Tuesday, September 18, 2012

Nasi Goreng Ibu


Aku tau perut aku memulas pagi ini.  Mak sudah masakkan nasi goreng bersama telor rebus. Belom lagik mak letak telor rebus bersama nasi goreng sebelum ni. Biasanya ada ikan bilis. Wau, nasi goreng spesial!

Kalau perut aku memulas, aku memang tak akan makan apa-apa pada waktu itu. Tapi demi emak, aku makan juga nasi goreng itu. Perut memulas ku tahan juga. Keyakinan aku untuk makan nasi goreng tersebut bertambah dengan kehadiran telor rebus tersebut.

Aku simpulkan bahawa pentingnya ibu. Tengah solat, dengar ibu memanggil, kita kena berhenti. Walaupun perut buat hal, ibu susah payah masakkan, makan juga. Lepas makan nak membuang takpe. Jagalah hati ibu ye.

Sepatutnya entri ni aku buat masa hari Ibu. Ceh, mahu tunggu hari Ibu baru beringat. 

Thursday, September 6, 2012

Pembunuh Upahan

Aku tahu sudah banyak kali juga orang kata aku ini mempunyai muka tak berperasaan. Tapi aku tidak terasa hati. Aku buat kool saja. Bila mereka cakap muka aku tak berperasaan, aku pon seperti biasa menunjukkan muka tidak berperasaan juga . Haha! Kool ke?

Namun, bagus juga mereka kata begitu. Aku mendapat satu idea. Aku juga sebenarnya sudah agak bosan dengan kerja aku. Aku sampai sekarang memikirkan kerja apa yang seronok untuk dibuat. 

Ok, aku dah jumpa. Pembunuh upahan. Kata pembunuh upahan mesti mempunyai muka tidak berperasaan. Maka, sesuai la tuh.

Thursday, August 16, 2012

Susu Pekat

Sebenarnye aku lebih suka bersahur dari berbuka. Aku lebih gembira waktu itu. Excited hendak mula hari berpuasa agaknya. Konon.

Aku tau time bersahur memang mengantuk. Mamai. Perkara yang tak disangka memang boleh berlaku.

Seperti biasa, mak akan buat milo untuk abah. Abah memang tak bangun sahur tapi kadangkala bangun juga tetapi memang rarelah. Abah akan bangun sahur untuk tengok tv. Tapi kali ni, abah tak pulak tengok tv.

Air milo seperti biasa dibuat dengan memasak air panas, taruh serbuk milo, dan beberapa sudu besar susu pekat. Abah memang mahu taruh susu pekat saja, tak mahu dicampur gula. Milo dibancuh seperti biasa. Mak berjalan dengan berhati-hati membawa kole milo ke bilik.

Tiba-tiba, abah bangun bawak kole milo letak di meja makan.

"Ni cube tengok dalam ni"

Air milo sudah habis tapi ada penutup tin susu pekat telah mendap kat dalam kole abah. Macam mane boleh muncul ni?


Tuesday, August 7, 2012

Berterus Terang


Aku mahu berterus terang.  namun, aku mengerti bahawa dunia memang begini.

kita cuba memahami bahawa hati manusia tidak sama. berhati keras, berhati lembut. tapi orang kata, orang yang berhati lembut, adalah lemah. sangkaan mereka adalah salah. sebenarnya, orang yang berhati lembut yang jiwanya lebih kuat. kerana mereka bangun semula selepas terjatuh. berhati lembut,mereka tidak akan melukakan hati orang kerana mereka tahu rasa hati terluka. walaupun, orang lain melukakan hati mereka. sebab itu, kadang kita lihat orang yang luarannya nampak ganas tetapi sedar-sedar, berhati lembut rupanya.

aku tahu orang muda sekarang sudah kurang budi bahasanya. mungkin disebabkan peredaran zaman dimana adab-adab sudah semakin kurang diambil berat. bercakap pula dengan suara yang tinggi. Rasullulah SAW sudah berpesan bahawa Baginda tidak suka kepada orang yang meninggikan suara. tentu kita tidak mahu menjadi orang yang Rasullulah tidak suka, bukan?

ada yang memanggil rakan mereka bodoh, lembap, lembik,malas dan apa-apa lagilah, yang saya malas hendak menyebutnya. anda memanggil kawan anda dengan kata adjektif. anda telah menyifatkan kawan anda walaupun sebenarnya mereka tidak begitu. mungkin mereka ketawa atau senyum saja. jangan memanggil rakan-rakan anda dengan nama-nama yang mereka tidak gemari. panggil rakan anda dengan perkataan yang baik. apa yang kita sebut itu, adalah doa.

siapalah kita untuk menetapkan mereka dengan perkataan itu, kita bukan hakim yang tugasnya menghakimi orang lain. kita tidak berhak untuk menghakimi orang dengan itu. kita tidak tahu perjalanan kita  bagaimana. hanya Allah yang Maha Adil yang berhak menghakimi manusia.


Wednesday, July 25, 2012

Rock & Roll Sopan

Jiwa rock & roll tak boleh marah-marah. Kena cool. Buat suara tinggi-tinggi pon bukannya cool. Tapi nape orang suka suara tinggi-tinggi.Nampak tua lagilah. Lagilah tak rock & roll. Nasib baik suara aku perlahan. Tapi time nyanyi kena suara tinggi. Itu terkecuali.

Cool dan selamba adalah tema rock & roll sopan. Cool dan blur?Mungkin boleh.




Thursday, June 7, 2012

What We Have


Some people said, you worked because you want to buy a big house or a beautiful car. It was an asset, they said.  To pass on your children, they think. Somehow, I was thinking what is the important to have a big house, fancy cars or anything related to the eye of the materialistic. To gain satisfaction?  To show-off?  To feel the possession?

Because in the end, we will leave everything we have when we died. Every single living cell will die. We don’t bring the big house or fancy cars when we died,right? But I know, some people got hobbies. Like collecting cars, maybe. What the most matter was, what we have done in our life. What we have learnt in our life. In the end,that we will bring. And, that is the matters. 

For me, use the money to explore everything, see the world, do something,learn something, learn new things,help people, make a change. We just live once.

Thursday, May 17, 2012

The Instrument, Its Consequence To The Band And Ours


The Sentimental a.k.a Acoustic guitar :
The people who seen beyond of that, have a sense of sentimental value, seeing flow of it, melancholic


The Loud a.k.a Current guitar :
The people who are more aggressive, clear impression, loud, hard chord when angry, soft chord when in love


The Rhythm a.k.a Drums :
The people who are finding a rhythm of life, big heart, angrier when the rhythm become fast, happier are fills with more rhythm, love with slow rhythm


The Tone a.k.a Bass guitar :
The people who complete the sound of it, laidback and relax just like the tone of it, it’s a must, just like adding some flavour to it


The Key a.k.a Keyboard :
The people who can fit anywhere, find the right key to it, fix the unfix, flexible


The Voice a.k.a Vocalist :
The people who shout out what he feels, make it clear about what was it all about - with word