Biasalah aku, definisi bercuti adalah menenang2 jiwa. Memang terpikir jugak nature mana aku pegi kali ni. Sekali kawan aku, Marina offer aku nak ke Taman Negara. Peh, apa lagi. Pucuk dicita ulam mendatang. Aku memang dah lama nak ke Taman Negara. Dalam pikiran aku, at least penah pegi. Hutan hujan tropika tertua di dunia woi. Aku folo kawan seofis Marina. Aku membuat keputusan joinlah, asal aku pegi sana. Persediaan aku biasa2 saje. Aku target naik bas malam sampai KL subuh. Aku cuma beli tiket pergi saja sebab aku tak dapat agak pukul berape sampai KL balik. Beli tiket bas pon dah lambat, nak beli tiket tren memang tak dapatlah. Tiket tren memang cepat gila habis. Nampak gaya trend naik tren ni memang masih mendapat sambutan. Kalo naik tren, aku boleh sampai subuh betul. Kalo bas ni, sebelum dah sampai. Aku memikirkan mane pulak nak sambung melelapkan mata ni. Aku cuma membayangkan RestnGo yang cuma ade sebijik kat TBS tu. Aku tolak betul2 lepas keje sebab sape pulak nak hantar ke Terminal Larkin malam2 ni. Aku pikir boleh aku jalan2 kejap dalam City Square ke, tengok wayang ke. Aku naik bas kolej sampai ke Sentosa dan naik public bas ke JB. Termenung jugak tengok papan penunjuk movie yang ade. Terpaksa memilih antara Captain America: Civil Wars ke AADC2. Last 2 aku pilih AADC2, sebab aku pikir aku boleh merehatkan pemikiran. Kalau Civil Wars, banyak meletup, serabut pulak aku rasa. Padahal sebelum ni, kalau aku pegi wayang memang tengok action movie atau epic movie sebab sound effect dia. Tapi kali ni, cite melankolik saja. Bagus betul penjual tiket itu seperti membaca pikiran aku. Cadang kepada aku amek seat paling tepi untuk lebih senang dan offer popcorn bersama air. Wayang tak ramai orang, aku terpikir boleh aku tidor. Ape kena mengena wayang kurang orang dengan boleh tidor dalam wayang ni. Nampak gayenye dinner aku adalah dengan popcorn dan sebotol air mineral. Selesai aku singgah ke farmasi dan bergerak ke JB Sentral.
Nak makan memang tak sempatlah sebab aku target aku kena brtolak dari JB Sentral pukul 10 kalau naik bas. Maksimum time pun pukul 10.30 paling lambat. Mula2 aku ke tempat tunggu bas di JB Sentral, sampai hujung aku cek, bas ke larkin takde. Ok. Nampak gayenye aku kena naik teksi ni. Aku patah balik ke bahagian depan tempat menunggu teksi. Tempat menunggu bas dengan teksi agak jauh. Orang ramai jangan cakaplah. Ini semua warga JB yang baru balik dr Singapore bekerja. Tempat menunggu teksi punye ramai orang. Ok. Takpe aku tunggu. Siap aku bertemu ramah dengan akak sama kawannya yang baru balik keje Singapore katenye. Ini tak boleh jadi, aku bergerak ke bahagian belakang JBCC dekat tempat menunggu teksi, mungkin ade teksi. Naik jambatan atas yang menghubung JB Sentral dan City Square dan aku turun ke JBCC. Tunggu beberapa minit. Sah takde teksi. Jam gila time tu. Aku patah balik ke tempat teksi tadi. Orang memang masih ramai. Aku masih perhati orang di situ yang yang sampai ke depan menuggu teksi. Masa berjalan hampir 10.30 mlm. Aku taknak give up, aku bergerak cuba ke bahagian teksi yg bersebelahan dengan stesen bas di belakang. Patah balik jugak ni. Masya Allah, barisan macam ular kena palu. Yang lagi bingitnya, kaunter jual kupon bukak satu saja. Kepala aku mula membara. Tak boleh jadi ni. Aku patah balik ke tempat teksi tadi di bahagian depan. Orang masih lagi menunggu teksi dan jam memang tak boleh tahan. Aku pun tak boleh tahan dengan keadaan ni dengan berpeluh sejuknya, maka aku bergerak naik semula ke jambatan penghubung tadi untuk bergerak ke Persada JB. Membara jugak aku time tu. Neves jugak aku bila memikirkan laluan sunyi nak ke Persada JB tu. Dengan jalan membukit, aku dah macam hiking malam buta. Dalam pada itu, aku telah praktis membuat Safa Marwah. Tahan teksi di depan Persada, Alhamdulillah ade teksi. Aku cerita dengan pakcik teksi yang aku baru lepas Safa Marwah tapi tak cukup 7 kali.
Aku mula berkira2 berapa jam yang aku dapat tidur. Sampai agak2 4 lebih. Aku membuat kira2 4 jam dapatlah aku tidur. Campor satu jam di TBS. Memang tak cukup jam tidur. Biasalah, tak cukup tidur kadang2 rase nak membunuh pula. Dalam bas ni, bape byk jam yang kau dapat sebenarnya. Aku memikirkan mau sambung jam tidur di TBS. Naik2 eskalator saja port sudah penoh, masuk bangunan aircond menyengat. Aku mula mencari port tapi aku tak putus asa. Aku tetap meninjau RestnGo. Memang sah habes. Lain kali bukak la bisnes lagi macam ni, kata aku dalam hati. Ade yang gaye tido atas meja macam kau tido masa prep malam di sekolah. Takpon tido di atas lantai di ceruk atau di hujung. Port ceruk dah diambil orang maka stail tido prep malam lah nampak gayenye. payah jugak nak tido begini, tengkuk sakit dan lampu terang. Dapatlah setengah jam dan aku lihat, port ceruk dah kosong. Bukan ape, dia antara 2 stall dan lampu tak berapa terang. Peh, lantai memang sejuk ah. Tak jadi aku. Last2 memang tido di meja sementara menunggu pukul 6 tren mula.
Orang dah mula ramai di tren pagi Sabtu, suasana pon masih gelap. Aku cuma membayangkan mau mandi KL Sentral dan bersarapan bubur panas. Fuh! Aku tiba di KL Sentral, agak2 dalam pukul 7. Sampai saja, aku terus bergerak ke tempat shower. Ini pertama kali aku di sini. Bayar 5 ringgit dan ade bilik persalinan. Orang memang belom ada pada waktu itu. Muka akak Kelantan tersebut kelihatan agak serius. Aku cuba berbudi bahasa untuk mengurangkan kesriusan akak itu. Ade jugak 2 orang perempuan muda Indo datang sekali. Siap2 mahu membersihkan diri, aku kunci bilik. Rupanya aku masuk bilik persalinan yang salah. Arghh! Aku teringat muka akak Kelantan yang serius tadi. Macam ni. Aku bergerak ke depan dan meminta maaf atas kecuaian aku. Nasib baik dia releks saja bagi kunci yang betul pada aku. Dah kelam kabut sangat agaknya. Biasalah, tempat kegunaan awam tak semuanya berguna. Kaunter awam untuk urusan kerajaan pun tak semuanya berguna inikan pula betul2 kemudahan awam. Nikmat air hanya Tuhan saja yang tahu. Di saat ini, bila kau berada di rumah kau tak rase apa pon pasal air. Selesai, memang tak sempat aku nak bersarap. Harapan bubur yang berada dalam kabus otak aku telah menghilang secara perlahan2.
Aku kene bergerak ke Pasar Seni untuk sampai ke Muzium Kesenian Islam pada pukul 8 pagi. Kawan aku,Merin menunggu di Stesen KTM KL untuk bergerak bersama2. Terpikir jugak untuk singgah beli roti canai tapi masa dah ngam2. Sampai saja, rupenye baru 5 orang termasuk kami. Aku ingat dah terlambat tadi. Kemain sengal kaki aku mengejar masa. Haha. Nasib baik kawan aku ade bekal bubur nasi. Peh, semacam ade telepati. Terima kaseh, Tuhan yang Maha Esa. 2 orang baru sampai beberapa minit kemudian 4 orang pon sampai. Setel dan kami bergerak hampir pukul 9 pagi.
Jumlah semua orang mula2 10 kemudian bertambah 12 orang yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 4 orang. Kemudian, 1 orang last minute ade hal tak dapat pegi. Berapakah yang tinggal. Haha. Macam ayat matematik aku rase. 3 kereta sekali bergerak. Aku dan Merin sekali sama Wan dan Zaid. Is,Ijat, Fairuz dan Ammar sekali. Edzhar, Fiza dan mak sedaranya, Kak Pia. Singgah di Genting Sempah RnR untuk brunch aku rase ni. Kami bertolak pukul dalam pukul 10 lebih agak2, seperti biasa menggunakan lebuh raya Pantai Timur. Aku seperti biasa melayan perasaan melihat pemandangan. Sebenarnye lebih kepada mengosongkan pemikiran. Aku sambung tido dengan jam tido aku yang tak berapa cukup tadi. Kejap2 terjaga jugak. Perjalanan mengambil masa 4 jam dengan kami sampai dalam pukul 3 lebih. Cuaca memang agak panas terik.
Sampai di tempat parking awam, backpack diangkut sekali sambil menunggu abang Danz Travel di kawasan meletakkan bas . Lapa jangan cakaplah. Aku ni memang cepat lapa. Kenderaan 4x4 seperti Hilux tiba untuk membawa kami ke tempat yang akan kami tinggal sepanjang 3 hari ni. Truck versi kecik yang sudah tersedia tempat duduk bersalut PU. Fuh, kena angin memang seronok. Aku merenung seat PU tersebut. Sah memang panas dengan cuaca begini. Mau melecur punggung kau. Letak telur boleh jadi separuh masak. Tapi aku releks, takde thrill kalau takde cabarannye bukan? Kami bergerak dengan agak kelajuan standard dengan angin menyapu2 pipi2 yang lembut. Kahkahkah. Eh semakin lame laju pulak brader yang bawak truck comel ni. Amek kau, masok jalan tanah berbatu pulak dengan ketinggian tanah yang berubah2. Kejap bersudut 10 darjah, kejap 30 darjah dan kejap 45 darjah. Kau rase macam nak terjun sekali walaupun duduk dalam kenderaan. Naseb baik ade handle. Dengan jalan macam ni memang patutlah pakai truck comel open air.
Sesampai saja kami ke tempat penginapan, dengan cuaca panas begini dapat makanan panas dengan air manis sejuk memang peh la. Peh, kami dihidangkan patin masak tempoyak dengan air manis sejuk yang menduga tekak kami. Tambah telur dadar sekali. Hehe. Aku sebenarnye tak berapa prefer tempoyak sebab macam tak kena manis dengan lada. Tapi akak ni masak tempoyak betul2 tak memberi kesan kepada ketakgemaran aku kepada tempoyak. Pekat dan rase memang ok. Makan memang tak ingat dunia waktu itu. Bertambah2 la gayenye. Aktiviti bermula pada waktu malam, maka kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar dan membersihkan badan. Tempat bermalam kami untuk 2 malam adalah berupa bentuk silinder simen konkrit berdiameter 6 kaki dengan bersalut rumput hijau tiruan yang sejuk mata memandang. Aha. Tempat tinggal pon comel jugak. Mengunakan katil stail dabel dan garment semunye adalah tajaan daripada belian di IKEA. Jangan risau ade aircond dan kipas sekali. Pintu masuk adalah pintu cermin untuk memberi peluang melihat pemandangan hijau dan pokok daripada tirai kamar. Ada para untuk meletak barang. Kawasan agak terhad sebenarnya tapi aku agak memang untuk tidur saja. Pendek kate memang puas hati. Ada ambin jugak untuk kami bersolat dan mengambil angin sambil menikmati angin malam. Beberapa belas khemah di bahagian bertentangan untuk penginapan juga ade untuk feel2 khemah dalam hutan.
Kami turun ke bawah sebentar untuk meninjau kawasan. Fuh, turun bawah nampak sungai. Ade jugak boya untuk aktiviti tubing sungai. Time ni kalau nak layan blues sekejap pon boleh. Haha. Damai sungguh rasenye melihat air sungai. Haha. Ade jugak sekali sekala bot lalu lintas membawa pelancong. Main2 air sekejap di situ dan menangkap gambar. Budak lelaki kecik mesra menyapa kami dan join kami sekali. Agaknya keseorangan itu yang join sekaki. Sempat jugak budak itu ditemuramah oleh Is, Ijat dan Wan. Adek itu menjawab dengan tersengih2. Saba dik saba. Abang2 tu ambik berat pasal adek. Ade 2 3 lelaki sampai di tebing tersebut untuk memancing sambil bermalam di situ. Selesai makan malam yang boleh tahan sedap selera kampungnya, kami sambung aktiviti di malam hari dengan jungle trekking. Pergi seperti biasa dengan menaiki truck comel open air. Tempat duduk belakang menjadi rebutan. Almaklum mahu angin malam. Cuaca boleh tahan sejuknya. Sebagai orang tua aku beralah, aku duduk di seat co driver. Haha. Aku membuat keputuan berborak2 dengan brader truck comel itu. Borak pasal duduk dalam hutan. Bila duduk dalam hutan, macam2 falsafah boleh belajar. Percayalah cakap aku.
Kami sampai di tempat info centre berhampiran sungai sementara menunggu abang guide membawa kami ke tempat menunggu bot. Kami kena mennyeberang sungai untuk sampai ke area yang kami akan explore untuk jungle nightwalk. Berapa minit saja sudah sampai ke tebing belah betul2 pintu masuk Taman Negara. Berkumpul di bahagian pintu masuk untuk mendengar taklimat. Kami telah dipesan supaya bawak lampu suluh untuk memudahkan pergerakan di waktu malam. Sambil2 jugak menyuluh haiwan ke serangga dalam gelap. Aku bawak lampu suluh yang berbentuk seperti pelita. Aku sedikit bingit mengenangkan bateri yang aku bawak sebenarnye sudah habis power. Menyesal tiada gunanya. Nampaknya aku bawak lampu suluh ni bersiar2 dari Johor ke Taman Negara. Naseb baik ade lampu hp. Ada jugak gunanya. Kawasan memang gelap habes. Kau gunalah ape saja jenis lampu suluh walaupun lampu suluh kau kuning. Hehe. Malam itu agak ramai jugak yang datang buat jungle trekking. Kalau naseb baik, nampaklah hewan besar. Boleh tahan banyak jugak kami belajar tentang spesies serangga dalam hutan Taman Negara ni. Kongkang comel pon ade. Serangga seperti labah2, kala jengking,semut hutan, kupu2 semuanya saiz lebih besar daripada normal. Baru aku tau kala jengking kuar cahya fluorecense hijau sendiri kalo suluh dengan cahya UV. Mata abang Andy ni memang power. Sudah biasa bekerja begini, aku yang duduk kampung ni cume dapat perasan satu labah2 melekat di tunggul pokok. Time tu lantai hutan agak lembap. Kami berjalan di atas para kayu. Ini kayu cengal ke ape boleh tahan lembap ni. Kami bergerak ke menara peninjau untuk melihat hewan yang lebih besar. Ada pulak sekumpulan pelancong yang bercakap dalam bahsa Mandarin memekak di area meninjau. Aku mula bingit. Ini kalo gaya gini hewan sebesar gajah pon lari kalo memekak macam ni. Sekali lagi memang nasib kalau nampak gajah atau rusa tengah makan rumput tengah. Tunggu punya tunggu tak keluar dorang. Sembunyi ke tido ke malu ke, aku pon tak tau. Abang Andy penah cite, penah ternampak beruang matahari tapi itu memang nasib. Hewan ni lagi pemalu dari manusia. Takde pulak aku dengar hewan tak tahu malu.
Kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di bahagian receptionist aku agak. Di bahagian bawah berhampiran kawasan receptionist, kelihatan tenuk jantan sedang enak dibuai mimpi. Memang tak sadar langsung. Atau pun dia buat pekak badak saja bila kami panggil dia. Haha. Aku nampak selonggok tembikai yang tak berusik. Kami bergerak semula ke tempat menaiki bot tadi untuk pulang. Singgah di warung untuk minum sekejap sementara menunggu truck comel datang. Kali ini aku duduk di bahagian belakang. Fuh, angin sejuk gila. Boleh tahan laju jugak brader ni bawak. Suasana keliling memang gelap gila. Redha jelah.
Besok sambung untuk tema main air sungai dan beramah mesra dengan orang asli.
No comments:
Post a Comment