Tuesday, August 7, 2012

Berterus Terang


Aku mahu berterus terang.  namun, aku mengerti bahawa dunia memang begini.

kita cuba memahami bahawa hati manusia tidak sama. berhati keras, berhati lembut. tapi orang kata, orang yang berhati lembut, adalah lemah. sangkaan mereka adalah salah. sebenarnya, orang yang berhati lembut yang jiwanya lebih kuat. kerana mereka bangun semula selepas terjatuh. berhati lembut,mereka tidak akan melukakan hati orang kerana mereka tahu rasa hati terluka. walaupun, orang lain melukakan hati mereka. sebab itu, kadang kita lihat orang yang luarannya nampak ganas tetapi sedar-sedar, berhati lembut rupanya.

aku tahu orang muda sekarang sudah kurang budi bahasanya. mungkin disebabkan peredaran zaman dimana adab-adab sudah semakin kurang diambil berat. bercakap pula dengan suara yang tinggi. Rasullulah SAW sudah berpesan bahawa Baginda tidak suka kepada orang yang meninggikan suara. tentu kita tidak mahu menjadi orang yang Rasullulah tidak suka, bukan?

ada yang memanggil rakan mereka bodoh, lembap, lembik,malas dan apa-apa lagilah, yang saya malas hendak menyebutnya. anda memanggil kawan anda dengan kata adjektif. anda telah menyifatkan kawan anda walaupun sebenarnya mereka tidak begitu. mungkin mereka ketawa atau senyum saja. jangan memanggil rakan-rakan anda dengan nama-nama yang mereka tidak gemari. panggil rakan anda dengan perkataan yang baik. apa yang kita sebut itu, adalah doa.

siapalah kita untuk menetapkan mereka dengan perkataan itu, kita bukan hakim yang tugasnya menghakimi orang lain. kita tidak berhak untuk menghakimi orang dengan itu. kita tidak tahu perjalanan kita  bagaimana. hanya Allah yang Maha Adil yang berhak menghakimi manusia.