Monday, September 15, 2014

Serius?

Mak aku risaukan aku sebenarnye.

Aku tau.

Mak aku suruh masuk Kelab Belia.

Aku tak tau nak ketawa ke nak nangis ni.

Dan sekarang betul kate emak.

Ok2. Aku kena serius.

p/s: Sekarang, aku bermasalah nak pergi Akustika II, Sabtu ni kat Malaysia Philharmonic Ochestra.

Aku perlu mengambil serius dalam mencari jodoh!


Friday, July 25, 2014

Baca

Aku dah lama tak baca buku.

Rasa macam tak betul.

Otak beku. Macam bengal pon ada.

Bosan gila.

Kenapa jadik macam ni?

Ini bukan diri aku.

Mana pergi duit aku?

Pelik2.

Aku addicted. 

Kopi takde aku boleh tahan.

Buku tak boleh.

Real addicted.



Friday, June 27, 2014

Lebih Suku Abad

Bila dipikirkan, sebenarnye banyak benda aku nak buat. Ada yang sudah tertunai, ada yang belum. Aku biasanya bukan jenis yang tulis semua senarai aku. Aku jenis simpan dalam kepala. Bagi aku, Allah penentu segala bagi impian harapan kita. Biarlah Allah yang menentukan rancangan aku.

Apa yang aku sudah bersyukur, aku dah cukup round satu Malaysia sebelum aku 30. Ye, umur aku dah 30. Percaya tak. Tentu tak percaya bukan. Percayalah. Eh, sudah2 la memuji diri sendiri. 

Yang paling penting,travel itu penting bagi aku. Aku suka berjalan tengok tempat orang, tengok perangai orang. Banyak benda kita boleh belajar daripada orang lain. Benda2 macam ni banyak bagi kesedaran pada aku.  Sebebas kau jangan terlampau bebas. Jangan terlupa apa yang agama larang. 

Orang kata travel ni macam mengenal diri jugak. Mintak maaf kadang2 aku sebenarnya tak boleh masuk jugak join persembangan. Aku jenis tak reti bercampur ramai orang. Kumpulan2 ni aku tak reti. Kalau berape kerat, bleh tahan lagik. Travel, hiking, camping ramai2 sangat pun tak syok sangat. Kau macam tak boleh nak concentrate sangat. Ini salah satu poin aku dalam bab ni. Contohnye, macam aku ikut rombongan jiran aku. Ke Sabah dan Sarawak. Mak aku ajak aku sekali pergi. Aku dengan curiositynya aku pegi. Sampai sekarang aku tak ingat buat ape di sana.

Serius. Aku tak ingat apa yang aku buat kat sane. Mungkin tidak menusuk kalbu. 

Selain senarai harapan travel, banyak benda lain jugak. Dan aku simpan dalam kepala je.

Monday, May 26, 2014

Find

About finding something in your life, I still have a problem with it. People will said, what are you still finding it? This is your life!

I will try to talk but they will not understand. The very peace of mind is when I am praying to Allah. I feel gratitude of what Allah has gave me. And this is Allah test to me.

Why I feel this way? We had to change our life to be better right? Maybe I was so adventurous then I become easily bored.

For all the friend and people who have found what they are looking for. Finally found the job that you want, someone, had children or maybe a thing that you really want, I feel happy for you.

I will still walking on this earth and find what I want.

Tuesday, April 29, 2014

Books, Music & Animals

I think it will be damn romantic when you started talking about you like. When it says,

"Have you heard this song...?"

"Have you read this book by ....?"

"Oh, I wish I could adopt a tiger right now! Never mind, Salvador Dali adopted the anteater.

Actually, nothing is good than a good book or a good music or an animal accompany. A pair of eyes just staring at you when you are doing something. No, I mean your cats or birds or goose.

Sunday, March 30, 2014

Diri Kau

Kau tak sepatutnya malu menjadi diri kau sendiri.

Walaupun orang kata kau ni, pendiam, kekok, susah nak paham dan apa benda lagi entah yang aku sendiri malas nak cakap.

Kau tak sepatutnya minta maaf untuk menjadi diri sendiri.

Tak sepatutnya.


*"Ke manakah menghilang, diriku sendiri," kata Wings dalam Misteri Mimpi Syakilla.*

Wednesday, February 26, 2014

Suatu Hari Di Waktu Tengah Hari

Aku berjalan bersama rakan aku ke sebuah bank berhampiran untuk mengambil duit. Seorang mobil banker yang peramah menegur aku. Aku tidak sampai hati untuk berlagak sombong maka aku menyapanya semula.

“Pernah dengar kad kredit tak” soalnya.

“Pernah, ada eh,” Tanya aku secara innesen. Aku bukan berniat sarkastik di situ. Aku cuma mahu menyuntik semangatnya untuk menerangkan produknya. Sekali sekala bagila can. Sambil mengisi masa menunggu kawan aku. Dapat juga ilmu. Ilmu tak selalunya dapat melalui sekolah. 

“Eh,ada,”.Dan dia sambung secara menerangkan ciri-ciri kad kredit tersebut dengan panjang lebar,

“Kad kredit ni bukan hutang ke. Saya tak minat hutang-hutang ni” kata aku.

“Eh takdelah".Dan dia terus sambung dengan kerja penerangan dia yang tertangguh tadi.

“Okey, ini kad saya” katanya.

“Boleh mintak nama awak dengan nombor telefon?” sambungnya.

“Alamak” dalam hati aku. Aku sekali lagi tak sampai hati. Aku bagi jugak dengan rasa bermalas-malasan.

“Kerja mana?”soalnya.

“Saya keje dekat sini-sini jugak” jawab aku.

“Kerja sebagai apa?”bgitu juga soal jawab untuk mengenal aku.

You gaji sebulan berapa? Dalam setahun, agak2 berapa? Sekurang2 nya 2 ribu sebulan keatas” ujarnya.

“Gaji saya tak sampai 2 ribu” jawab aku tanpa perasaan.

“Betul ke ni? Eh, tak cayelah”dia pelik.

“Betul,”jawab aku dengan innesen.

Muka dia telah berubah dengan gaya tak percaya. Seperti yang kita selalu lihat gaya muka yang berkata eh iyeke ni.

Adakah aku dalam bahaya? Ilusi aku nampak muda atau sebenarnya aku perlu menukar kerja?

Perlahan-lahan dia bergerak menentang arus angin.

Sekarang baru aku tak sampai hati.


" A while ago this morning, I was listening to If Money Was Trouble-Gary Clark Jr repeating over and over again until I arrived to the office feeling numb"