Wednesday, May 3, 2017

Palembang - Lampung - Merak - Jakarta 1

Bila ditanya tujuan aku merantau, mengembara atau bermusafir. Tujuan aku satu, mencari kebebasan diri. Bukan kebebasan untuk melakukan apa saja tapi lebih untuk jiwa engkau. Dan bukannya semata untuk gambar yang cantik. Ini jiwa. Kau akan ingat gambar itu dalam jiwa kau sampai bila2. Bila kau berjalan, otak lebih terang untuk berfikir. Pergi bertegur sapa dengan orang kampung. Bau pokok, batu, tanah dan angin. 
Aku sebenarnya tak pernah ke negara asing. Paling asing hanyalah seberang selat. Itu pun dah berapa tahun tak pergi. Ini kali kedua buat pasport. Menumpang pasport ibu bapa masa kecik. Kali pertama pasport sendiri, muka surat yang dicop hanyalah muka surat pertama. Lepas tu, tamat riwayat buku pasport aku. Aku agak risau jugak pertama kali ke negara asing. Aku risau jugak mak aku tak bagi pergi. Umur aku dah masuk 30 an. Hmm. Biasalah risau bab keselamatan ni. 
Plan2 mau ke mana. Aku pikirkan yang paling termurah dan sudah tentunya tempatnya pon dekat. Aku tanya partner in crime aku. Ini pertama kali kami mencuba mengembara dengan cara menyusahkan diri. Jangan ditanya mengapa. Saja suka susahkan diri sendiri. Kasi canlah nak rebel sikit. 
Kami memang suka ambil route yg bukan biasa2 atau jarang orang ambit  Entahlah, pengalaman mungkin. Ok, set tempat paling dekat untuk trial run adalah Indonesia. Kawan aku memang die hard fan keretapi maka kami ambil tujuan naik keretapi dua pulau. Sumatera dan Jawa. Oleh kerana kesuntukan masa, kami ambil pangkal Jawa saja. Selebihnya, kalau ada masa dan duit, boleh sambung lain kali. 
Bertolak dari Johor tengah malam untuk sampai di KLIA2 awal pagi. Sampai2, tekak ni memang nak makan bubur. Layankan aje bubur McDonald. Journey bermula di Palembang. Awal pagi kami tolak supaya sampai siang. Aku pilih seat aisle sebab nampak ruang sikit. Takdelah, sebenarnye aku pening ruang kecik ni. Kawan aku di seat kegemarannya tepi tingkap. 
Kami sampai di lapangan terbang Palembang yang diagakkan. Pertama kali ni aku dioversea ni. Aku sendiri. Ini bukan jakun. Tapi perasaan dia lain sikit. Cop imigrasi seperti biasa dan kami diberi borang status kesihatan. Almaklum masa itu sedang heboh penularan Zika. Aku tengok borang mcam benda asing. Releks baca satu2 macam orang baru belajar membaca. Haha. Siap borang diisi, beg pulak perlu dicek. Masuk laluan satu persatu dan aku diraba. Oleh pegawai perempuan. Boot hiking aku pun ditanggal jugak untuk dicek. Mungkin boot aku ruang2 untuk barang2 saspek sembunyi. Nak sorok pisau pun bleh  Pegawai lelaki menyapa aku, mungkin melihat boot aku yang mahu memanjat gunung. Bagus jugak cara begitu untuk mengurangkan keresahan pelancong. Aku rasa cara psikologi. 
Selesai kami keluar dan pemandu teksi menyerbu. Kami bingit jugak apehal lu brader. Kami berjalan pon masih difolonya. Aku rasa memnag ada rasmi dan tak rasmi pemandu teksi di sini. Last2 kami ambil pemandu teksi pakcik Avanza ni. Padahnya di sini kami cepat kasihan orang. Harga campur ronda2. Tawakal kepada Allah.
Perjalanan biasa. Seperti suasana di Malaysia. Cuma habuk jangan cakap. Berdebu habis. Ditambah dengan construction jalan, dengan trafiknya. Peh! Kami dibawa ke kedai simkad untuk membeli data telefon di kedai tepi jalan. Harga berpatutan dan sementara kami sedang menukar sim kad, tiba2 pakcik tersebut mintak bayarkan kredit. Dia kata akan tolak. Boleh saja berkurang ajar tapi kami masih bersabar lagi. Merin memang power. Dia masih bersabar. Dia kata nanti tolak balance untuk total perjalanan. Ok, aku releks.
Kami meneruskan perjalanan. Hari itu kebetulan hari Jumaat, maka jalan busy sekali. Dengan jalan tengah direnovate, dengan motokar bersimpang siur suka hati diorang. Fuh. Asap debu jangan cakap lah. Berterbangan di udara. Bagai sinar mata dikaburi dalam cahaya terang matahari yang menyinar. Dalam kekaburan, dan.. ah sudah2lah puisi di negara orang. Aku sebenarnya tengah melayan kalbu memandang luar. Kawan aku bagus betul melayan pakcik itu berbual. Aku sekadar mencelah sekali sekala. Kasihan betul kawan dan aku seorang kawan yang teruk membiarkan kawan aku melayan perbualan pakcik. Kelihatan budak2 baru balik sekolah berpusu2 keluar dari sekolah. 
Aku sebenarnya masih belum ada idea mahu ke mana2 bila sampai di sini. Pakcik pemandu sibuk menceritakan tempat2 yang boleh kami lawat. Tapi kami masih berkira2. Mungkin dalam beberapa km ye ada keputusannya. Dan keputusannya makan dulu sebab lapar! Kami tanya pakcik pemandu mana tempat yang ok. Aku tak ingat nama kedainya tapi kedudukannya celah barisan orang. Dan kami dihidangkan dengan satu lauk satu mangkuk. Lauk Padang ada di tempat kami jugak. Tapi pada masa ini, selera pun dah berkurangan tapi gagahkan cuba menyuap nasi ke mulut. Lapar tapi tak berselera. Dan kami bayar jugak untuk pakcik pemandu. Ok2.
Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk beli tiket keretapi dan kalau sempat boleh ke Jambatan Ampera. Kami bergerak ke stasiun Kertapati untuk membeli tiket esok pagi. Keadaan agak sunyi pada waktu tengah hari. Hanya kami, wanita  dan tukang pembersih di kaunter pertanyaan. Tiket sudah habis. Dan tiket tidak boleh dibeli online ye tuan2 dan puan2. Aduh, sekarang mahu memikir dengan cara apa pulak mahu ke Lampung. Kami bersoal jawab dengan wanita di kaunter. Semakin gasak kami bertanya, al maklum baru pertama kali datang ke sana memang banyaklah lah soalannya dan semakin gasak buyi hampagas di hujung kaunter. Peh melawan arus jugak ton suara kami. Last2 wanita kaunter pertanyaan menyuruh tukang pembersih memberhentikan kerjanya sebentar. Yelah, mana boleh lawan dengan hampagas ni. Tekak askar pon tak boleh lawan kau tahu.
Ok, kami bergerak ke van semula untuk mencari tiket keretapi di agen yang berdekatan di situ. Beli awal untuk elak kekecewaan kerana kami akan bergerak ke dari Merak ke Tanah Abang dengan menaiki keretapi. Agak panas terik hari itu. Perjalanan mencari tiket bersambung. Kami singgah di agen tiket keretapi dan rupa2nya di rumah orang. Kami disambut oleh seorang dan seorang anak kecilnya. Kami tidak berputus asa masih bertanya tiket yang sama. Manatau ajaibnya rezeki. Dan hasilnya tetap sama. Tiket sudah kehabisan. Kami tidak membuang masa membeli tiket dari Merak ke Tanah Abang. Tapi sedikit perdebatan berlaku antara kami, pakcik pemandu dan akak agen. Pening jugak bila plan automatik bertukar. Saat inilah kau perlu bertenang, amek ruang minit sebanyak mungkin dan lihat. Serabai memang serabai. Releks tetap releks. Kesimpulannya, kami tetap dengan plan asal bertolak ke Lampung besok pagi dan bukan malam itu jugak. Nasib baik kami ada backup daripada akak agen keretapi itu, bertekak dengan pakcik pemandu yang kami nampak agak kurang sabar disebabkan kepanasan tengah hari agaknya. Dan ini jugak melibatkan kos lain nanti. 
Akak agen keretapi yang banyak membantu dapat sedikit melegakan hati kami. Ada orang baik2 mahu menolong. Kami bergerak ke tiket kaunter bas pulak untuk membeli tiket. Kami lalu di stadium, masjid agung dan air pancuran di tengah kota. Jalan sesak sentiasa dan udara memang tak berapa nak segar sebenarnya. Sesampainya kami di kedai menjual tiket bas, kelihatan kaunter old skool menjual tiket. Penjual tiket semuanya wanita dan mempunyai Tshirt seragam. Yang banyak menunggu semuanya lelaki. Setelah berbincang di kaunter waktu dan tarikh, sekali lagi kami berdebat dengan pakcik pemandu. Masuk pusingan kedua. Mengulangi scene tadi di kaunter jualan tiket keretapi tadi. Dan kali ini kawan aku memberi kuasa veto. Muktamad. Bahawa kami naik bas esok pagi ke Lampung selama 11 jam. 
Setel semua membeli tiket, kami bertolak pulang. Tengok2 kalau kami rajin nak berjalan sendiri tengok kota Palembang ini. Kami terus pulang ke hotel dan kami telah dikencing oleh pakcik pemandu. Ini pengajaran bagi kami. Lain kali kena tegas dengan keputusan anda. Dan jangan main ambil saja sebelum dihadam dulu. Tapi nak menyesal pun tiada gunanya. Sekarang kami sudah tau. Memang sudah tidak redha time tu. Biarlah, Allah Maha Adil. Kasihan pada 2 orang anaknya itu. Petang itu kami keluar sekejap untuk membeli bekalan untuk malam dan besok. Susah jugak makan yg dijamin kebersihan di sini. Jalan raya jangan cakaplah. Divider takde, peh mencabar jugak nak main elak2 kereta. Dan satu lagi takde haiwan pulak aku tengok. Pelik jugak. Kami berjalan2 suasana sama seperti di Malaysia, cuma bab kualiti udara ni agak kurang sikit. Kedai2 banyak bos2 cina jugak. Sempat jugak bertanya makcik warung jalan nak bertanyakan Indomaret celah mana. Terima kasih makcik. Dan malam itu kami tidur awal sebab siang sebelumnya memang tak cukup tidur. Dan penat bergaduh dengan pakcik pemandu. Nak round2 dah entah ke mana. Round2 cari megi adalah. Sama golongan marhaen. Dan aku terpikir macam mana nak lintas jalan 4 lane tanpa divider. Aku rase mase pengalaman main galah panjang memang amat berguna.
Besok sambung bertolak ke Lampung dengan menaiki bas. Kami menunggu di lobi menunggu di lobi untuk diambil dan dibawa ke tempat tiket semalam. Naik Avanza bersama Ibu. Entah aku tak ingat name ape. Tapi Ibu Tionghua yang mesra orangnya. Sesampai di sana, aku dah bayangkan bas besi yang manalah agaknya. Rupanya kami menaiki Avanza ye tuan2 dan puan2. Tunggu satu lagi pakcik rupenye bersama2 dengan kotak buah2 buahan. Katanya bekerja di Malaysia. Penuh jugak bonet. Yeay! Balik kampung. Kami diberikan roti coklat dalam bekas kotak comel bersama air mineral. Selamat menjamu selera! Kata kotak itu.  
Bertolak dengan Avanza dengan kami 5 orang. Aku berdoa cukup2lah ni. Bayangkan duduk hampir 11 jam kejung dalam van. Dan rupanya dipanggil bas. Nah, terus kami bertolak dan aku mencapai kotak makanan. Almaklum cume sarapan beskut saja. Perjalanan bermula dengan bermula di bandar Lampung. Aku takkan sebut tempat2 yang kami lalui sebab aku terpikir dah semacam guide pula. Ini bukan selfish atau apa tetapi anggaplah perjalanan untuk ritual emosi saja. Korang cubalah sendiri nanti, aku bagi laluan saja.
Perjalanan bermula dengan kami 5 orang termasuk pemandu. Auntie Tionghua duduk di bahagian depan sebelah pemandu, kami berdua di bahagian dan pakcik baru balik Malaysia duduk di belakang bersebelahan dengan barang2 kotak seperti hendak pindah rumah lagaknya. Dan bermulah episod lagu dangdut. Aku dah siap2 pasang iPod. Aku rase kana aku bertahan jelah dengar lagu dangdut. Dangdut rayuan kekasih hati. Laluan lalu di kampung. Di permulaan perjalanan, banyak pemnadangan sawah dan rumah tinggi yang diperbuat daripada jerami. Kadang2 kelihatan makcik pakcik melepak bersama anak. Ini baru real suasana kampung. Budak berkaki ayam sama jugak seperti orang tuannya. Pakcik mengandar barang yang baru pulang hasil dengan tenang membawanya. Baru aku tahu ada tong gas comel di sini.  Dan mereka mempunyai satu saja supplier gas. Nasionalisme sungguh. Dan gamba Sukarno masih ada. Kedai2 runcit kecil2 kecilan juga ada menjual makanan kegemaran budak2. Suasana biasa hari2 di sini. Tiada yang luar biasa hari itu. Cuma hati mereka yang luar biasa. Dan bersyukur ambil trip pagi. Bersyukurlah. 
Sebenarnya aku suka suasana di Lampung walaupun kami berpeluang melihat melalui dalam kenderaan saja. Semacam kami melihat suatu movie yang bergerak pasal kehidupan diorang. Dalam pada itu bertahan jelah 11 jam duduk melekap kejung dalam van. Sakit punggung jugak asyik duduk ni. Berhenti sebentar makan di restoran. Di hidang bermacam lauk. Kami mengajak Ibu Martha makan sekali. Sekali kena amek kau. Kalo yang tak tahu parah jugak sebab diletaknya hampir 10 mangkuk berisi lauk. Kebetulan Ibu Martha tidak bawa cukup wang maka kawan aku yang pemurah memberi pinjam wang dan dia pesan bila sampai rumah dia bayar balik. Aku serik jugak kena tipu ni. Selesai, kami sambung perjalanan berbaki 6 jam. Huarghhh


No comments:

Post a Comment