Wednesday, May 1, 2013

Atok

Aku sekadar mahu mengingati kenangan.

Atok pergi di pagi Jumaat, di bulan kelahiranku. Di bulan kegemaran aku.

Terima kaseh atok kerana selalu membelikan aku buku. Daripada aksi atok ini, aku mula gemar membaca buku. Aku teringat, setiap kali aku dapat nombor 1 dalam darjah, atok belikan aku buku.

"Beli2. Nak beli buku ape,"kate atok.

Kami selalu pergi membeli buku di Johor Bahru. Aku maseh ingat, sampai melecet2 kaki aku memanjat bukit di belakang rumah atok, jalan shortcut ke tempat menunggu bas. Kami pergi ke Kotaraya (pada masa itu), Plaza Pelangi, KOMTAR dan mane2 lagik. Aku tak tahu atok beli ape pada waktu itu. Mungkin aku terlalu sibuk memilih buku.

Atok menjaga aku sejak kecil bersama adek kedua aku hingga aku darjah 3. Dari Jalan Temenggong Ahmad ke Kg Sri Bahagia, Plentong.

Atok sakit tenat terlampau cepat, tidak aku duga. Kemungkinan atok sudah saket sebelum ini tapi kami tidak tahu. Masa atok pergi, aku juga tidak sedar masa begitu cepat. Kini, atok Nah tinggal seorang.

Terima kaseh,atok. Kami doakan atok bersama2 orang yang beriman.

*Untuk menahan nangis, aku kunyah  beskot buatan-rumah Subway sambil menaip.*




Monday, March 25, 2013

Singapura

Singapura bandar yang tenang, aman dan senyap. Kuala Lumpur pula hiruk pikuk, serabut dan sibuk. Tapi aku lebih suka Kuala Lumpur. Seyes. 

Hari itu aku ke Singapura, ambil emak pulang dari umrah. Tapi penerbangan emak dari Istanbul, sebab singgah melancong ke sana sekali. Aku dapat cuti separuh hari. Orang atasan aku agaknya kurang berperasaan. Dia tidak tahu aku merindui emak aku selama 16 hari. Ceh, tak mengapa.

Aku, abah,adik lelaki dan adik perempuan aku. Kami pergi menaiki teksi di Jalan Gereja ke Singapura.  Sebelum bertolak, kami menjamu selera di warung makcik. Pak Mail Panjang sebagai pemandu teksi kami. Pak Mail ni memang biasa bawak teksi Singapura. Tinggi orangnya, abah aku berdiri sebelah hanya paras bahu je. Orang dulu2 suka main gelaran aku rase, nak bagi senang ingat agaknya. Aku dulu pon terkena jugak. Isy2.

Sampai di Rochor Road, hampir pukul 3. Tandas kat situ takde paip. Memang panas aku. Aku tau kat hotel pon kadang takde paip, paip pon sistem yang melekat di lubang tandas. Ni masalahnya tisu pon takde. Tak boleh terima aku. Naseb ade cawan kecik. Ape nak jadik ni.

Kami berjalan kaki ke Bugis Street. Laju jugak abah berjalan. Abah maseh ingat jalan di Singapura walaupun sudah lama tak berjalan kat sana. Kami sampai di OG Plaza untuk mencarik kedai kasut abah. Diluar pon ade jugak promosi2 jualan.  Pusing2 di tingkat bawah, bahagian kasut lelaki. Takde. Abah kate sekarang pon baju dah takde made in. Abah memang men baju2 made in ni. Harga kat sini pon aku perhati,lebih kurang saje di Malaysia. 

Kami patah balik ke gerai laluan kami di Rochor Road untuk membasah tekak. Peh, pekena lemonade ais tengah panas sedap jugak. Tiba2 adek perempuan aku menunjuk tulisan pada gelas besar kami. Tertulis Tiger Beer. Bulat mate aku.

"Haa, lepas ni maboklah," kata adek lelaki aku. 

Tawakal jelah aku.

"Orchard Road"kata abah aku. Tak sampai 10 minit, kami turun di Plaza Singapura. Tambang dalam 7 dolar. Masuk dalam, pusing2 lagik carik kedai kasut abah. Tak jumpa jugak. Aku lihat dalam plaza tu, kedai2 biasa saje macam City Square. Kami keluar berjalan hingga ke Cathay. Abah sempat bertanya pada 2 orang pemuda yang badan berketak2. Pesen orang sekarang. Bina otot. Haha.

"Yaohan ni dekat belah mane?" tanya abah.

"Oo, Yaohan dah lame takdelah, cik," jawab pemuda bersinglet. Saja nak tunjuk ketiak berbulu kau.

"Dah lebih 10 tahun takde," sambungnya.

"Laa, oke takpelah. Terima kasih." 

Rupanya abah mencarik kedai kasut Bally di pasaraya yang telah katup selama 10 tahun lebih.

Kami menunggu teksi di situ. Cuaca memang menyengat. Naik teksi, kami terus ke Changi Airport. Makan tambang dalam 15 dolar jugak lah. Kami sampai di Departure Hall. Eh, kenapa hantar kat Departure Hall? Aku nak tanye tapi mulut ni macam tak terbukak untuk bertanya. Gembel ajelah turun kat sini. Kami turun di Gate 3. 

Kami tunggu di situ sementara anak saudara abah sampai, yang juga merupakan sepupu aku. Ah, duit syiling takde. Aku dan adek aku terpakse beli coklat, nak dapatkan syiling. Telefon awam maseh wujud di sini tapi agak rare.

Beberapa minit kemudian, sepupu aku sampai. Kami turun 1 lif ke Arrival Hall. Mak Nah dan  Nyai menunggu di Burger King. Rock gak dah tua2 begini makan fast food. Mereka tidur semalaman di rumah sepupu aku. Duduk bersembang sekejap di situ untuk membunuh masa. Kemudian, kami bangun pergi menunggu di Arrival Gate. Dalam pukul 5.30 mak sampai bersama mak cik aku dan jemaah lain. Mak sampai2 terus menangis dan peluk kami. Aku tak boleh tengok orang menanges sebab aku pon nak menanges sekali. 

Mak, mak rindu kami yek. Hehe.

Suara emak bertukar menjadik rocker. Rupa-rupanya mak tak berape sehat, pada hari yang mahu pulang ke Malaysia. Mak kata, duduk dalam kapal terbang amat membosankan. Aku paham, mane taknya, 10 jam keras duduk je.

Kami berjalan sekejap di dalam Changi Airport Complex. Tak ade ape yang menarek sangat. Biasalah, ade shopping kompleks. Waktu hampir maghrib. Perut mak dah lapar. Kami menaiki teksi ke Arab Street dengan Nyai. Mak Nah memilih untuk tinggal beberapa hari lagik di Singapura.

Kami pesan nasi beriyani Singapura. Boleh tahan jugak yek. Murtabak ayam pon garing. Ada yang tak habes jugak sebab terlampau banyak. Selepas itu, kami jalan kaki beberape meter ke Rochor Road sebab dah janji ngan Pak Mail balik pukul 8. Pakai 2 teksi, adek aku naik ngan  Nyai. Ade 2 orang budak perempuan Cina sekali dalam tu.  

"Alamak, tak selera nak naik" adek aku tibe berkate. Dia memang malu dengan perempuan aku rase.

Biasalah masa2 begini dekat Causeway memang penuh jalan. Pak Mail berpesan mase begini skil untuk menyelit memang perlu. Sape cepat dia depat, bak kate Pak Mail. Masa terperangkap dalam jem, mak aku bercerite pengalaman dia di negara orang.

Bila hampir sampai di Imigresen Singapura, Pak Mail membuka cerita kes2 hangat di imigresen. Dia menyebut nama Selamat Ngatiman. Selamat Ngatiman yang menyamar sebagai perempuan. Siap bertudung dan berbaju kurung. Selamat Ngatiman ni agaknya ade bela jiwa perempuan dalam diri dia. Pak Mail bercerite lagik bagaimana pegawai imigresen Singapura boleh tertipu. Patotlah, sekarang mereka siap keluar daripada booth untuk  cam muka kami. Tapi kalau muka tak fotogenik macam mane? Aku kire, ade lebih 3 kali dia menyebut Selamat Ngatiman. Aku rase Pak Mail sudah tergoda dengan Selamat Ngatiman. Begitu juga dengan pegawai imigresen.

Hampir 1 jam baru kami di tiba Tambak Johor. Dengan kengantukan yg semakin perit. 

Pasport aku adalah dalam 2 kali cop di muka surat pertama. Bosan betul aku ni.


Wednesday, February 20, 2013

Lancar

Hidup kau kalau terlalu lancar, tentu kau seorang yang membosankan.

Hari itu,kalau kereta abah tak rosak, kami tak penah naik kereta atas lori tunda. Tinggi tau. Kau rasa sedang bergerak tapi kereta kau tak bergerak.

Dan sebenarnya, aku tak pernah tahu di Tangkak ada roti canai terbang. Dapat tengok free show sebelom tunggu roti siap.

Semasa roti canai sedang terbang, adek aku tiba berkata, " Ni kalau atok ikot sekali, mesti bebel2 ni"

HaBes!Habes! Adek aku membuat suara seperti atok. Aku tau atok aku garang. Keturunan Bugis katekan.

"Dalam hidup ni mana ada lancar. Ini semua dugaan" mak aku menjawab.

" Habes, yang mane lancar?". Aku memang suka menyoal. Haha.

"Dalam kubor" spontan mak menjawab.

"Eh, tapi dalam kubor pon belom tentu lancar" sambung mak.

Thursday, February 7, 2013

War and Nightmare

It was the war in the eye of the animals. My mother said, " Like the Israelites was attacking the Palestines."

 It was drizzle in the late afternoon. We were just came back from my father's friend wedding. On the way back, I was still thinking about my geese's neck that has been swollen. Yup, I'm a little worried. Pity for her.

We arrived, just my mother step out from the car,she shouted and we heard dogs barking in our backyard. My father ran to the back of our house. Something had happen. Before this, sometimes we saw about six or seven dogs pass through our backyard. My heart was pounding. Quickly, I changed my clothes while my parents was still in the backyard.

I heard something shriek. It was a black pup. The other dogs probably has ran away when they heard our car coming in. My father was holding a small hoe and trying to chase away the pup. It was running back and forth and finally it get away. My father was inside the barn and walked around it to check our poultry. Two ducks was sitting still next to the basin of water and one of it had injured badly at her back. Another one was probably playing dead. The turkey was dead in the pail and her neck was broken. My father found one hen and half of her body was gone. And it was still alive, my father said. He asked us whether we want to see it. I couldn't dare to look at it. All was gone. All inside the barn was dead.

Suddenly, I remembered my cats. Where are they? I was cursing myself for letting them out for awhile, to let them played outside. I was scared and shaking the kibble bucket vigorously. Suddenly, they were running towards me from the lawn. Maybe they were hiding under the car. I felt relieved. They looked cautious and frightened.

Luckily, the two geese and the two ducks was safe inside the hedgerow that we put near to our house. A hen and her newborn chicks that was sitting on our cupboard was also safe. About half an hour later, a rooster and two hen coming out from nowhere. The tail feathers has gone and his coccyx was red. Then came out another two rooster. And their tails feathers was also gone and the coccyx was red too. One of them was badly injured. I suspected that the dogs was gabbing them from behind.

We were just staring at barnyard. Quite a long time. Even, my mother said she want to pee but she forgot it. The rain still drizzling. It was tragic. A nightmare to the animals and to us.  I can saw that from their eyes. The scene was like a post-war episode.

*Next days, the injured animals was dead and also the geese. I think the gander will be lonely after that.



Tuesday, January 22, 2013

Kawan Baik Lelaki

Petang hari itu, aku menunggu bas setelah menumpang kawan aku balik dari kerja.

Ferrari merah tiba-tiba berhenti di hadapan aku. Hati aku berdebar2. Tak guna. Sebelum ini, aku hanya lihat Ferrari merah memecut di lebuh raya atau pegun kat dalam kedai. Ini betul2 di depan mata aku dengan enjin yang masih hidup.

Ferrari2. Nama kuceng aku yang bertompok kuning, yang suka main lari2 corner laju.

Dan efek berdebar2 masih ada pada aku hingga 12 jam besoknya.

Monday, January 7, 2013

Kenangan. Dan Juga Makanan Sedap.

Aku masih ingat. Dulu hari2 aku makan nasi lemak. Tiap2 pagi. Nasi lemak sekolah diorang kate. Peh, sungguh sedap dengan berbalut daun pisang. Pada masa itu, aku tak takut makan nasi lemak hari2. Mungkin selepas itu, aku pergi menjemur diri di bawah matahari. Makanya, kalori sudah terbakar.

Naik Ford Ranger dengan GPS. Pusing2 dalam kelapa sawit. Suka benar dalam kelapa sawit hingga sekarang aku duduk rumah dalam kelapa sawit. Ada datang pulak orang Jerman buat kajian bersama. Dalam 5 orang, ada seorang rupa semacam  John Lennon. Aku nak cakap tapi takut. Mana tau, aku bandingkan dengan penjenayah entah mana. Ah, tak mungkin sebab aku nampak CD lagu indie dalam kotak dashboard mereka. CD Melayu, pemuisi Melayu yang aku syak beli dari Pasar Seni. Aku cuba untuk mengingatinya sekarang tapi tak dapat2 jugak. Benci betol. Bos mereka berjam Rolex. Tak risau pulak kene calar2 batu ke, duri kelapa sawit ke. Kenapa pulak aku risau psal jam dia ni. Takpe, aku lebih meminati Swiss Army.

Aku masih ingat lawak2 bengang yang berlaku atau gaya tido yang berlawan2 di opis. Gaya2 tido tak berani aku nak sebutkan di sini.  Biarlah tersimpan dalam kotak memori aku. Jangan salah paham. Ini bukannye tanda kami ni seorang yang pemalas tetapi paham2 saja, masa itu emas. Almaklum, opis berjauhan dengan bos2, makanye suasana lebih ceria. Jangan tipu kalau kau tak gembira kalau bos tak selalu ada.  Superior juga pelbagai karenah. Aku paham mereka manusia. Setiap tempat pasti same saja. Aku masih teringat, ada juga aku nampak seseorang pakai sebelah berbut, sebelah berkasut Adidas. Hmmm. Hanya bos yang agak rupenya macam pelakon drama perang Korea yang selalu abah tonton yang duduk berdekatan kami. Itupun kejap ade kejap takde.

Tengah hari juga waktu gembira kerana pergi mengisi perut. Lauk2 Johor juga senang nak dapat. Mee bandung, sirap bandung gelas besar, mee rebus, asam pedas Muar. Memang real sama. Lega aku. Ikan pekasam yang bau semacam pon ade jual.

Dan sebelum itu, kami tinggal sebulan di Istana Kuda2 Emas sebelum setahun beralih ke divisyen masing2, dengan dihidang makanan sedap2 belaka,  membuatkan kami semakin terleka, kebuaian jauh semasa mendengar ceramah semasa minggu2 terakhir. Sape nak bagi duduk sebulan dengan makanan sedap, dengan bertab mandi dan bertilam tebal empuk, ye dok?

Terima kasih atas kenangan tersebut.

Kenapa lagi tadi aku asyik pasal makanan je ni?



Walking Under The Sun

Dust on the road
Cars come and go
Yellow and bright
That was sun
Who cares
About the sun
Do you care
Sweat dripping on your face
You forgot how it taste
Can be at the beach, in the field
The sun above
Shine and bright
Keep on walking
Feel the sun burning
The sun, the brain, the heart
Never mind
It still give you the good