Wednesday, February 20, 2013

Lancar

Hidup kau kalau terlalu lancar, tentu kau seorang yang membosankan.

Hari itu,kalau kereta abah tak rosak, kami tak penah naik kereta atas lori tunda. Tinggi tau. Kau rasa sedang bergerak tapi kereta kau tak bergerak.

Dan sebenarnya, aku tak pernah tahu di Tangkak ada roti canai terbang. Dapat tengok free show sebelom tunggu roti siap.

Semasa roti canai sedang terbang, adek aku tiba berkata, " Ni kalau atok ikot sekali, mesti bebel2 ni"

HaBes!Habes! Adek aku membuat suara seperti atok. Aku tau atok aku garang. Keturunan Bugis katekan.

"Dalam hidup ni mana ada lancar. Ini semua dugaan" mak aku menjawab.

" Habes, yang mane lancar?". Aku memang suka menyoal. Haha.

"Dalam kubor" spontan mak menjawab.

"Eh, tapi dalam kubor pon belom tentu lancar" sambung mak.

2 comments:

  1. Betul tu...ada yg sanggup bunuh diri krn bosan dgn hidup di dunia yg tak lancar. Dia terlupa agaknya di dlm kubur bakal menunggu sesuatu yg lebih tidak lancar...

    ReplyDelete
  2. Yang itu mungkin terlampau berharap sangat,hehe

    ReplyDelete