Sebab utama ke Kuala Lumpur minggu ini sebab aku dah lama tak ke
sana. Alasan kurang kukuh ni. Apa benda lah yang ada kat Kuala Lumpur
tu. Macam alasan kau tanya pada orang American, sebab apa mereka pergi ke New
York. Macam apa sebab orang French ke Paris. Kuala Lumpur, adakah sama seperti
itu?
Ah,sudahlah. Sebab utama aku ke Kuala Lumpur adalah sebab aku dah
lama tak ke mana2. Maka, jawabnya senanglah. Aku terpikir apa kata, aku pergi
tempat yang aku tak pernah pergi maka aku tahu macam mana rasanya. Malaysian
Philharmonic Orchestra. Aku tak pernah ke sana. Mungkin setengah orang pikir,
ah dah selalu ke sana tapi golongan bergaji biasa2 macam aku ni, benda2 ni
mungkin kurang biasa.
Aku cuba2 search rancangan2 yang menarik aku boleh aku tengok.
Sebenarnya, aku ada terbaca pasal Akustika kat suratkhabar Utusan. Masa tu
event pada Hari Malaysia. Dan ade sambungan pada minggu depannya. Maka, aku
cuba search2 jugak pada website MPO besoknya. Memang banyak event2 instrumental.
Biasalah. Agak menambah luka aku, orkestra medley Led Zeppelin aku terlepas.
Akhir bulan 8 aritu. Apa nak dikata. Terimalah kenyataan.
Cari2 seat yang paling murah dan kedudukan yang ok. Seat J7. Aku cuba
tanya kawan2 aku kalau nak pergi. Terpikir jugak kalau pergi sorang macam tak
syok jugak. Time nilah handphone aku berfungsi dengan sepenuhnya. Berpeluh
jugak nak ajak orang yang pergi sama ni. Yela, time event kena pulak tengah bulan. Aku
terpaksa gembel pergi sorang2.
Aku contact kawan yang sambung belajar kat Bangi yang aku nak
tumpang semalam kat rumah dia. Aku plan tido semalam bagi nak menjimat duit. Aku
tau memang agak jauh tapi stay sana jugak kalau2 aku boleh berborak pasal nak
sambung belajar lagik. Haha.
Aku naik bas pagi 8.30 sampai Seremban pukul 12.30 tengah hari. Mula
aku pikir nak bas malam sampai tengah malam. Pikir2 balik kang menyusahkan
orang pulak. Lagi pon KTM mana ada tengah malam. Aku pikir balik ni boleh tahan
ngam2 jugak aku sampai KLCC ni nanti. Sebabnya aku balik Bangi dulu, lepastu
aku baru bertolak pergi KLCC. Aku target tadi sampai kol 1 so aku terus ke KLCC
je sebab takut tak sempat. Aku cakap dengan kawan aku, kalau aku sempat aku
singgah UKM dulu, kalau tak terus ke KL. KTM kau tahulah macam mane. Sampai
Terminal One, aku beli tiket balik pukul 5.30 petang. Ingatkan nak balik 3.30
tapi tiket habis. Aku terus ke stesen KTM Seremban, beli tiket ke UKM. Sampai2,
tengah aku beli tiket, tren baru lepas blah. Aku cuba menahan sabar. Alamak,
dari Sg Gadut lagik setengah jam baru sampai. Aku dah garu2 kepala. Ni mana
satu nak tunggu ni, stesen 1 ke 2? Ada 1 Uncle berlalu bertanya, nak ke KL,
stesen 1 ke stesen 2?. Aku yang masih confuse/anger/blur, spontan menjawab,
“Stesen 2”. Aku masih duduk di bangku di stesen 1 melihat stesen 2 semakin
dipenuhi manusia. Aku tanya budak perempuan yang lalu di depan aku, nak ke KL tunggu
kat stesen 2. Nasib baik aku tunggu di stesen 2 tak lama, dalam tak sampai 15
minit sampai. Jam pada aku waktu itu memang kritikal.
Aku dalam tren asyik menjeling jam tren walaupun aku masih memakai
jam. Kau dengar lagu untuk bagi tenang pon masih tak tenang. Aku siap baca
informasi pasal informasi tren ni. Kelajuan: 90km/j. 90km/j? Okey2. Aku ucap
sabar kepada diri aku. Ambik masa hampir 45 minit. Aku sampai dalam pukul 1.30.
Aku sempat jeling teksi2 yang ada dekat stesen tadi namun aku meneruskan
perjalanan ke tempat menunggu shuttle bus. Jam tunjuk 1.35 petang. Aku tunggu.
Lagik 5 minit tak gerak lagik, aku blah naik teksi. Wahai bas,nampaknya aku memang
kena naik teksi. Sampai 1.45, kawan aku belum bukak pintu lagik, aku dah siap bukak
kasut dulu. Haha. Mandi sekejap, solat dan hampir 2.15 aku keluar. Kawan aku ajak
makan tengah hari sekali dengan kawan dia, tapi aku dah tak sempat dah. Perut
pun dah menunjukkan tanda lapar tapi belum tahap kritikal lagik.
Sampai ke KTM UKM, peh kena beratur pulak. Aku sabar lagik. Time ni,
kau akan rasa, semua benda kau nak kondem. Ada budak Korea belakang aku,
bercakap2 dengan kawan dia. Mungkin dia pun membebel jugak. Aku agakla. Nasib
baik time nak menunggu tak lama. Aksi aku dalam tren sama seperti dari Seremban ke UKM tadi. Kali ini aku
menjeling lampu2 yang menyala di setiap stesen. Lepas satu,satu dia berkelip.
Tapi taklah sepanjang masa merenung kelip2 lampu tu. Gila ape?
Dan aku tau time ni jugak lagu yang dimainkan oleh iPod agak kurang berkesan untuk
menenangkan perasaan anger/disappointment/worry aku. Mungkin lagu dah pening untuk
menilai perasaan aku sekarang. Hasilnya, aku tak tau dah berapa kali ulang
Weights of Love/60 Feet Tall/In Our Prime dalam iPod aku. Aku bergerak pantas ke stesen LRT.
Aku ulang jugak aksi aku dalam LRT ke KLCC. Lagik 20 minit woii! Time ni mana
men eskalator dah. Okey2, aku tau dalam KLCC memang ada eskalator saja. Dalam kepala
aku, memikirkan arah ke mana MPO, kiri ke kanan, di aras Ground.
Sebenarnya, aku dah lewat 5 minit sampai di KLCC. Namun, aku sempat
bertanya di kaunter pertanyaan berdekatan kedai Coach (tak silap aku) ke mana arah MPO. Terus dan ke kanan. Aku terus ke kaunter redeem tiket.
“Event dah start ye dik,” kata akak kaunter. Aku terus bergegas ke lif
berdekatan. Aku dengan konfidennya tekan punat 2.
Sampai ke tingkat 2, aku terus ke kaunter pertanyaan. “Okey, cik,
depan sana cik”. Dahla pertama kali datang, dah tu lambat pulak. Ni ade berapa
banyak kaunter pulak ni. Memang ada jual souvenir2 ni. Aku terus ke kaunter
hujung sekali. Daftar dan bagi aku tiket berbentuk gelang kertas.
“Sekarang konsert dah start, awak kena tunggu lagu ni habis baru
boleh masuk.” ujar staff MPO yang berpakaian segak. Aku menunggu di ruang legar
sebelum masuk ke dewan. Seorang staff memegang walkie talkie menunggu di situ.
“Awak dah dapat itinerary belum?”. Keluar dan mengambil itinerary
untuk aku sementara aku duduk menunggu.
“Okey, skang Aku Skandal tengah on, lepas habis baru boleh masuk.
Bukan kita skandal tapi Aku Skandal” katanya cuba membuat lawak. Aku cuba
ketawa sambil mengurangkan kebimbangan aku pasal dah terlepas persembahan.
Tak sampai 5 minit aku menunggu, ada pasangan masuk. Makwenye ke
bilik air. Aku tak pulak pergi bilik air. Haha. Sambil menunggu di luar, aku mendengar suara Noh Hujan. Agak kuat
jugak sound dia dari sini. Aku dan pasangan tadi dibawa ke luar pintu masuk
hall prsembahan.
“Ni nak masuk kena tunjuk tiket lagik ke macam mane?” tanya aku memecah kesunyian.
“Oh. Tak payah, saya bawak terus ke tempat duduk.” Aku terpikir
balik, ape kebenda soalan yang aku tanya tadi. Memecah kesunyian konon.
Aku duduk di hujung sekali berhampiran bahagian tengah. Aku
perhatikan barisan aku semuanya lelaki. Sebab tu aku tak berapa nampak muka.
Haha. Namun, aku berasa janggal kerana datang berseorangan. Aku melihat
pasangan tadi duduk di hujung berdekatan aku.
Suasana dalam hall memang gelap dan cuma diterangi lampu pentas.
Namun, ruang di tempat duduk masih nampak. Aku memerhati sekeliling melihat,
ada jugak yang duduk di tier atas tapi tak ramai. Mungkin orang2 yang mendapat
diskaun. Sound system agak bagus jugak. Stage dan penonton memang dekat. Yang
depan sekali, aku agak mungkin mereka mahu melihat muka penyanyi dengan lebih
dekat. Mungkin boleh menganalisis wajah artis mereka. Tapi aircond memang sejuk sekali. Terpaksalah aku menggunakan lemak2
yang ada.
Aku sempat mendengar 1 setengah lagu daripada Hujan. Sabar2. Noh
berbaju bunga dan berkaca mata hitam. Kali ini 4 orang saja membuat
persembahan. Aku rasa biasa 5 orang kan. Ini kali pertama aku tengok mereka secara live.
Yang bagus, aku dapat tengok daripada dekat dan yang tak bagusnya, aku dapat dengar 1
setengah lagu saja! Time ni aku nak marah sendiri, nak marah protokol dan nak
marah sape lagik. Memang diorang start on time tapi habis macam awal sikit aku
rasa. Kotak Hati aku tertinggal, Aku Skandal separuh, Kembara album baru aku
agak dan Pagi Yang Gelap. Hadapilah kenyataan ini.
Persembahan diteruskan dengan abang Fredo. Mula aku tak research
abang Fredo ni dari mana. Aku macam agak2 dari Flybaits. Rupanya betul. Sebab
aku dengar suaranya hampir kedengaran sama dengan Jay Jay. Banyak interaksi
dengan penonton dan in English semuanya. Abang Fredo ni tahu buat lawak
rupanya. Haha. Suara abang Fredo masih bagus dan dia kagum dengan anak2 muda yang
tahu lagu dia. Yang aku tahu lagu Kenangan Lalu, Andai Kata Serai Berbunga,
Kasih Berubah (itu pun daripada Ferhad), Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (ini
lagu dia yang paling best time ni aku dengar) dan Gurisan Terakhir.
Abang Jay Jay masuk. Masih dengan rambut panjang rebonding dan
fedora hat. Pakai jugak cermin mata hitam. Untuk bagi feel aku rasa. Setiap
kali start lagu, dia akan start mention tahun. Memori. Tahun aku belum
lahir pun ada. Namun, semua lagu dia aku cam. Cukuplah Sekali, Belaian Jiwa
(yang aku agak lebih sedap dari Innuendo bawak, mungkin sebab suara dia lebih
nyaring), Rindu Bayangan (peh,ini yang tersedap antara semua lagu yang dia
bawak time tu) dan Joget Angan Tak Sudah yang sangat pantas lagunye. Yang
penting, suara live memang sedap dan sebijik sama seperti recording.
Sambung pulak dengan Elvira Arul. Aku tak pernah dengar suara dia
tapi aku merasakan suara dia lagi sedap dari Jaclyn Victor. Serious ni. Mula2
aku confuse jugak dia ni dari mane, tapi aku agak dia orang Melayu. Rambut
memang pendek betul. Ada dua lagu dari dia, Your Voice dan Simple Love. Boleh
tahan jugak, dipadan dengan suara dia yang sangat soulful. Orang badan berisi
comel ni memang sedap2 suaranya yek. Banyak interaksi dengan penonton. Siap
suruh kami jadik penyanyi latar Rock Wit You. Penyanyi latar perempuan ada.
Latar lelaki ada. Secara ramai2 dan percuma. Tapi bagus jugak, bagi aktif sikit
penonton. Versi Imagine agak slow dari asal sebab lagu asalnya dah slow ,dah tu lagik
slow pulak. Ape2 hal suara memang power.
Bersambung dengan David Gomes. Serani atau Indian. Kali ini, semua
lagu dengan piano. Suara dia ni memang boleh tahan jugak. Aku tak pernah dengar lagu dia. Dan memang tak pernah dengar lagu dia. Lagu pertama Ibu
dengan instrumental. Let It Be versi dia pun boleh tahan dan dalam tempo sama.
You, You’re the One For Me masuk up tempo sikit dan last sekali dengan lagu
Once In Your Life, yang membuatkan aku berpikir sejenak. Tajuk pun Once in Your
Life, maka aku fikir benda2 yang aku nak buat. Sekali dalam hidupnya. Yang
penting setiap benda yng kita buat membawa maksud dalam hidup. Bab David Gomes
punya persembahan ni, dia banyak bercerita setiap kali masok lagu baru dia.
Sambil2 itu aku memerhati lighting dan suasana dalam hall tu. Smoke machine
sesekali mengeluarkan asap yang mengingatkan aku amek kursus Teater
Teknikal mase aku belajar. Aku incharge bab smoke machine time tu. Kenangan la
tu.
Persembahan petang itu diakhiri dengan Bunkface. 3 orang ditambah
jadik 5 orang. Ini kali kedua aku tengok diorang secara live dan secara dekat.
First time, aku tengok dekat Jalan Bukit Bintang. Konsert ape aku tak ingat. Time tu tengah hujan dan kami
diberi raincoat. Mase tu aku keje di Subang Jaya dan aku diajak oleh kawan aku.
Bukan aku yang ajak diorang. Kali diorang bergerak agak sopan sebab aku tau
diorang ni agak energetic atas pentas. Ini diakui oleh Sam sendiri. Yelah,
macam janggal lah pulak nak melonjak2 depan orang tua ni. Haha. Takdelah, aku tak biasa dengan lonjak2 ni. Mula dengan
Malam Ini Kita Punya (aku rasa macam penah dengar tapi di mana ya,lagu baru ke
lagu lama). Rentak Laguku collaborate dengan Amy Search tapi abang Amy takde.
Sambung dengan Darah Muda (ini aku pun tak ingat lagu baru ke lama, teruk betul aku ni) dan diakhiri dengan
Situasi (lagu paling familiar). Sam seperti memang banyak mengarut tapi aku
terima. Tapi bab2 ini yang membuatkan different dengan orang lain, betul
tak? Otak kau kadang2 perlu gila2 sikit. Cuma kadang jangan bagi orang perasan
sangat. Haha.
Yang aku perasan, banyak je orang orang keluar masuk pergi tandas.
Kata tak boleh keluar time lagu tengah main. Cet! Kalau tau, aku rempuh time
Hujan main Aku Skandal. Takdelah. Imginasi dalam kepala aku saja. Mungkin kalau
protokol time orkestra lagi ketat aku rasa. Layankan aje. Takkan nak anarki
pulak time orkestra tengah main. Tak kena gaya pulak.
Ini baru sesi pertama. Sambung sesi kedua pukul 8.30 sampai pukul 10 malam. Aku macam malas nak pergi
sebab balik macam lambat pulak. Pulak tu kena KTM lagik. Yang sedapnya cuma ade
Zainal Abidin je. Itupun last sekali dan 3 lagu. Alah, main lepas jelah. Pikir2
balik sayang pulak dah bayar untuk semua persembahan. Tapi memikirkan balik
lambat tu, tu yang aku terpaksa go on jelah. Perut aku pun dah lapar jugak ni.
Bayangkan dari pagi tadi cuma makan yogurt sama coklat je. Tambah makan betik
masa berhenti dekat Pagoh tadi. Makanan sehat ape ke hal ni. Pulaknya dengan
tak berhenti perjalanan aku dari tadi sampai ke KLCC dngan tak makannye, dasyat
betul aku. Nak makan kat KLCC ramai pulak orang. Maka, aku singgah makan kat La
Cucur saje di KL Sentral. Tak ramai orang di sini dan mungkin tempat makan yang
memang one stop aku rasa. Aku layan mee kari dengan sistem layan diri jugak.
Air masak 2 gelas campur mee kari. Kenapalah, aku tak mintak sikit gula2 kat kawan
aku. Boleh jugak kunyah time dalam hall tadi. Time ni lah baru nak teringat.
Alahai.
Malam, aku sampai ke UKM dan tunggu bas shuttle sampai bernanah.
Dengan hujan lebatnya, budak2 ramai. Pakcik bas ni memang nak tunggu bas penuh
baru jalan. Aku sabar je ni. Kawan aku pulak nak pegi gim dengan 2 orang
kawannye. UKM ni time malam gelap, pulak tu pakcik bas ni bukan automatik
berhenti kat bus stop. Dah aku tersasar jauh dari tempat berhenti kolej kawan
aku. Kami terus ke kedai mamak Bangi untuk mengisi perut lagik. Skang Stail Touch n Pay. Aku mula ragu. Tambah amik order dengan
tablet pulak. Aku sendiri takde tablet, macam mane ni. Mamak ni lagik upgrade daripada
aku.Aku order nasi lemak ayam goreng lagik padahal baru je makan mee kari. Ni
memang nampak lapar gayenye aku ni. Ramai orang di kedai mamak seperti biasa.
Time nak bayar baru aku paham ape itu Touch n Pay. Touch the card to the screen order
and you pay. Haha.
Lepas makan, kami sambung pergi gim. Bayar 10 ringgit sampai tengah
malam kami bergim. Mengah jugak aku dah lama tak exercise. Dari ke konsert
skang sambung ke gim. Ape ke hal aku ni.
Besok pulak, diorang sambung buat aktiviti cupcake coklat bersama coklat
ganache. Rajin budak2 ni.Aku sekadar pemerhati saja. Nak kacau diorang tak
sanggup pulak aku. Segan pulak. Hampir waktu aku bertolak, aku ditolong hantar
oleh kawan kepada kawan aku. Terima kasih banyak. Terima kasih banyak kepada
kawan aku, Edang kerana kasik aku tumpang bermalam dan juga cupcake coklat yek.
Masa aku nak ake konsert aku pakai celak coklat gelap. Mungkin nak
cepat, antara tak kena atau kena bulu mata. Lepas habis konsert baru aku sedar,
ade calitan sikit bawah mata kanan aku. Aku mengucap panjang. Sikit lagik nak
macam pirate. Aku agak mungkin aku ada terharu time konsert berlangsung sebab
menghayati lagu. Aku berharap. Berharap!
“Imagine going as a couple, you saw under my eyes has a brown streak
and you took your hand to erase it, would that be great? We can into stare each
other brown eyes while you try to erase it”. Amacam? Boleh buat scene film tak?
Masuk Sundance Filem ke. Amik shot2 stail art house ke.Tak mungkin. Mungkin kau kena
script rare.
No comments:
Post a Comment