Wednesday, February 26, 2014

Suatu Hari Di Waktu Tengah Hari

Aku berjalan bersama rakan aku ke sebuah bank berhampiran untuk mengambil duit. Seorang mobil banker yang peramah menegur aku. Aku tidak sampai hati untuk berlagak sombong maka aku menyapanya semula.

“Pernah dengar kad kredit tak” soalnya.

“Pernah, ada eh,” Tanya aku secara innesen. Aku bukan berniat sarkastik di situ. Aku cuma mahu menyuntik semangatnya untuk menerangkan produknya. Sekali sekala bagila can. Sambil mengisi masa menunggu kawan aku. Dapat juga ilmu. Ilmu tak selalunya dapat melalui sekolah. 

“Eh,ada,”.Dan dia sambung secara menerangkan ciri-ciri kad kredit tersebut dengan panjang lebar,

“Kad kredit ni bukan hutang ke. Saya tak minat hutang-hutang ni” kata aku.

“Eh takdelah".Dan dia terus sambung dengan kerja penerangan dia yang tertangguh tadi.

“Okey, ini kad saya” katanya.

“Boleh mintak nama awak dengan nombor telefon?” sambungnya.

“Alamak” dalam hati aku. Aku sekali lagi tak sampai hati. Aku bagi jugak dengan rasa bermalas-malasan.

“Kerja mana?”soalnya.

“Saya keje dekat sini-sini jugak” jawab aku.

“Kerja sebagai apa?”bgitu juga soal jawab untuk mengenal aku.

You gaji sebulan berapa? Dalam setahun, agak2 berapa? Sekurang2 nya 2 ribu sebulan keatas” ujarnya.

“Gaji saya tak sampai 2 ribu” jawab aku tanpa perasaan.

“Betul ke ni? Eh, tak cayelah”dia pelik.

“Betul,”jawab aku dengan innesen.

Muka dia telah berubah dengan gaya tak percaya. Seperti yang kita selalu lihat gaya muka yang berkata eh iyeke ni.

Adakah aku dalam bahaya? Ilusi aku nampak muda atau sebenarnya aku perlu menukar kerja?

Perlahan-lahan dia bergerak menentang arus angin.

Sekarang baru aku tak sampai hati.


" A while ago this morning, I was listening to If Money Was Trouble-Gary Clark Jr repeating over and over again until I arrived to the office feeling numb"

Relevant

I think the one is relevant right now is shaheed
I become like the earth
Dizzy and in pain
The one that I always holding on is faith
You see now
And try to think how
Apocalypse is coming