Manusia
Manusia itu
lemah
Ada akal dan
perasaan
Mana perginya
akal
Mana perginya
perasaan
Biar aku
seperti malaikat
Tidak punya
perasaan
Mahu aku
seperti malaikat
Tidak perlu
rasa cinta yang melemahkan
Hanya kuat
cinta kepada Penciptanya
Biar aku
seperti haiwan
Yang tidak
pernah lupa kepada Penci[Tanya
Aku tidak
mahu menjadi hamba
Yang tidak
tahu apa itu syukur
Takdir aku
sebagai manusia
Manusia yang
mempunyai akal dan perasaan
Perlu kuat
Kuat cinta
kepada Penciptanya