Friday, February 5, 2016

Roar Roar dan Mosh Pit

Aku, cerita dah peram lama dalam otak baru aku keluarkan balik. 
Cerita tahun lepas, entah bulan bape aku tak ingat. Eh, baru je sebulan. Ini hasil aku cek daripada mesej sosial aku yang sebenarnye aku pon tak berapa sosial. 

Aku penah dengar RockTheWorld sebelum ni tapi aku tak penah pegi. Kali ni baru berkesempatan pegi. Ini pun kawan aku ajak pegi, Kalo tak memang aku tak tau langsung pasal ini. Rupanya dah masuk 15 tahun. Tahun aku Form 4, dorang dah mula. Kalo pegi time tu, memang dah kena pelempang agaknya. Aku budak baik.

Aku bertolak Sabtu pagi sampai tengah hari, Singgah dulu umah kawan aku. Rupanya dia dah tunggu aku dulu kat stesen LRT. Melepas nasi kerabu. Ok2, kami bertolak, ke Nu sentral untuk menjamu selera memandang sudah pukul 3 lebih. Dicadang oleh kawan aku, makan makanan Jepun. Aku sebenarnye tak in makanan Jepun sebab aku tak berapa berkenan dengan makanan kurang masak tapi aku make an exceptional kepada Teppanyaki sebab dia masak. Memangla masak. Maksud aku masak betul. Kami berbual2 mengenai kegembiraan dan penderitaan hidup ini. Nak emo sangat dengan hidup ini pun tak guna, sebab akhirnya ape yang kau buat kat dunia dan cara kau jaga perhubungan kau kat dunia penting. Sudahlah aku malas mahu membebel. Aku bebel2 kat sini, orang lupa, dan ulang lagi. Lantak kau. Itu hubungan kau dengan Tuhan.

Sedar2 dah nak dekat Asar. Aku kalau apa2 timing aku suka ikut waktu solat. Sebab nak janji2 pukul berapa memang susah. Maka, agak2 dalam area2 waktu begitu senang nak set. Aku sempat jugak survey kasut hiking. Aku sempat masuk kedai Kickers. My First kasut fieldwork aku. Aku guna sampai jahanam, sampai tertanggal besi2 tempat memegang shoelace. Inilah akibatnya kalo keje kau berendam kasut dalam sungai. Sambil berendam kasut, sambil pegang kompas nak mapping, sambil tengok2 lintah2 sedang berenang gembira seperti dalam pesta. Malas aku nak cerita panjang2 kat sini, nanti mungkin tiada selera.

Kami sampai di stadium memang dah hampir petang jugak. Dengar ACAB dah separuh jalan main. Hmm, pantas kami menapak ke tempat tiket. Bagi gelang kertas, masuk ke pintu checking. Sampai2 dah tinggal satu lagu. Aku saba je ni, Hujan mula turun. Kawan aku ni memang bagus. Dia ingat sebelum hujan sediakan payung. Tapi dia sediakan aku sekali baju hujan. Basah jugak ni. Lecak. Sebelah, Noisy stage, memang kemain bising bunyinya. Ade dua saja, rupenya, Indie stage tak jadik aku pon tak tau kenapa.  Lepas tu sambung pulak Massacre Conspiracy. Ok, layan jugaklah. Dah name pegi konsert, apehal pulak tak dengar lagu. Dengar jelah apa2.  Haha. Tiba2 kawan aku kat sebelah cakap , vokalist tu macam rupa jiran belakang rumah dia. Hah! Aku tak tau nak jawab ape. Aku hanya jawab dengan jawapan tipikal, Ye ke? Aku pun tak pasti sebab aku tak penah jumpe jiran dia. Haha. 

Time break, semua orang berdedai pegi surau di bawah. Ramai gila sampai surau penuh. Beratur aku tengok orang ambil air wuduk. Bagus budak2 ni. Hujan masih seperti tadi. Lepas tu, aku singgah sekejap kedai beli air mineral dan makanan sebab dah nak masuk malam, memang terasa lapalah. Okey, sambung balik dengan Sil Khannaz pulak. Aku pun tak tahu sangat lagu diorang. Yang aku tau diorang jerit2 dalam lagu. Biasalah, lagu metal. Dan scene mosh pit dah start menggila. Sebelum tu kawan aku ajak ke depan jugak. Tapi kadang2 ke belakang balik. Haha. Kadang2 dorang ni main2 bulatan menyepak kaki jugak aku tengok. Bab melambung2 badan tu biasalah. Hujan makin lebat. Raincoat2. Dorang ade siap berlenggeng pon ade. Nampaknya hujan tak dapat memberhentikan mereka. Aku cuba tangkap ape yang dorang cakap dalam lagu tu tapi susah jugak nak dapat. Band Langsuyr pon macam tu, Naratu macam tu jugak. Koffin Kanser kawan aku minat jugak, ade campur reggae sikit, metal sikit. Bab kuar sound metal, aku akan jadi seperti tadi. Aku cuma simpulkan macam Roar! Roar!. Macam singa mengaum semuanya. This is territorial. Might be. Mungkin metal ni meyerlahkan keperkasaan diri lelaki. Aku pikir stail begini adalah art jugak. Hmmm. 

Malam dah semakin akhir, sambung dengan OAG sama Plague of Happiness. Bila OAG start lagu Smell Like Teen Spirit je, mosh pit mula menggila. Bayangkan kau dah ke depan, dah boleh sampai ke belakang. Dah sampai pagar besi. Dua kali stuck dalam mosh pit. Dan dua kali jugak kawan aku sangkut selipar dalam kegilaan tu. Beberapa ratus meter kau bergerak dengan sendirinya. Gasak betol. A short chaotic minute. Yang paling aku hairan tu, boleh dapat cari pulak kawan dengan selipar tu. Kagum2. Haha. Bila dipikirkan balik, nasib baik la tak terperangkap dalam kegilaan tu. Badan memang sakit gila. Dah badan tinggal tulang memang la sakit. Tak pasal2 terperangkap dalam kegilaan ini. Takde keje cari keje. Aduhai.

Kami kuar dari kawasan sesak dan berdiri di ruang tepi konsert. Kawan aku jumpa kawan gym dia. Aku ingat metal macam gaya serabai jean koyak. Rupanya gaya smart jugak aku tengok dengan kemeja putih sama vest kelabu. Tapi gaya rambut tetap panjang. Aku perati2 jugak gaya2 orang di situ. Ada jugak punk jiwang yang masing berpeleseran sesama rakan wanita dorang. Kasut but tapak tebal kalo kena kepala memang sakit jugak tu. Kami round jap kedai2 kat situ. Area kedai2 dah memang senyap la. Laa makanan dan minuman pun ada jual. Kenapa tak cakap awal2?

Yang aku tahu ada certain kau kena action. Bukan diam kejong sambil arus menghentam kau. Kadang2 buat tidak peduli itu tidak bagus dan kau perlu tahu yang mana patut atau tak patut. Dan vocalist Massacre Conspiracy memang jiran kawan aku. Siapa tahu bukan? Hidup ini penuh dengan kejutan. Roar roar ni rupanya ada macam2 jenis rupanya.