipintas mase last corner. Alhamdullilah, first time naik podium bagi dia. 

Bila tiba nak masuk Moto2, hujan mula dah turun. Memang mula lambat sikit bagi hujan reda. Time tu si M6 meronda2 melihat status litar macam mane. Lepas  beberape minit jugak, hujan agak dah reda. Masa ni ada pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin masok untuk wildcard, mula dari petak 27. Litar masih basah. Mula saje, dah ade yang jatuh. Lap demi lap, agak banyak gak motor jatuh. Aku terkejut gila, mase si Hafizh duduk no 1 untuk beberapa lap. Bayangkan dari petak 27 boleh sampai no 1. Diorang mula bersorak. Beberape kali jugak aku layan diorang buat ombak untuk si Hafizh ni. Memang seronok time tu. Power betul budak ni,aku pikir. Aku rase dah gelabah gak pelumba2 mat saleh ni tengok si Hafizh dah potong diorang. Tapi akhirnya, dia tamat petak no 4. Kalo naik podium budak ni, memang respect habes.

Langit mula gelap lagik. MotoGp bermula pulak. Ini dengung lagik kuat. Alahai, abang besar  mula petak sebelas. Perlumbaan diteruskan seperti biasa. Aku memang sentiasa rakam video tapi ade jugaklah tangkap gambar sekeliling buat kenangan. Hujan mula turun makin lebat. Orang yg duduk bahagian depan mula naik ke atas sebab tempias. Untung gak duduk tengah2 ni, tak tempias sangat. Memang basah gak aku tengok tempat duduk depan tu. Time lap ke tiga belas, perlumbaan terpaksa diberhentikan sebab diorang dah main dalam hujan. M6 sekali lagik buat rondaan. Memang sah jugak perlumbaan tak dapat diteruskan. 

Kami balik, hujan masih lebat. Dahla tak bawak payung. Bijak2. Aku punye tuala kecik ngan shawl nak buat cover pon dah tak gune. Memang lencun habes. Kasot aku dari kelabu dah bertukar jadik coklat. Stokin pon dah sampai tahap boleh perah. Kaki suar jeans dah aku sengseng sampai betis. Dah tak pikir ape dah. Kami tunggu bas, nak balik ke LCCT. Selamba aku berjalan di LCCT dengan suar disengseng mase nak naik bas ke KL Sentral. Adik aku dah ketiduran dalam bas. Dengan menggigilnya, tak tau aku nak cakap ape. Kaki pon dah kecut. Bayangkan berendam kasut basah sampai 5 jam. Dah lame aku tak begini sejak aku fieldwork dulu. Aku nampak orang masih menunggu kat tepi2 jalan nak tahan teksi sebab takde bas nak balik. Ada hikmah jugak aku naik bas kat LCCT tadi.

Tiba di KL Sentral, boleh pulak aku hampir tersepit kt pintu LRT . Time ni lah pintu LRT nak sepit aku pulak. Di TBS, kami naik bas malam. 

Memang kami bermandi hujan. Penat memang penat. Dari naik keretapi pastu beberape kali naik bas. Tapi bila difikirkan, seronok jugak. Bukan selalu macam ni. Fahmi first time naik podium dan Hafizh yang mula petak belakang boleh pergi jauh ke depan. Memang tak rugi pergi untuk first time ni. Kenangan2. 

Abah tanya, "Tahun depan nak pergi lagi tak?"

"Tahun depan nak pergi flight" adek aku jawab.

"Ok, kumpul duit" abah kate.