Thursday, December 25, 2014

Aku tak apa-apa


Siang berganti malam.

Aku tak apa-apa.

Jerit-i aku.

Aku tak apa-apa.

Marahi aku.

Aku tak apa-apa.

Jerkah-i aku.

Aku tak apa-apa.

Sindir-i aku.

Aku tak apa-apa.

Psiko-i aku.

Aku tak apa-apa.

Lukai aku.

Aku tak apa-apa.

Aku memang tak apa-apa.

Kau siapa?

Apa-apa saja.

Kau memang tiada apa-apa.

Aku tak apa-apa saja.

Monday, November 24, 2014

Welcome to the real world

You're not feeling well. Fever and runny nose. You woke up after 2 hours that suppose to be 1 hour because you wrongly set the alarm. Prepare a hot milk and cereal. You are trying to have a dinner. All the while you are eating,that time also the clear,liquid thing come out from your nose goes into your milk. Every time. Right now, you just don't care and continue eating until your cereal is finished. Welcome to the real world. 

I'm literally touched by my cereal.

Sunday, October 12, 2014

Akustika

Sebab utama ke Kuala Lumpur minggu ini sebab aku dah lama tak ke sana. Alasan kurang kukuh ni. Apa benda lah yang ada kat Kuala Lumpur tu. Macam alasan kau tanya pada orang American, sebab apa mereka pergi ke New York. Macam apa sebab orang French ke Paris. Kuala Lumpur, adakah sama seperti itu?

Ah,sudahlah. Sebab utama aku ke Kuala Lumpur adalah sebab aku dah lama tak ke mana2. Maka, jawabnya senanglah. Aku terpikir apa kata, aku pergi tempat yang aku tak pernah pergi maka aku tahu macam mana rasanya. Malaysian Philharmonic Orchestra. Aku tak pernah ke sana. Mungkin setengah orang pikir, ah dah selalu ke sana tapi golongan bergaji biasa2 macam aku ni, benda2 ni mungkin kurang biasa.

Aku cuba2 search rancangan2 yang menarik aku boleh aku tengok. Sebenarnya, aku ada terbaca pasal Akustika kat suratkhabar Utusan. Masa tu event pada Hari Malaysia. Dan ade sambungan pada minggu depannya. Maka, aku cuba search2 jugak pada website MPO besoknya. Memang banyak event2 instrumental. Biasalah. Agak menambah luka aku, orkestra medley Led Zeppelin aku terlepas. Akhir bulan 8 aritu. Apa nak dikata. Terimalah kenyataan.

Cari2 seat yang paling murah dan kedudukan yang ok. Seat J7. Aku cuba tanya kawan2 aku kalau nak pergi. Terpikir jugak kalau pergi sorang macam tak syok jugak. Time nilah handphone aku berfungsi dengan sepenuhnya. Berpeluh jugak nak ajak orang yang pergi sama ni. Yela, time event kena pulak tengah bulan. Aku terpaksa gembel pergi sorang2.

Aku contact kawan yang sambung belajar kat Bangi yang aku nak tumpang semalam kat rumah dia. Aku plan tido semalam bagi nak menjimat duit. Aku tau memang agak jauh tapi stay sana jugak kalau2 aku boleh berborak pasal nak sambung belajar lagik. Haha.

Aku naik bas pagi 8.30 sampai Seremban pukul 12.30 tengah hari. Mula aku pikir nak bas malam sampai tengah malam. Pikir2 balik kang menyusahkan orang pulak. Lagi pon KTM mana ada tengah malam. Aku pikir balik ni boleh tahan ngam2 jugak aku sampai KLCC ni nanti. Sebabnya aku balik Bangi dulu, lepastu aku baru bertolak pergi KLCC. Aku target tadi sampai kol 1 so aku terus ke KLCC je sebab takut tak sempat. Aku cakap dengan kawan aku, kalau aku sempat aku singgah UKM dulu, kalau tak terus ke KL. KTM kau tahulah macam mane. Sampai Terminal One, aku beli tiket balik pukul 5.30 petang. Ingatkan nak balik 3.30 tapi tiket habis. Aku terus ke stesen KTM Seremban, beli tiket ke UKM. Sampai2, tengah aku beli tiket, tren baru lepas blah. Aku cuba menahan sabar. Alamak, dari Sg Gadut lagik setengah jam baru sampai. Aku dah garu2 kepala. Ni mana satu nak tunggu ni, stesen 1 ke 2? Ada 1 Uncle berlalu bertanya, nak ke KL, stesen 1 ke stesen 2?. Aku yang masih confuse/anger/blur, spontan menjawab, “Stesen 2”. Aku masih duduk di bangku di stesen 1 melihat stesen 2 semakin dipenuhi manusia. Aku tanya budak perempuan yang lalu di depan aku, nak ke KL tunggu kat stesen 2. Nasib baik aku tunggu di stesen 2 tak lama, dalam tak sampai 15 minit sampai. Jam pada aku waktu itu memang kritikal.

Aku dalam tren asyik menjeling jam tren walaupun aku masih memakai jam. Kau dengar lagu untuk bagi tenang pon masih tak tenang. Aku siap baca informasi pasal informasi tren ni. Kelajuan: 90km/j. 90km/j? Okey2. Aku ucap sabar kepada diri aku. Ambik masa hampir 45 minit. Aku sampai dalam pukul 1.30. Aku sempat jeling teksi2 yang ada dekat stesen tadi namun aku meneruskan perjalanan ke tempat menunggu shuttle bus. Jam tunjuk 1.35 petang. Aku tunggu. Lagik 5 minit tak gerak lagik, aku blah naik teksi. Wahai bas,nampaknya aku memang kena naik teksi. Sampai 1.45, kawan aku belum bukak pintu lagik, aku dah siap bukak kasut dulu. Haha. Mandi sekejap, solat dan hampir 2.15 aku keluar. Kawan aku ajak makan tengah hari sekali dengan kawan dia, tapi aku dah tak sempat dah. Perut pun dah menunjukkan tanda lapar tapi belum tahap kritikal lagik.

Sampai ke KTM UKM, peh kena beratur pulak. Aku sabar lagik. Time ni, kau akan rasa, semua benda kau nak kondem. Ada budak Korea belakang aku, bercakap2 dengan kawan dia. Mungkin dia pun membebel jugak. Aku agakla. Nasib baik time nak menunggu tak lama. Aksi aku dalam tren sama seperti  dari Seremban ke UKM tadi. Kali ini aku menjeling lampu2 yang menyala di setiap stesen. Lepas satu,satu dia berkelip. Tapi taklah sepanjang masa merenung kelip2 lampu tu. Gila ape?

Dan aku tau time ni jugak lagu yang dimainkan oleh iPod agak kurang berkesan untuk menenangkan perasaan anger/disappointment/worry aku. Mungkin lagu dah pening untuk menilai perasaan aku sekarang. Hasilnya, aku tak tau dah berapa kali ulang Weights of Love/60 Feet Tall/In Our Prime dalam iPod aku. Aku bergerak pantas ke stesen LRT. Aku ulang jugak aksi aku dalam LRT ke KLCC. Lagik 20 minit woii! Time ni mana men eskalator dah. Okey2, aku tau dalam KLCC memang ada eskalator saja. Dalam kepala aku, memikirkan arah ke mana MPO, kiri ke kanan, di aras Ground.

Sebenarnya, aku dah lewat 5 minit sampai di KLCC. Namun, aku sempat bertanya di kaunter pertanyaan berdekatan kedai Coach (tak silap aku) ke mana arah MPO. Terus dan ke kanan. Aku terus ke kaunter redeem tiket. “Event dah start ye dik,” kata akak kaunter. Aku terus bergegas ke lif berdekatan. Aku dengan konfidennya tekan punat 2.

Sampai ke tingkat 2, aku terus ke kaunter pertanyaan. “Okey, cik, depan sana cik”. Dahla pertama kali datang, dah tu lambat pulak. Ni ade berapa banyak kaunter pulak ni. Memang ada jual souvenir2 ni. Aku terus ke kaunter hujung sekali. Daftar dan bagi aku tiket berbentuk gelang kertas.

“Sekarang konsert dah start, awak kena tunggu lagu ni habis baru boleh masuk.” ujar staff MPO yang berpakaian segak. Aku menunggu di ruang legar sebelum masuk ke dewan. Seorang staff memegang walkie talkie menunggu di situ.

“Awak dah dapat itinerary belum?”. Keluar dan mengambil itinerary untuk aku sementara aku duduk menunggu.

“Okey, skang Aku Skandal tengah on, lepas habis baru boleh masuk. Bukan kita skandal tapi Aku Skandal” katanya cuba membuat lawak. Aku cuba ketawa sambil mengurangkan kebimbangan aku pasal dah terlepas persembahan.

Tak sampai 5 minit aku menunggu, ada pasangan masuk. Makwenye ke bilik air. Aku tak pulak pergi bilik air. Haha. Sambil menunggu di luar, aku mendengar suara Noh Hujan. Agak kuat jugak sound dia dari sini. Aku dan pasangan tadi dibawa ke luar pintu masuk hall prsembahan.

“Ni nak masuk kena tunjuk tiket lagik  ke macam mane?” tanya aku memecah kesunyian.

“Oh. Tak payah, saya bawak terus ke tempat duduk.” Aku terpikir balik, ape kebenda soalan yang aku tanya tadi. Memecah kesunyian konon.

Aku duduk di hujung sekali berhampiran bahagian tengah. Aku perhatikan barisan aku semuanya lelaki. Sebab tu aku tak berapa nampak muka. Haha. Namun, aku berasa janggal kerana datang berseorangan. Aku melihat pasangan tadi duduk di hujung berdekatan aku.

Suasana dalam hall memang gelap dan cuma diterangi lampu pentas. Namun, ruang di tempat duduk masih nampak. Aku memerhati sekeliling melihat, ada jugak yang duduk di tier atas tapi tak ramai. Mungkin orang2 yang mendapat diskaun. Sound system agak bagus jugak. Stage dan penonton memang dekat. Yang depan sekali, aku agak mungkin mereka mahu melihat muka penyanyi dengan lebih dekat. Mungkin boleh menganalisis wajah artis mereka. Tapi aircond memang sejuk sekali. Terpaksalah aku menggunakan lemak2 yang ada.

Aku sempat mendengar 1 setengah lagu daripada Hujan. Sabar2. Noh berbaju bunga dan berkaca mata hitam. Kali ini 4 orang saja membuat persembahan. Aku rasa biasa 5 orang kan. Ini kali pertama aku tengok mereka secara live. Yang bagus, aku dapat tengok daripada dekat dan yang tak bagusnya, aku dapat dengar 1 setengah lagu saja! Time ni aku nak marah sendiri, nak marah protokol dan nak marah sape lagik. Memang diorang start on time tapi habis macam awal sikit aku rasa. Kotak Hati aku tertinggal, Aku Skandal separuh, Kembara album baru aku agak dan Pagi Yang Gelap. Hadapilah kenyataan ini.

Persembahan diteruskan dengan abang Fredo. Mula aku tak research abang Fredo ni dari mana. Aku macam agak2 dari Flybaits. Rupanya betul. Sebab aku dengar suaranya hampir kedengaran sama dengan Jay Jay. Banyak interaksi dengan penonton dan in English semuanya. Abang Fredo ni tahu buat lawak rupanya. Haha. Suara abang Fredo masih bagus dan dia kagum dengan anak2 muda yang tahu lagu dia. Yang aku tahu lagu Kenangan Lalu, Andai Kata Serai Berbunga, Kasih Berubah (itu pun daripada Ferhad), Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (ini lagu dia yang paling best time ni aku dengar) dan Gurisan Terakhir.

Abang Jay Jay masuk. Masih dengan rambut panjang rebonding dan fedora hat. Pakai jugak cermin mata hitam. Untuk bagi feel aku rasa. Setiap kali start lagu, dia akan start mention tahun. Memori. Tahun aku belum lahir pun ada. Namun, semua lagu dia aku cam. Cukuplah Sekali, Belaian Jiwa (yang aku agak lebih sedap dari Innuendo bawak, mungkin sebab suara dia lebih nyaring), Rindu Bayangan (peh,ini yang tersedap antara semua lagu yang dia bawak time tu) dan Joget Angan Tak Sudah yang sangat pantas lagunye. Yang penting, suara live memang sedap dan sebijik sama seperti recording.

Sambung pulak dengan Elvira Arul. Aku tak pernah dengar suara dia tapi aku merasakan suara dia lagi sedap dari Jaclyn Victor. Serious ni. Mula2 aku confuse jugak dia ni dari mane, tapi aku agak dia orang Melayu. Rambut memang pendek betul. Ada dua lagu dari dia, Your Voice dan Simple Love. Boleh tahan jugak, dipadan dengan suara dia yang sangat soulful. Orang badan berisi comel ni memang sedap2 suaranya yek. Banyak interaksi dengan penonton. Siap suruh kami jadik penyanyi latar Rock Wit You. Penyanyi latar perempuan ada. Latar lelaki ada. Secara ramai2 dan percuma. Tapi bagus jugak, bagi aktif sikit penonton. Versi Imagine agak slow dari asal sebab lagu asalnya dah slow ,dah tu lagik slow pulak. Ape2 hal suara memang power.

Bersambung dengan David Gomes. Serani atau Indian. Kali ini, semua lagu dengan piano. Suara dia ni memang boleh tahan jugak. Aku tak pernah dengar lagu dia. Dan memang tak pernah dengar lagu dia. Lagu pertama Ibu dengan instrumental. Let It Be versi dia pun boleh tahan dan dalam tempo sama. You, You’re the One For Me masuk up tempo sikit dan last sekali dengan lagu Once In Your Life, yang membuatkan aku berpikir sejenak. Tajuk pun Once in Your Life, maka aku fikir benda2 yang aku nak buat. Sekali dalam hidupnya. Yang penting setiap benda yng kita buat membawa maksud dalam hidup. Bab David Gomes punya persembahan ni, dia banyak bercerita setiap kali masok lagu baru dia. Sambil2 itu aku memerhati lighting dan suasana dalam hall tu. Smoke machine sesekali mengeluarkan asap yang mengingatkan aku amek kursus Teater Teknikal mase aku belajar. Aku incharge bab smoke machine time tu. Kenangan la tu.

Persembahan petang itu diakhiri dengan Bunkface. 3 orang ditambah jadik 5 orang. Ini kali kedua aku tengok diorang secara live dan secara dekat. First time, aku tengok dekat Jalan Bukit Bintang. Konsert ape aku tak ingat. Time tu tengah hujan dan kami diberi raincoat. Mase tu aku keje di Subang Jaya dan aku diajak oleh kawan aku. Bukan aku yang ajak diorang. Kali diorang bergerak agak sopan sebab aku tau diorang ni agak energetic atas pentas. Ini diakui oleh Sam sendiri. Yelah, macam janggal lah pulak nak melonjak2 depan orang tua ni. Haha. Takdelah, aku tak biasa dengan lonjak2 ni. Mula dengan Malam Ini Kita Punya (aku rasa macam penah dengar tapi di mana ya,lagu baru ke lagu lama). Rentak Laguku collaborate dengan Amy Search tapi abang Amy takde. Sambung dengan Darah Muda (ini aku pun tak ingat lagu baru ke lama, teruk betul aku ni) dan diakhiri dengan Situasi (lagu paling familiar). Sam seperti memang banyak mengarut tapi aku terima. Tapi bab2 ini yang membuatkan different dengan orang lain, betul tak? Otak kau kadang2 perlu gila2 sikit. Cuma kadang jangan bagi orang perasan sangat. Haha.

Yang aku perasan, banyak je orang orang keluar masuk pergi tandas. Kata tak boleh keluar time lagu tengah main. Cet! Kalau tau, aku rempuh time Hujan main Aku Skandal. Takdelah. Imginasi dalam kepala aku saja. Mungkin kalau protokol time orkestra lagi ketat aku rasa. Layankan aje. Takkan nak anarki pulak time orkestra tengah main. Tak kena gaya pulak.

Ini baru sesi pertama. Sambung sesi kedua pukul 8.30 sampai  pukul 10 malam. Aku macam malas nak pergi sebab balik macam lambat pulak. Pulak tu kena KTM lagik. Yang sedapnya cuma ade Zainal Abidin je. Itupun last sekali dan 3 lagu. Alah, main lepas jelah. Pikir2 balik sayang pulak dah bayar untuk semua persembahan. Tapi memikirkan balik lambat tu, tu yang aku terpaksa go on jelah. Perut aku pun dah lapar jugak ni. Bayangkan dari pagi tadi cuma makan yogurt sama coklat je. Tambah makan betik masa berhenti dekat Pagoh tadi. Makanan sehat ape ke hal ni. Pulaknya dengan tak berhenti perjalanan aku dari tadi sampai ke KLCC dngan tak makannye, dasyat betul aku. Nak makan kat KLCC ramai pulak orang. Maka, aku singgah makan kat La Cucur saje di KL Sentral. Tak ramai orang di sini dan mungkin tempat makan yang memang one stop aku rasa. Aku layan mee kari dengan sistem layan diri jugak. Air masak 2 gelas campur mee kari. Kenapalah, aku tak mintak sikit gula2 kat kawan aku. Boleh jugak kunyah time dalam hall tadi. Time ni lah baru nak teringat. Alahai.

Malam, aku sampai ke UKM dan tunggu bas shuttle sampai bernanah. Dengan hujan lebatnya, budak2 ramai. Pakcik bas ni memang nak tunggu bas penuh baru jalan. Aku sabar je ni. Kawan aku pulak nak pegi gim dengan 2 orang kawannye. UKM ni time malam gelap, pulak tu pakcik bas ni bukan automatik berhenti kat bus stop. Dah aku tersasar jauh dari tempat berhenti kolej kawan aku. Kami terus ke kedai mamak Bangi untuk mengisi perut lagik.  Skang Stail Touch n Pay. Aku mula ragu. Tambah amik order dengan tablet pulak. Aku sendiri takde tablet, macam mane ni. Mamak ni lagik upgrade daripada aku.Aku order nasi lemak ayam goreng lagik padahal baru je makan mee kari. Ni memang nampak lapar gayenye aku ni. Ramai orang di kedai mamak seperti biasa. Time nak bayar baru aku paham ape itu Touch n Pay. Touch the card to the screen order and you pay. Haha.

Lepas makan, kami sambung pergi gim. Bayar 10 ringgit sampai tengah malam kami bergim. Mengah jugak aku dah lama tak exercise. Dari ke konsert skang sambung ke gim. Ape ke hal aku ni.

Besok pulak, diorang sambung buat aktiviti cupcake coklat bersama coklat ganache. Rajin budak2 ni.Aku sekadar pemerhati saja. Nak kacau diorang tak sanggup pulak aku. Segan pulak. Hampir waktu aku bertolak, aku ditolong hantar oleh kawan kepada kawan aku. Terima kasih banyak. Terima kasih banyak kepada kawan aku, Edang kerana kasik aku tumpang bermalam dan juga cupcake coklat yek.

Masa aku nak ake konsert aku pakai celak coklat gelap. Mungkin nak cepat, antara tak kena atau kena bulu mata. Lepas habis konsert baru aku sedar, ade calitan sikit bawah mata kanan aku. Aku mengucap panjang. Sikit lagik nak macam pirate. Aku agak mungkin aku ada terharu time konsert berlangsung sebab menghayati lagu. Aku berharap. Berharap!

Imagine going as a couple, you saw under my eyes has a brown streak and you took your hand to erase it, would that be great? We can into stare each other brown eyes while you try to erase it”. Amacam? Boleh buat scene film tak? Masuk Sundance Filem ke. Amik shot2 stail art house ke.Tak mungkin. Mungkin kau kena script rare.

Monday, September 15, 2014

Serius?

Mak aku risaukan aku sebenarnye.

Aku tau.

Mak aku suruh masuk Kelab Belia.

Aku tak tau nak ketawa ke nak nangis ni.

Dan sekarang betul kate emak.

Ok2. Aku kena serius.

p/s: Sekarang, aku bermasalah nak pergi Akustika II, Sabtu ni kat Malaysia Philharmonic Ochestra.

Aku perlu mengambil serius dalam mencari jodoh!


Friday, July 25, 2014

Baca

Aku dah lama tak baca buku.

Rasa macam tak betul.

Otak beku. Macam bengal pon ada.

Bosan gila.

Kenapa jadik macam ni?

Ini bukan diri aku.

Mana pergi duit aku?

Pelik2.

Aku addicted. 

Kopi takde aku boleh tahan.

Buku tak boleh.

Real addicted.



Friday, June 27, 2014

Lebih Suku Abad

Bila dipikirkan, sebenarnye banyak benda aku nak buat. Ada yang sudah tertunai, ada yang belum. Aku biasanya bukan jenis yang tulis semua senarai aku. Aku jenis simpan dalam kepala. Bagi aku, Allah penentu segala bagi impian harapan kita. Biarlah Allah yang menentukan rancangan aku.

Apa yang aku sudah bersyukur, aku dah cukup round satu Malaysia sebelum aku 30. Ye, umur aku dah 30. Percaya tak. Tentu tak percaya bukan. Percayalah. Eh, sudah2 la memuji diri sendiri. 

Yang paling penting,travel itu penting bagi aku. Aku suka berjalan tengok tempat orang, tengok perangai orang. Banyak benda kita boleh belajar daripada orang lain. Benda2 macam ni banyak bagi kesedaran pada aku.  Sebebas kau jangan terlampau bebas. Jangan terlupa apa yang agama larang. 

Orang kata travel ni macam mengenal diri jugak. Mintak maaf kadang2 aku sebenarnya tak boleh masuk jugak join persembangan. Aku jenis tak reti bercampur ramai orang. Kumpulan2 ni aku tak reti. Kalau berape kerat, bleh tahan lagik. Travel, hiking, camping ramai2 sangat pun tak syok sangat. Kau macam tak boleh nak concentrate sangat. Ini salah satu poin aku dalam bab ni. Contohnye, macam aku ikut rombongan jiran aku. Ke Sabah dan Sarawak. Mak aku ajak aku sekali pergi. Aku dengan curiositynya aku pegi. Sampai sekarang aku tak ingat buat ape di sana.

Serius. Aku tak ingat apa yang aku buat kat sane. Mungkin tidak menusuk kalbu. 

Selain senarai harapan travel, banyak benda lain jugak. Dan aku simpan dalam kepala je.

Monday, May 26, 2014

Find

About finding something in your life, I still have a problem with it. People will said, what are you still finding it? This is your life!

I will try to talk but they will not understand. The very peace of mind is when I am praying to Allah. I feel gratitude of what Allah has gave me. And this is Allah test to me.

Why I feel this way? We had to change our life to be better right? Maybe I was so adventurous then I become easily bored.

For all the friend and people who have found what they are looking for. Finally found the job that you want, someone, had children or maybe a thing that you really want, I feel happy for you.

I will still walking on this earth and find what I want.

Tuesday, April 29, 2014

Books, Music & Animals

I think it will be damn romantic when you started talking about you like. When it says,

"Have you heard this song...?"

"Have you read this book by ....?"

"Oh, I wish I could adopt a tiger right now! Never mind, Salvador Dali adopted the anteater.

Actually, nothing is good than a good book or a good music or an animal accompany. A pair of eyes just staring at you when you are doing something. No, I mean your cats or birds or goose.

Sunday, March 30, 2014

Diri Kau

Kau tak sepatutnya malu menjadi diri kau sendiri.

Walaupun orang kata kau ni, pendiam, kekok, susah nak paham dan apa benda lagi entah yang aku sendiri malas nak cakap.

Kau tak sepatutnya minta maaf untuk menjadi diri sendiri.

Tak sepatutnya.


*"Ke manakah menghilang, diriku sendiri," kata Wings dalam Misteri Mimpi Syakilla.*

Wednesday, February 26, 2014

Suatu Hari Di Waktu Tengah Hari

Aku berjalan bersama rakan aku ke sebuah bank berhampiran untuk mengambil duit. Seorang mobil banker yang peramah menegur aku. Aku tidak sampai hati untuk berlagak sombong maka aku menyapanya semula.

“Pernah dengar kad kredit tak” soalnya.

“Pernah, ada eh,” Tanya aku secara innesen. Aku bukan berniat sarkastik di situ. Aku cuma mahu menyuntik semangatnya untuk menerangkan produknya. Sekali sekala bagila can. Sambil mengisi masa menunggu kawan aku. Dapat juga ilmu. Ilmu tak selalunya dapat melalui sekolah. 

“Eh,ada,”.Dan dia sambung secara menerangkan ciri-ciri kad kredit tersebut dengan panjang lebar,

“Kad kredit ni bukan hutang ke. Saya tak minat hutang-hutang ni” kata aku.

“Eh takdelah".Dan dia terus sambung dengan kerja penerangan dia yang tertangguh tadi.

“Okey, ini kad saya” katanya.

“Boleh mintak nama awak dengan nombor telefon?” sambungnya.

“Alamak” dalam hati aku. Aku sekali lagi tak sampai hati. Aku bagi jugak dengan rasa bermalas-malasan.

“Kerja mana?”soalnya.

“Saya keje dekat sini-sini jugak” jawab aku.

“Kerja sebagai apa?”bgitu juga soal jawab untuk mengenal aku.

You gaji sebulan berapa? Dalam setahun, agak2 berapa? Sekurang2 nya 2 ribu sebulan keatas” ujarnya.

“Gaji saya tak sampai 2 ribu” jawab aku tanpa perasaan.

“Betul ke ni? Eh, tak cayelah”dia pelik.

“Betul,”jawab aku dengan innesen.

Muka dia telah berubah dengan gaya tak percaya. Seperti yang kita selalu lihat gaya muka yang berkata eh iyeke ni.

Adakah aku dalam bahaya? Ilusi aku nampak muda atau sebenarnya aku perlu menukar kerja?

Perlahan-lahan dia bergerak menentang arus angin.

Sekarang baru aku tak sampai hati.


" A while ago this morning, I was listening to If Money Was Trouble-Gary Clark Jr repeating over and over again until I arrived to the office feeling numb"

Relevant

I think the one is relevant right now is shaheed
I become like the earth
Dizzy and in pain
The one that I always holding on is faith
You see now
And try to think how
Apocalypse is coming 

Thursday, January 30, 2014

B-Side

You just know the one side of me.
It is the B-Side of me.
It just a flip-side of the record but sometimes the outtakes and unpredictable was such surprising.
Take your time and get to know it.
I think it is the extinction of the B-Side. 

Sunday, January 5, 2014

Rock Kapak

Rock kapak adalah lagu yang bila kau sing along, kau akan rasa tiada bersalah. Sama ada dalam kereta, dalam kotak karaoke, mengemas rumah atau membasuh pinggan. Lagi kuat kau nyanyi, lagi puas.

Aku rasa aku nak hack playlist Sinar FM.