Sejak bila aku tambah Sastra Indonesia dalam blog bacaan, pun aku tak tahu. Sendiri tambah sendiri tak ingat.
Aku bukannya pakar dalam mengulas dalam bab2 bahasa. Aku sendiri pun masih terkial2 menulis cerita yang kadang2 berkecamuk English dan bahasa Melayu. Dan aku bukannya ingat sangat nama2 sasterawan Nusantara ni. Ini hanyalah sekadar ikhlas dari aku saja.
Bila dipikirkan pasal karya Indonesia, aku suka pasal penggunaan bahasa mereka. Cara penyusunan kata yang indah. Tak kisah sama ada dalam filem, lagu, novel atau puisi. Mereka memang berbakat sekali dalam bahasa. Membawa ancaman kepada industri seni Malaysia. Ancaman dari segi lagu dan filem. Ini pada pandangan aku, terpulang kepada manusia lain.
Bukannya aku kata Malaysia tak pandai berbahasa tapi penggunaan perkataan moden yang terlampau mendominasi dan mungkin juga kurangnya kekreatifan dalam penggunaan perkataan juga dalam susunan ayat. Dan kadang2 aku tengok boleh tahan banyak jugak drama Melayu yang bercampur aduk dengan English. Jadik meluat aku.
Sejujurnya, aku rindu pada bahasa Melayu lama. Aku tau mungkin sesetengah perkataan sudah tidak sesuai digunakan pada masa moden. Kalau kita bijak, boleh ubah mengikut kesedapan ikut zaman sekarang, ye dak
Ah, aku tak mahu bertengkar lagik pasal bahasa ini.
Ini mengingatkan aku jugak pada rakan aku dari Indonesia semasa belajar ijazah dahulu. Aku perhatikan ikatan persahabatan sesama mereka. Pernah aku tumpang bermalam dan jugak gitar aku. Haha.
Bila mereka berkata dalam bahasa pasar, susah jugak aku nak menangkap. Lagikan pulak aku nak bercakap. Rakan aku dari Riau, Acheh, Jawa dan lain2 lagik yang aku tak berapa ingat. Abah aku pulak paham Jawa tapi bercakap pulak tak retinye. Berkisar pasal asal keluarga, tok belah abah aku dari pulau Jawa berkahwin dengan nenek aku orang Bugis. Dan jugak, mak aku jugak campuran Bugis dan Kelantan. Bukan asal Melayu pun, tidak ada faedahnya. Cehh. Jadik, hanya dapat paham2 sedikit perkataan Jawa adalah amat memalukan.
Dan, dalam arus sekarang yang sememangnya hangat memperkasakan English yang katanya penting untuk menakluk dunia, Bahasa Melayu semakin dipandang mudah. Tambahan lagik, lambakan buku2 cinta. Letak ayat manis2 sikit sudah boleh jual. Takda salahnya, menggalakan cerita Bahasa Melayu. Bukan aku terasa bagus sangat sebab tak layan buku2 begitu. Tapi entah mengapa aku kurang berperasaan nak membeli buku2 tu. Pada aku, lebih menarik lagi buku2 DBP dan Utusan.
Dan aku menjumpai pandangan menarik mengenai penerbitan buku2 indie. Buku sepertinya lahir dari jiwa yang jujur. Buku yang suka hati-apa-korang-nak-tulis. Apa jiwa bebas. Dengan kata lebih tepat.
Aku jugak berharap filem Melayu akan banyak berubah. Kemasukan sastera dalam filem Ada Apa Dengan Cinta contohnya, telah menjadik satu cult culture. Aku rasa unsur sastera dalam filem akan sentiasa menarik.
*Nak bagi feel, Tentang Seseorang diputar berulang kali sambil mengunyah betik*

No comments:
Post a Comment