Thursday, July 20, 2017

Mr Bennington

Susulan daripada status pasal Linkin Park die hard fan dan kematian Chester Bennington, aku bukanlah die hard atau dipanggil fan jugak tapi lagu diorang aku still boleh masuk jugak. Suara Chester Bennington oklah pada aku walau tak sepower Cornell sebab pada aku nak tengok suara power tak power tengok suara berapa jauh boleh pegi dan bab menjerit2 tak termasuk. Mr Cornell ni aku start folo pun masa dia dah solo sebab aku suka suara dia. Tapi ini depend pada pendapat masing2.

Memori aku tentang Linkin Park masa aku studi matriks dulu dekat Bukit Mertajam. Aku dulu suka jugak beli kaset, tapi takde sampai tahap beli kaset indie. Aku masuk kedai music store. Time aku nak bayar, Bro Ah Meng tengok serupa tak percaya. Maybe sebab aku pakai tudung hitam hitam sekolah dan baju kurung coklat kotak. Budak baik beli kaset. Dahla scenery kaset gelap je. Prejudis ini berlaku lagi masa aku kat uni masa aku beli kaset Prince’s Musicology. Citarasa tak melambang rupa. Hahaha.
Berakhirnya riwayat kaset Hybrid Theory masa tengah berperang dengan kemarahan diri. Aku main album Hybrid Theory dalam gelap. Pusing punya pusing sampai rosak kaset aku. Gone sudah dalam collection.
Skang illegal download to Ipod. Debut album aku masih lagi berbanding album2 kemudian. A Place For My Head lagu favorite aku. Thanks Mr Bennington for the memories.