Monday, April 2, 2012

Umur

Semalam bestday aku. Hari ini kawan opis aku belanje pizza. Naseb baik bestday aku awal bulan. Kalo tengah bulan agak-agak pikir dua kali nak belanje aku. Terime kaseh kawan sepejabat ku.

Kawan aku tanye, "Ini yang ke berape?"
Aku jawab," Yang kedua puluh lapan lah"
Kawan sepejabat aku yang satu lagik," Aik, pandai nak kurang setahun,"
Aku konpius. Aku rasa macam tak pandai kira-kira. Balik dari makan, aku carik kalkulator.
Eh, betollah. Aku mula pening.
Kawan-kawan tolong aku. 2012-1984, berape agaknye?

Thursday, February 23, 2012

Lada Israel

Sebelum ini emak masak sambal goreng. Memang luar biasa pedasnya. Pedas semacam. Memang aku cirit lepas tu. Kebetulan minggu itu kenduri kawan aku. Naseb baek ok pada masa tu.

Hari ini emak masak sambal sotong. Memang nampak kuahnya lain macam. Aku amek sambalnye saje sebab aku tak makan sotong lauk. Makan sotong goreng tepung sahaja. Memang demanding betol aku.

Aku rasa. Peh! Pedas betol! Tekak mula membahang. Naseb baek aku campur sedikit saja dengan nasik. Tak boleh jadik ni. Aku capai botol kicap dalam icebox. Kemainlah banyak aku letak kicap sampai hitam nasik aku. Nak hilangkan pedas punye pasal. Adek aku jawab " Menanges dalam jamban". Tanya emak, dia kata ok pulak makan sambal. Kitorang semua cirit sebelum ni, lepas makan sambal goreng yang pedas semacam tu.

Apsal pedas sangat lada ni? Abah jawab "Lada Israel". Tetiba abah tukar channel RTM. Ada lagu bahase pelik. Abah kata," Ni lagu Boyan ni" . Abah terus sing along lagu Boyan tu. Aku pelik. Sejak bila abah tau lagu Boyan ni? Bukan abah orang Jawa ke. Lepas nyanyi abah terus berlari ke jamban. Apa kaitan lagu Boyan dengan lada Israel?




Friday, February 17, 2012

Berus Gigi

Tengok, berus gigi abah dah kembang.
Mak cakap, dah belikan ubat gigi Sensodyne.
Abah cakap, nape tak belikan sekali berus gigi.
Mak terus hulurkan berus gigi. Berus gigi tak berjename, kata emak.
Abah kata, tak kisah. Asal boleh gosok gigi.
Aku berpikir, rasanye baru aku belikan berus gigi. Dah 3 bulan ke? Biasanye setiap 3 bulan kena tukar berus gigi kan? Tapi ini mesti untuk orang yang patuh saja.
Kejap saja sudah kembang.
Mak cakap abah berus gigi ganas sangat kot.
Mak kata, cuba tengok berus gigi abah.
" Berus gigi dah macam rambut abah dah"

Friday, January 20, 2012

Husband

A husband meaning to me


I can fart anytime I like
I can smell my armpits
I talk to myself or probably to my cats
I can sing even out of tune
I can pick my nose during watching the tv


Now, who can accept me?

Thursday, January 5, 2012

Wake Up

I am confuse. I am tired. I am bored. I am pissed off.
What the fuck I'm doin right now? Wake up!

Wednesday, December 28, 2011

Kamus Johor

Inilah perkataan antik yang digunakan atok-atok Johor.

Temberang = bohong
Kelorong = seluruh
Icebox = peti sejok
Kojol = mati
Gebar = selimut
Lece = tilam nipis
Gobok = almari
Sepatu = kasut
Kutub khanah = perpustakaan
Skel = pembaris
Lenjan = lasak
Sekaliarung = sekali semua
Menekak = sangat,amat (dlm masakan masin, manis)
Belengas = berlekit ( terutama badan)
Buran = habis semua / halau
Berburas = serabut
Birah = tidak tahu diam
Kebotong = terlampau kenyang
Mengening = buncit
Terkokol = duduk tercengang/ terdiam
Reti = tahu
Belengging = tidak memakai baju
Sagat = langgar secara rapat
Jotos = belasah / pukul
Gonjol = tidak bijak / lembap / bodoh
Gelenyar = tidak tahu diam
Serun = terperanjat/dada berdebar
Merewel = mengarut/merepek
Gostan = pusing ke belakang 
Sangap = menguap

Mungkin ada tambahan lagik. Hehe.

Thursday, December 8, 2011

Tight In or Tuck In. Ha ha

Sekarang stail tight in merupakan stail aku.Di mana-mana aku pakai stail tight in ni. Duduk umah aku tight in.  Jalan- jalan aku tight in.  Tapi tengok baju. Entah kenape.  Seronok pulak rasenye. Memang in betol aku rase.