Tuesday, August 4, 2015

Ke Pulau Langkawi Di Bulan Jun 2

Hujan masih agak lebat masa kami menunggu di situ. Memang menambah lapar jugak time hujan begini. Bekalan yang ade hanyalah marshmellow empuk seperti bantal yang sedap di tengah2 hujan begini. Apelagik, bedal lah kami, dah lapar punye pasal. Okey, sudah sampai vannya dan kami bertolak ke jeti mana aku tak ingat untuk loncatan pulau2. Nasib tak baik aku bawak kasut aja maka memang basahlah kasut kanvas aku bersama pasir2 nanti. 

Singgah dulu di Pulau Dayang Bunting. Peh, lama jugak tak dilambung ombak bot ni. Boleh tahan seronok sambil air memercik muka. Haha. Kami tau kami memang tak mandi pagi itu. Simbahan air memang agak mengena jugaklah ni. Nak sampai2 men corner baring brader bot ni. Layan ajelah. Haha. 

Ade jugak jual makanan tapi tak terbeli pulak. Air tasik dayang bunting pun ada. Aku waswas. Waswas kalau minum aku kata.Kami menapak jugak, menaiki tangga sebelum nak ke tasik. Ada batuan2 purba sebelum dinosaur wujud pun ada. Hai, ada pulak muncul segerombolan monyet bertenggek di tiang handle tangga. Isy2. Biasalah tu. Suka melepak. Pemandangan begini kadang di belakang rumah aku sambil membongkar sampah sarap. Jalan dengan hati2 dan akhirnya sampai ke tasik. Tengok ada naik kanu, naik bot comel yang dikayuh secara manual, berenang atau berendam bersukaria di tasik. 

Memang pemandangan bukit bentuk perempuan mengandung terbaring dan memang sungguh tenang air dalam tasik tu. Kawan aku ajak naik kanu namun aku agak kurang pasti dengan kayuhan aku yang pernah sebelum ini yang agak terbabas. Haha. Aku memikirkan mahu campak beg aku kemana bila naik kanu nanti. Last2, naik bot comel dengan kayuhan manual untuk bergerak ke sekeliling tasik dan aku tak pernah naik bot comel ni. Tapi mostly, kami pergi ke bahagian tengah dari stat jeti hingga ke hujung tasik. Hmm. Boleh tahan eksais jugak kaki ni. 

Bergerak ke Pulau Beras Basah, untuk berehat dan mandi laut. Aku seperti biasa tersadai sambil ambil 2 gambar dan kawan aku mandi laut. Ade jugak chalet di situ tapi aku rasa dah tak jalan lagik ni. Pantai di situ memang cantek seputih beras gamaknya. Selesai bertenang2, bertolak ke Pulau Lang Tengah untuk meninjau helang turun makan. Ada jugak kelihatan burung camar laut singgah2 makan di situ. Helang kebanyakannya warna coklat dan sedikit putih di bahagian kepala. Saiz boleh tahan besar jugak. Umah aku ada jugak tapi jarang2 jugak dan risau sebab kalau diorang datang, memang kena jaga2 ayamlah nampaknya.Diorang lapa kami pun lapa jugak ni. Setel semua loncatan pulau, kami bertolak pulang. Yang aku notis, setiap kali nak singgah pulau mesti men corner baring. Budak2 belakang menjerit jugak diorang namun aku dan kawan aku semacam senang hati pulak. Hehe.

Balik semula ke Underwater World dan kami mengisi perut di restoran depan. Bertolak pulak ke kabel car. Kawan aku pernah ke situ dan aku pertama kali di situ. Mula2, sebelum masuk, kami dijemput masuk ke bilik 3D untuk bagi feel dulu aku rasa. Selesai, kami bergerak ke stesen pertama. Nampak jugak air terjun,Telaga Tujuh ni aku rasa.Yang ini line dia agak panjang dan kecondongannya memang condong jugak. Orang gayat memang masalah jugak ni. Ini baru kereta biasa, kalau lantai cermin, rasa macam terbang atas angin. Berhenti kejap ambik gamba dan kau tahu jelah baru lepas hujan,kabus pun dah mula tebal. Tapi pemandangan memang cantik. Okey, sambung ke stesen kedua. Kali ini, line lebih pendek dan keadaan agak sejuk sikit. Hmm, ade lagi bayaran nak masuk menara peninjau pulak. Tapi nak ke sana kena hiking sikitlah. Tangga belum siap maka memang real hiking jugak lah. Yang nak turun memang tersengih2. Yang baru lepas, nak naik semula, hidung sorang2 dah kembang kempis menahan nafas. Cerun agak curam. Aku paham. Haha. 

Sampai ke menara peninjau, kabus jangan cakaplah kemain tebal dan cuaca agak sejuk. Alamak, aku teringat handphone aku. Boleh tengok suhu berapa. Berjalan di jambatan untuk sampai ke hujung. Dan kami hilang ditelan kabus dalam perjalanan itu. Masuk ke alam bunian ke hape. Macam tebing di negara China pon ada aku rasa. Okey, berehat sebentar menenangkan pikiran. Dan kami sebenarnya agak lama di situ. Aku dah siap bertapa di situ. Kerana di situlah kami sedang memikirkan mana kami nak tidur malam itu. Kawan aku siap telefon makcik tanya hotel yang okey. Dan kami jugak memintak pertolongan dan pendapat pemandu kami, abang Z dan jugak abang H dan F yang kami kenal di pantai Pasir Tengkorak. Aku rasa abang Z sengih2 pening kepala tengok kami ni keje men terjah. Camping air terjunlah, kemudian pantai Pasir Tengkorak pastu dah blur nak camping. Sebab takde tempat nak mandi ni woii. Dalam hati agaknya, saba jelah aku budak2 ni. Buat pengetahuan anda, abang H memmpunyai pakcik yang membuka kedai gelato di situ dan abang F adalah guardian di pantai Pasir Tengkorak. Maka, kami percaya pada orang yang dah biasa di situ. Hmm,bahaya ni men percaye2. Takpe, pegi tempat dapat kawan baru ye tak.

Agak lama jugak kami di situ. Ada di pantai cenang, gamble camping di Pantai Kok tak pun balik semula ke Pasir Tengorak. Memang boleh tahan pening jugaklah sebab memang men redah dah serupa merempat pon ade gak ni. Okey, pikir2 dulu sambil turun bawah balik. Haha. Hiking balik dan dah lame tak hiking ni, keperitan terasa. Hidung bergerak2 sambil memanjat tanah curam itu. Dan jumpe jugak orang tersengih  turun baru nak ke menara peninjau. Skang baru aku paham kenapa muka orang yang balik dan orang yang datang lain rupanya. 

Bertolak turun ke bawah. Hmm, aku baru berjumpa jugak ngan gaya gayat orang lelaki ni. Takpe orang dah kawin, peluk bini pun takpe. Haha.  Sampai di tanah betul, sambung dengan kepeningan kami lagik. Hujan kembali lebat dan kami makan aiskrim sambil memikirkan nasib berbelah kami itu. Abang H beriya benar mau tolong kami dan ajak makan gelato di kedai pakciknya. Aku mula target di Pasir Tengkorak sebab mengingatkan ade sarapan. Aku pasal makanan memang cepat saja. Di Pantai Kok takde tandas pulak, jangan cari pasal dengan tak mandi satu hari ni. Namun akhirnya, kami ke Pantai Cenang. Tapi aku tak kisah, mungkin berbeza malam kan. Pengalaman berbeza ade hikmahnya. 

Round kejap di Pantai Cenang kemudian sambung berjalan di pekan. Makan di kedai gelato pakcik abang H, kemudian sambung layan burger. Sambung balik jalan2 tepi pantai Cenang ambik angin malam. Chill out jelah aku.

Besok pagi, bertolak balik ke kompleks beli belah barang saguhati, cenderamata mahu dibawa balik. Ucap terima kasih banyak pada abang Z sebab banyak tolong kami bawak berjalan di Langkawi. Jasa memang tetap dikenang. Kami naik feri ke Kuala Perlis untuk naik keretapi di Arau. Berjumpa lagik dengan abang gayat dan bininya. Kami sengih dan kawan aku bertegur sapa dengan mereka. Mengisi perut di restoran berhampiran jeti Kuala Perlis. Aku memerhatikan 3 brader matsaleh begitu girang menjamu makanan Melayu siap bergambar kenangan lagik. Bagus jugak dorang bertanya dalam Melayu ape kebenda yang makcik tu masak. Haha. 

Hujan masih renyai2. Kami naik teksi ke stesen Arau untuk keretapi malam. Makan malam nasi lemak keretapi sambil2 layan pemandangan hijau tanah bendang. Terlena selepas makan dan kami sampai di stesen KL Sentral pada waktu subuh. Duduk kejap di tangga sementara menuggu LRT dibuka dengan muka mamai. Kawan aku memang power. Pulang ke rumah untuk bersiap2 nak ke kerja manakala aku ke TBS untuk pulang ke Johor. Kami berpisah di situ. 

Ini memang kenangan. Menapak beberapa km dengan berbotol air, tak mandi, hampir2 merempat, naik 5 jenis kenderaan berbeza. Kenangan pertama kali dan seterusnya rasa aku.

Balik, masalah masih belum jugak selesai. Dan masalah baru timbul. 

*p/s : Merin, tolong simpan rahsia aku na.





No comments:

Post a Comment