Tuesday, September 18, 2012

Nasi Goreng Ibu


Aku tau perut aku memulas pagi ini.  Mak sudah masakkan nasi goreng bersama telor rebus. Belom lagik mak letak telor rebus bersama nasi goreng sebelum ni. Biasanya ada ikan bilis. Wau, nasi goreng spesial!

Kalau perut aku memulas, aku memang tak akan makan apa-apa pada waktu itu. Tapi demi emak, aku makan juga nasi goreng itu. Perut memulas ku tahan juga. Keyakinan aku untuk makan nasi goreng tersebut bertambah dengan kehadiran telor rebus tersebut.

Aku simpulkan bahawa pentingnya ibu. Tengah solat, dengar ibu memanggil, kita kena berhenti. Walaupun perut buat hal, ibu susah payah masakkan, makan juga. Lepas makan nak membuang takpe. Jagalah hati ibu ye.

Sepatutnya entri ni aku buat masa hari Ibu. Ceh, mahu tunggu hari Ibu baru beringat.