Thursday, October 27, 2011

Mekap


Pagi tadi mak tegur “ Ek, muka tak pakai mekap?
“Tak sempat la mak,dh lambat mane sempat”
"Pakai la mekap sket,muke pucat, lipstick ka”
“Bawak bekal,bawak bekal”
Aku “ Haaa?, Bawak bekal  bedak” Bagai terdengar Gendut bersalin tapi belom boleh bersalin sebab belom sampai tempoh bersalin.
“Mak soh akak bawak bekal bedak? Adoiii
Aku memang tidak boleh terime kenyataan bahawa  aku bawak bekal bedak pergi keje.

Wednesday, October 19, 2011

Tempias

Peh, ada orang cakap ngan gua, tempias-tempias. Gua cube tengok muka dia. Gua cuba untuk bertahan untuk beberapa saat untuk tidak mengecilkan hati. Tangan gua dah standby letak di pipi. Lepas dia pergi, secepat kilat gua sapu. Arghhhhh!!!

Monday, October 17, 2011

Sayang




Sekarang baru aku paham. Hari-hari aku jirus cat shit. Aku tau cat shit tu busuk. Tapi aku sanggup jirus, hari- hari tiap petang,lepas balik kerja. Walaupun aku penat lepas balik kerja. 

Sekarang baru aku sedar. Rupanya aku sayang kucing aku. Baru aku tau erti sayang. Orang kata cinta lagi hebat dari sayang. Hahaha! Aku belum tau lagik rasa cinta bagaimana. Kalau orang kata cinta lagik hebat dari sayang, tentu orang akan buat perkara lebih hebat daripada sayang. Wah,hebat!

Tuesday, October 11, 2011

Kuat Cinta


Manusia
Manusia itu lemah
Ada akal dan perasaan
Mana perginya akal
Mana perginya perasaan

Biar aku seperti malaikat
Tidak punya perasaan
Mahu aku seperti malaikat
Tidak perlu rasa cinta yang melemahkan
Hanya kuat cinta kepada Penciptanya

Biar aku seperti haiwan
Yang tidak pernah lupa kepada Penci[Tanya
Aku tidak mahu menjadi hamba
Yang tidak tahu apa itu syukur

Takdir aku sebagai manusia
Manusia yang mempunyai akal dan perasaan
Perlu kuat
Kuat cinta kepada Penciptanya