Wednesday, September 26, 2012

Di Kuala Lumpur


Beberapa hari di Kuala Lumpur mengingatkan aku bahawa pengalaman hidup ini memang mahal.  Pengalaman melancong, membeli umah besar, memakai keta besar, itu pengalaman yang boleh dibeli.

Memang  tujuan aku ke Kuala Lumpur untuk pergi konsert. Fikiran aku pon agak berserabut. Dan juga sebenarnye  nak amik angin baru. Macam sudah lama je aku tak ke Kuala Lumpur, ceh. Padahal, bulan 4 baru pergi, tapi itu pun singgah sebentar sebelum berjalan ke Perak.

Khamis. Aku tengok kemuter telah bertukar baru. Harap-harap kelembaban juga berubah. Jangan buat aku kecewa lagik, wahai kemuter.

Malam itu, aku ke stadium Shah Alam. Aku seorang. Menaiki kemuter. Terima kaseh, kemuter. Kalau difikirkan, memang loserlah pergi konsert sorang2. Tapi apakan daya, aku gamble sahaja. Anggaplah aku sekadar ingin melihat suatu persembahan. 

Sampai di Batu Tiga, aku naik teksi.  Aku mula terpikir ada ke teksi kat sini.  Yelah, stesen tu bukan stesen yang sibuk. 

“Bang, nak pegi stadium Shah Alam, ade tak skang?”. Ada juga seorang pemuda yang berlegar-legar di situ.

“Oke, jom”.

Tiba-tiba pemuda tadi pon ke teksi same yg akan aku naik. Siap buat tunjuk tangan silakan naik. Muka memang nampak seyes abes. Rupe macam Chinese look. Mungkin dia nak ke satu jalan yang sama.

“Awak tak pergi  konsert Maroon 5 ke?” tanya driver teksi tu kepada pemuda tadi.

“Maroon 5 tu Yahudi. Orang Amerika”jawab pemuda tadi. Slang macam orang Indonesia. Aku sekadar diam. Nak mendengar lebih lanjut.

“Awak orang mane?”

“Saya Sabahan. Saya ugama Kristian”. Dia agama Kristian, kenapa dia ni marah sangat pulak.  Lepas tu, dia sambung pulak tentang cerite yang tengah panas skang, pasal filem ‘Innocence of Islam’.  Panjang berjela jugelah dia bercerita. Kang kene tulis kat entri lagik satu plak.

“Orang Yahudi ni sebenarnye ada kat mane2 je. Bukan di Amerika saje. “ Sambung driver teksi tadi. Dan panjang berjela jugalah abang driver tersebut bercerita. Dan juge aku kena tulis entri lain plak. Pemuda itu diam mendengar driver teksi tu berceloteh.

Dalam hati aku, dia ni tak tahu yang pengarah tu orang Mesir Kristian. Ye, memang Yahudi juga bersangkut paut. Lepas pemuda tersebut turun di apartment berdekatan Giant Shah Alam. 

“Saya pulak rase bersalah”. Aku bersuara. Aku tahu pasal yang membuatnya orang Kristian tapi tak tercakap pulak aku.

“Yahudi ni ade di mane2 je dik” . Dia pon sambung berceloteh pasal kes tadi. Tapi taklah sepanjang tadi.

“Yelah, nak membantah kena ade carenye. Yang buat pengarah Kristian Mesir, kan? Aku mencelah. Ketika itu juga, sampai aku ke stadium.

“Dik, kalau balik nanti habes pukul 11.20, ke 11.30 kemuter dh takde. Kalau nak talipon,amekkan lepas konsert, boleh  jugak. Ni amek no ni, 019-xxxxxxx. Nama, Joe.”

“Oke, terime kaseh”. Aku maseh terpikir-pikir, nak panggil ape. Abang Joe? Uhh.Aa.Brader Joe? Macam geng2 plak.  Encik Joe? Formal plak bunyinye.

Aku sampai memang ngam2 tengah men opening act. Show betol mula pukul 10. Nampak gayenye aku terpakse nyamar jadik journalist majalah hiburan. Rolling Stones skang memang tak bleh pakai. Malam tu, memang keje aku jadik videographer je lah jawabnye. Kadang2 berhentilah jugak lepas dah keras tangan memegang kamera. Berhenti sekejap sambil2 hangguk kepale. Rakyat Malaysia mula2 memanglah bersopan, lepas dah warming up nak dekat sejam barulah rancak. Mula aku ingatkan, angin malam sejuk. Lepas beberape jam, memang berpeluh2. Bahang betol.

Berbeza dengan konsert mase aku pegi di KL Live Center, keadaan memang gelap abes. Asap rokok jangan cakaplah, memang berkepul2.  Lighting memang cover atas stage saje. Dan jam konsert lebih lame, hampir 2 jam. Sini, cume lebih kurang 1 jam setengah saje.

Mujur aku balik, aku dah pesan pada kawan aku.  

Nasib baik umah sewa kawan aku boleh  naik tangga saja. Aku melangkah dengan laju. Ketok2 umah, takde. Habeslah, umah tak bangun lagik. Aku cube berBBM ngan kawan aku. Nape dia tak balas2? Aku ketok pintu dengan lebih kuat lagik.

“Sape di luar? Terdengar suara dari dalam.

“Saye, Nabihah”

“Nabihah mane?”

“Nabihah, kawan umah awak jugaklah”

“Yang mane satu?”

“Yang duduk satu bilik tiga orang tu”

“Awak salah umah ni. Cube awak tengok kat pintu no umah bape”

“ Alamak, sori kak. Sori kacau tido”.

Astaga, aku salah ketuk umah orang. Aku salah aras. Aku tak tau ape bende agaknya dia bebel pasal aku lepas tu.

Jumaat. Aku singgah ke Central Market. Agak dah lama tak pergi. Dan juge setiap kali aku kuar seorang diri, ade aje orang sesat jalan bertanya. Agaknye muka aku dipercayai dorang untuk menolong mereka. Aku harap selamat mereka sampai ke tempat dituju.  Hehe. 

Kali ini, aku nyamar sebagai pelancong. Aku rase Central Market adalah tempat yang paling kalerful di KL ini.  Balik ke KL Sentral semula untuk mengisi perut. Lepas tu singgah pula di Fahrenheit 88, Bukit Bintang. 88 darjah Fahrenheit bersamaan  31 darjah celcius. Orang agak kurang, patotlah suhu pon suam2 kuku. Hmm. 

Malam aku pegi ke Sunway Pyramid,menghabeskan 4 tiket wayang Groupon. Agak kecewa jugak kerana muvi yang ada pon ntah ape2. Akhirnya, Resident Evil jugalah ditengok. Cite Melayu di wayang, aku tak tengok. Dari segi ini, aku belom bersikap patriotic lagik. Kalo indie muvi, maseh aku layan. Puteri Gunung Ledang satu-satunya aku tengok secara rela di wayang. Papadom, aku dipaksa. Hantu Kak Limah aku tak menyempat.

Pagi Sabtu. Keseronokan melayan cekodok yang dibuat kawanku sambil berborak hingga ke pukul 10. Tiket aku pukul 12 di Tasek Selatan. Dalam pikiranku, 2 jam sudah cukup. Aku bergerak dari Setia Jaya kemudian transit di Sentral. Ah sudah, kemuter ditunda. Aku cube naik ke Masjid Jamek ke Tasek Selatan. Memang benar aku sampai ke Tasek Selatan selepas tu, tapi sudah terlebih mase. Aku cume merenong papan yang menunjukkan waktu pelepasan.

Aku tekad kembali ke Sentral KL. Mula2 macam nak singgah Art For Grabs, tapi frust dah mnguasai aku.Aku beli tiket keretapi, padahal aku memang kecewa dengan KTM . Ironi sungguh. Dah  frust ngan ketapi tapi balik nek ketapi jugak. Ape kebende ni. Padahal, memang lagik lambat sampai. Aku macam dah tak nak pikir lagik. Mungkin aku boleh memikirkan  sesuatu di dalam perjalanan panjang nanti. Aku pernah sebelum ni, tapi masih sempat lagik. Kemuter, kau dah mengecewakan aku sekali lagik.  Lepas ni, memang serik balik ke terminal naik kemuter.

*Semasa menaip, aku putarkan OST Rocknrolla, sambil mengunyah kentang. 

No comments:

Post a Comment