Wednesday, July 3, 2013

Kuceng/Radikal

Bila kau membela kucing, hidup kau menjadi radikal. Kat rumah bukan kucing saje yang ade, ade jugak ayam, angsa, dan itik. Namun, kau tetap sayang kucing kau.

Calar balar pada tangan kau. Akibat cekauan, macam2 garisan pada tangan kau. Garisan darah bermacam rupa. Macam kau praktis main fencing cuma kau pakai sarong muka. Bila air sampai, memang pedih. Sudah lali, aku basuh saja dengan sabun sebab tak mahu ade germs merebak.


Malam2 pulak ade berdondang sayang. Konsert tak dijemput. Konsert tak ditaja. Aku rase konsert biase pon tak sampai high pitch macam ni. Dan konsert tak kira waktu. Malam selalu waktu yang sesuai. Time kau tidur ke baru nak masok tidur. Sinaps dan neuron kau berdetap. Umpama radio rosak atau pun lagu yang kau benci,menjengkelkan yang selalu bermain di radio.


Aksi2 untuk menghalang daripada terus berlangsongnya episod ini, akan membuatkan menjadi seorang yang pelik. Daripada jauh, orang lalu lalang rumah kau, melihat kau seperti kejadian aneh. Kau berlari membawa penyapu, atau ape saje yang tercapai, payung, selipar. Kadang2 benda yang kau bawa ni memang tidak lut. Dia mengelak dan melihat kau balik. Kau pula membawa segayung air menyimbah. Haa, baru selesai. Air pancutan pokok pon berguna jugak pada mase ini. Kalau menjerit pada mereka, kau kelihatan seperti orang gila. Bukannya diorang paham. Kelihatan seperti tarzan aje.


Lagik2 sekarang ni, lepas beberape bulan ade aje kuceng luar yang berbeza2 datang ke rumah aku. Lebih mengancam kesihatan otak kau, iaitu kucing psiko. Waktu kedatangan hanya waktu malam. Waktu kuceng aku semua dalam reban. Kucing psiko ni memang mencari pasal. Siap memanjat reban. Ape ke hal ni. Aku tau dia nak melihat 2 ekor kuceng betina aku. Tetapi yang menjadi halangan adalah 3 ekor jantan aku. Baling batu, simbah air, dia akan melarikan diri . Kemudian, selepas beberape meter, dia akan berhenti. Dia akan berhenti dan melihat kau balik. Telepati? Melalui renungan antara mata pon tiada gune mase ni.


Ada ketika, entah macam mane pintu reban terbukak. Kuceng psiko menyerang mama kucing aku,Gendut di bawah kereta. Abah aku dengar jeritan dan nampak berlari si Ferrari berlari ke depan dan terjun ke atas kucing psiko. Tindakan spontan abah aku menendang kucing itu. Kucing psiko melarikan diri dan kemudian berhenti seketika beberape meter. Si Ferrari cuba untuk menyerang lagik tapi dihalang oleh abah. Dan sebenarnye kuceng psiko tu lebih besar dari kuceng2 aku. Abah bercadang mahu memberi hadiah sepotong ikan sebab aksi beraninya menyelamatkan Gendut. Jaja, kucing betina aku lagik satu, juga pernah menyerang kuceng itu daripada dalam reban. Mungkin dia tahu dia selamat sebab ade penghalang dinding yang diperbuat daripada pagar. Smart girl.


Psiko memang suka mencarik pasal tanpa sebab. Aksi2 pelik sudah biasa berlaku.


Besok paginya, kau bangun pagi macam menghembus2 selimut. Mate ni dah macam ade benda 1 tan yang lerletak. Mimpi indah sudah tiada.


Betapa banyak episod yang mencabar namun kasih sayang tetap menang. 

Tuesday, July 2, 2013

Remember

Remembering is part of the memory.

I really appreciate my friends who was still remember me. They suddenly called up or send messages said that they missed me, just wanted to say hello and wanted to know how am I doing. Yup, deep down I feel touch that they still remember me. Sometimes, I feel ashamed of myself because I was seldom calling or message (either through chat box or phone texting) to them. Appreciative and grateful of what they feel about me and what I am to them. Meant something to someone can make you feel relieve and peace. 

Whenever I was inside your brain or be a muse or anything, it doesn't matter. Become part of your memory is pure happiness to me. 

Sunday, May 26, 2013

Samurai

Melihat kepada cerita Samurai malam tadi membuatkan banyak pikiran bermain dalam otak aku.

Aku tau cerite The Last Samurai malam tadi bukan cukup untuk memahami gaya hidup Samurai. Lebih2 lagik daripada kaca mata Barat yang terkenal dengan 'kebiasannya' kepada Timur. Orang akan berdebat dengan aku, dengan sekali tengok, masakan kau akan terus menghadamnya.

Hari itu sebenarnya, aku kurang mood. Bila aku kurang mood, memang selera makan aku takde. Lapar jadik kenyang. Ngantuk jadik tak ngantuk. Diagnosis aku sebelum ini berkata, sebenarnya aku sudah dysthymia. Ntah bape lame aku pon tak tau. Aku agak mase aku belajar. Pemahaman dysthymia ada mengatakan, orang yang mengidap mungkin tak menyedari ia sudah lame ade. Menganggap ia sudah sebahagian daripada hidup mereka. Dan mereka tidak menyedarinya. Dan memiliki benda ini , sebaris dengan Tennesse William dan Mark Twain sebenarnya adalah tidak cool. Sapelah aku untuk sebaris dengan mereka.

Mungkin filem ini cume menceritakan pada lapik permukaan saje. Part yang aku suke bile bercerita pasal haiku dan menulis cerita dalam jurnal. Menulis adalah antipati penting dalam sejarah. Aku paling suka mase scene monolog. Sebab aku memang suke bermonolog. Pada aku time bermonolog, mungkin kita akan ambil lebih perhatian pada diri kita. Biarlah orang pikir kita gila. Masa itu, masa berharga untuk menyelami lebih dalam maksud  kehidupan kita. Jangan deep sangat pulak. Dan mungkin aku ni auditory learner. Lepas mandi aku monolog. Semasa tengok tv, time aku aku kat luar rumah dengan kuceng aku. Hari itu mak aku baru tau aku monolog dalam jamban.

Patotnya aku melihat filem Akira Kurosawa 'Seven Samurai' atau pun 47 Ronin dari segi point of view yang lebih baik tapi mungkin otak aku akan bekerja lebih keras untuk filem hitam puteh. Agak2 apa warna kegemaran mereka yek. Aku agak warna merah. Pada aku, perbezaan ninja dan samurai adalah samurai berlawan atas dasar maruah. Yelah, mungkin gaya2 berlawan mereka adalah untuk berperang. Katana adalah simbol penghormatan mereka. Dan jangan ingat dalam samurai takde seni. Seni puisi, seni khat, seni lukisan. Kadang2 perlu gak seni ni. Jangan nak logikal saja dengan sains.

Cite semalam abes pukul 1 suku. Aku tau besok aku keje. Tapi aku masih tunggu sampai habis. Yang membuatkan aku respect adalah nilai2 yang mereka terap dan amalkan walaupun bab suicidal tu sebenarnye mungkin sebab akibat terlampau taksub pada prinsip. Dan ini mengingatkan aku bahawa berjuang, dalam diri aku, pengalamian dysthymia ni, dan juga menguatkan diri aku untuk menempuh dugaan mendatang. Untuk ade jiwa samurai ni memang payah.

*Mase lepas rumah kami hampir diserang oleh perompak, adek aku ade berkate, "Aritu abah kate nak beli pedang Samurai"

'No joke today. War is no joke'




Friday, May 3, 2013

Rezeki Hari Jumaat

Syukur.

Kebetulan, tengah hari tadi aku mahu mengambil BR1M di pejabat UMNO. Aku pergi naik teksi. Terpikir jugak time2 tengah hari begini, on the way ke sana memang jem. Gembel aje aku, bayarlah bape2 je sebab aku malas nak lengah2 nak mengambilnye.

Tunggu teksi dah 10 minit. Aku mula nak give up. Kalau tak sampai, batal jelah. Naseb baik mak guard datang panggil aku dekat lobi. Rupanya pak cik teksi dah menunggu agak lama dekat luar. Aku kata amek dekat lobi. Ceh, miscommunication. Takpe.

Jalan on the way memang jem. Aku mula rase nak pitam. Aku memang rase tak sehat, asyik selsema je dari pagi tadi. Panadol Soluble telah kutelan. Mungkin tekanan darah rendah aku. Ni ade yang pengsan dalam opis nanti kang. Hujan pulak mula turun agak lebat juga. Amek mase dalam 15 minit jugaklah sampai ke sana.

"Awak nak amek BR1M ek". Pak cik ni macam tau2 aje.

"Pak cik tunggu. Sini susah dapat teksi." offer pak cik. Aku iyekan aje. 

Sampai sana, aku terus ke tingkat atas. Kat tingkat bawah aku nampak, macam ade makanan. Mengancam. Masuk bukak kasut. Okey, sudah siap, maka terus aku ke bawah menuju  ke teksi.

Sampai di teksi, pak cik takde. Eh, mane orang tua ni. Rupenye dia tengah tersengih sambil pegang pinggan polisterin yang dipenuhi nasi dan lauk.

"Alamak, pakcik. Abes tambang macam mane?" 

"Takpe2. Nanti tolak je."

Masuk bukak kasut lagik. Diorang memang suka stail2 bukak kasut masuk umah ni. Pak cik2 lain yang tengah bersembang bawah kanopi pon mengofferkan jugak pada aku. Pucuk dicita ulam mendatang. Dah dapat duit, makanan pulak. Hihi.

Ade lauk ayam masak kurma. sayur pisang muda masak lemak, sambal belacan dan ikan kering. Peh! Menyesal aku tak amek lebih ikan kering. Bak kate orang tua, kalau dah suruh jamah,kene jamah, ye dok. 

Rupenye, pakcik bercerita, kawan2 dia satu kampung dulu. Satu geng men bola. Macam abah aku pulak ade geng2 men bola kat Wadi Hasan dulu.

Balik aku terus ke Maybank pergi untuk mencashkan. Bile dipikir2kan balik kelakar jugak. Dapat duit, dapat makan. Hihi.

Apa2 pun, syukur2 rezeki Tuhan bagi. Alhamdullilah.

*Catatan ini bukan untuk mempengaruhi siapa2 yek :)


Wednesday, May 1, 2013

Atok

Aku sekadar mahu mengingati kenangan.

Atok pergi di pagi Jumaat, di bulan kelahiranku. Di bulan kegemaran aku.

Terima kaseh atok kerana selalu membelikan aku buku. Daripada aksi atok ini, aku mula gemar membaca buku. Aku teringat, setiap kali aku dapat nombor 1 dalam darjah, atok belikan aku buku.

"Beli2. Nak beli buku ape,"kate atok.

Kami selalu pergi membeli buku di Johor Bahru. Aku maseh ingat, sampai melecet2 kaki aku memanjat bukit di belakang rumah atok, jalan shortcut ke tempat menunggu bas. Kami pergi ke Kotaraya (pada masa itu), Plaza Pelangi, KOMTAR dan mane2 lagik. Aku tak tahu atok beli ape pada waktu itu. Mungkin aku terlalu sibuk memilih buku.

Atok menjaga aku sejak kecil bersama adek kedua aku hingga aku darjah 3. Dari Jalan Temenggong Ahmad ke Kg Sri Bahagia, Plentong.

Atok sakit tenat terlampau cepat, tidak aku duga. Kemungkinan atok sudah saket sebelum ini tapi kami tidak tahu. Masa atok pergi, aku juga tidak sedar masa begitu cepat. Kini, atok Nah tinggal seorang.

Terima kaseh,atok. Kami doakan atok bersama2 orang yang beriman.

*Untuk menahan nangis, aku kunyah  beskot buatan-rumah Subway sambil menaip.*




Monday, March 25, 2013

Singapura

Singapura bandar yang tenang, aman dan senyap. Kuala Lumpur pula hiruk pikuk, serabut dan sibuk. Tapi aku lebih suka Kuala Lumpur. Seyes. 

Hari itu aku ke Singapura, ambil emak pulang dari umrah. Tapi penerbangan emak dari Istanbul, sebab singgah melancong ke sana sekali. Aku dapat cuti separuh hari. Orang atasan aku agaknya kurang berperasaan. Dia tidak tahu aku merindui emak aku selama 16 hari. Ceh, tak mengapa.

Aku, abah,adik lelaki dan adik perempuan aku. Kami pergi menaiki teksi di Jalan Gereja ke Singapura.  Sebelum bertolak, kami menjamu selera di warung makcik. Pak Mail Panjang sebagai pemandu teksi kami. Pak Mail ni memang biasa bawak teksi Singapura. Tinggi orangnya, abah aku berdiri sebelah hanya paras bahu je. Orang dulu2 suka main gelaran aku rase, nak bagi senang ingat agaknya. Aku dulu pon terkena jugak. Isy2.

Sampai di Rochor Road, hampir pukul 3. Tandas kat situ takde paip. Memang panas aku. Aku tau kat hotel pon kadang takde paip, paip pon sistem yang melekat di lubang tandas. Ni masalahnya tisu pon takde. Tak boleh terima aku. Naseb ade cawan kecik. Ape nak jadik ni.

Kami berjalan kaki ke Bugis Street. Laju jugak abah berjalan. Abah maseh ingat jalan di Singapura walaupun sudah lama tak berjalan kat sana. Kami sampai di OG Plaza untuk mencarik kedai kasut abah. Diluar pon ade jugak promosi2 jualan.  Pusing2 di tingkat bawah, bahagian kasut lelaki. Takde. Abah kate sekarang pon baju dah takde made in. Abah memang men baju2 made in ni. Harga kat sini pon aku perhati,lebih kurang saje di Malaysia. 

Kami patah balik ke gerai laluan kami di Rochor Road untuk membasah tekak. Peh, pekena lemonade ais tengah panas sedap jugak. Tiba2 adek perempuan aku menunjuk tulisan pada gelas besar kami. Tertulis Tiger Beer. Bulat mate aku.

"Haa, lepas ni maboklah," kata adek lelaki aku. 

Tawakal jelah aku.

"Orchard Road"kata abah aku. Tak sampai 10 minit, kami turun di Plaza Singapura. Tambang dalam 7 dolar. Masuk dalam, pusing2 lagik carik kedai kasut abah. Tak jumpa jugak. Aku lihat dalam plaza tu, kedai2 biasa saje macam City Square. Kami keluar berjalan hingga ke Cathay. Abah sempat bertanya pada 2 orang pemuda yang badan berketak2. Pesen orang sekarang. Bina otot. Haha.

"Yaohan ni dekat belah mane?" tanya abah.

"Oo, Yaohan dah lame takdelah, cik," jawab pemuda bersinglet. Saja nak tunjuk ketiak berbulu kau.

"Dah lebih 10 tahun takde," sambungnya.

"Laa, oke takpelah. Terima kasih." 

Rupanya abah mencarik kedai kasut Bally di pasaraya yang telah katup selama 10 tahun lebih.

Kami menunggu teksi di situ. Cuaca memang menyengat. Naik teksi, kami terus ke Changi Airport. Makan tambang dalam 15 dolar jugak lah. Kami sampai di Departure Hall. Eh, kenapa hantar kat Departure Hall? Aku nak tanye tapi mulut ni macam tak terbukak untuk bertanya. Gembel ajelah turun kat sini. Kami turun di Gate 3. 

Kami tunggu di situ sementara anak saudara abah sampai, yang juga merupakan sepupu aku. Ah, duit syiling takde. Aku dan adek aku terpakse beli coklat, nak dapatkan syiling. Telefon awam maseh wujud di sini tapi agak rare.

Beberapa minit kemudian, sepupu aku sampai. Kami turun 1 lif ke Arrival Hall. Mak Nah dan  Nyai menunggu di Burger King. Rock gak dah tua2 begini makan fast food. Mereka tidur semalaman di rumah sepupu aku. Duduk bersembang sekejap di situ untuk membunuh masa. Kemudian, kami bangun pergi menunggu di Arrival Gate. Dalam pukul 5.30 mak sampai bersama mak cik aku dan jemaah lain. Mak sampai2 terus menangis dan peluk kami. Aku tak boleh tengok orang menanges sebab aku pon nak menanges sekali. 

Mak, mak rindu kami yek. Hehe.

Suara emak bertukar menjadik rocker. Rupa-rupanya mak tak berape sehat, pada hari yang mahu pulang ke Malaysia. Mak kata, duduk dalam kapal terbang amat membosankan. Aku paham, mane taknya, 10 jam keras duduk je.

Kami berjalan sekejap di dalam Changi Airport Complex. Tak ade ape yang menarek sangat. Biasalah, ade shopping kompleks. Waktu hampir maghrib. Perut mak dah lapar. Kami menaiki teksi ke Arab Street dengan Nyai. Mak Nah memilih untuk tinggal beberapa hari lagik di Singapura.

Kami pesan nasi beriyani Singapura. Boleh tahan jugak yek. Murtabak ayam pon garing. Ada yang tak habes jugak sebab terlampau banyak. Selepas itu, kami jalan kaki beberape meter ke Rochor Road sebab dah janji ngan Pak Mail balik pukul 8. Pakai 2 teksi, adek aku naik ngan  Nyai. Ade 2 orang budak perempuan Cina sekali dalam tu.  

"Alamak, tak selera nak naik" adek aku tibe berkate. Dia memang malu dengan perempuan aku rase.

Biasalah masa2 begini dekat Causeway memang penuh jalan. Pak Mail berpesan mase begini skil untuk menyelit memang perlu. Sape cepat dia depat, bak kate Pak Mail. Masa terperangkap dalam jem, mak aku bercerite pengalaman dia di negara orang.

Bila hampir sampai di Imigresen Singapura, Pak Mail membuka cerita kes2 hangat di imigresen. Dia menyebut nama Selamat Ngatiman. Selamat Ngatiman yang menyamar sebagai perempuan. Siap bertudung dan berbaju kurung. Selamat Ngatiman ni agaknya ade bela jiwa perempuan dalam diri dia. Pak Mail bercerite lagik bagaimana pegawai imigresen Singapura boleh tertipu. Patotlah, sekarang mereka siap keluar daripada booth untuk  cam muka kami. Tapi kalau muka tak fotogenik macam mane? Aku kire, ade lebih 3 kali dia menyebut Selamat Ngatiman. Aku rase Pak Mail sudah tergoda dengan Selamat Ngatiman. Begitu juga dengan pegawai imigresen.

Hampir 1 jam baru kami di tiba Tambak Johor. Dengan kengantukan yg semakin perit. 

Pasport aku adalah dalam 2 kali cop di muka surat pertama. Bosan betul aku ni.


Wednesday, February 20, 2013

Lancar

Hidup kau kalau terlalu lancar, tentu kau seorang yang membosankan.

Hari itu,kalau kereta abah tak rosak, kami tak penah naik kereta atas lori tunda. Tinggi tau. Kau rasa sedang bergerak tapi kereta kau tak bergerak.

Dan sebenarnya, aku tak pernah tahu di Tangkak ada roti canai terbang. Dapat tengok free show sebelom tunggu roti siap.

Semasa roti canai sedang terbang, adek aku tiba berkata, " Ni kalau atok ikot sekali, mesti bebel2 ni"

HaBes!Habes! Adek aku membuat suara seperti atok. Aku tau atok aku garang. Keturunan Bugis katekan.

"Dalam hidup ni mana ada lancar. Ini semua dugaan" mak aku menjawab.

" Habes, yang mane lancar?". Aku memang suka menyoal. Haha.

"Dalam kubor" spontan mak menjawab.

"Eh, tapi dalam kubor pon belom tentu lancar" sambung mak.