Singapura bandar yang tenang, aman dan senyap. Kuala Lumpur pula hiruk pikuk, serabut dan sibuk. Tapi aku lebih suka Kuala Lumpur. Seyes.
Hari itu aku ke Singapura, ambil emak pulang dari umrah. Tapi penerbangan emak dari Istanbul, sebab singgah melancong ke sana sekali. Aku dapat cuti separuh hari. Orang atasan aku agaknya kurang berperasaan. Dia tidak tahu aku merindui emak aku selama 16 hari. Ceh, tak mengapa.
Aku, abah,adik lelaki dan adik perempuan aku. Kami pergi menaiki teksi di Jalan Gereja ke Singapura. Sebelum bertolak, kami menjamu selera di warung makcik. Pak Mail Panjang sebagai pemandu teksi kami. Pak Mail ni memang biasa bawak teksi Singapura. Tinggi orangnya, abah aku berdiri sebelah hanya paras bahu je. Orang dulu2 suka main gelaran aku rase, nak bagi senang ingat agaknya. Aku dulu pon terkena jugak. Isy2.
Sampai di Rochor Road, hampir pukul 3. Tandas kat situ takde paip. Memang panas aku. Aku tau kat hotel pon kadang takde paip, paip pon sistem yang melekat di lubang tandas. Ni masalahnya tisu pon takde. Tak boleh terima aku. Naseb ade cawan kecik. Ape nak jadik ni.
Kami berjalan kaki ke Bugis Street. Laju jugak abah berjalan. Abah maseh ingat jalan di Singapura walaupun sudah lama tak berjalan kat sana. Kami sampai di OG Plaza untuk mencarik kedai kasut abah. Diluar pon ade jugak promosi2 jualan. Pusing2 di tingkat bawah, bahagian kasut lelaki. Takde. Abah kate sekarang pon baju dah takde made in. Abah memang men baju2 made in ni. Harga kat sini pon aku perhati,lebih kurang saje di Malaysia.
Kami patah balik ke gerai laluan kami di Rochor Road untuk membasah tekak. Peh, pekena lemonade ais tengah panas sedap jugak. Tiba2 adek perempuan aku menunjuk tulisan pada gelas besar kami. Tertulis Tiger Beer. Bulat mate aku.
"Haa, lepas ni maboklah," kata adek lelaki aku.
Tawakal jelah aku.
"Orchard Road"kata abah aku. Tak sampai 10 minit, kami turun di Plaza Singapura. Tambang dalam 7 dolar. Masuk dalam, pusing2 lagik carik kedai kasut abah. Tak jumpa jugak. Aku lihat dalam plaza tu, kedai2 biasa saje macam City Square. Kami keluar berjalan hingga ke Cathay. Abah sempat bertanya pada 2 orang pemuda yang badan berketak2. Pesen orang sekarang. Bina otot. Haha.
"Yaohan ni dekat belah mane?" tanya abah.
"Oo, Yaohan dah lame takdelah, cik," jawab pemuda bersinglet. Saja nak tunjuk ketiak berbulu kau.
"Dah lebih 10 tahun takde," sambungnya.
"Laa, oke takpelah. Terima kasih."
Rupanya abah mencarik kedai kasut Bally di pasaraya yang telah katup selama 10 tahun lebih.
Kami menunggu teksi di situ. Cuaca memang menyengat. Naik teksi, kami terus ke Changi Airport. Makan tambang dalam 15 dolar jugak lah. Kami sampai di Departure Hall. Eh, kenapa hantar kat Departure Hall? Aku nak tanye tapi mulut ni macam tak terbukak untuk bertanya. Gembel ajelah turun kat sini. Kami turun di Gate 3.
Kami tunggu di situ sementara anak saudara abah sampai, yang juga merupakan sepupu aku. Ah, duit syiling takde. Aku dan adek aku terpakse beli coklat, nak dapatkan syiling. Telefon awam maseh wujud di sini tapi agak rare.
Beberapa minit kemudian, sepupu aku sampai. Kami turun 1 lif ke Arrival Hall. Mak Nah dan Nyai menunggu di Burger King. Rock gak dah tua2 begini makan fast food. Mereka tidur semalaman di rumah sepupu aku. Duduk bersembang sekejap di situ untuk membunuh masa. Kemudian, kami bangun pergi menunggu di Arrival Gate. Dalam pukul 5.30 mak sampai bersama mak cik aku dan jemaah lain. Mak sampai2 terus menangis dan peluk kami. Aku tak boleh tengok orang menanges sebab aku pon nak menanges sekali.
Mak, mak rindu kami yek. Hehe.
Suara emak bertukar menjadik rocker. Rupa-rupanya mak tak berape sehat, pada hari yang mahu pulang ke Malaysia. Mak kata, duduk dalam kapal terbang amat membosankan. Aku paham, mane taknya, 10 jam keras duduk je.
Kami berjalan sekejap di dalam Changi Airport Complex. Tak ade ape yang menarek sangat. Biasalah, ade shopping kompleks. Waktu hampir maghrib. Perut mak dah lapar. Kami menaiki teksi ke Arab Street dengan Nyai. Mak Nah memilih untuk tinggal beberapa hari lagik di Singapura.
Kami pesan nasi beriyani Singapura. Boleh tahan jugak yek. Murtabak ayam pon garing. Ada yang tak habes jugak sebab terlampau banyak. Selepas itu, kami jalan kaki beberape meter ke Rochor Road sebab dah janji ngan Pak Mail balik pukul 8. Pakai 2 teksi, adek aku naik ngan Nyai. Ade 2 orang budak perempuan Cina sekali dalam tu.
"Alamak, tak selera nak naik" adek aku tibe berkate. Dia memang malu dengan perempuan aku rase.
Biasalah masa2 begini dekat Causeway memang penuh jalan. Pak Mail berpesan mase begini skil untuk menyelit memang perlu. Sape cepat dia depat, bak kate Pak Mail. Masa terperangkap dalam jem, mak aku bercerite pengalaman dia di negara orang.
Bila hampir sampai di Imigresen Singapura, Pak Mail membuka cerita kes2 hangat di imigresen. Dia menyebut nama Selamat Ngatiman. Selamat Ngatiman yang menyamar sebagai perempuan. Siap bertudung dan berbaju kurung. Selamat Ngatiman ni agaknya ade bela jiwa perempuan dalam diri dia. Pak Mail bercerite lagik bagaimana pegawai imigresen Singapura boleh tertipu. Patotlah, sekarang mereka siap keluar daripada booth untuk cam muka kami. Tapi kalau muka tak fotogenik macam mane? Aku kire, ade lebih 3 kali dia menyebut Selamat Ngatiman. Aku rase Pak Mail sudah tergoda dengan Selamat Ngatiman. Begitu juga dengan pegawai imigresen.
Hampir 1 jam baru kami di tiba Tambak Johor. Dengan kengantukan yg semakin perit.
Pasport aku adalah dalam 2 kali cop di muka surat pertama. Bosan betul aku ni.

No comments:
Post a Comment