Tuesday, August 4, 2015

Ke Pulau Langkawi Di Bulan Jun 1

Aku pergi lagik ke pulau bulan ni. Aku dah lame pikir bende ni. Aku target cuma nak duduk di Pulau Tuba agak dalam seminggu.  Kepala aku masih serabut. Serabut dengan rasa bersalah. Pada diri kau, pada kerja kau. Aku cuba diri aku tapi tak boleh. Sifat belas ni memang membawa masalah pada aku. Kau rasa lelah dengan sifat begini. Cepat bersalah dan cepat meminta maaf. Nabihah, kau perlu berhenti seketika dan ambil masa kau.

Namun, aku masih berkira-kira untuk meneruskan tujuan aku.

Kebetulan, kawan baik aku berbincang mahu mengajak kawan luar negerinya pergi bercuti. Plan punye plan. tak jadik bertiga. Hanya kami berdua. Plan kami hanya untuk berkhemah. Tengok2 tempat yang ada  pemndangan cantik boleh khemah, kami layan aja.Aktiviti2 lain hanya sampingan. Cuba untuk berjimat duit. Pergi naik kapal terbang, balik naik keretapi. Ini plannya. Macam main redah. Terjun.

Aku dari Johor memang kena naik bas. Takda kapal terbang dari Johor ke Langkawi maka melalui Kuala Lumpur jawabnya. Hari Jumaat malam aku bertolak dari ofis ke Terminal Larkin. Aku target pukul 7.30 sampai 11.30. Bas ni tak sama yang aku pergi ke KL sebelum ni. Bas sebelum ini dah habis pulak tiketnya. Daripada bas lain yang tinggal, aku agak ini mungkin okey. Daripada masa2 yang lain, aku agak ini sesuai. Daripada petang menunggu bas, aku sibuk menelefon pemandu kami di sana. Mengisi perut dulu dengan nasi goreng kampung dan air masak di warung berdekatan.

Tempat menunggu salah. Okey, bertanya lelaki yang sedang berurusan dengan bas yang sama seperti aku hendak naik tetapi berlainan destinasi. Bas ke KL dekat dengan kaunter dik, kata lelaki pengecek tiket. Eh, apesal tempat menunggu bas ni bersepah? Aku menapak ke bas berhampiran yang kelihatan agak serupa. Aku melihat kembali tiket yang aku beli untuk melihat no plat bas. Ah, sudah backpack tak boleh selit di tepi tempat duduk aku. Abang yang duduk berseorangan di double seat mengoffer aku untuk menumpang backpack di tempat duduknya. Sampai di tempat duduk, aku sambung berbincang dengan pemandu kami.Lelaki tiket tadi datang untuk mengecek tiket. Time datang cek, time tulah tak timbul. Aku mula mengorek2 beg aku. Nasib baik tak keluar semua khazanah terburai. Bisa betul time tu. Ni kalo takda tiket, samada awak beli tiket baru atau turun dari bas, kata lelaki tiket itu semacam mengugut aku. Aku cuba carik lagik tiket aku. Memang tak jumpa. Okey2, saya beli, aku mengalah. Kau ingat aku naik bas seperti mencuri. Pada aku, cakap2 rileks sudahlah. Memang aku lagik sabar bila aku tengok jam dah pukul 8 malam. Lagik 2 kali berenti mengambil penumpang. Aku dah sampai apehal lu brader bas. Bau bedak Tamil kuat jugak di bahagian drebar bas ni. Aku mula panas hati. Melepas aku naik tren.

Aku memulakan operasi untuk menelefon orang yang berkenaan. Yang agak2 aku boleh diharap untuk membantu aku. Ada beberapa ketul yang menjawab, ada yang tak menjawab jugak. Aku berhenti untuk mengambil ketenangan. Tuhan tahu, betapa gelabah aku waktu itu tapi aku manage buat muka tenang. Tenang tapi bergelora jiwa raga.Kemudian, aku sambung operasi aku. Akhirnya, bersyukur jugak aku, ada orang yang boleh mengambil aku. Aku dah mula risau sebenarnye. Agak2 tidur di surau saje aku. Kalau teksi, merana jugak nak bayar tambang. Male friend dari tempat keje aku dulu . Dia adehal jugak sebenarnya mahu diselesaikan dan selesai hal, boleh amik aku dalam kul 2 lebih. Aku tak kesah, aku tunggu jugak sebab time begini memang hal kecemasan. 

Aku pusing2 carik spot mahu mendarat. Aku pergi tingkat atas mana tahu ada kosong untuk tidur sebentar. Harapan punah. Tiada kosong. Aku duduk sebentar di meja berdekatan untuk melepaskan lelah. Masih banyak lelaki melepak seperti burung hantu di meja makan. Aku turun ke bawah ke mencari tempat untuk mendarat. Kelihatan jugak sekumpulan budak perempuan duduk berbual di belakang kaunter tiket bahagian bas kurang popular. Hmm. Mula2 aku rancang mahu mendarat di bahagian dalam tapi disebabkan jumlah lemak aku tidak mampu menahan suhu aircond maka aku bercadang duduk di luar. Duduk berhampiran di pintu masuk. Hmm, suhu semulajadi di luar lagi mencabar daripada suhu tiruan. Nak buat macam mane dah kita duduk di dunia beraircond. Nasib baik kat umah aku tak pakai aircond, nak dikata kipas pun abah ngan adek aku tak suka bukak. 

Angin di luar memang ngam2 sejuknya. Kalau bertenang, memang layan habes terbuai ni. Haha. Waktu menunjukkan 1 pagi lebih. Lebih kurang 1 jam aku kena menunggu. Aku duduk di corner berhampiran pintu cermin automatik. Orang keluar masuk,turun naik eskalator tiba di terminal dan melalui pintu cermin automatik. Ceh, buku tertinggal pulak. Nampaknya iPod comel menjadi hiburan aku untuk membunuh masa. Sambil2 aku melayan video di iPod, sambil melayan angin lalu di lantai luar teminal bas ke selatan. Banyak jugak budak2 muda berbaring melepak berhampiran eskalator. Kelihatan beberapa manusia lelaki tidur di tepi dinding luar. Agaknya  menunggu subuh dan mungkin takde tempat untuk bermalam. Seperti gelandangan aku rasa. Dan aku juga, pertama kali rasa gelandangan. Mengantuk memang mengantuk tapi tak boleh tidur sebab keadaan kau yang tak selesa. Kelihatan pakcik Tamil amik port di depan aku sambil handphone. Sedap2 aje berbaring berbalut kaki dengan kain tuala. Layan aja pakcik Tamil ni. 

Sesampainya kawan aku di lobi terminal, kami menuju ke KLIA 2. Kawan aku kelihatan segak aku rasa sekarang. Kadang2 lelaki perlu jugak ke gim untuk megambil berat tentang kesihatan kau. Gim ni bukan nak gagah perkasa saja. Aku rindu jugak gim tapi memikirkan tempat aku keje pun dah macam gim. Dah lama tak jumpa sejak aku dah tak keje KL. Aku dah booking siap2 sebenarnya space dekat Container Hotel. Ini pertama kali dan aku puas hati. Bilik memang betul untuk persinggahan. Aku amik untuk 6 jam tapi tak cukup 6 jam memandangkan aku sampai pukul 3 lebih. Dapat free botol air dan set berus gigi. Selesai membersih diri sebelum baki jam yang hanya tinggal 4 jam saja lagik, aku menutup tirai yang berfungsi sebagai pintu. Takkan nak pakai pintu sliding kayu, tak ke lemas kau nanti. Dapat tuala percume, air mineral percuma, berus gigi percuma. Hmm. Ada tagline pulak. A Breath of Fresh Air. Thirsty Man. Oh, aku lihat ade syampu dan sabun percuma di shower room. Smelly Body and Stinky Hair. Tak2. Aku tak ingat ape tagline dia. Cuma yang tagline berus gigi je aku ingat. Yang lain itu, hanya tagline imaginasi aku aja. Bantal dapat dua bijik tau. Ada selimut lagik. Seronok aku. Haha. Aku hanyalah pelanggan yang berpuas hati. Dan aku merekemenkan tempat ini kalau kau rasa kau akan tersadai di KL atau masa nak tunggu flight.

3 jam lebih saja tidur woii. Siap2 membersih diri aku check out menghala ke ERL untuk KLIA 1. Kawan aku dah siap menuggu di KLIA. Aku berpikiran sempat ke tidak nak bersarapan ni. Mungkin sempat mungkin tidak. Aku terus berjalan menuju ke stesen ERL. Aku tak pasti belah mane. Macam ade perasan, Naik eskalator, turun eskalator. Lalu 2kali depan guard Nepal. Lantaklah, cam tak cam aku. Sampai ke kaunter ERL, aku konpius mane satu nak ke KLIA ni. Ada dua belah maka aku bertanya kepada akak yang berpakaian sperti yang aku agak biasa menggunakan ERL. 

“Ada dua, sama ada terus ke KLIA atau berhenti kejap2 dekat stesen. Ambil yang terus ke KLIA teruslah, senang. KLIA Ekspres.” ujar kakak yang berpakaian seragam kerja.

Aku amik terus ke KLIA memandangkan ada cukup2 waktu untuk makan pagi sekejap. Ini pertama kali aku ke KLIA naik tren. Banyak eskalator ni, mana satu aku nak naik ni. Dalam waktu 5 minit pertama, sampai 2 kali aku ulang naik moving walkway ni. Dan 2 kali jugak lah aku tengok orang indecision nak beli chips yang mahu dibawak bekal. Ape kehal ulangalik naik moving walkway ni. 

Ntah kenapa aku semacam confuse tingkat yg mane satu. Akhirnya, jumpe jugak kawan aku dan kami pegi setel berkenaan tiket kami. Ini sebenarnya pengalaman pertama aku setel pasal penerbangan di KLIA. Haha, banyak benda aku belajar. Dahla salah tulis nama, beg pon aku ingatkan kene caj. Last2 hantar ke kargo jugak siap2 ngan bateri D empat ketul yang sebenarnya tak boleh masok kargo. Pada waktu itu, aku syak bateri itu akan mencair dan entah apa lagi aku tak mahu pikir. Mungkin disebabkan dia duduk di perut kapal terbang dan kapal terbang boleh meragam. 

Brekfes tak sempat dan kami menuju ke balai berlepas. Aku melihat2 manusia dan kawan aku pula busy mengambil gambar kenangan. Selesai menunggu, kami bergerak menuju ke kapal terbang. Perjalanan 1 jam dan aku berkira2 bahagi tempat duduk antara kami. Aku duduk time berlepas memandangkan aku tak suka naik kapal terbang sebab kepala aku cepat bengang melawan tekanan dengan keadaan jarak seat yang agak sempit. Dapatlah oren kordial dan kacang kunyahan sementara untuk melegakan kepeningan aku.

Okey, cukup setengah jam. Switch tempat. Bagaimana caranya? Mari aku bagitau caranya. Cara biasa tak boleh kan? Begini,kawan aku mulakan langkah pertama dengan teknik mengecilkan diri lalu melompat di belakang aku terus ke tempat duduk tepi tingkap. Dan aku menipiskan diri dengan berdiri dan bergerak ke seat tengah. Mudah bukan? Kesimpulan, masalah setel dan mat saleh di sebelah kami hanya tersenyum nipis. 

Sesampainya di lapangan, selesai mengangkat beg, kami saja menuju ke booth penawaran pakej langkawi. Bertemu dengan akak peramah berloghat utara yang pekat. Menarik kak tapi malangnya kami booking dengan orang lain dulu. Tapi takpe, booking trip belum lagik. Releks2.

Brader Z merangkap pemandu kami dah standby menunggu kami. Mula2 kami pergi ke Padang Matsirat untuk membeli barang2 apa yang perlu, kemudian menuju ke Air Terjun Temurun. Konon mahu berkhemah di situ. Brader Z menunjukkan tanda2 kerisauan sebab dahla satu tempat jauh dan memang jarang orang berkhemah di situ. Kami pikir jugak backup plan ni.

Ada tangga menuju ke air terjun. Dekat dan tak berapa tinggi sangat tapi air terjun nya tinggi gila! Air yang turun agak sedikit. Kami melihat2 keadaan sekeliling. Ada kesan arang tertinggal hasil dari barbeque agaknya. Keadaan kemirinngan batu memang agak mencabar. Kalau kami berkhemah di sini, memang tidur menyenget dan sedar2 dah masuk kolam air terjun. Aku agak batu2 sini memang batu asal serupa zaman dinosaur dan tengok keadaan daun lumutnya. Ada beberapa uncle kelihatan seksi di sini bermandi manda. Tambah lagi, kehadiran anak2 muda datang jugak untuk mandi manda dan juga sekumpulan pelancong arab. Kami berbaring sebentar di atas batu mengadap air terjun untuk menikmati angin sejuk air terjun. Lama kelamaan air semakin banyak turun. Ini kalau bangun pagi bukak pintu khemah, nampak2 air terjun memang peh la. Tapi apakan daya, dan aku agak waktu di sini pada malam hari memang gelap. Kami siap berkelah roti sama chilli tuna lagik.

Selesai menikmati alam, kami bergerak turun ke bawah dan bertemu dengan sekumpulan monyet2. Ada jugak beberapa anjing lalu di kawasan rendah air terjun tersebut. Kami seperti jaga menjaga barang dan mata kami bertindak seperti helang memerhati monyet2 tersebut.

Orait, kesimpulannnya, kami tak jadi bermalam di sini dan bergerak menggunakan kaki ke Pantai Pasir Tengkorak. Jalan sejauh lebih dari 2km menunggu kami. 

Mulakan perjalanan. Hari dah agak redup waktu itu. Kami berjalan di susur2 jalan di belah berhampiran pantai. Backpack 2 bijik, beg plastik 1 bijik, 2.5 liter botol 4 bijik dengan 1 botol dah tinggal separuh sama beg khemah 1 bijik. Kilometer pertama, kami berborak pasal perkembangan diri sambil2 masuk bab masa depan. Time ni masih tabah lagik. Okey, masuk kilometer kedua, dah mula nak start parah. Aku la tu. Lapa kau jangan cakap la. Berhenti kejap jugak minum air. Gila kau tak minum air, kita bukan hewan padang pasir. Sesekali menjengah pokok2 di tepi kalau2 boleh nampak pantai. Aku siap tanya kawan aku boleh redah je tak turun ke pantai. Bila dipikirkan balik, nak turun cerun dengan botol air penuh di tangan macam tak kena  gaya pulak. Nyesal pulak bersikap seperti lupa daratan beli botol air banyak. Sambil2 melupakan kesengalan tangan aku yang mula terasa, kami berbual pasal keadaan di sekitar itu. Time ni kau akan ambil berat keadaan sekeliling kau.Angin, pokok, batu di jalan, tanah dan cahaya matahari. Berjalan sungguh melegakan walaupun amat memenatkan. Banyak benda kau boleh pikir atau kau boleh biarkan pikiran kau kosong. 

Kenderaan ada jugak lalu di situ tapi agak kurang. Kami bertukar barang untuk dipegang bila aku kelihatan seperti goyah memegang botol. Mungkin fuel tak cukup. Haha. Beberapa ratus meter terakhir, seorang lelaki membawa skuter menegur kami. 

“Korang ni backpackers ke.” Iyekan aje.

Ni nak pergi Pantai Pasir Tengkorak belah mane?

“Rasenye depan lagi kot. Dalam 300 m lebih agaknya”

“Yang dekat selekoh tu la?”

“Haah. Lepas selekoh tu, nampak ade simpang masuk. Yang tulah agaknye”

“Korang ni nak ke sana jugak ke ni. Nak tumpang boleh jugak tapi kena satu2 lah.

“Haha. Yelah ni. Takpelah, terima kasihlah. Kang roboh pulak motor.” 

Sebenarnye time aku belajar dulu penah juga naik moto 3 orang tapi tak bape jauh. Nasib baik tak kena tahan dengan pak guard. Yang ni nak tumpang macamna. Dengan barang banyaknya siap berbotol2 air. Lagipon kau boleh percaya ke. 

“Orait. Jumpe kat sana.”

“Laa. Lupe nak suruh dia tolong bawakkan botol2 air ni ke sana” kata aku kepada kawan aku. Bila dipikirkan baliklah. Kahkahkah.

Bau2 laut sudah semakin kuat. Bau air laut masin bersama angin pantai. Tangan aku dah tahap gigil jugak bawak botol. Kawan aku ni memang kuat orangnya. Jalan jugak laju. Hehe. Bila nak sampai. Sambil2 aku beristigfar jugak. Nampak satu corner, dah ade satu macam rasa lega. Ini dah nak dekat sampai la ni. Timbul pagar sama gate, lega benar rasenye. Sudah sampai!Alhamdulillah!

Boleh tahan jugak ramai namun tak sepadat Pantai Cenang aku rasa. Kawan aku mandi pantai dahulu sementara aku mengisi fuel yang telah kontang. Peminat air laut dia ni. Hehe. Sapu roti sama chili tuna lagik. Sebelum ni aku kurang gemar makanan dalam tin, sekali terkena, terasa sedap pulak.

Monyet mula datang. Okey2. Aku mula mengemas. Langit mula mendung. Pulau Tarutao berbalam dari jauh.  Hmm. Hujan mula mendatangkan diri. Tik2. Tik2. Hujan mula gerimis. Kami siap2 kemas bawak barang untuk berteduh dan gegas ke surau berdekatan. Kasut aku mula basah dan aku mula menyumpah diri kenapa tak bawak selipar. Sudahnya aku berkaki ayam. Lantaklah. 

Agak lebat sebentar pastu kembali gerimis. Aku berdiri termenung dan berbual pasal plan kami untuk besok. Muncul abang H yang menegur kami di tengah jalan tadi. Beberapa ketika kemudian, datang abang F pula menegur kami. Banyak berbual pasal langkawi dan aktiviti orang muda. Brader G takde pulak. Haha.

Orait, nampak gaya hujan makin berkurangan. Bawak barang ke pergola berdekatan bila ada satu famili mula nak blah. Sambung berbual lagik dan kawan aku sambung ke pantai bermain air. Abang F hendak keluar membeli barang memasak dan keperluan diri aku rasa. Okey, pucuk dicita ulam mendatang dan dah hampir satu hari, kami tak makan nasi maka kami kirim abang F nasi goreng kampung. Kami mula nak setting khemah dan carik port yang sesuai. Barang memang lambak yempat duduk pergola jela.Hasil keramahan brader H dan kawan aku dan jugak rezeki, kami menerima hadiah makanan yang merupakan semangkuk ayam barbeque, seperiuk nasi puteh, air masak satu cerek, manisan jagung 2 mangkuk tak silap aku. Masalahnya skang lauk tu dah macam lebih 2 orang makan.

Sambung setting api untuk masak air panas. Peh, kemain punye susah api nak hidup. Letak dekat bekas tempat barbeque tadi. Dengan kayu kontot dan basahnye. Kawan aku beli firestarter macam kuih sagun tu pun macam liat nak hidup. Campur minyak tanah lagik.Dapat jugak hidup tapi kecik. Tak sebesar yang first time kami buat unggun api di Penang dahulu. Aku tak puas hati. Dulu tak payah guna minyak pun api besar. Nampaknya hati aku lagi panas membara daripada api ni. Aku saba. 

Ditambah lagi pulak air takda, peh ini memang parah. Tadah air dekat kafe abang F berdekatan dengan baldi. Mengimbau kenangan lagilah aku nampaknya masa duduk di asrama dulu. Cuci2 dan gosok gigi sajelah di surau yang sudah lama ditinggalkan itu. Dah satu hari tak mandi ni. Dengan kering panas dan basah lembap, dah macam tak rase ape. Aku saba jugak dengan tak mandi ni. 

Sambung membesarkan unggun api, dengan menggunakan sumber apa yang ada. Time ni kau lanyak sume kau bakar. Marah nampak. Haha. Getah tayar, surat khabar, jolok lagi dengan kayu. Lepas tu kau kipas lagik dengan gaya mengipas sate. Api dapat membesar sedikit walaupun tidak seperti yang kami mahukan. Makan malam itu pon agak kurang selera mungkin disebabkan kepenatan dan kurang tidur. 

Ingatkan boleh tidur awal tapi susah tidur jugak. Tambah khemah panas, kemungkinan hari nak hujan agaknya. Kawasan sekitar agak gelap jugak tapi lampu surau memang kami dipesan supaya bukak. Lolongan anjing menambah efek2 seram. Lama jugak tu. Panggil geng dia agaknya. Ke sengaja nak menguji kami. Aku segera mancapai kitab doa majmuk dan kami baca doa2 yang patut. Bunyi jugak ada desiran di khemah. Ah, itu mungkin monyet mencari makanan tu. Babi hutan nak turun dari celah mana pulak, tapi berkemungkinan jugak. Babi hutan boleh turun bukit ke? Cube jugak lelap mata namun tak boleh jugak. Kawan aku dah terlena aku rasa. Layan iPod pon entah bila tersadai. Sedar2 sudah subuh. 

Ambil angin pagi dan bersiar2 tepi pantai kejap. Matahari malu pagi itu dan Pulau Tarutao jugak menyorok dari kami. Hujan mula turun dengan agak lebat bersama guruh. Siap2 kemas, panggil brader Z pagi2 ambil  kami dan kami menuju ke Underwater World untuk menunggu van sebelum bergerak untuk adventur loncatan dari pulau ke pulau. 

No comments:

Post a Comment