Monday, July 29, 2013

Dari Penang Ke Kuala Lumpur/Perjalanan 2


Meneruskan perjalanan.

Pagi ni, kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi. Naik feri dari jeti ke tanah besar. Dah lama aku tak naik feri ni. Bahagian penumpang di belah atas, yang bahagian bawah tempat duduknya kenderaan. Kawan aku mengajak aku turun ke bawah sebab kat bawah lagik dekat dengan air. Ape2 hal, tangga nak turun ke tingkat bawah ni curam gila! Rupanya jeti tanah besar agak dekat dengan stesen keretapi. Pulak tu ada renovasi dekat stesen tu, agak konpius jugak kami. Biasalah kami duduk di kelas kedua. Kawan aku tiba2 mengeluarkan 2 bekal makanan yang dimasak oleh maknya. Nasi panas dengan sambal ayam dengan telor dadar goreng. Wau! Tak ingat sayur ada ke tak. Haha. Terima kaseh mak Merin! Aku bersarap dulu dengan nasi lemak ikan goreng yang aku beli dekat kedai tadi pastu sambung menjamah pulak nasi yang dibawa oleh kawan aku. Amboi2. Nasi tu aku biarkan separuh untuk makan tengah hari pulak.  

Keretapi memulakan perjalanan hampir setengah jam kemudian. Dah lama jugak aku tak lalu kawasan dari utara ke KL ni. Agak dah 10 tahun jugaklah. Itupun waktu malam, mana nak nampak apa. Dengan sakit badannya naik kelas ekonomi ni. Waktu itu, aku lebih rengsa memikirkan aku tak boleh tidur waktu malam daripada memikirkan hal lain. Lalu jugak kami ke dalam terowong Bukit Berapit yang katanya terpanjang di Asia Tenggara. Memang panjang sampai konduktor pesan, time tu jangan pergi membuang. Dia suruh amek feel agaknya bila lalu dalam terowong ni. Hehe. Dan mungkin atas dasar keselamatan agaknya. Memang gelap. Aku rase bila nak tamat ni, macam tak sampai2 pulak. Memang panjang gila laluannya. Pemandangan di Tasik Bukit Merah pon cantik. Tasik yang saujana memanjang, memang tenang. 

Sesampainya di Sentral KL, kami terus ke stesen keretapi lama. Ambil gambar dan lepak sambung makan nasi bekal tadi. Hmm, bila dah sebati ni, lagik sedap pulak rasanya. Selesai makan, kami ke Pasar Seni. Kawan aku mahu ke sana sebab katanya belum pernah ke sana. Orang memang agak ramai dan trafik agak sesak. Pasar Seni seperti biasa, cantik dan berwarna warni. Surau di atas bumbung. Haa, ni baru real atas bumbung. Kami kemudian berpisah di situ dan meneruskan perjalanan masing2. Kami ke arah bertentangan dan aku terus ke Ampang Park, pejabat kawan aku. 

Tujuan aku sambung berhenti di KL sekejap ni sebenarnya untuk melihat pameran sambung belajar anjuran UKM. Kalau kawan aku tak ajak, malas jugak aku nak menyinggah. Pagi besoknya, kami bergerak dan rupanya kawan aku tak jadik nak pergi pulak. Dia memang merancang nak sambung belajar tapi atas sebab2 munasabah, tak jadik sambung. Aiseh. Aku ni dah sampai KL, maka aku terpaksa pergi jugak. Pameran tu sebenarnya berdekatan Tasek Titiwangsa dan memang pusat pengajian jarak jauh bagi UKM. Dekat Jalan Temerloh, tapi kami pusing2 tak jumpa jugak. Akhirnya, kawan aku memberhentikan aku di Istana Budaya. 

Okey, aku dah aim 2 orang pak guard di situ untuk bertanya jalan. 

"Pakcik, ni nak ke UKM Jalan Temerloh ni belah mane?"

"Ooo, ni simpang masuk jalan ni je. Dalam 1-2 kilometer. Jauh gak tu"

"Allright, time kaseh, pakcik"

"Ni nak pergi naik ape ni?" 

"Takpelah, jalan kaki. Rasenya okeylah jalan kaki ni"

"Ni ha, kawan pakcik hantar. Jauh tu"

Aku taknak menyusahkan pakcik ni. Tapi pakcik ni seboleh2 jugak nak hantarkan.

"Abes topi kaledar takde macam mane?"

"Ni kejap je. Takpelah"

Ni kalau kena tahan dengan polis, pakcik jawab. Degil jugak pakcik ni. Haha. 

Sambil bawak motor, dia cuba berborak. Aku antara dengar tak dengar. Yelah mane clear sangat bercakap atas jalan ni. Aku iyekan aje. 

Tak sampai sepuluh minit, aku dah sampai. Memang betul mengadap Tasek Titiwangsa. Ni kalau petang2 joging syok jugak ni. Dekat benor. Allright, terima kaseh pakcik!

Pemandangan dalam UKM memang sebijik dengan UKM Bangi. Banyak pokok. Nasib baik pejabat dekat je dengan pintu masuk. Bila aku masuk, mane banner pamerannya? Nampak dalam ade 2 kaunter dan 2 banner. Tengok2 noticeboard pastu terus aku naik ke tingkat atas. Tanya orang atas, mana pamerannya. Dia kata kat tingkat bawah . Tempat tadi lah agaknya. Dia sebenarnya pameran ni, lebih kepada one on one person. So, nak taknak kau kena bercakap dengan pegawai kat situ. Last2 yang sepatutnya kawan aku pergi, aku pulak yang pergi. Sape yang beria2 ni sebenarnya? Haha. Bila dipikir2, aku dah sambung master dan belom terpikir nak sambung Phd. Kang kalau aku jumpa, nampak macam serius sangat bunyinya. Aku terus keluar dan berjalan kaki balik ke arah laluan ke Istana Budaya. Banyak pokok redup dan cuaca pun tak panas. Berjalan kaki balik takdelah jauh sangat aku rase. 

Berdekatan Istana Budaya, aku nampak ada Balai Seni Visual Negara. Ah, singgah sekejaplah. Tak ramai orang mungkin sebab hari bekerja. Sebelum masuk, mak guard sudah memesan tak boleh mengambil gambar. Tema kali ni, Absurdcity. Dalam galeri memang tak boleh amek gambar. Memang menarik pameran ni. Ada arca, lukisan semestinya dan audio video klip pun ade.Yang tak bleh blah, CD beserta cover luar pon ade. Band rock kapak dulu2, 80 an. Power jugak kulit album diorang. Siapa sangka rock kapak pon men art gak. Aku tengok di sini terdapat perbezaan jugak antara pelukis Melayu dan Cina. Pelukis Cina banyak menggunakan warna dalam lukisan mereka dan dalam satu lukisan tu, terdapat banyak sangat benda yang diletakkan. Aku tak tau dalam pemikiran diorang banyak sangat perkara yang berlaku agaknya. Kadang2 terpikir ini overproduced ke hape. Bagi pelukis Melayu, penggunaan warna memang tak banyak dan maksud agak mendalam. Ada yang pada aku, sukar jugak nak difahami maksudnya. Pada aku, sense of originality adalah paling penting

Kadang2 ade jugak mak guard masuk dalam meronda. Dan ade jugak orang yang degil masih mengambil gambar. Dah kate jangan ambil, ambil jugak. Masalah kalau ambil gambar ni, takut diplagiat karyanya. Dan aku nampak jugak 2 orang budak Cina memegang handphone seperti gaya mengambil gambar secara senyap. Pelawat hari itu memang kurang. Aku serba salah untuk menjadik busybody dan aku cuma melihat saja perbuatan mereka. Aku sign in sebelum keluar dan sempat jugak bertanya kalau2 bahagian atas boleh dilawat. Tak boleh,  kate mak guard sambil tersenyum. 

Aku duduk berehat sekejap di gazebo dekat taman di situ. Cuaca masih berjerebu. Aku memutuskan untuk naik teksi saja untuk balik ke ofis kawan aku. Sambil menunggu, ade seorang pemuda mat saleh bertanya mana arah National Art Gallery. Seperti yang aku katakan sebelum ini, muka aku ni ade muka penunjuk jalan.

Nak naik bas tak reti plak aku sebab ofis kawan aku tak bape jauh. Jadi, aku tahan teksi. Itupun ade jugak beberape kali tahan tapi tak berenti2. Last2, ade satu teksi berenti.

"Uncle, Stesen Ampang Park"

"Okey. Saye kesian tengok awak ni. Sini memang payah sikit. Kadang2 diorang taknak berenti" kata uncle India tu.

"Tu lah. Saya tahan teksi bape kali takde yang nak berenti. Skang ni plak time trafik jam"

"Bape nak ke stesen Ampang Park ni?"sambung aku. Mane tau kan kalau dekat2 ni diorang tak nak pakai meter.

"Pakai meter lah. Tengok bape2. Kita mesti jadik orang yang jujur. Kalau kita amek duit haram pun hidup tak senang. Duit mesti halal" ujar uncle.

"Ye lah. Kalau amek duit haram, customer pun tak senang hati" jawab aku.

Tengok. Uncle ni pun tau halal haram. Haha. Bagus uncle ni, puji aku dalam hati. Aku tau kadang ade teksi tak pakai meter. Aku dah penah kena dan bertekak jugak ngan pemandu teksi tu.

Sampai di ofis, kawan aku bertanya ape hal yang berlaku tadi. Katanya aku ni otai, siap naik motor pulak ke sana. Aku tak tau otai yang belah mananye. Haha. Makan tengah hari aku tapau di restoran mamak tingkat bawah dan makan di ofis. Duduk melepak di ofis kawan aku sampai senja dan kemudian kami sambung tengok wayang di KLCC. 

Bila dipikirkan, aktiviti aku dipenuhi dari pagi sampai malam. 


Dan sedikit sebanyak, aku mahu mengucapkan segunung terima kasih kepada kawan aku, Siti Marina sebagai host di Penang kerana menjayakan rancangan ini. Jasa dan budi dibalas baik.

Takpelah, dah lame tak cuti. Lima hari terus aku hentam cuti. Pengalaman baru, angin baru. 

Yang penting, ape yang kau dapat daripada ape yang kau dah buat.




No comments:

Post a Comment