Thursday, August 16, 2012

Susu Pekat

Sebenarnye aku lebih suka bersahur dari berbuka. Aku lebih gembira waktu itu. Excited hendak mula hari berpuasa agaknya. Konon.

Aku tau time bersahur memang mengantuk. Mamai. Perkara yang tak disangka memang boleh berlaku.

Seperti biasa, mak akan buat milo untuk abah. Abah memang tak bangun sahur tapi kadangkala bangun juga tetapi memang rarelah. Abah akan bangun sahur untuk tengok tv. Tapi kali ni, abah tak pulak tengok tv.

Air milo seperti biasa dibuat dengan memasak air panas, taruh serbuk milo, dan beberapa sudu besar susu pekat. Abah memang mahu taruh susu pekat saja, tak mahu dicampur gula. Milo dibancuh seperti biasa. Mak berjalan dengan berhati-hati membawa kole milo ke bilik.

Tiba-tiba, abah bangun bawak kole milo letak di meja makan.

"Ni cube tengok dalam ni"

Air milo sudah habis tapi ada penutup tin susu pekat telah mendap kat dalam kole abah. Macam mane boleh muncul ni?


No comments:

Post a Comment