Wednesday, November 6, 2013

Di Padang Itu

Aku berdiri di tengah padang
Aku mencari pasti perasaanku
Di rumput hijau
Di bawah langit biru
Bunga lalang yang berterbangan
Sinar mentari tidak begitu menyengat
Ia cuma cuaca yang tenang
Aku cuba memejamkan mata
Aku cuba mengingat
Memori berlari-lari di otakku
Gembira, sedih, pedih, keliru
Aku usaha menghirup udara
Merasai kehadiran angin di kelilingku
Aku senyum sendirian
Aku mahu rasa gembira
Aku mahu menjerit sekuatnya
Namun, aku merasa kosong
Ya, aku memerlukan
Seorang lelaki
Untuk sama-sama berdiri, berjalan dan berlari denganku
Di dunia yang fana dan akhirat yang baqi
Aku sentiasa teringat
Rasulku tercinta
Muhammad dan Khatijah
Cinta sejati yang paling agung
Aku mula teringatnya
Mula menyukainya
Adakah aku bermimpi
Mungkin ia harapan
Kau berhadapan kenyataan
Dunia sedang menganggapnya janggal
Di suatu sudut
Aku tidak mahu ia hanya menjadi sebuah mimpi
Aku mahu menjadi orang paling gembira
Dan jikalau ia hanya menjadi bayangan
Aku abadikan dalam puisiku
Dalam ingatanku

*Jujur sekali puisi aku kali ini. Background belakang kuputarkan Kasih Tak Sampai daripada Padi. Aku tak pasti signifikannya di sini tapi yang pasti aku suka bab korusnya*