Saturday, May 6, 2017

Palembang - Lampung - Merak - Jakarta 2

Dapat aku cakapkan cara pemanduan bro memang power. Satu perkataan je. Power. Ada ketika rapat gila dengan aku agak treler yang belakang besi panjang terjojol. Bape inci aku tengok. Fuh power dengan teknik pemanduan yang potong berapa keretta entah. Tapi satu je kat sini semua orang akan bagi can nak potong. Tolak ansur tu bagus. Bukan potong line ye kawan2. Masuk jalan tanah pun ye. Dengan background lagu pop dangdut memang masuk stail lah ni. Tiba-tiba kami menerima satu bau yang tak boleh digambarkan. Suasana seperti biasa dalam van. Senyap sunyi tapi taulah bunyi pop dangdut seperti biasa. Aku yang dengar Ipod comel tu pon boleh dengar. Bau yang dilalui itu semacam sengit. Menusuk hidung menusuk kalbu. Dalam hati aku, who the fuck drop the fucking methane bomb here! Tak aku bingit dalam hati je. Aku pusing kiri kanan. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku. Kelihatan Bro membuka tingkap kecik di sebelahnya beberapa inci. Kelihatan Bro tadi sedang mengesip2 jari-jemarinya berdekatan dengan aircond di dashboard. Ade sikit bau-bauan wangi yang keluar. Aku saspek Bro tadi megesip sedikit minyak wangi di jarinya kemudian letak di aircond untuk berfungsi sebagai minyak wangi. Muka masing2 memang releks aku cakap. 
Perjalanan yang jauh tu tanpa buat ape2 memang penat jugak. Hampir ke kawasan bandar jem semakin teruk. Dengan jalan berdebunya, yang naik moto hampir keseluruhannya pakai topeng mulut. Kami berhenti jugak sebentar sebab dah lame sangat jugak duduk. Buat ape2 yang patut buang air ke minum air ke. Hampir senja jugak perjalanan kami. Kami berbincang bagaimana nak hantar sape dulu. Bro pemandu bertanya kepada Ibu Martha dan Pakcik yang duduk di belakang kami mengenai jalan ke hotel di Lampung.  
Moden jugak Bandar Lampung ni. Itu perkataan pertama aku yang keluar pasal Lampung. Pendek kata complete jugak berbanding di Palembang. Fast food restaurant, universiti, muzium haa memag tak sempatlah ni. Lain kali lah yek. Bro pemandu memutuskan untuk hantar kami dulu ke hotel walaupon Ibu Martha sepatutnya dihantar dulu kalau diikut aturan perjalanan. Katanya kurang arif dengan jalan di situ. Bro menggantikan duit kami sebab hantar kami dulu. Waktu sudah magrib dan siap booking sekali transport ke pelabuhan. Rupanya aku tak paham bagi tip lagi ni. Haha.
Malam nak keluar pun tak sempat maka makan megi la jawabnya. Mangkuk pun tarak. Heater tarak. Dan time inilah kami kena bertindak kreatif. Nasib baik beli megi goreng. Maka merendam megi dalam plastik pembungkus dengan air shower panas. Kepit dengan tangan sebentar. Kemudian gaulkan rencah di atas piring cawan. Bersiap sedia untuk di makan. Besok sarapan dengan real.
Sarapan agak meriah bagi kami. Ada mee goreng, nasi goreng, udang comel goreng, pisang goreng, buah-buahan. Perumah hotel kebanyakan muda2 di sini. Makan sampai kenyang ye tuan2 dan puan2. Rupa pelakon Indonesia pon ada jugak di sini. Peta tempat2 menarik ditampal sebagai backdrop di feature wall hotel. Ia merupakan salah satu hari biasa yang indah di tempat asing.
Siap kenyang dan berkemas kami terus check out. Mengambil gambar sambil menunggu mobil. Sampai mobilnya sebuah van di hadapan hotel. Kelihatan seorang pakcik dalam van di bahagian hadapan. Kami meneruskan perjalanan. Singgah sekejap2 untuk ambil penumpang lain. Masuk ke kawasan setinggan dan van masih disumbat2 dengan manusia sambil diselangi latar lagu dangdut sopan. Rupanya ada kenduri kahwin. Entah kenapa aku tengok orang kat sini semua sopan2. Nampaknya aku dapat curi tengok inilah kehiduoan seharian diorang. Debu dan panas jangan cakaplah. Van kasi muat punya. Padat gila jugaklah ni. Kami meneruskan perjalanan dengan lebih muatan jugak ni. 
Waktu itu awal tengahari. Waktu untuk mengantuk sebab dah 2 kali berenti pakcik drebar tu. Mula2 turun cari makanan ke apa, katenye beskut dah habis, kang ngantuk nak kunyah ape. Kali kedua berenti di kamar mandi, basuh muka. Sekali lagi  tempat tadahan air berbentuk kolah. Nak berendam pon boleh gak time panas2 begini. Kasihan betul pakcik drebar. Ada jugak sepanduk berbunyi, Anda mengantuk? Nah, kopi gratis!’  Pakcik drebar mengoncang2 botol 1 liternya.Beberapa kali jugak meraup air daripada botol ke mukanya. Tanda sudah habis. Aku renung botol air dalam beg aku. Serba salah nak bagi ke tak. 
Nasib baik perjalanan tak lama. Sampai jugak kami ke Pelabuhan Bakauheni. Kelihatan sibuk sekali susanan di pintu masuk. Fuh, dengan orang dan barang2. Barang2 berbentuk kotak2 yang berbungkus2. Mau balik kampung katanya ke Tanah Jawa. Suasana di pelabuhan memang sibuk gak dengan riuh rendah sama orng muda dan orang tua. Pergi solat kejap dan berehat. Tersadai jugak di area kaunter pelabuhan sementara menunggu kapal bertolak. Lebih kepada feri sebenarnya. Duduk di penjuru dan memerhatikan perangai manusia. Standard sehari2 perangai manusia. Budak2 bermain dan orang berbual. Tiada apa yang luar biasa. Rupa juga lebih kurang kita. Hampir asar, feri tiba dan kami meneruskan perjalanan.  Cuaca begitu baik. Bergerak ke feri dan air percuma di awal pintu masuk. Air buah2 buahan manis. Kami mencari tempat di bahagian luar. Lagi sedap ditiup, pemandangan segar tapi suhunya panas. Apalah suhu nak dibanding dengan pemandangan yang cantik bukan. Bukannya suhu panas berdeting. Air laut seperti biasa cantik biru dan dalamnya seperti rahsia. Angin jugak kuat, realitinya memukul kau tanpa benci. Kadang2 kami berdiri pinggir feri dan kami duduk tetapi kebnayakn masanya kami berdiri. Tiada pemandangan alam yang merugikan walau kau merenung tanpa berbuat apa2.
Perjalanan 2 jam dalam feri dihabiskan dentam tanpa berbuat apa2. Kelihatan Krakatau di kejauhan. Cuma aku, biru laut dan angin. Ok2. ada lagi ramai orang kat situ. Semua orang di pikiran masing2. Ada pakcik berbual berhenti aku tengok. 2 jam tak penat dia berbual aku rasa. Itulah dikatakan seronok berbual ye dak. Dikatakan penuh jugak orang di bahagian dek memandang laut. Manusia dan masala masing2. Aku harap aku takda jadi saksi kejadian orang terjun laut setakat ini. 
Sampai juga akhirnya kami ke pelabuhan. Ni sebenarnya booking hotel pon belum. Main terjah je la nampak gayanya. Bila kapal feri hampir berlabuh di pelabuhan kelihatan anak2 kapal terjun untuk membantu. Ada jugak orang2 membaling duit ke dalam ke arah anak2 kapal tadi. Dapat ke tak belakang kira. Gembira sungguh nampaknya. Meriah dengar nama dipanggil2. Kami terus bergerak ke jeti Merak.
Hari semakin gelap. Hotel belum dapat lagi ni. Gerak ke kedai serbaneka membeli kredit. Cari hotel melalui Google dan telefon. Payah juga gaya gini last minute cari hotel. Memang gamble hates la ni. Teksi pon tak jumpe. Kau tau je lah tim2 begini ada saja teksi tak rasmi memanggil penumpang. Kereta, van, moto. Ada 2 3 lelaki mendekati kami bertanyakan tempat mana mau dipergi. Sebenarnya kami pun tak tahu ke mana nak pergi. Haru2. Doa dan tawakal. Time gini aku kena jadi tegas. Diorang ni kena tegas kalas tak memang tak makan. Bertanyakan hotel mana paling dekat. Bargain2 punye tambang dengan harga hotel yang berpatutan. Bertekak juga dengan brader moto tu harga punye pascal. Nak naik moto kawan aku tak biasa. Aku pon sebenarnya tak berkenan gaya begitu. Memanglah lagi murah tapi bahaya lagi tinggi. Last2 dapat jugak van Avanza dan ke hotel Merak namanya. 
Kalau diikutkan memang agak dekat. Jalan kaki boleh jugak tapi tempât baru kan. Lagi2 malam. Sampai di hotel Merak. Peh, memang hotel lama jugak. Kalau nak buat scene movie seram bleh jugak. Aku serius ni. Receptionist perempuan muda dan seorang pakcik penjaga hotel. Memang jawa habis. Wardrobe receptionist berbaju kebaya lama dan pakcik bersongkok batik jawa. Sampai di hotel di waktu malam begini, sambung adegan seterusnya. Ikut imaginasi anda. Ok2 balik semula ke scene di kaunter hotel tadi. Nasib baik harga boleh tahan jugak. Twin bed and free breakfast. Suasana memang sunyi. Mana orang lain ni. Semua dah tidur ke. 
Lif pun jangan cakap lah. Lif kecil lama yang bergoyang2. Lampu juga malap. Aku dan kawan aku mula saspen. Kami diberi pilihan 2 bilik. Satu bilik mengadap tangga dan satu di hujung. Kami meninjau2 di kedua2 bilik. Bilik di hujung nampak okey manakala bilik di tengah lampu tengah nampak malap tapi masih ok lagi. Aku cek kedua2 bilik dan meminta maaf jugak pada pakcik sebab terpaksa cek satu2. Kalau diikutkan baik pilih bilik berdekatan dengan tangga. Apa2 hal senang nak lari. 
Air memang tak beraap bersih dan pakcik sudah pesan. Memang. Kalau pakai sabun takde guna jugak sebab masih kesat. Air laut katanya. Layan saja mandi air kesat. Macam kat Arab pulak rasanya. Barang2 dalam bilik tersebut semua jenis lama. Zaman 70 an. Berkerusi rotan dan peti sejuk lama. Nostalgia habis dengan suasana lampu kelam. Yang paling melegakan adalah berdekatan masjid. Kalau bang, memang clear. Terpancar kelegaan di muka. Tapi rasa belum kurang lagi untuk malam itu. Lampu bilik air memang bukak sepanjang malam. Buku doa jangan lupa. Tapi memang susah nak tidur. Jiwa tak tenang. Aku tersedar jugak. Rupanya lampu bilik memang tak tutup. Sedar2 sudah subuh. 
Selesai bersiap2 kami turun bersarapan. Mee rebus percuma rupanya megi sedap ayam ye, tuan2 dan puan2. Nampak gayanya penggambaran scene seram sudah tamat. Kami bergerak dan berjalan kaki ke arah stesen keretapi merak. Memang tidak jauh. Pemandangan waktu pagi kedai dan warung sudah dibuka tapi belum sibuk. 15 minit jugak perjalanannya untuk stesen. Sesampainya di sana ke mana mana pulak mahu melepasi ke sana. Kalau nak main melintas rel keretapi tu boleh jugak tapi aku tak mau ditangkap. Ada cara yang sah selain daripada kena pusing belah yang lebih jauh. Kami bertanya pada pakcik yang berada berdekatan. Terima kasih pakcik kerana membawa jalan yang paling senang iaitu melintas saja rel keretapi. Ok selamat. Tak ramai orang di stesen pada waktu itu dan kaunter belum bukak. Suasana aman di stesen keretapi Merak. Tiket asli perlu ditukar ditukar di kaunter sebelum bertolak. Kami ambil angin sebentar menikmati pemandangan dan angin laut .
Keretapi bertolak pada waktunya. Kelihatan penumpang sibuk memunggah beg dan kotak-kotak. Seat sepasang mengadap2. Ini paling malas kalau jenis seat mengadap-ngadap. Sebab aku tak selesa ngadap orang walaupun sebenarnya orang kata buat apa tengok. Tapi nak buat camna. Terima sajalah. Kadang2 kita kena jugak sesuai diri dengan keadaan yang tak selesa. Nak mengada2 24 jam penat juga ye. Bahagian dalam belum ramai orang memenuhi tempat. Bila tempat duduk belum penuh, mulalah kau buat tempat kau macam dunia kau sendiri. Tempat duduk tanpa pembahagi memang jadi katillah gamaknya.  Macam2 gaya aku tengok tapi tak payahlah dihuraikan di sini. Cukuplah imaginasi bagaimana mencukupkan satu badan dalam satu tempat duduk. 
Stesen demi stesen berhenti dan orang mula ramai naik. Harapan bahawa tiada orang akan duduk di tempat duduk bersama kami telah punah.  Nasib baik seasang suami isteri. Baru berkahwin dan bukan berusia belia. Uh romantik. Cakapnya sopan. Bahasanya teratur. Tingkah laku tertib. Berbual mengenal pasal keluarga, anak, keadaan di Indonesia dan Broery Marantika. Aku lelap jugak kejap2. Kadang2 suruh kawan aku mengambil gambar. Nostalgik jugak lalu di kebun, gunung (gunung apa namanya aku tak ingat) sekolah dan kanak2 melambai. 
Sampai di Tanah Abang dan hujan turun. Padat dengan manusia dan lantai yang basah. Aduh jalan nak keluar tak jumpa, pusing punya pusing last2 mintak brader jaga gate keretapi tolong bukakkan. Macam tau2 saja kami orang Malaysia. Sempat jugak nak beramah mesra. Nah, sekarang mau cari tuk tuk untuk ke seberang shopping kompleks untuk bertemu kawan kepada kawan aku. Dia punya sesak dan simpang siur tak boleh tahan aku. Boleh tahan pening jugak gini gaya. Berjumpa di kedai makan dan aku makan nasi itik dan air avocado. Kawan aku makan mee apa aku tak ingat tapi takda jual di Malaysialah. Kami berbasa basi sementara. Cuba apa yang tak pernah makan. Selesai makan, kami pergi mencari kain untuk buah tangan. Kelam kabut jugak mencari disebabkan kesuntukan masa. Berpusing jugak naik turun tingkat nak cari harga murah punya pasal. Selesai bergambar, kereta sewa dibooking dan kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang. Ini pun satu hal jugak dengan trafik dan kereta bersimpang siur. Simpang siur tapi masih bersopan. Tetap ada laluan. Aku risau jugak dengan trafik dan mengejar masa untuk ke lapangan terbang. Dan sempat jugak membeli cenderamata. Selesai dan menunggu kapal terbang tiba.
Lega rasenya tiada orang duduk di tengah. Aku biasanya memilih duduk di aisle sebab aku seat Airasia sangat packed maka perlu sedikit udara. Releks sikit waktu balik aku rasa. Sampai awal subuh dan passport buat hal pulak. Rupanya pasport baru belum update dalam machine. Orait2 akhirnya setel cop dengan pegawai. Aku pulang ke Johor seperti biasa, dengan bas. 
4 hari, 4 tempat. Non stop perjalanan. Tak puasnya sebab terlalu sekejap untuk satu tempat. Tujuan utama adalah merasa keretapi di sumatera dan Jawa. Ini betul2 kembara perjalanan dan bertemu orang. Terpulang. Apa kebab kau mengembara. Gambar? Jiwa? Berjoli?
*Dah lama terperap, momentum daripada sing along album Diorama Silverchair. Kalau tidak, perlahan jugak bergerak ni*

Wednesday, May 3, 2017

Palembang - Lampung - Merak - Jakarta 1

Bila ditanya tujuan aku merantau, mengembara atau bermusafir. Tujuan aku satu, mencari kebebasan diri. Bukan kebebasan untuk melakukan apa saja tapi lebih untuk jiwa engkau. Dan bukannya semata untuk gambar yang cantik. Ini jiwa. Kau akan ingat gambar itu dalam jiwa kau sampai bila2. Bila kau berjalan, otak lebih terang untuk berfikir. Pergi bertegur sapa dengan orang kampung. Bau pokok, batu, tanah dan angin. 
Aku sebenarnya tak pernah ke negara asing. Paling asing hanyalah seberang selat. Itu pun dah berapa tahun tak pergi. Ini kali kedua buat pasport. Menumpang pasport ibu bapa masa kecik. Kali pertama pasport sendiri, muka surat yang dicop hanyalah muka surat pertama. Lepas tu, tamat riwayat buku pasport aku. Aku agak risau jugak pertama kali ke negara asing. Aku risau jugak mak aku tak bagi pergi. Umur aku dah masuk 30 an. Hmm. Biasalah risau bab keselamatan ni. 
Plan2 mau ke mana. Aku pikirkan yang paling termurah dan sudah tentunya tempatnya pon dekat. Aku tanya partner in crime aku. Ini pertama kali kami mencuba mengembara dengan cara menyusahkan diri. Jangan ditanya mengapa. Saja suka susahkan diri sendiri. Kasi canlah nak rebel sikit. 
Kami memang suka ambil route yg bukan biasa2 atau jarang orang ambit  Entahlah, pengalaman mungkin. Ok, set tempat paling dekat untuk trial run adalah Indonesia. Kawan aku memang die hard fan keretapi maka kami ambil tujuan naik keretapi dua pulau. Sumatera dan Jawa. Oleh kerana kesuntukan masa, kami ambil pangkal Jawa saja. Selebihnya, kalau ada masa dan duit, boleh sambung lain kali. 
Bertolak dari Johor tengah malam untuk sampai di KLIA2 awal pagi. Sampai2, tekak ni memang nak makan bubur. Layankan aje bubur McDonald. Journey bermula di Palembang. Awal pagi kami tolak supaya sampai siang. Aku pilih seat aisle sebab nampak ruang sikit. Takdelah, sebenarnye aku pening ruang kecik ni. Kawan aku di seat kegemarannya tepi tingkap. 
Kami sampai di lapangan terbang Palembang yang diagakkan. Pertama kali ni aku dioversea ni. Aku sendiri. Ini bukan jakun. Tapi perasaan dia lain sikit. Cop imigrasi seperti biasa dan kami diberi borang status kesihatan. Almaklum masa itu sedang heboh penularan Zika. Aku tengok borang mcam benda asing. Releks baca satu2 macam orang baru belajar membaca. Haha. Siap borang diisi, beg pulak perlu dicek. Masuk laluan satu persatu dan aku diraba. Oleh pegawai perempuan. Boot hiking aku pun ditanggal jugak untuk dicek. Mungkin boot aku ruang2 untuk barang2 saspek sembunyi. Nak sorok pisau pun bleh  Pegawai lelaki menyapa aku, mungkin melihat boot aku yang mahu memanjat gunung. Bagus jugak cara begitu untuk mengurangkan keresahan pelancong. Aku rasa cara psikologi. 
Selesai kami keluar dan pemandu teksi menyerbu. Kami bingit jugak apehal lu brader. Kami berjalan pon masih difolonya. Aku rasa memnag ada rasmi dan tak rasmi pemandu teksi di sini. Last2 kami ambil pemandu teksi pakcik Avanza ni. Padahnya di sini kami cepat kasihan orang. Harga campur ronda2. Tawakal kepada Allah.
Perjalanan biasa. Seperti suasana di Malaysia. Cuma habuk jangan cakap. Berdebu habis. Ditambah dengan construction jalan, dengan trafiknya. Peh! Kami dibawa ke kedai simkad untuk membeli data telefon di kedai tepi jalan. Harga berpatutan dan sementara kami sedang menukar sim kad, tiba2 pakcik tersebut mintak bayarkan kredit. Dia kata akan tolak. Boleh saja berkurang ajar tapi kami masih bersabar lagi. Merin memang power. Dia masih bersabar. Dia kata nanti tolak balance untuk total perjalanan. Ok, aku releks.
Kami meneruskan perjalanan. Hari itu kebetulan hari Jumaat, maka jalan busy sekali. Dengan jalan tengah direnovate, dengan motokar bersimpang siur suka hati diorang. Fuh. Asap debu jangan cakap lah. Berterbangan di udara. Bagai sinar mata dikaburi dalam cahaya terang matahari yang menyinar. Dalam kekaburan, dan.. ah sudah2lah puisi di negara orang. Aku sebenarnya tengah melayan kalbu memandang luar. Kawan aku bagus betul melayan pakcik itu berbual. Aku sekadar mencelah sekali sekala. Kasihan betul kawan dan aku seorang kawan yang teruk membiarkan kawan aku melayan perbualan pakcik. Kelihatan budak2 baru balik sekolah berpusu2 keluar dari sekolah. 
Aku sebenarnya masih belum ada idea mahu ke mana2 bila sampai di sini. Pakcik pemandu sibuk menceritakan tempat2 yang boleh kami lawat. Tapi kami masih berkira2. Mungkin dalam beberapa km ye ada keputusannya. Dan keputusannya makan dulu sebab lapar! Kami tanya pakcik pemandu mana tempat yang ok. Aku tak ingat nama kedainya tapi kedudukannya celah barisan orang. Dan kami dihidangkan dengan satu lauk satu mangkuk. Lauk Padang ada di tempat kami jugak. Tapi pada masa ini, selera pun dah berkurangan tapi gagahkan cuba menyuap nasi ke mulut. Lapar tapi tak berselera. Dan kami bayar jugak untuk pakcik pemandu. Ok2.
Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk beli tiket keretapi dan kalau sempat boleh ke Jambatan Ampera. Kami bergerak ke stasiun Kertapati untuk membeli tiket esok pagi. Keadaan agak sunyi pada waktu tengah hari. Hanya kami, wanita  dan tukang pembersih di kaunter pertanyaan. Tiket sudah habis. Dan tiket tidak boleh dibeli online ye tuan2 dan puan2. Aduh, sekarang mahu memikir dengan cara apa pulak mahu ke Lampung. Kami bersoal jawab dengan wanita di kaunter. Semakin gasak kami bertanya, al maklum baru pertama kali datang ke sana memang banyaklah lah soalannya dan semakin gasak buyi hampagas di hujung kaunter. Peh melawan arus jugak ton suara kami. Last2 wanita kaunter pertanyaan menyuruh tukang pembersih memberhentikan kerjanya sebentar. Yelah, mana boleh lawan dengan hampagas ni. Tekak askar pon tak boleh lawan kau tahu.
Ok, kami bergerak ke van semula untuk mencari tiket keretapi di agen yang berdekatan di situ. Beli awal untuk elak kekecewaan kerana kami akan bergerak ke dari Merak ke Tanah Abang dengan menaiki keretapi. Agak panas terik hari itu. Perjalanan mencari tiket bersambung. Kami singgah di agen tiket keretapi dan rupa2nya di rumah orang. Kami disambut oleh seorang dan seorang anak kecilnya. Kami tidak berputus asa masih bertanya tiket yang sama. Manatau ajaibnya rezeki. Dan hasilnya tetap sama. Tiket sudah kehabisan. Kami tidak membuang masa membeli tiket dari Merak ke Tanah Abang. Tapi sedikit perdebatan berlaku antara kami, pakcik pemandu dan akak agen. Pening jugak bila plan automatik bertukar. Saat inilah kau perlu bertenang, amek ruang minit sebanyak mungkin dan lihat. Serabai memang serabai. Releks tetap releks. Kesimpulannya, kami tetap dengan plan asal bertolak ke Lampung besok pagi dan bukan malam itu jugak. Nasib baik kami ada backup daripada akak agen keretapi itu, bertekak dengan pakcik pemandu yang kami nampak agak kurang sabar disebabkan kepanasan tengah hari agaknya. Dan ini jugak melibatkan kos lain nanti. 
Akak agen keretapi yang banyak membantu dapat sedikit melegakan hati kami. Ada orang baik2 mahu menolong. Kami bergerak ke tiket kaunter bas pulak untuk membeli tiket. Kami lalu di stadium, masjid agung dan air pancuran di tengah kota. Jalan sesak sentiasa dan udara memang tak berapa nak segar sebenarnya. Sesampainya kami di kedai menjual tiket bas, kelihatan kaunter old skool menjual tiket. Penjual tiket semuanya wanita dan mempunyai Tshirt seragam. Yang banyak menunggu semuanya lelaki. Setelah berbincang di kaunter waktu dan tarikh, sekali lagi kami berdebat dengan pakcik pemandu. Masuk pusingan kedua. Mengulangi scene tadi di kaunter jualan tiket keretapi tadi. Dan kali ini kawan aku memberi kuasa veto. Muktamad. Bahawa kami naik bas esok pagi ke Lampung selama 11 jam. 
Setel semua membeli tiket, kami bertolak pulang. Tengok2 kalau kami rajin nak berjalan sendiri tengok kota Palembang ini. Kami terus pulang ke hotel dan kami telah dikencing oleh pakcik pemandu. Ini pengajaran bagi kami. Lain kali kena tegas dengan keputusan anda. Dan jangan main ambil saja sebelum dihadam dulu. Tapi nak menyesal pun tiada gunanya. Sekarang kami sudah tau. Memang sudah tidak redha time tu. Biarlah, Allah Maha Adil. Kasihan pada 2 orang anaknya itu. Petang itu kami keluar sekejap untuk membeli bekalan untuk malam dan besok. Susah jugak makan yg dijamin kebersihan di sini. Jalan raya jangan cakaplah. Divider takde, peh mencabar jugak nak main elak2 kereta. Dan satu lagi takde haiwan pulak aku tengok. Pelik jugak. Kami berjalan2 suasana sama seperti di Malaysia, cuma bab kualiti udara ni agak kurang sikit. Kedai2 banyak bos2 cina jugak. Sempat jugak bertanya makcik warung jalan nak bertanyakan Indomaret celah mana. Terima kasih makcik. Dan malam itu kami tidur awal sebab siang sebelumnya memang tak cukup tidur. Dan penat bergaduh dengan pakcik pemandu. Nak round2 dah entah ke mana. Round2 cari megi adalah. Sama golongan marhaen. Dan aku terpikir macam mana nak lintas jalan 4 lane tanpa divider. Aku rase mase pengalaman main galah panjang memang amat berguna.
Besok sambung bertolak ke Lampung dengan menaiki bas. Kami menunggu di lobi menunggu di lobi untuk diambil dan dibawa ke tempat tiket semalam. Naik Avanza bersama Ibu. Entah aku tak ingat name ape. Tapi Ibu Tionghua yang mesra orangnya. Sesampai di sana, aku dah bayangkan bas besi yang manalah agaknya. Rupanya kami menaiki Avanza ye tuan2 dan puan2. Tunggu satu lagi pakcik rupenye bersama2 dengan kotak buah2 buahan. Katanya bekerja di Malaysia. Penuh jugak bonet. Yeay! Balik kampung. Kami diberikan roti coklat dalam bekas kotak comel bersama air mineral. Selamat menjamu selera! Kata kotak itu.  
Bertolak dengan Avanza dengan kami 5 orang. Aku berdoa cukup2lah ni. Bayangkan duduk hampir 11 jam kejung dalam van. Dan rupanya dipanggil bas. Nah, terus kami bertolak dan aku mencapai kotak makanan. Almaklum cume sarapan beskut saja. Perjalanan bermula dengan bermula di bandar Lampung. Aku takkan sebut tempat2 yang kami lalui sebab aku terpikir dah semacam guide pula. Ini bukan selfish atau apa tetapi anggaplah perjalanan untuk ritual emosi saja. Korang cubalah sendiri nanti, aku bagi laluan saja.
Perjalanan bermula dengan kami 5 orang termasuk pemandu. Auntie Tionghua duduk di bahagian depan sebelah pemandu, kami berdua di bahagian dan pakcik baru balik Malaysia duduk di belakang bersebelahan dengan barang2 kotak seperti hendak pindah rumah lagaknya. Dan bermulah episod lagu dangdut. Aku dah siap2 pasang iPod. Aku rase kana aku bertahan jelah dengar lagu dangdut. Dangdut rayuan kekasih hati. Laluan lalu di kampung. Di permulaan perjalanan, banyak pemnadangan sawah dan rumah tinggi yang diperbuat daripada jerami. Kadang2 kelihatan makcik pakcik melepak bersama anak. Ini baru real suasana kampung. Budak berkaki ayam sama jugak seperti orang tuannya. Pakcik mengandar barang yang baru pulang hasil dengan tenang membawanya. Baru aku tahu ada tong gas comel di sini.  Dan mereka mempunyai satu saja supplier gas. Nasionalisme sungguh. Dan gamba Sukarno masih ada. Kedai2 runcit kecil2 kecilan juga ada menjual makanan kegemaran budak2. Suasana biasa hari2 di sini. Tiada yang luar biasa hari itu. Cuma hati mereka yang luar biasa. Dan bersyukur ambil trip pagi. Bersyukurlah. 
Sebenarnya aku suka suasana di Lampung walaupun kami berpeluang melihat melalui dalam kenderaan saja. Semacam kami melihat suatu movie yang bergerak pasal kehidupan diorang. Dalam pada itu bertahan jelah 11 jam duduk melekap kejung dalam van. Sakit punggung jugak asyik duduk ni. Berhenti sebentar makan di restoran. Di hidang bermacam lauk. Kami mengajak Ibu Martha makan sekali. Sekali kena amek kau. Kalo yang tak tahu parah jugak sebab diletaknya hampir 10 mangkuk berisi lauk. Kebetulan Ibu Martha tidak bawa cukup wang maka kawan aku yang pemurah memberi pinjam wang dan dia pesan bila sampai rumah dia bayar balik. Aku serik jugak kena tipu ni. Selesai, kami sambung perjalanan berbaki 6 jam. Huarghhh