Thursday, January 3, 2019

Hal Be

“Yang ini berapa?” tanya Be kepada juruwang di situ. “Oo, yang ni sepuluh ringgit saja,” Pasir kucing bentonite sama 2 tin makanan siap dibeli. Dia berkira-kira baki yang tinggal di dalam beg comelnya. Akhir bulan. Yang ini saja mampu Be beli. Sejak duduk menyewa ni, memang banyak kena berjimat cermat. Ye, dia mengaku, dia sudah belajar berjimat cermat. Seluk beg kecik menyimpan duit dan dihulurnya kad ahli. Kad binatang ada 2 jenis, kad membeli-belah siapa tau ada 5 jenis. Kad sakit 2 jenis, kad bank 2 jenis. Buat apa banyak kad bank. Dia pening banyak-banyak kad. Nasib dia kad kredit tiada. Kad ini semua takda untung. Tetapi kad alergik dia ada. Itu paling penting. Kita tak mahu, mata kembang, hidung macam paip bocor, muka semacam belon merah dan terbaring sepanjang hari mengganggu kelancaran hidup. Paling tidak efeknya seminggu, mata kau kecil sebelah. Itu menarik perhatian. Dia tidak mahu menarik perhatian dengan mata kecil sebelah. Dan ye, cermin mata itu penting. Dia perlu cermin mata sebab dia tiada cermin mata. Cermin mata untuk halang silau mata. Mata coklat jernih seperti dia perlu cermin mata. Ok, tidak sensitif seperti hijau atau biru tetapi dia rasa perlu. Pernah orang menegurnya, saat dia sedih kelihatan matanya lebih coklat. Mungkin saat itu, air mata mula mahu mencuci matanya membuatkan lebih coklat. Mungkin. Dia juga sedang melihat-lihat iC!Berlin bentuk bulat hitam sebelum ini di internet. Untuk membeli, kita mesti mahu simpan azam. Buat lagi kuat azamnya. Dior Wayfarer warna putih juga menarik. Tapi untuk pertama kali dan dalam kisah penjimatan begini, dia cuma kisah Polaroid Wayfarer warna hitam. Mudah dan klasik.

No comments:

Post a Comment