Thursday, December 5, 2013

Bukit Sisek, Kota Tinggi

Maaf, sudah sebulan baru aku nak update. Aku memang camni. Jenis ambik gamba pon pemalas. Nak bergambar pon malas. Haha.

Aku hiking kali ini kerana terpikir hujung minggu aku asyik duduk menunggu di rumah. Kalau mak abah keluar, aku keluar. Kalau aku keluar biasanya aku ke Jusco Tebrau. Tempat yang sama setiap kali aku pergi membeli barangan. Kalau tak, aku aku duduk di rumah bermain dengan kucing aku.

Bosan bukan?

Aku baca Facebook Tok Rimau mahu pergi hiking ke Bukit Sisek. Ah, kasut pulak takde. Kasut sukan aku sudah jahanam masa training kerja di Desaru. Tok pesan beli kasut getah menoreh. Aku ke Jusco dengan tujuan mencari kasut yang sesuai. Ada Bata tapi rasa macam nak menangis jari depan aku. Ini hasil dari beli kasut yang salah. Kasut kerja yang baru aku beli minggu lepas. Baru aku sedar sepasang kaki mana sama. Ke sebenarnya saiz aku 6.5. Nampaknya aku kene potong bahagian belakang kasut ni jadik macam sandal. Rosak2.

Sabtu. Dapat carik kasut getah di kedai jual tikar, di Tiram  Harga 7 ringgit. Rupanya ada macam2 stail kasut getah ni yek. Canggih gak. Haha. Beg aku pinjam adik lelaki aku. Seluar aku pakai dari pemberian abah yang sebenarnya abah punya.

Ahad. Aku keluar 7 pagi, tunggu di McD Tiram. Ni face to face aku jumpa Tok Rimau. Tok Rimau bawak 1 famili sama beberapa orang muda. Mijer, Mira, Em dan seorang lagi pemuda yang aku tak ingat namanya. Betul, aku tak ingat ni. Menunggu seorang lagik yang bernama Mamat sebelom bertolak.

Aku tak makan apa2 di McD sebab aku sudah bersarapan di rumah. 2 keping roti kepit bersama madu. Aku biasalah cuma memerhati perbualan mereka. Memang aku tak kenal langsong mereka tapi aku gembel saja pergi dengan orang tak kenal. Kalau setengah orang mungkin bawak seorang kawanlah sekurang2nya. Aku risau jugaklah. Aku ni dahla dengan orang tak berapa kenal, aku tak berbual. Eh, dengan stranger boleh apa. Bahaya ni. Tak. Sebenarnya aku lebih kepada one on one person. Sapa yang kenal aku, aku memang cuma diam di meja makan kalau berkumpul ramai.

Sesampainya di sana, baca doa sebelum memulakan pendakian dan kami memulakan perjalanan. Start2 saja, sudah lalu sungai. Dah nama masuk waterfall, mestilah lalu sungai. Musim2 hujan begini, pacat sudah semestinya ada. Teringat kenangan aku traverse sungai di Kelantan untuk mapping yang penuh dengan pacat. Yang tak boleh tahan tu, pacat siap berenang dalam sungai tu. Kawan aku ada sampai 16  pacat kena. Masa itu, keje kami memang berendam sungai sambil memegang tali dan kompas. Kasut yang jenis stail masuk hutan memang keje bertakung air. Tapi itu bukan hiking, lebih kepada trekking.

Berbalik kepada perjalanan mendaki Bukit Sisek, perjalanan memang keluar masuk sungai. Batu2 jugak agak licin. Tali2 mendaki yang disediakan memudahkan kerja kami untuk memanjat. Air sungai yang dalam separas pinggang dan secetek pergelangan kaki.  Bahan2 untuk barbeque kami simpan di tapak perkhemahan yang kebetulan ada orang jugak duduk berkhemah di situ. Minta tolong jagakan barang2 makanan sebelum kami mendaki.

Mendaki macam biasa. Kejap panjat batu, kejap masuk air. Hakikatnya lebih kepada memanjat aku rasa. Ada beberape kali berenti untuk scene amek gamba. Tok Rimau mula menyelam sambil minum air. Tak, sambil mengambil gambar ke merakam video. Haha. Perhentian akhir kami di air terjun. Semua pakat2 memanjat batu untuk ke puncak batu di tengah air terjun. Aku duduk sekejap juga di bahagian laluan air. Tekanan air memang kuat. Rasa macam ada orang tumbuk manja2 di belakang aku. Memang lega.

Kami sambung semula fasa dengan menuruni bukit. Hujan rintik2 mula turun. Air sungai mula naik. Beg aku jangan cakap la, basah lokos aku rase. Tahap paling tinggi boleh cecah pinggang. Batu2 jangan cakapla, memang licin.

Sesampainye di tempat kami mahu barbecue, hujan sudah reda. Mula menghidupkan api tapi auzubillah payah nak hidup. Yelah, kayu basah. Berjam2 mengipas dengan meniup asap. Tangan  memang sengal jugak mengipas tapi seronok juga mengipas. Haha.

Kami berjaya juga menghidupkan api tetapi kerja mengipas memang non-stop. Dapat juga merasa ayam bakar dan ala2 baked potatoes bersama nasi lemak. Kalau dipikirkan, aku rasa hampir sejam lebih jugak nak dapat api tu. Baju aku telah menjadik baju asap.

Selepas setel mengenyangkan diri, kami bertolak pulang. Memang basah satu baju dan kasut juga. Pasir dalam kasut aku, berfungsi sebagai skrub kaki.

Dah lame aku tak begini, sejak aku fieldwork time belaja dulu. Tapi dulu lagik hardcore, hujan lagik lebat dan pakai raincoat pon dah tak guna. Memang basah kuyup. Bab masuk air dalam kasut pon sudah biasa. Pacat dulu2 pon siap berenang dalam sungai bersama kami sambil mengenyangkan dirinya. Kenangan2.

Sekarang, baju aku dah basuh pon bau asap lagik.

Monday, November 25, 2013

Sudoku

Masa mula2 aku tengok game Sudoku, game ape bendala ni. Game main selit2 nombor dalam kotak. Lepas tu, semakin syok pulak. Kalau dulu2 aku suka main teka silang kata, tapi asyik standby kamus kat belah tepi.

Main game2 macam ni menenangkan fikiran tau. Serius.

Sekarang hobi aku suka main Sudoku sambil menyanyi.

Senarai wajib aku, John Lennon's Jealous Guy daripada Gavin Degraw, Sunshower daripada Chris Cornell dengan Crashed daripada Daughtry.

Sing along wey. Sing along!

Tuesday, November 19, 2013

Be

Living in the cookie cutter world. Different is outsider. People expect you to be this. People expect you to be that. You are not being yourself. Try so hard to deliver it. At the end, you feel frustrated. To yourself.

When people tell you that you are different. I said, Yeah2. Damn with the different.

Wednesday, November 6, 2013

Di Padang Itu

Aku berdiri di tengah padang
Aku mencari pasti perasaanku
Di rumput hijau
Di bawah langit biru
Bunga lalang yang berterbangan
Sinar mentari tidak begitu menyengat
Ia cuma cuaca yang tenang
Aku cuba memejamkan mata
Aku cuba mengingat
Memori berlari-lari di otakku
Gembira, sedih, pedih, keliru
Aku usaha menghirup udara
Merasai kehadiran angin di kelilingku
Aku senyum sendirian
Aku mahu rasa gembira
Aku mahu menjerit sekuatnya
Namun, aku merasa kosong
Ya, aku memerlukan
Seorang lelaki
Untuk sama-sama berdiri, berjalan dan berlari denganku
Di dunia yang fana dan akhirat yang baqi
Aku sentiasa teringat
Rasulku tercinta
Muhammad dan Khatijah
Cinta sejati yang paling agung
Aku mula teringatnya
Mula menyukainya
Adakah aku bermimpi
Mungkin ia harapan
Kau berhadapan kenyataan
Dunia sedang menganggapnya janggal
Di suatu sudut
Aku tidak mahu ia hanya menjadi sebuah mimpi
Aku mahu menjadi orang paling gembira
Dan jikalau ia hanya menjadi bayangan
Aku abadikan dalam puisiku
Dalam ingatanku

*Jujur sekali puisi aku kali ini. Background belakang kuputarkan Kasih Tak Sampai daripada Padi. Aku tak pasti signifikannya di sini tapi yang pasti aku suka bab korusnya*

Thursday, October 17, 2013

Hiking Mengimbau Kenangan, Babak KFC dan Sastrawan Kinokuniya

Aku kalau dah bosan atau rasa nak tukar angin atau ambil idea, aku selalu ke KL. Macam takda tempat lain aku nak pergi. Mungkin tempat ini aku dah biasa time aku belajar dulu2. Lapan tahun aku mencari ilmu kat sini. Kadang2 bila aku balik JB, lagik janggal aku rasa. Nak naik bas pon rasa tak biasa. Kalau kat KL kemain berani aku. Padahal kat KL lagik banyak makhluk bermacam2 rupa. Tetapi Johor tetap dihatiku.

Aku ke KL aritu, mahu berjumpa dengan kawan aku yang baru mula bekerja di sini. Kawan aku ni memang daripada dulu meyakinkan aku bahawa dia takkan keluar dari tanah lahirnya. Tetapi, akhirnya! Akhirnya, haha. Sekali sekala yek.  Kemungkinan katanya, mahu balik ke kampung time minggu aku nak ke KL. Maka, aku standby dengan kawan aku di UKM. Pulaknya, kawan aku kata UKM time tu lah takda air dan jugak busy dengan PHDnya. Aku cakap tak kisah, aku indie, tak payahla bersusah payah kerana aku. Dalam kepala aku, muncul episod2 aku mengangkat air masa di asrama SIGS, Sains Muar, Matriks Penang, UKM,UM. Pendek kata, setiap kali aku duduk asrama, situasi takda air takda tak dialami. Sekali kawan aku call, tak jadik balik kampung katanya. Maka, aku terselamat daripada membina muscle. Tapi sebenarnya time ni lah kau nak bina muscle secara percuma. Haha.

Sesampainya aku di TBS, aku terus ke stesen keretapi membeli tiket. Ada nampak seorang makcik bertanya kepada budak perempuan di depannya. Dia buat tak tau saje. Isy2. Maka, akulah mangsa pertanyaan dia. Dan seperti yang aku katakan dulu, muka aku ada penunjuk jalan. Selesai, maka aku terus ke stesen LRT membeli tiket ke KL Sentral. Aku picit peti seperti biasa dan bayar 3 ringgit. Aku pikir apehal mahal sangat nak ke KL Sentral ni. Menyanyah aku. Tak sia2 aku aku dapat cenderamata tak percuma daripada LRT berharga 3 ringgit. Patotnya aku boleh dapat cenderamata ni dengan harga 1 ringgit. Arghh!

Sementara menunggu kawan aku balik kerja, aku berjalan di Bukit Bintang. Singgah di Pavilion, cuci2 mata. Singgah di Farenheit 88 jugak. Ramai orang seperti biasa. Agaknya semua ni melancong. Melancong pon kerja jugak apa. Kerja keluar duit, ceh. Malam pulak kami singgah pasar malam di Gombak. Nasik sebungkus besar dengan ayam goreng Abang Bob habis dimakan. Pertama kali jugak aku merasa Ayam Abang Bob. Nampak benor gaya kelaparan aku.

Besoknya, aku bertolak ke UKM dan makan tengahari dulu di warung Datok Keramat. Mahal gila 7 ringgit dengan air suam! Meneruskan perjalananan ke UKM dan naik NadiPutra yang bertindak shuttle bas UKM. Kami  turun di Kolej Tun Hussein Onn (asrama aku dulu) dan berjalan ke DECTAR. Peh, memang mengimbau kenangan betul. DECTAR time tu tengah busy digunakan untuk memecah rekod beraerobik selama 36 jam tanpa henti. Memang semangat aku tengok. Yelah, nak masuk Malaysia Book of Records. Kebanyakan yang masuk, takdelah yang montel2. Orang montel yang masuk ni, mesti akan lebih langsing bergaya. Tengok beberapa jenis gaya aerobik, lepastu blah ke ATMA. Mahu menunjuk jalan ke situ sebab kawan aku ada konferen di situ nanti. Ingat2 lupa aku, maklumlah dah masuk 8 tahun aku dah tak ke situ. Lepas tu, kami singgah ke Perpustakaan Tun Sri Lanang. Ah, tutup pulak minggu pertama. Perpustakaan ATMA dan Balai Busana Melayu tadi pon tutup jugak. Banyak dah berubah aku tengok. Yang aku perasan, dah letak sofa empuk di tengah2 Pusanika dan jugak bilik berkaca untuk diskusi di bahagian luar pintu masuk Perpustakaan Tun Sri Lanang. Aku singgah jugak ke bakeri kegemaran aku, tempat lepak2 sambil makan bubur yang sedap dengan didendang radio.

Setelah penat  hiking tak rasmi di UKM, kami bertolak  ke Kinokuniya, KLCC. Singgah makan di KFC sebab dah agak lapar benor. Aku beratur memesan makanan sementara kawan aku menunggu di meja. Zinger dan mountain dew. Selesai membayar, aku angkat dulang dengan perlahan. Ah, tali beg aku semakin melurut. Aku cuba betulkan. Dengan dua tangan memegang dulang berisi air dan burger. Kau bayangkan apa yang terjadi.

Dush! Air kuning terjatuh berjurai macam air terjun di lantai KFC, KLCC. Di tengah2 KFC kau bayangkan. Aku dah tak pikir apa. Yang aku ingat, aku terus pusing ke kaunter untuk menukar air baru. Naseb baik hanya 1 cawan saja. Aku dah tak pedulik berapa banyak mata yang memandang. Nasib baik akak KFC tu cool je suruh tukar air baru. Burger dan kentang masih selamat. Aku dah macam muka puppy dog dah. Cuma sound je takde.

Aku dah create satu scene kat situ. Satu babak dalam drama.

Selesai menukar, aku terus ke meja kawan aku di belakang. Dan tangan aku masih menggigil. Kawan aku cuba menenangkan aku. Dia berkata, itu semua normal, Biha. Normal. Aku cuba untuk gelak. Memang scene betul tadi.

Kami singgah ke Kinokuniya selepas itu kerana kawan aku teringin nak ke sana. Aku kalau ke KLCC memang wajib singgah ke sini.  Capai2, tengok buku ape yang menarik. Kami berjalan dari satu rak ke satu rak. Sampai di rak buku Highlights, kelihtan manusia berbaju putih dan juga janggutnya. Sapa tak perasan kalau dah seluruh baju warna putih! Rupa2nya Pak Samad. Tapi ini bukan kali pertama aku terserempak dengannya. Kami tidak bertegur sekadar melihat dari jauh. Pak Samad kemudian bergerak ke bahagian Literature di sebelah. Kemudian, kami sambung balik tengok buku2 yang menarik. Kami pusing kebahagian Asian History, International History dan jugak Military & War. Berputar2 di situ. kami kembali semula ke rak Highlights. Dan sekali lagi jugak Pak Samad kembali ke rak Highlights. Aik, Pak Samad seperti membaca fikiran kami. Iye aje aku ni.

Kami bergerak ke bahagian Literature dan jugak meninjau2 di bahagian fosil. Mahu survey2 harga untuk lab. Kami pergi juga ke tingkat atas bahagian Art & Design. Kawan aku memikirkan bagaimana lukisan conteng2 seperti Picasso dijual pada harga yang amatlah tinggi. Warhol juga begitu, melihat kepada contoh lukisan Campbell Soup yang taklah complicated nak melukisnya. Seni wey seni! Seni tak mengenal rupa. Haha. Van Gogh pada aku, adalah jugak nampak seperti lukisan. Maksud aku nampaklah rupa lukisannya. Heh, apa aku cakap ni. Hmm, agaknya seni ni begitu mendalam sehingga sesetengah susah nak memahaminya. Dan aku jugak tidak mampu untuk menjawab persoalan itu sebenarnya.

Besok pagi aku pulang ke JB pagi supaya aku boleh sampai sana waktu awal siang. Setiap kali aku naik KL, mesti jugak ada orang bertanya jalan. Takpe, takda salahnya menolong orang. Aku pasti aku menjawab dengan betul. Haha. Yang aku tau aku dah macam Prof Serba Tau yang menyamar dalam bab2 menunjuk jalan ni. 

Wednesday, September 18, 2013

Bagaikan Gila

Bila aku susah hati, murung, sedih, bingung, banyak idea yang datang masuk ke kepala aku. Bertalu2 masuk.

Yang aku bingitnya, time begini, idea datang. Takkan nak sentiasa duduk kesedihan. Gembira2!

Aku tak tahu kenapa aku rasa begini. Aku orang yang beragama.

Arghh, kenapa macam ni? Buat semua benda tak kena. Janganlah ada makhluk halus ni.

Sakit orang bercinta? Putus cinta? Jatuh cinta? Apekehal. Berkapel pon tak pernah. Inikan bercinta. Haha.

Aku taknak pikirkan sangat. Orang cakap jangan pikirkan sangat. Tapi dia datang. Singgah dalam kepala aku.

Aku kena ubah suasana pemikiran aku.

Bagaikan gila aku rasa.

"Layan The Flame by Black Keys. Lagu terblues yang aku terpikir buat masa skang. Hmm. Bilalah Black Keys nak datang Malaysia ni"

Monday, September 16, 2013

Hati Suci Murni

Hati orang tua ni memang lembut.

Bila aku tengok orang tua ni keluar air mata, memang sayu. Aku jadik sayu jugak.

Orang tua ni, kau tak boleh cakap kasar dengan dia. Jangan cakap dengan suara tinggi.

Aku teringat kisah abah bercerite dengan emak. Orang tua tu bercakap sambil berlinangan air mata.

Pakcik tu aku kenal. Berpangkat atok pada aku. Dahla kecik, comel pulak. Haha. Kenapalah cakap macam tu dengan pakcik. Cakap rilek2 dah la.

Sebabnya, cakapnya terlampau kasar, kata abah kepada emak.

Mak kata, mana ada istilah cakap kasar tapi hati baik.

Emak tanya, kalau cakap slow tapi pedas, camna pulak.

Abah cakap, itu pun tak bagus. Hati tak bersih.

Abah kata, hati mesti bersih.

Mak kata, kadang2 kita tak tahu, bila kita cakap kasar2 pada mereka, mereka tak tunjuk pada kita apa yang mereka rasa.

Mana tau, mereka masuk bilik dan menangis dalam bilik. Kita tak tahu, sambung emak.

Hari itu, bila aku nampak orang tua tu cakap sambil keluar air mata. Aku pun sama.