Friday, January 19, 2018

Kisah Pendek Nasi Ayam

Aku dalam situasi memeritkan. Mak aku mahu beli nasi ayam sambal. Banyak kali kami order but cannot get it right. Every time. Tapi kami tidak berputus asa. Nasi ayam sambal, nasi ayam masak merah, nasi ayam dengan sambal.
Aku ke kaunter, menerangkan nasi ayam. Bukan nasi ayam yang dengan ayam masak merah. Ayamnya hendaklah dilumurkan dengan sambal ye. Ayam masak sambal 3 yang tak taruk sambal 1.Begitulah aku menerangkan.
Hampir 15 minit kemudian datang budak kecik perempuan bertanya. Nasi ayam tu nak yang macam mana Kak? Lalu aku terangkan seperti tadi.
Hampir 15 kemudian siap. Aku beri duit kepada budak perempuan tadi. Sementara dia memulangkan balik baki duit aku jengah 4 polisterin. Sah salah lagi.
Aku give up. Puas kami pikir kata perbuatan sama maksud dengan lumur. Macam2 Mak aku suggest balut, sampul.
Kisah pendek nasi ayam kata adik aku.
Tapi kita tak boleh putus asa kan?
Takkan aku nak terangkan cara masa nasi ayam pulak.