Monday, July 29, 2013

Dari Penang Ke Kuala Lumpur/Perjalanan 2


Meneruskan perjalanan.

Pagi ni, kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi. Naik feri dari jeti ke tanah besar. Dah lama aku tak naik feri ni. Bahagian penumpang di belah atas, yang bahagian bawah tempat duduknya kenderaan. Kawan aku mengajak aku turun ke bawah sebab kat bawah lagik dekat dengan air. Ape2 hal, tangga nak turun ke tingkat bawah ni curam gila! Rupanya jeti tanah besar agak dekat dengan stesen keretapi. Pulak tu ada renovasi dekat stesen tu, agak konpius jugak kami. Biasalah kami duduk di kelas kedua. Kawan aku tiba2 mengeluarkan 2 bekal makanan yang dimasak oleh maknya. Nasi panas dengan sambal ayam dengan telor dadar goreng. Wau! Tak ingat sayur ada ke tak. Haha. Terima kaseh mak Merin! Aku bersarap dulu dengan nasi lemak ikan goreng yang aku beli dekat kedai tadi pastu sambung menjamah pulak nasi yang dibawa oleh kawan aku. Amboi2. Nasi tu aku biarkan separuh untuk makan tengah hari pulak.  

Keretapi memulakan perjalanan hampir setengah jam kemudian. Dah lama jugak aku tak lalu kawasan dari utara ke KL ni. Agak dah 10 tahun jugaklah. Itupun waktu malam, mana nak nampak apa. Dengan sakit badannya naik kelas ekonomi ni. Waktu itu, aku lebih rengsa memikirkan aku tak boleh tidur waktu malam daripada memikirkan hal lain. Lalu jugak kami ke dalam terowong Bukit Berapit yang katanya terpanjang di Asia Tenggara. Memang panjang sampai konduktor pesan, time tu jangan pergi membuang. Dia suruh amek feel agaknya bila lalu dalam terowong ni. Hehe. Dan mungkin atas dasar keselamatan agaknya. Memang gelap. Aku rase bila nak tamat ni, macam tak sampai2 pulak. Memang panjang gila laluannya. Pemandangan di Tasik Bukit Merah pon cantik. Tasik yang saujana memanjang, memang tenang. 

Sesampainya di Sentral KL, kami terus ke stesen keretapi lama. Ambil gambar dan lepak sambung makan nasi bekal tadi. Hmm, bila dah sebati ni, lagik sedap pulak rasanya. Selesai makan, kami ke Pasar Seni. Kawan aku mahu ke sana sebab katanya belum pernah ke sana. Orang memang agak ramai dan trafik agak sesak. Pasar Seni seperti biasa, cantik dan berwarna warni. Surau di atas bumbung. Haa, ni baru real atas bumbung. Kami kemudian berpisah di situ dan meneruskan perjalanan masing2. Kami ke arah bertentangan dan aku terus ke Ampang Park, pejabat kawan aku. 

Tujuan aku sambung berhenti di KL sekejap ni sebenarnya untuk melihat pameran sambung belajar anjuran UKM. Kalau kawan aku tak ajak, malas jugak aku nak menyinggah. Pagi besoknya, kami bergerak dan rupanya kawan aku tak jadik nak pergi pulak. Dia memang merancang nak sambung belajar tapi atas sebab2 munasabah, tak jadik sambung. Aiseh. Aku ni dah sampai KL, maka aku terpaksa pergi jugak. Pameran tu sebenarnya berdekatan Tasek Titiwangsa dan memang pusat pengajian jarak jauh bagi UKM. Dekat Jalan Temerloh, tapi kami pusing2 tak jumpa jugak. Akhirnya, kawan aku memberhentikan aku di Istana Budaya. 

Okey, aku dah aim 2 orang pak guard di situ untuk bertanya jalan. 

"Pakcik, ni nak ke UKM Jalan Temerloh ni belah mane?"

"Ooo, ni simpang masuk jalan ni je. Dalam 1-2 kilometer. Jauh gak tu"

"Allright, time kaseh, pakcik"

"Ni nak pergi naik ape ni?" 

"Takpelah, jalan kaki. Rasenya okeylah jalan kaki ni"

"Ni ha, kawan pakcik hantar. Jauh tu"

Aku taknak menyusahkan pakcik ni. Tapi pakcik ni seboleh2 jugak nak hantarkan.

"Abes topi kaledar takde macam mane?"

"Ni kejap je. Takpelah"

Ni kalau kena tahan dengan polis, pakcik jawab. Degil jugak pakcik ni. Haha. 

Sambil bawak motor, dia cuba berborak. Aku antara dengar tak dengar. Yelah mane clear sangat bercakap atas jalan ni. Aku iyekan aje. 

Tak sampai sepuluh minit, aku dah sampai. Memang betul mengadap Tasek Titiwangsa. Ni kalau petang2 joging syok jugak ni. Dekat benor. Allright, terima kaseh pakcik!

Pemandangan dalam UKM memang sebijik dengan UKM Bangi. Banyak pokok. Nasib baik pejabat dekat je dengan pintu masuk. Bila aku masuk, mane banner pamerannya? Nampak dalam ade 2 kaunter dan 2 banner. Tengok2 noticeboard pastu terus aku naik ke tingkat atas. Tanya orang atas, mana pamerannya. Dia kata kat tingkat bawah . Tempat tadi lah agaknya. Dia sebenarnya pameran ni, lebih kepada one on one person. So, nak taknak kau kena bercakap dengan pegawai kat situ. Last2 yang sepatutnya kawan aku pergi, aku pulak yang pergi. Sape yang beria2 ni sebenarnya? Haha. Bila dipikir2, aku dah sambung master dan belom terpikir nak sambung Phd. Kang kalau aku jumpa, nampak macam serius sangat bunyinya. Aku terus keluar dan berjalan kaki balik ke arah laluan ke Istana Budaya. Banyak pokok redup dan cuaca pun tak panas. Berjalan kaki balik takdelah jauh sangat aku rase. 

Berdekatan Istana Budaya, aku nampak ada Balai Seni Visual Negara. Ah, singgah sekejaplah. Tak ramai orang mungkin sebab hari bekerja. Sebelum masuk, mak guard sudah memesan tak boleh mengambil gambar. Tema kali ni, Absurdcity. Dalam galeri memang tak boleh amek gambar. Memang menarik pameran ni. Ada arca, lukisan semestinya dan audio video klip pun ade.Yang tak bleh blah, CD beserta cover luar pon ade. Band rock kapak dulu2, 80 an. Power jugak kulit album diorang. Siapa sangka rock kapak pon men art gak. Aku tengok di sini terdapat perbezaan jugak antara pelukis Melayu dan Cina. Pelukis Cina banyak menggunakan warna dalam lukisan mereka dan dalam satu lukisan tu, terdapat banyak sangat benda yang diletakkan. Aku tak tau dalam pemikiran diorang banyak sangat perkara yang berlaku agaknya. Kadang2 terpikir ini overproduced ke hape. Bagi pelukis Melayu, penggunaan warna memang tak banyak dan maksud agak mendalam. Ada yang pada aku, sukar jugak nak difahami maksudnya. Pada aku, sense of originality adalah paling penting

Kadang2 ade jugak mak guard masuk dalam meronda. Dan ade jugak orang yang degil masih mengambil gambar. Dah kate jangan ambil, ambil jugak. Masalah kalau ambil gambar ni, takut diplagiat karyanya. Dan aku nampak jugak 2 orang budak Cina memegang handphone seperti gaya mengambil gambar secara senyap. Pelawat hari itu memang kurang. Aku serba salah untuk menjadik busybody dan aku cuma melihat saja perbuatan mereka. Aku sign in sebelum keluar dan sempat jugak bertanya kalau2 bahagian atas boleh dilawat. Tak boleh,  kate mak guard sambil tersenyum. 

Aku duduk berehat sekejap di gazebo dekat taman di situ. Cuaca masih berjerebu. Aku memutuskan untuk naik teksi saja untuk balik ke ofis kawan aku. Sambil menunggu, ade seorang pemuda mat saleh bertanya mana arah National Art Gallery. Seperti yang aku katakan sebelum ini, muka aku ni ade muka penunjuk jalan.

Nak naik bas tak reti plak aku sebab ofis kawan aku tak bape jauh. Jadi, aku tahan teksi. Itupun ade jugak beberape kali tahan tapi tak berenti2. Last2, ade satu teksi berenti.

"Uncle, Stesen Ampang Park"

"Okey. Saye kesian tengok awak ni. Sini memang payah sikit. Kadang2 diorang taknak berenti" kata uncle India tu.

"Tu lah. Saya tahan teksi bape kali takde yang nak berenti. Skang ni plak time trafik jam"

"Bape nak ke stesen Ampang Park ni?"sambung aku. Mane tau kan kalau dekat2 ni diorang tak nak pakai meter.

"Pakai meter lah. Tengok bape2. Kita mesti jadik orang yang jujur. Kalau kita amek duit haram pun hidup tak senang. Duit mesti halal" ujar uncle.

"Ye lah. Kalau amek duit haram, customer pun tak senang hati" jawab aku.

Tengok. Uncle ni pun tau halal haram. Haha. Bagus uncle ni, puji aku dalam hati. Aku tau kadang ade teksi tak pakai meter. Aku dah penah kena dan bertekak jugak ngan pemandu teksi tu.

Sampai di ofis, kawan aku bertanya ape hal yang berlaku tadi. Katanya aku ni otai, siap naik motor pulak ke sana. Aku tak tau otai yang belah mananye. Haha. Makan tengah hari aku tapau di restoran mamak tingkat bawah dan makan di ofis. Duduk melepak di ofis kawan aku sampai senja dan kemudian kami sambung tengok wayang di KLCC. 

Bila dipikirkan, aktiviti aku dipenuhi dari pagi sampai malam. 


Dan sedikit sebanyak, aku mahu mengucapkan segunung terima kasih kepada kawan aku, Siti Marina sebagai host di Penang kerana menjayakan rancangan ini. Jasa dan budi dibalas baik.

Takpelah, dah lame tak cuti. Lima hari terus aku hentam cuti. Pengalaman baru, angin baru. 

Yang penting, ape yang kau dapat daripada ape yang kau dah buat.




Dari Johor Ke Penang/Perjalanan 1

Aku rase ni entri aku paling panjang. Letih tak letih membacanya. Terpaksa buat sambungan pulak tu.

Berapa kali sebelum ini, aku tunda2 nak ke Penang. Kali ni, aku terus ke Penang tanpa berdolak dalih. Aku sebenarnye agak sudah lame tak ke Penang, lebih kurang 10 tahun aku rase. Dulu matriks di Kepala Batas, tapi aku keluar hanya ke Bukit Mertajam dan Seberang Prai. Aku keluar kadang sorang dan kadang berdua tetapi lebihnya aku keluar berseorangan. Mungkin sebab itu, aku tak keluar lebih dari tanah besar. Tujuan aku ke Penang untuk jumpa kawan lama aku yang belajar di sana. Kami memang rapat disebabkan minat dan temperament yang lebih kurang serupa.

Plan aku ke Penang dan KL. Aku singgah ke KL untuk melihat pameran UKM untuk sambung belajar. Ni kawan aku ajak sekali sebab katenye nak sambung belajar. Saje2 tengok padahal aku dah sambung belajar ni. Ape kehal ni. Sambung PHD nak kene duit lagik. Mungkin aku kena pikirkan dulu. Keje aku sekarang pun ntah ape2. 

Aku naik ketapi malam dari JB ke KL. KL ke Penang aku pilih untuk menaiki bas, nak bagi sampai sana siang. Aku amek seat duduk, harga murah sikit dari katil. Tapi mase tu, seminggu sebelom booking pon, katil sudah habes. Bertolak tengah malam, koc M3. Aku berharap jugak sebelah aku takde orang duduk. Koc yang aku naik ni lampu agak malap. Ade jugak abang menjual makanan tapi aku agak konpius dengan melihat cara pemakaian dia. Abang palsu. Tiba2 kedengaran suara seperti yang aku pernah aku dengar. Rancangan kartun Usop Sontorian. Tapi aku tak pasti,  suara Abang  Budin ke, Selebet ke atau si Singh. Aku gosok2 mata. Aku pikir aku berhalusinasi. Aku pusing2 sekeliling. Suara tu bergerak semakin dekat dan keluar daripada mulut manusia berbaju biru. Peh, abang berkonduktor ni rupenye, berborak dengan abang palsu yang menjual makanan.

Keretapi mula bergerak. Konduktor lain mula datang untuk cek tiket. Rupenye aku salah duduk koc. Sepatotnye koc M3 tapi aku duduk M3N. Dah malap2, aku ingat mcm same je lebih kurang no koc. Dah sejam aku tunggu, bila nak tutup lampu ni. Baru aku ingat, rupenye seat malam tak tutup lampu. Aku kalau tak tutup lampu ni memang payah nak tidur. Cube2 pejam mata tapi tak boleh. Sudahnya, aku berkelubung muka dengan shawl hitam aku. Lantaklah, aku tak pikir ape asalkan aku boleh tidur. Tapi sebenarnya, tak boleh tidur jugak. Beberape jam, terjaga dan kadang2 tidur ayam. Dodoi Ipod pon tak jalan. 

Sampai di Gemas, auntie India datang ke seat sebelah aku. 

"Hello"katenye. 

Aku angkat beg aku. Eh, mana aku punya tiket?

"Hello! " tibe2 auntie tu berkate. Rupenye tiket tertinggal kat seat sebelah aku. 

"Nak pegi mane?"

"Ke KL.Auntie nak ke mane?" 

"Turun Seremban," jawabnya Auntie Hello.

Aku terus sambung kelubung kepala aku. Auntie Hello aku tak tau tidur ke tak dalam keretapi tu. Aku panggil dia auntie Hello, sebab 3 kali dia kate hello  kat aku. 

Semakin lame semakin sejuk aku rase. Pakcik depan aku ni pon dah berkelubung muka dengan tuala. Bini dia rileks je tidur tak berkelubung. Aku rase adalah dalam 3 jam aku tido. Ah, payah.

Sampai di KL Sentral aku ke cafe untuk bersarapan. Tekak memang tak selera tapi kena makan jugak sebab nak berjalan jauh lagik ni. Aku pilih white coffee dengan bubur. Aku gerak ke KTM KL sebab Plusliner ke utara, memang perhentian bas di situ. Dua kali jugaklah aku bertanya orang pasal bas Plusliner ni belah mane. 

Aku memilih untuk menunggu di bahagian luar. Aku menegur nyonya moden di sebelah aku. Nyonya moden speaking, nampak gaya berspeaking jugaklah. Walaupon speaking aku dah macam berkarat jugak. Tiba2 nyonya moden panggil aku. Bas dah sampai agaknya.

"Ni tiket seat driver ni," kata pakcik bas tu. Tak pasal2, aku jadik co driver kang.

"Takpe, awak amek seat yang belakang sekali. " sambung pak cik tu. Nyonya moden tu offer tempat duduk sebelah dia. Aku kate tak mengapelah. Aku lebih suke conquer 2 seat. Haha. Naseb baik bas tak penuh. 

Sampai adalah kira2 dalam pukul 3 di Sg Nibong. Naik teksi mahal jugak, 25 ringgit ke Tune Hotel. Nak naik bas tak reti plak sebab kawan aku kate kena 2 bas. Nampak gaye terpakse naiklah teksi. Sampai2, aku terus mandi, dengan berlengasnye badan aku yang tak boleh blah. Kawan aku sampai ke hotel aku dalam 1 jam dan kami mula gerak.

Mula2 isi perut dulu sebab aku lapar dan malas nak turun time bas berhenti di Gopeng tadi. Makan ayam tandoori dengan nasi beriyani dalam claypot bersame fresh oren di Kapitan. Terima kaseh, Merin! Kemudian, kami pergi ke Masjid Kapitan sebab kawan aku nak menunaikan solat kat situ. Di situ ade menara Masjid Kapitan dan bahagian bawahnye terdapat ruang untuk memberi ceramah Islam kepada pelancong2 di situ. Bagos jugak idea begitu. Corak senibina menara seperti di Greece. Putih suci. Bergambar di menara tu, dapatlah merasa ala2 Greece. Kunun. Dapat imagine pon takpelah. 

Selepas tu, kami ke Little India. Kawan aku nak beli manisan India. Kami beli karipap tiga segi berinti ayam ngan kuih manis giler brwarna pink. Fuh, manis gile! Memang melekat di tekak. Kami meneruskan perjalanan dan badan aku pulak terase bahang. Ni agaknye mandi dah nak petang, mane taknye. Kami menulusuri jalan yang kelilingnye dipenuhi sekolah2 bercorak Roman Katolik. British mula bertapak di sini dahulu. Peh,aku perasan ade Love Lane kat sini. Hmm. Kami berjalan menuju ke Muzium Cina, tiba2 ade orang tua India meminta duit. Kami dah mula seram. Ni mesti mabuk minum todi ni. Dah rupe macam zombie pun ade. Secepat kilat kami mengelak dan menapak laju terus ke muzium Baba dan Nyonya. Tapi dah tutup pulak dan bangunan tu berkawal.

Kami meneruskan perjalanan ke Protestant Cemetery. Ah,sudah. Tutup jugak. Mungkin 6 lebih begini, time untuk tutup. Sekarang tak boleh membuang mase. Okey, kami pusing balik, jalan sekeliling pagar, kalau ade pagar rendah yang boleh naik. Ah lantak. Bukan selalu buat benda begini. Sekali sekala bagi thrill sikit hidup kau. Al-maklum pagar pulak pagar batu. Jumpa pagar rendah dan pulak tu, ada bukit batu di belah dalam yang boleh menampung kami, apa lagik. Belah ni, rumput agak subur dan kemunculan ular je yang paling aku risau. Aku berselawat banyak2 sambil menapak perlahan2. Kami sampai di kubur Francis Light dan sanak saudaranya. Batu2 penanda memang besar. Kebanyakan kubur2 di sini kubur berpangkat tinggi macam captain dan reverend. Rupenye Francis Light bermazhab Protestant. Kubur Roman Katolik dan Protestant terhubung melalui gerbang batu bersebelahan. Kubur Roman Katolik tidak banyak. Ada kubur nun beramai2. Ada batu nisan mirip seperti orang Islam yang berbentuk bulat. Kami keluar melalui tempat yang same.

"Tak takut ke malam2 kang ade orang ikut balik. Kang ade yang ngigau pulak," tiba2 ditegur pakcik Indon pembuat bangunan. Risau nampak gaye rupa pakcik tu.

Kami terus berjalan ke Eastern & Oriental Hotel. Macam bangunan sejarah pulak aku tengok. Kami pusing ke bahagian belakang yang mengadap laut. Wau, tambahan pulak makan sambil menghirup angin laut, memang menyegarkan! Ada titi ke pesisir pantai yang baru siap tapi berpagar. Ada jugak taman di belakang hotel tersebut yang boleh tahan cantiknya. Masuk ke dalam hotel melalui pintu belakang, kami menemui banyak foto dalam gerobok kaca. Foto2 hitam putih orang terkenal dulu2 yang datang ke sini. Ada Rudyard Kipling,  Rita Hayworth dan ape kebende expatriate German lagik. Charlie Chaplin pun ade wey. Dekorasi dalam memang cantik. Memang rupa zaman kolonial ni. 

Okey, meneruskan perjalanan ke Padang Kota Lama untuk mengisi perut. Aku order cendol jagung dengan char kuey tiaw. Adoii, char kuey tiaw ni bukan ape yang aku agak. Menggagahkan diri untuk menyuap. Tak habes jugak. Waktu sudah magrib, kami berjalan ke bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Ada rupa kraf yang dibuat daripada rotan. Memang cantik dan berbentuk seperti sampan. Rotan ni diikat seperti menutupi bangunan itu. Sangat kreatif dan dihiasi lampu kuning.  Balik ke Masjid Kapitan untuk menunaikan solat magrib. Sambung berjalan lagik. Haha. Kami menuju ke Armenian Street. Kata kawan aku banyak mural hidup dan aku sempat bergambar di mural basikal yang ditunggang oleh gambar budak kecik perempuan dan lelaki. Nasib baik tak roboh basikal. Ada jugak gambar kucing comel dengan tiga bulatan. Rata2 kedai dah tutup time begini. Nak jugak ke Chowrasta tapi tak menyempat. Hmm, malam2 begini ada pulak hiburan kelab malam diorang buat. Nyaring sekali bunyinya. Serupa wayang opera cina. Di kawasan berdekatan pulak, terdapat masjid yang didirikan oleh orang Melayu Jawa dan kami cuma melihat2 di bahagian luar.  Malam ditamatkan di situ, kami pergi menaiki bas di jeti dan aku pulang ke hotel. Sebelum tidur, aku baca doa banyak2. Nasib baik aku bawak kitab kecik majmuk ni. Aku taknak mimpi aku diekori daripada rizab perkuburan tadi. 

Pagi besok, kami bertolak ke Teluk Bahang untuk mendaki di Taman Negara Pulau Pinang. Standby bekal 1 botol besar air dan 1 botol kecik. Keropok ikan, roti semua dibawak. Beg aku dah macam peti makanan. Lapar tak mengira waktu, ye tak?  Isi perut di meja kayu dengan nasi lemak sebelum memulakan pendakian. Ada jugak budak2 sekolah nak mendaki di situ. Kami memulakan pendakian melalui Pondok Pasir Pandak. Peh, dah lame tak mendaki memang mengah jugak ni. Menaik je keje nye. Kawan aku bercadang ke Kanopi Walk terus. Kami berhenti sekejap di aliran sungai. Tiba2, berbunyi pulak telefon aku. Aku ingatkan takde line dalam hutan ni. Cis, ada jugak. Time aku cuti ada aja ofis menelefon. Nasib baik aku tak campak telefon aku dalam sungai. Kawan aku kata sungai ni waswas sedikit sebab ade kes kencing tikus. Aku bertanya banyak kali samada selamat ke tak kalau makan tapi tangan dah sentuh air tu. Menampakkan kerisauan aku . Haha. Selagi airnya tak masuk dalam badan, takpe. Aku macam waswas sedikit sebab aku bawak keropok ikan, kang seluk2 dalam plastik. Aku nak pegang dengan ape? Dah macam germ freak plak aku. Keadaan selepas itu, agak lega sebab muka buminya menurun. Laju sikit kami berjalan. Kami berjalan menghampiri laluan Sungai Tukun. Ada jugak berhenti2 sekejap sebab kawan aku nak mengambil gambar. Aku pulak pemalas ambik gambar orangnya. Berjumpa jugak dengan budak2 sekolah tadi. Berjumpa jugak dengan sekumpulan pendaki jugak yang bertanya arah yang mereka lalu itu betul ke tak. Ada ke dia panggil kami puan? Gurauan sopan?Berhenti kejap katanye, 'raja' nak berhenti kejap. Kagum jugak aku tengok badan 'raja' yang agak montel nak mendaki ni. Bukan calang2 orang. 

Sampai di Kanopi Walk, kami berehat sebentar dan aku tengok memang ade tapak perkhemahan di situ. Ada beberape famili mat saleh naik ke Kanopi Walk. Sambil menunggu, berborak dengan pakcik yang menjaga Kanopi Walk. Perbualan biasa2, pasal kerja, asal mana. Nasihat2 kehidupan,ahak. Pak cik menyuruh kami minta kerja di JPA. Siap bagi tips, kalau nak kerja hutan kena badan tegap. Yelah, kerja turun naik bukit. Kena lasak orangnya. Aku rase duduk kerja hutan ni untuk orang antisosial macam kami ni memang sesuai. Haha. Berjalan di Kanopi Walk memang rase lega dan tenang. Kejap2 berhenti amek gambar. Aku kalau naik tempat tinggi, aku selalu tengok bawah. Orang kata jangan tengok tapi aku tengok jugak. Lepas tu rasa macam nak terjun. 

Sampai di Teluk Tukun, berhenti dan keropok hampir habis dibedal. Teringat pasal sungai tadi dan sebelum makan, aku selawat banyak2. Kami meneruskan perjalanan ke Monkey Beach. Tips aku, kalau rase mengah, aku berzikir. Itu amat berkesan bagi aku. Ni dah lame tak mendaki punye pasal la ni. Last sejak aku keje field dulu. Kadang aku pikir, nak campak saja beg aku ni. Semua nak tinggal. Penangan mengah punya pasal. Lepas ni kena mengaktifkan hidup aku. Banyak jugak wayar2 elektrik yang melambatkan perjalanan kami. Masa ni jugaklah banyak akar2 pokok yang melingkar dan juga batu2 besar. Kami lalu juga di USM Searec. Tempat kajian biologi USM. Cecah saja kaki ke Monkey Beach, kami berehat dan makan. Ambik angin sekejap. Time tengahari, cuaca memang panas. Kawan aku yang memang kaki air, terus2 menuju ke pantai. Aku sekadar duduk saja menikmati angin laut. Agak lama kami berehat di situ. Aku habiskan sisa keropok aku dan sebotol air besar tadi sebelum aku membuat keputusan untuk membuang beg aku bila kami menyambung perjalanan. 

Kami menyelusuri Monkey Beach untuk ke Muka Head Lighthouse.  Banyak jugak orang2 Arab yang melancong ke sini. Kami disapa oleh beach boy di situ. Mengoffer kami jetski untuk balik ke pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang. 30 ringgit seorang dan 15 ringgit untuk kongsi 2 orang. Menarik jugak. Eh, maknanya naik 3 orang? Kang ada pulak yang tenggelam ni. Decide sebelum pukul 5 petang sebab takut air pasang katanye. Kami membuat keputusan untuk berpikir dahulu. Meneruskan perjalanan ke Muka Head Lighthouse. Ah, sudah tutup rupanya. 3 petang tutup. Dan nampaknya jodoh kami bertemu lain kali lah yek, Rumah Api. Tak dapat lah aku lihat pemandangan dari atas paras laut yang tinggi. Ceh,tak mengapa. Kami berpatah balik ke Monkey Beach. Kemudian, kami ditegur oleh pemandu bot yang agak ramah. 40 ringgit untuk 1 bot. Hmm, kami pikir dahulu. Kawan aku kate, muka abang bot tu macam gangster jek. Bukan takut tapi brutal. Kawan aku ni pulak macam nak patah balik, jalan ikut kaki. Dia ni penyegan orangya. Hehe. Lagi2 beach boy ni jenis belenggeng je kerja dia. Beach boy yang biasa aku nampak takde macam pretty boy. Kalau kau pretty boy, aku rasa mungkin tak sesuai jadik beach boy. Kang rosak pulak kulit kau. Aku macam nak ajak naik jetski sebab kami memang tak pernah naik. Kalau kongsi, murah sikit. Haha. Kami duduk berborak sekejap untuk membunuh masa sambil memikir nak naik jetski ke tak.  

Last2, kami putuskan untuk naik jetski. Kesian kawan aku, terpaksa diconvince oleh aku untuk naik motor laut. Maaf2. Berat maksimum 400 kilo, katanya. Dia tanya, ni berat sorang2 bape sambil gelak2. Sempat perli kami la ni. Oleh kerana kawan aku penyegan, aku jadik duduk di tengah, jadik barrier. Kami lalu di pesisiran pantai di kawasan jejak daki kami. Memang cantek bila nampak dari jauh. Peh, Memang seronok gak naik motor laut. Sebab angin menyapu kuat muka kau dan terpercik2 air. Haha. The macho man. Stail2 memang naik motor kat darat sambil pandang tepi. Kalau kau naik motor dan nak nampak macho,sekali sekala kau jangan pandang depan. Jangan pulak sepanjang perjalanan kau tak tengok depan. Ada yang masuk parit kang. Kekeke.

Ambil mase nak dekat 10 minit nak ke jeti. Sampai di jeti, dia tanya kami sama ada nak hantar ke tempat yang dekat dengan perhentian bas. Okey, sambung naik jetski ke belah pantai yang dekat dengan perhentian bas. Landing berhampiran pantai yang landai dan kami terus ke masjid berhampiran. Carik kedai makan berhampiran kerana dah sampai masenye untuk makan! Aku carik nasi jugak sebab dari siang tadi belum makan nasik. Makan nasi ayam dan balik semula ke pantai tadi. Buat unggun api. Hoorey! 

Senja semakin dekat. Capai ranting,kayu dan akar rumput untuk dibakar. Letih jugak carik kayu api ni. Tarik akar rumput yg panjang ni kemain la liat. Perit tangan aku. Bahan pembakar dibawa oleh kawan aku. Mula2 memang payah gak, nak hidup lama api ni, dah tambah kayu banyak2 barulah tahan lama. 

Suasana memang sejuk. Langit semakin gelap. Fuhh,api unggun api semakin besar. Seronok wey! Amboi, mungkin ini kali pertama buat unggun api. Real unggun api. Aku rase time camping kat sekolah dulu tu ntah real ke tak unggun api. Sambil2, kami mencari kayu dan akar rumput untuk menambah marak api. Ada jugak 2 ekor anjing liar yang lalu lalang. Aku dah saspen semacam. Mane tau kan. Nasib baik ade api, baru aku ingat. Rase selamat sikit. Kalau kau datang dekat aku, aku libas kau dengan kayu api ni, kata aku kepada anjing tu. 

Tiba2 dari jauh dalam 20 kaki, aku nampak 3 benda bergerak. Badan panjang dan ekor panjang. Aku dah naik seram. Takut biawak ke. Ke buaya. Isyh. Aku datang dekat untuk mengenalpasti. Fuh, rupanya memerang laut. Ahai, comel sungguh. Dengan muka bulat dan bermisai panjang. Macam kucing pulak aku tengok.  Ini macam gaya satu famili ni. Yang satu lagik, siap berdiri2 melihat kami. Macam meerkat manor. Aku tak tau curiosity sape yang tinggi, aku ke diorang. Haha. Bila aku bergerak semakin dekat, diorang semakin jauh. Kawan aku cuba untuk mengambil gambar, tapi malam, paham2 saja gambar pulak tak clear. Kamera aku lagik tak leh pakai. Time ni aku rase baik baling ke dalam laut jadik tukun. Kami menghabiskan sisa kayu untuk dibakar sambil menghirup udara pantai. Layan blues ke hape. Tepat pukul lapan, kami ke masjid dan terus pulang. 

Besok kami ke Kuala Lumpur.