Wednesday, December 30, 2015

Eskimo


Everyone will usually move when the film is talking about human relationship. I just watched Chloe and Theo’s film. The Eskimo's Inuit has been reminded, given a message, to preserve, care for the village. Before this, the sun can reach to the land without boundary. But the big skyscraper, kept holding the sun from coming down. The sun become angry. The ice is melting, and slowly harm the village. Theo came down to bring the message.  ’To save his village’ and ‘the sun is angry’. But how about the earth? Our only home. Our relationship with the earth. 


Oh, we forgot. We are too busy to catch, to use whatever that can save our life. But the more we catch, the more we fall behind. We were born, each of us were born with carbon copy. 

We buy things that we don’t need. 


Environment is a school without wall. 

The earth are life giver and we have to protect it.

We forget the silent and the simplicity. 


In between that, I remember watching a video about The Minimalist from Mr Millburn and Mr Nicodemus. We were wasting. Still in the midst of understanding too many clothes, too many shoes. The debt to buy things. After all, the things is like owning you. When I say, I want to go to concert, to orchestra, to travel, buy expensive books or even my cats’ vitamin, they said what for? For them, its like wasting my money.  For me, it’s all about value. Buy the things that has value on you. I don’t know if big house, fancy cars has value on you. Might have, I guess. Maybe. Everything we do, we want, it will be an effect.  I read about the film’s review. Thin plot but great message.  And I was moved. I was touch when Theo went away. And this is also causes by things, stuff, material by what we own, we buy.

His message, “ We are too late. Your leaders don't have the power to change anything. Your television sets have the real power. They compel you to buy things that you do not need, and envy things that are worthless. They tell you to drive cars that cannot even move because everyone else is driving one, in cities where there is no clean air. They mock the way you look and affect your happiness. What can your leaders do about your happiness, when it is so corrupted that when you live each day it is based on consuming, devouring and wasting. Never happy until nothing is left." 


But far too often, the inhabitants are taking, and not giving back.

*Some of the excerpts are from Chloe & Theo*

Friday, November 13, 2015

Pale Night

So cold, so dark
The moment so blur
The moon having a mark
But in colour
Round & round
Is it dancing
Trying to count
Is it just a messing
Couldn't find a way to settle
I was constantly scuffle
Splash, stash, smash
Here, there, everywhere
Yeah, you
You, are you
Yeah, we
We, are we
I, I
Yeah, am I
Come on
Don't make haste
Fasten your seatbelt
Now we started to chase
Just another night
As alone without the day
Pale, so pale night
Make it clear
Make it good

"Didos Lament by Jeff Buckley was playing behind"

Saturday, November 7, 2015

Sempena Hal Batal

Pasal kerja ni, kadang aku tak nak pikir, kadang aku nak pikir. Tapi nak taknak kena pikir jugak. Aku cuba ni, cuba. Ini cume waktu mengimbau kembali. Maka..

Aku pegi haritu temuduga di Damansara. Punyalah susah nak dapat public transport. Macam gaya orang kaya berada saja aku tunggu teksi. First round, aku naik teksi sebab aku belum penah pergi area tu. Uncle India bawak ni macam gaya berhemah jugak aku tengok. Siap tolong tengokkan alamat sekali. Okey, sekian2 dia punye tambang. Rupanya takda letak signboard company. Mungkin small company. Company ni buat magazine untuk private school. 

Aku tengok, okey tingkat 2. Nak naik lif ke tangga. H&M high cut kanvas hitam letak di tingkat bawah, di celah pintu yang aku agak adalah stor . Stor ni macam tak penah guna je. Aku tukar dengan kasut flat H&M suede royal blue. Canvas high cut shoe ni selesa untuk aku bawak berjalan2. Takkan nak pakai kasut ni pergi interview pulak. Nak interview rockstar bolehlah. 

Aku naik lif. Sampai2, aku tengok apehal kasut banyak kat luar ni? Aku bingit dengan diri aku sendiri. Sekarang aku memikirkan kerisauan kasut aku yang aku tinggalkan di bawah. Macam mana lah dia agaknya. Aku memikirkan kalau2 aku berjalan balik nanti dengan flat shoe tadi. Tak boleh dibayangkan.

Okey, nak masuk kene doorbell pulak. Masuk2 je, fuh. Open office. Tak boleh menulis aku kalau gaya begini. I need a room which is like a solitary cave. Takde, aku gurau. Tempat sekarang ni bukan condition yang selesa untuk aku. Everyone has their sweet spot. Or sweet place. Ni mana pulak dia punye meja pendaftaran ni? Lobi maksud aku. Front office lah.  Aku rase semacam specimen di bawah mikroskop yang sedang diujikaji. Takpon kuda belang di tengah2 sekumpulan gajah. Aku fuh sekali lagik. Masuk2 terus meja, memang tercegat lah aku gaya gini. 

Okey, aku dibawa ke bilik meeting. 

“Awak awal hari ni”. Kata seorang perempuan India di situ. Ok, this is not good, dalam hati aku. Aku awal setengah jam. Aku merenung keropok cap pinggan dalam beg aku. Aku lapar sebab belum makan ape2 lagik. Dan aku ada sebotol air jugak. Takkan nak makan pulak. Tak senonoh. Mana pernah dibuat orang. Aku memilih untuk mengambil buku Ernest Hemingway ‘A Moveable Feast’. Mungkin buku ini akan mengurangkan rasa kelaparan aku. Literally, is like i’,m hungry and I ate a book. 

Interview tak lama sangat berjalan. Standard interview akan kuar soalan tipikal. Takde soalan luar biasa. Sebenarnya aku pun tak tahu soalan luar biasa tu macam mana. Soalan yang luar daripada norma2 kehidupan agaknya. Satu Melayu, satu India. Aku siap bawak scrap book lagik. Lantak apa dia nak kata. Aku siap tanya ape benda majalah yang dia bawak tu. Mau tahu, imagine ape yang diorang buat. But the worst feeling is, I feel like jeopardising my interview. Maybe, this is not for me.

Kasut yang aku sorok masih selamat. Duduk berdiam di sudut pintu. Tukar kasut dan melangkah keluar. Slow motion, one scene. Black jeans, biker boots appeared. Wear the grey hood over the head, while outside wearing a black mid length coat and also wear a cigarrete over the mouth. Accomplish your mission. I’m a man by Black Strobe was playing behind. Ini hanyalah ironi.

Aku berjalan menuju ke bahagian tepi jalan untuk menunggu. Aku berpikir2 mau naik bas atau teksi. Tanya kakak yang tengok gaya2 macam baru balik dari kerja, ada bas lalu situ ke tak. Bas lalu tapi tak kerap dalam lebih setengah jam. Ok, duduk, aku keluarkan kopok cap pinggan dan merenung jalan. Memikirkan perkara tadi, penulis ada dua jenis. Penulis ceria dan penulis tak ceria. Diorang mahukan orang yang ceria dan aku bukanlah orang yang ceria. Sambung merenung masa depan, dan aku menunggu.

Tak boleh jadik ni. Aku bangun dan bergerak ke depan, sampai simpang lampu trafik, sampai ke depan sekolah. Ok, sini ada real busstop pole. Aku tunggu dekat hampir sejam kat sini. Siap aku tanye adek yang kuar sekolah, pakcik guard. Dorang semua kate ade. Aku kurang yakin tapi aku masih bagi peluang. Tempat duduk agak ke dalam sedikit, kejap duduk, kejap berdiri tapi kebanyakannya aku berdiri. Bila aku ambil keputusan untuk duduk, 10 minit kemudian bas lalu menderu laju. Dia ingat takde orang dan tak perasan aku, sampai aku berlari anak2 sampai auntie dalam bas tengok aku. 

Arghhh!Ye, aku jerit kat situ. Macam scene geram dalam dalam drama tu. Aku frust. Frust sebab menunggu sejam lebih. Dengan tak makannya aku lagi. Aku amik keputusan naik teksi. Aku jalan balik menuju ke jalan besar, lalu tempat aku menunggu tadi sambil on iPod aku. Stomp the feet.

Teksi balik harga dia separuh rupanya dari masa yang aku datang tadi. Dem. Patutla beriya2 menolong tadi.  Separuh hari aku dah abes masa dekat Damansara. Saba Nabihah, saba. Jangan nangis. 

Sedar tak sedar masa berlalu bergegas jugak aku balik. Entah kenapa aku merasa diri aku ini lambat dan masa begitu pantas. Siap2, aku bergerak ke tren kerana aku sudah lapar. Aku rancang masa ini untuk aku bertenang2. Aku bawa kaki aku ke Pavillion, Bukit Bintang. 

Rencana sebelumnya, mahu ke KLCC. Tapi rasa macam terlalu jauh pulak aku rasa, bagi perut yang dah kelaparan. Sebenarnye, aku pikir nak buat apa kau ke sana. Kehal apa kau nak tengok lampu jalan malam2 hari. Bagi silau mata saje. Banyak orang2 yang menjengkel. Banyak. Banyaklah benda2. Biasalah. Benda nampak dan tak nampak. 

Aku nampak. Nampak banyak batu dan simen di tepi jalan, untuk siap bangunan dan siap jalan. Peduli. Normal, lintas trafik, menyusur sepanjang jalan dan seperti biasa, banyak orang berlegar2, menikmati makan, membeli-belah atau pun yang masih tercari2 diri sendiri ini apa. Seperti aku. 

Fountain of youth masih berfungsi seperti biasa. Dan orang2 mengambil gambar di sekelilingnya seperti biasa. Masuk, aku menuju ke wayang dahulu untuk tempah tiket. Aku rancang begitu, dine in and watch movie. Me alone time tonight. Selesai, baru aku boleh makan dengan releks sama tenang. Tapi aku tak tau nak makan kat mane sebenarnya. Aku lapar nasi maka aku kena cari nasik. Food court pula tak boleh aku, dengan serabutnya aku, dengan hiruk pikuknya. Ini sebab aku mau rase bebas time makan. Ape benda perasaan bebas time makan ni. Scan papan panduan cari restoran. Haa, tingkat atas banyak restoran. Last2, aku tengok Serai @Pavillion. Serai tu kedai kegemaran kami di opis johor sebenarnye. Sebabnya, dah takde restoran melayu kat situ selain mamak. Arghh! Tapi aku nak tahu rupa Serai yang ini macam mane rupanya.

Selak2 buku menu kat pintu masuk, ade jugak banyak jugak lauk menarik. Last2, aku aim nasi ulam same ayam bakar. Teh panas. Aku jalan straight laju sampai ke meja dating yang hujung sekali. Meja dating tu meja berdualah. Haha. Pelayan berbaju seragam datang mengambil order. Semua pelayan lelaki dan kebanyakkannya berbangsa India atau Pakistan. Ada jugak seketul dua pelayan perempuan tapi agak2 rupa seperti lelaki dengan potongan rambut sebegitu. 

Aku jeling2 hidangan orang2 yang duduk makan berhampiran aku. Lauk2 yang memberangsangkan. Aku amik masa dengan hadam perlahan2 makanan aku, sambil2 melihat dekorasi dalam restoran tu. Selesai makan, dengan masa yang tepat, aku sampai ke wayang dan terus beratur beli popcorn. Fuh, panggung penuh rupanya. Kiri kanan aku ada orang. Aku capai makanan kegemaran aku. Apehal takde bunyi kunyah dekat2 area aku ni. Eh, marah pulak aku. Haha. Semacam mengganggu pulak kunyahan popcorn aku ni. Aku mula kunyah perlahan2. Kunyah perlahan2 ni, lama2 sengal jugak gusi aku ni. Score filem The Man from Uncle boleh tahan jugak. Satu lagi cerita daripada pengarah yang sama RocknRolla pon boleh sedap jugak. 

Dah hampir pukul 11.45 malam! Ah lagi laju aku berjalan ke stesen tren. Rupanya, kau tahu tren, dah tutup pukul 11.30 malam. Eh apesal, aritu kol 12 pun ade lagik tren? Aku musykil.  Aku duduk sebentar. Tiket aku dah beli. Aku cuba tanya akak tren, ada lagik tren ke tak. Dia kata 11.30 malam dah last tren. Aku cuba argue pasal hari tu punye tren. Dia kata mungkin ada tren delayed, sebab tu sampai lambat. Sekarang, tiada gunanya untuk menyesal. Aku nampak seorang budak lelaki sebaya adik aku masa tu. Mungkin dia pun menunggu tren. Instinct aku terus follow dan panggil budak tu. Aku tanya, nak share teksi tak sebab teksi waktu malam memang sah la mahal sikit. Muka dia aku tengok macam nampak agak garang tapi bila bersuara, agak sopan pulak aku tengok.

Kami bergerak ke tepi jalan, cuba untuk menahan teksi. Teksi pertama, tak guna meter caj 20 ringgit. Cancel, kami jumpe teksi kedua pun sama jugak. Last2 naik jugaklah sebab dah time malam begini malas nak memilih teksi. Destinasi dia sebelum aku tapi adek tu tak berhenti di destinasinya disebabkan nak menemankan aku sampai ke destinasi aku. Kami berhenti di situ dan dia nak bayar 10 ringgit, duit share teksi tadi. Aku cakap takpa. Pertolongan dia tadi pun aku dah bersyukur. Dia terus bergerak samada naik teksi atau berjalan kaki ke tempatnya aku tak tau sebab aku agak tak jauh sangat tempatnya.

Besok pagi, aku jumpa kawan aku yang dah lama menyepi diri dan terus pulang ke Johor. 


*Ini sebenarnye mengingatkan aku minggu yang aku cancel pegi KL dengan dah tempah tempat stay sama concerto Mozart In Paris. Lagi menyirap pulak tu, kawan aku ada dapat tiket free Sabtu malam tu iaitu konsert Wings. Dan tambah aku menyirap lagik aku tak plan lagik sebenarnya hari Sabtu tu aku nak buat apa. Abah bayar balik duit tiket aku. Hmmm.

Saturday, October 31, 2015

This Ground

This foot, this weight
On this dirt
Have been walked a while
Seems so many days
A thousand days sun rises
A thousand days sun sets
So as the moon
So much the earth has been
age and lost
Yet seem earth has been
liberating
People not care or mind
Are they had enough
They have grew their selfishness,
Tonight who will be the better between them
So many hurts, so many tears
Heart was sank into the deepest ocean
When then is no light 
Your faults do still exist
Do they fall collapsing
A crust of rock is full of 
crumble stone
And alone as the night,
Though who cannot see
Hope to walk in it
Anything yet it still there
Pick a flower in the sea of grass field
A line of frail is everywhere
Hope of soul
There a still a light around your feet
On this ground


Tuesday, September 8, 2015

Verge

Maybe I could a name band after this.

Name my guitar after this.

Name my book after this.

In the verge of going crazy.

You're not the dreamer.

You're not living in the clouds.

All the fluffy, white things.

Oh so light.

So bright.

See so not feel.

Now, before, after, still

You're getting to the edge.

Below are so high.

No one cares. No one believes.

It just a piece of crap, thrash.

Recycle?

Hurdle?

Absurd feeling.


Tuesday, August 4, 2015

Ke Pulau Langkawi Di Bulan Jun 2

Hujan masih agak lebat masa kami menunggu di situ. Memang menambah lapar jugak time hujan begini. Bekalan yang ade hanyalah marshmellow empuk seperti bantal yang sedap di tengah2 hujan begini. Apelagik, bedal lah kami, dah lapar punye pasal. Okey, sudah sampai vannya dan kami bertolak ke jeti mana aku tak ingat untuk loncatan pulau2. Nasib tak baik aku bawak kasut aja maka memang basahlah kasut kanvas aku bersama pasir2 nanti. 

Singgah dulu di Pulau Dayang Bunting. Peh, lama jugak tak dilambung ombak bot ni. Boleh tahan seronok sambil air memercik muka. Haha. Kami tau kami memang tak mandi pagi itu. Simbahan air memang agak mengena jugaklah ni. Nak sampai2 men corner baring brader bot ni. Layan ajelah. Haha. 

Ade jugak jual makanan tapi tak terbeli pulak. Air tasik dayang bunting pun ada. Aku waswas. Waswas kalau minum aku kata.Kami menapak jugak, menaiki tangga sebelum nak ke tasik. Ada batuan2 purba sebelum dinosaur wujud pun ada. Hai, ada pulak muncul segerombolan monyet bertenggek di tiang handle tangga. Isy2. Biasalah tu. Suka melepak. Pemandangan begini kadang di belakang rumah aku sambil membongkar sampah sarap. Jalan dengan hati2 dan akhirnya sampai ke tasik. Tengok ada naik kanu, naik bot comel yang dikayuh secara manual, berenang atau berendam bersukaria di tasik. 

Memang pemandangan bukit bentuk perempuan mengandung terbaring dan memang sungguh tenang air dalam tasik tu. Kawan aku ajak naik kanu namun aku agak kurang pasti dengan kayuhan aku yang pernah sebelum ini yang agak terbabas. Haha. Aku memikirkan mahu campak beg aku kemana bila naik kanu nanti. Last2, naik bot comel dengan kayuhan manual untuk bergerak ke sekeliling tasik dan aku tak pernah naik bot comel ni. Tapi mostly, kami pergi ke bahagian tengah dari stat jeti hingga ke hujung tasik. Hmm. Boleh tahan eksais jugak kaki ni. 

Bergerak ke Pulau Beras Basah, untuk berehat dan mandi laut. Aku seperti biasa tersadai sambil ambil 2 gambar dan kawan aku mandi laut. Ade jugak chalet di situ tapi aku rasa dah tak jalan lagik ni. Pantai di situ memang cantek seputih beras gamaknya. Selesai bertenang2, bertolak ke Pulau Lang Tengah untuk meninjau helang turun makan. Ada jugak kelihatan burung camar laut singgah2 makan di situ. Helang kebanyakannya warna coklat dan sedikit putih di bahagian kepala. Saiz boleh tahan besar jugak. Umah aku ada jugak tapi jarang2 jugak dan risau sebab kalau diorang datang, memang kena jaga2 ayamlah nampaknya.Diorang lapa kami pun lapa jugak ni. Setel semua loncatan pulau, kami bertolak pulang. Yang aku notis, setiap kali nak singgah pulau mesti men corner baring. Budak2 belakang menjerit jugak diorang namun aku dan kawan aku semacam senang hati pulak. Hehe.

Balik semula ke Underwater World dan kami mengisi perut di restoran depan. Bertolak pulak ke kabel car. Kawan aku pernah ke situ dan aku pertama kali di situ. Mula2, sebelum masuk, kami dijemput masuk ke bilik 3D untuk bagi feel dulu aku rasa. Selesai, kami bergerak ke stesen pertama. Nampak jugak air terjun,Telaga Tujuh ni aku rasa.Yang ini line dia agak panjang dan kecondongannya memang condong jugak. Orang gayat memang masalah jugak ni. Ini baru kereta biasa, kalau lantai cermin, rasa macam terbang atas angin. Berhenti kejap ambik gamba dan kau tahu jelah baru lepas hujan,kabus pun dah mula tebal. Tapi pemandangan memang cantik. Okey, sambung ke stesen kedua. Kali ini, line lebih pendek dan keadaan agak sejuk sikit. Hmm, ade lagi bayaran nak masuk menara peninjau pulak. Tapi nak ke sana kena hiking sikitlah. Tangga belum siap maka memang real hiking jugak lah. Yang nak turun memang tersengih2. Yang baru lepas, nak naik semula, hidung sorang2 dah kembang kempis menahan nafas. Cerun agak curam. Aku paham. Haha. 

Sampai ke menara peninjau, kabus jangan cakaplah kemain tebal dan cuaca agak sejuk. Alamak, aku teringat handphone aku. Boleh tengok suhu berapa. Berjalan di jambatan untuk sampai ke hujung. Dan kami hilang ditelan kabus dalam perjalanan itu. Masuk ke alam bunian ke hape. Macam tebing di negara China pon ada aku rasa. Okey, berehat sebentar menenangkan pikiran. Dan kami sebenarnya agak lama di situ. Aku dah siap bertapa di situ. Kerana di situlah kami sedang memikirkan mana kami nak tidur malam itu. Kawan aku siap telefon makcik tanya hotel yang okey. Dan kami jugak memintak pertolongan dan pendapat pemandu kami, abang Z dan jugak abang H dan F yang kami kenal di pantai Pasir Tengkorak. Aku rasa abang Z sengih2 pening kepala tengok kami ni keje men terjah. Camping air terjunlah, kemudian pantai Pasir Tengkorak pastu dah blur nak camping. Sebab takde tempat nak mandi ni woii. Dalam hati agaknya, saba jelah aku budak2 ni. Buat pengetahuan anda, abang H memmpunyai pakcik yang membuka kedai gelato di situ dan abang F adalah guardian di pantai Pasir Tengkorak. Maka, kami percaya pada orang yang dah biasa di situ. Hmm,bahaya ni men percaye2. Takpe, pegi tempat dapat kawan baru ye tak.

Agak lama jugak kami di situ. Ada di pantai cenang, gamble camping di Pantai Kok tak pun balik semula ke Pasir Tengorak. Memang boleh tahan pening jugaklah sebab memang men redah dah serupa merempat pon ade gak ni. Okey, pikir2 dulu sambil turun bawah balik. Haha. Hiking balik dan dah lame tak hiking ni, keperitan terasa. Hidung bergerak2 sambil memanjat tanah curam itu. Dan jumpe jugak orang tersengih  turun baru nak ke menara peninjau. Skang baru aku paham kenapa muka orang yang balik dan orang yang datang lain rupanya. 

Bertolak turun ke bawah. Hmm, aku baru berjumpa jugak ngan gaya gayat orang lelaki ni. Takpe orang dah kawin, peluk bini pun takpe. Haha.  Sampai di tanah betul, sambung dengan kepeningan kami lagik. Hujan kembali lebat dan kami makan aiskrim sambil memikirkan nasib berbelah kami itu. Abang H beriya benar mau tolong kami dan ajak makan gelato di kedai pakciknya. Aku mula target di Pasir Tengkorak sebab mengingatkan ade sarapan. Aku pasal makanan memang cepat saja. Di Pantai Kok takde tandas pulak, jangan cari pasal dengan tak mandi satu hari ni. Namun akhirnya, kami ke Pantai Cenang. Tapi aku tak kisah, mungkin berbeza malam kan. Pengalaman berbeza ade hikmahnya. 

Round kejap di Pantai Cenang kemudian sambung berjalan di pekan. Makan di kedai gelato pakcik abang H, kemudian sambung layan burger. Sambung balik jalan2 tepi pantai Cenang ambik angin malam. Chill out jelah aku.

Besok pagi, bertolak balik ke kompleks beli belah barang saguhati, cenderamata mahu dibawa balik. Ucap terima kasih banyak pada abang Z sebab banyak tolong kami bawak berjalan di Langkawi. Jasa memang tetap dikenang. Kami naik feri ke Kuala Perlis untuk naik keretapi di Arau. Berjumpa lagik dengan abang gayat dan bininya. Kami sengih dan kawan aku bertegur sapa dengan mereka. Mengisi perut di restoran berhampiran jeti Kuala Perlis. Aku memerhatikan 3 brader matsaleh begitu girang menjamu makanan Melayu siap bergambar kenangan lagik. Bagus jugak dorang bertanya dalam Melayu ape kebenda yang makcik tu masak. Haha. 

Hujan masih renyai2. Kami naik teksi ke stesen Arau untuk keretapi malam. Makan malam nasi lemak keretapi sambil2 layan pemandangan hijau tanah bendang. Terlena selepas makan dan kami sampai di stesen KL Sentral pada waktu subuh. Duduk kejap di tangga sementara menuggu LRT dibuka dengan muka mamai. Kawan aku memang power. Pulang ke rumah untuk bersiap2 nak ke kerja manakala aku ke TBS untuk pulang ke Johor. Kami berpisah di situ. 

Ini memang kenangan. Menapak beberapa km dengan berbotol air, tak mandi, hampir2 merempat, naik 5 jenis kenderaan berbeza. Kenangan pertama kali dan seterusnya rasa aku.

Balik, masalah masih belum jugak selesai. Dan masalah baru timbul. 

*p/s : Merin, tolong simpan rahsia aku na.





Ke Pulau Langkawi Di Bulan Jun 1

Aku pergi lagik ke pulau bulan ni. Aku dah lame pikir bende ni. Aku target cuma nak duduk di Pulau Tuba agak dalam seminggu.  Kepala aku masih serabut. Serabut dengan rasa bersalah. Pada diri kau, pada kerja kau. Aku cuba diri aku tapi tak boleh. Sifat belas ni memang membawa masalah pada aku. Kau rasa lelah dengan sifat begini. Cepat bersalah dan cepat meminta maaf. Nabihah, kau perlu berhenti seketika dan ambil masa kau.

Namun, aku masih berkira-kira untuk meneruskan tujuan aku.

Kebetulan, kawan baik aku berbincang mahu mengajak kawan luar negerinya pergi bercuti. Plan punye plan. tak jadik bertiga. Hanya kami berdua. Plan kami hanya untuk berkhemah. Tengok2 tempat yang ada  pemndangan cantik boleh khemah, kami layan aja.Aktiviti2 lain hanya sampingan. Cuba untuk berjimat duit. Pergi naik kapal terbang, balik naik keretapi. Ini plannya. Macam main redah. Terjun.

Aku dari Johor memang kena naik bas. Takda kapal terbang dari Johor ke Langkawi maka melalui Kuala Lumpur jawabnya. Hari Jumaat malam aku bertolak dari ofis ke Terminal Larkin. Aku target pukul 7.30 sampai 11.30. Bas ni tak sama yang aku pergi ke KL sebelum ni. Bas sebelum ini dah habis pulak tiketnya. Daripada bas lain yang tinggal, aku agak ini mungkin okey. Daripada masa2 yang lain, aku agak ini sesuai. Daripada petang menunggu bas, aku sibuk menelefon pemandu kami di sana. Mengisi perut dulu dengan nasi goreng kampung dan air masak di warung berdekatan.

Tempat menunggu salah. Okey, bertanya lelaki yang sedang berurusan dengan bas yang sama seperti aku hendak naik tetapi berlainan destinasi. Bas ke KL dekat dengan kaunter dik, kata lelaki pengecek tiket. Eh, apesal tempat menunggu bas ni bersepah? Aku menapak ke bas berhampiran yang kelihatan agak serupa. Aku melihat kembali tiket yang aku beli untuk melihat no plat bas. Ah, sudah backpack tak boleh selit di tepi tempat duduk aku. Abang yang duduk berseorangan di double seat mengoffer aku untuk menumpang backpack di tempat duduknya. Sampai di tempat duduk, aku sambung berbincang dengan pemandu kami.Lelaki tiket tadi datang untuk mengecek tiket. Time datang cek, time tulah tak timbul. Aku mula mengorek2 beg aku. Nasib baik tak keluar semua khazanah terburai. Bisa betul time tu. Ni kalo takda tiket, samada awak beli tiket baru atau turun dari bas, kata lelaki tiket itu semacam mengugut aku. Aku cuba carik lagik tiket aku. Memang tak jumpa. Okey2, saya beli, aku mengalah. Kau ingat aku naik bas seperti mencuri. Pada aku, cakap2 rileks sudahlah. Memang aku lagik sabar bila aku tengok jam dah pukul 8 malam. Lagik 2 kali berenti mengambil penumpang. Aku dah sampai apehal lu brader bas. Bau bedak Tamil kuat jugak di bahagian drebar bas ni. Aku mula panas hati. Melepas aku naik tren.

Aku memulakan operasi untuk menelefon orang yang berkenaan. Yang agak2 aku boleh diharap untuk membantu aku. Ada beberapa ketul yang menjawab, ada yang tak menjawab jugak. Aku berhenti untuk mengambil ketenangan. Tuhan tahu, betapa gelabah aku waktu itu tapi aku manage buat muka tenang. Tenang tapi bergelora jiwa raga.Kemudian, aku sambung operasi aku. Akhirnya, bersyukur jugak aku, ada orang yang boleh mengambil aku. Aku dah mula risau sebenarnye. Agak2 tidur di surau saje aku. Kalau teksi, merana jugak nak bayar tambang. Male friend dari tempat keje aku dulu . Dia adehal jugak sebenarnya mahu diselesaikan dan selesai hal, boleh amik aku dalam kul 2 lebih. Aku tak kesah, aku tunggu jugak sebab time begini memang hal kecemasan. 

Aku pusing2 carik spot mahu mendarat. Aku pergi tingkat atas mana tahu ada kosong untuk tidur sebentar. Harapan punah. Tiada kosong. Aku duduk sebentar di meja berdekatan untuk melepaskan lelah. Masih banyak lelaki melepak seperti burung hantu di meja makan. Aku turun ke bawah ke mencari tempat untuk mendarat. Kelihatan jugak sekumpulan budak perempuan duduk berbual di belakang kaunter tiket bahagian bas kurang popular. Hmm. Mula2 aku rancang mahu mendarat di bahagian dalam tapi disebabkan jumlah lemak aku tidak mampu menahan suhu aircond maka aku bercadang duduk di luar. Duduk berhampiran di pintu masuk. Hmm, suhu semulajadi di luar lagi mencabar daripada suhu tiruan. Nak buat macam mane dah kita duduk di dunia beraircond. Nasib baik kat umah aku tak pakai aircond, nak dikata kipas pun abah ngan adek aku tak suka bukak. 

Angin di luar memang ngam2 sejuknya. Kalau bertenang, memang layan habes terbuai ni. Haha. Waktu menunjukkan 1 pagi lebih. Lebih kurang 1 jam aku kena menunggu. Aku duduk di corner berhampiran pintu cermin automatik. Orang keluar masuk,turun naik eskalator tiba di terminal dan melalui pintu cermin automatik. Ceh, buku tertinggal pulak. Nampaknya iPod comel menjadi hiburan aku untuk membunuh masa. Sambil2 aku melayan video di iPod, sambil melayan angin lalu di lantai luar teminal bas ke selatan. Banyak jugak budak2 muda berbaring melepak berhampiran eskalator. Kelihatan beberapa manusia lelaki tidur di tepi dinding luar. Agaknya  menunggu subuh dan mungkin takde tempat untuk bermalam. Seperti gelandangan aku rasa. Dan aku juga, pertama kali rasa gelandangan. Mengantuk memang mengantuk tapi tak boleh tidur sebab keadaan kau yang tak selesa. Kelihatan pakcik Tamil amik port di depan aku sambil handphone. Sedap2 aje berbaring berbalut kaki dengan kain tuala. Layan aja pakcik Tamil ni. 

Sesampainya kawan aku di lobi terminal, kami menuju ke KLIA 2. Kawan aku kelihatan segak aku rasa sekarang. Kadang2 lelaki perlu jugak ke gim untuk megambil berat tentang kesihatan kau. Gim ni bukan nak gagah perkasa saja. Aku rindu jugak gim tapi memikirkan tempat aku keje pun dah macam gim. Dah lama tak jumpa sejak aku dah tak keje KL. Aku dah booking siap2 sebenarnya space dekat Container Hotel. Ini pertama kali dan aku puas hati. Bilik memang betul untuk persinggahan. Aku amik untuk 6 jam tapi tak cukup 6 jam memandangkan aku sampai pukul 3 lebih. Dapat free botol air dan set berus gigi. Selesai membersih diri sebelum baki jam yang hanya tinggal 4 jam saja lagik, aku menutup tirai yang berfungsi sebagai pintu. Takkan nak pakai pintu sliding kayu, tak ke lemas kau nanti. Dapat tuala percume, air mineral percuma, berus gigi percuma. Hmm. Ada tagline pulak. A Breath of Fresh Air. Thirsty Man. Oh, aku lihat ade syampu dan sabun percuma di shower room. Smelly Body and Stinky Hair. Tak2. Aku tak ingat ape tagline dia. Cuma yang tagline berus gigi je aku ingat. Yang lain itu, hanya tagline imaginasi aku aja. Bantal dapat dua bijik tau. Ada selimut lagik. Seronok aku. Haha. Aku hanyalah pelanggan yang berpuas hati. Dan aku merekemenkan tempat ini kalau kau rasa kau akan tersadai di KL atau masa nak tunggu flight.

3 jam lebih saja tidur woii. Siap2 membersih diri aku check out menghala ke ERL untuk KLIA 1. Kawan aku dah siap menuggu di KLIA. Aku berpikiran sempat ke tidak nak bersarapan ni. Mungkin sempat mungkin tidak. Aku terus berjalan menuju ke stesen ERL. Aku tak pasti belah mane. Macam ade perasan, Naik eskalator, turun eskalator. Lalu 2kali depan guard Nepal. Lantaklah, cam tak cam aku. Sampai ke kaunter ERL, aku konpius mane satu nak ke KLIA ni. Ada dua belah maka aku bertanya kepada akak yang berpakaian sperti yang aku agak biasa menggunakan ERL. 

“Ada dua, sama ada terus ke KLIA atau berhenti kejap2 dekat stesen. Ambil yang terus ke KLIA teruslah, senang. KLIA Ekspres.” ujar kakak yang berpakaian seragam kerja.

Aku amik terus ke KLIA memandangkan ada cukup2 waktu untuk makan pagi sekejap. Ini pertama kali aku ke KLIA naik tren. Banyak eskalator ni, mana satu aku nak naik ni. Dalam waktu 5 minit pertama, sampai 2 kali aku ulang naik moving walkway ni. Dan 2 kali jugak lah aku tengok orang indecision nak beli chips yang mahu dibawak bekal. Ape kehal ulangalik naik moving walkway ni. 

Ntah kenapa aku semacam confuse tingkat yg mane satu. Akhirnya, jumpe jugak kawan aku dan kami pegi setel berkenaan tiket kami. Ini sebenarnya pengalaman pertama aku setel pasal penerbangan di KLIA. Haha, banyak benda aku belajar. Dahla salah tulis nama, beg pon aku ingatkan kene caj. Last2 hantar ke kargo jugak siap2 ngan bateri D empat ketul yang sebenarnya tak boleh masok kargo. Pada waktu itu, aku syak bateri itu akan mencair dan entah apa lagi aku tak mahu pikir. Mungkin disebabkan dia duduk di perut kapal terbang dan kapal terbang boleh meragam. 

Brekfes tak sempat dan kami menuju ke balai berlepas. Aku melihat2 manusia dan kawan aku pula busy mengambil gambar kenangan. Selesai menunggu, kami bergerak menuju ke kapal terbang. Perjalanan 1 jam dan aku berkira2 bahagi tempat duduk antara kami. Aku duduk time berlepas memandangkan aku tak suka naik kapal terbang sebab kepala aku cepat bengang melawan tekanan dengan keadaan jarak seat yang agak sempit. Dapatlah oren kordial dan kacang kunyahan sementara untuk melegakan kepeningan aku.

Okey, cukup setengah jam. Switch tempat. Bagaimana caranya? Mari aku bagitau caranya. Cara biasa tak boleh kan? Begini,kawan aku mulakan langkah pertama dengan teknik mengecilkan diri lalu melompat di belakang aku terus ke tempat duduk tepi tingkap. Dan aku menipiskan diri dengan berdiri dan bergerak ke seat tengah. Mudah bukan? Kesimpulan, masalah setel dan mat saleh di sebelah kami hanya tersenyum nipis. 

Sesampainya di lapangan, selesai mengangkat beg, kami saja menuju ke booth penawaran pakej langkawi. Bertemu dengan akak peramah berloghat utara yang pekat. Menarik kak tapi malangnya kami booking dengan orang lain dulu. Tapi takpe, booking trip belum lagik. Releks2.

Brader Z merangkap pemandu kami dah standby menunggu kami. Mula2 kami pergi ke Padang Matsirat untuk membeli barang2 apa yang perlu, kemudian menuju ke Air Terjun Temurun. Konon mahu berkhemah di situ. Brader Z menunjukkan tanda2 kerisauan sebab dahla satu tempat jauh dan memang jarang orang berkhemah di situ. Kami pikir jugak backup plan ni.

Ada tangga menuju ke air terjun. Dekat dan tak berapa tinggi sangat tapi air terjun nya tinggi gila! Air yang turun agak sedikit. Kami melihat2 keadaan sekeliling. Ada kesan arang tertinggal hasil dari barbeque agaknya. Keadaan kemirinngan batu memang agak mencabar. Kalau kami berkhemah di sini, memang tidur menyenget dan sedar2 dah masuk kolam air terjun. Aku agak batu2 sini memang batu asal serupa zaman dinosaur dan tengok keadaan daun lumutnya. Ada beberapa uncle kelihatan seksi di sini bermandi manda. Tambah lagi, kehadiran anak2 muda datang jugak untuk mandi manda dan juga sekumpulan pelancong arab. Kami berbaring sebentar di atas batu mengadap air terjun untuk menikmati angin sejuk air terjun. Lama kelamaan air semakin banyak turun. Ini kalau bangun pagi bukak pintu khemah, nampak2 air terjun memang peh la. Tapi apakan daya, dan aku agak waktu di sini pada malam hari memang gelap. Kami siap berkelah roti sama chilli tuna lagik.

Selesai menikmati alam, kami bergerak turun ke bawah dan bertemu dengan sekumpulan monyet2. Ada jugak beberapa anjing lalu di kawasan rendah air terjun tersebut. Kami seperti jaga menjaga barang dan mata kami bertindak seperti helang memerhati monyet2 tersebut.

Orait, kesimpulannnya, kami tak jadi bermalam di sini dan bergerak menggunakan kaki ke Pantai Pasir Tengkorak. Jalan sejauh lebih dari 2km menunggu kami. 

Mulakan perjalanan. Hari dah agak redup waktu itu. Kami berjalan di susur2 jalan di belah berhampiran pantai. Backpack 2 bijik, beg plastik 1 bijik, 2.5 liter botol 4 bijik dengan 1 botol dah tinggal separuh sama beg khemah 1 bijik. Kilometer pertama, kami berborak pasal perkembangan diri sambil2 masuk bab masa depan. Time ni masih tabah lagik. Okey, masuk kilometer kedua, dah mula nak start parah. Aku la tu. Lapa kau jangan cakap la. Berhenti kejap jugak minum air. Gila kau tak minum air, kita bukan hewan padang pasir. Sesekali menjengah pokok2 di tepi kalau2 boleh nampak pantai. Aku siap tanya kawan aku boleh redah je tak turun ke pantai. Bila dipikirkan balik, nak turun cerun dengan botol air penuh di tangan macam tak kena  gaya pulak. Nyesal pulak bersikap seperti lupa daratan beli botol air banyak. Sambil2 melupakan kesengalan tangan aku yang mula terasa, kami berbual pasal keadaan di sekitar itu. Time ni kau akan ambil berat keadaan sekeliling kau.Angin, pokok, batu di jalan, tanah dan cahaya matahari. Berjalan sungguh melegakan walaupun amat memenatkan. Banyak benda kau boleh pikir atau kau boleh biarkan pikiran kau kosong. 

Kenderaan ada jugak lalu di situ tapi agak kurang. Kami bertukar barang untuk dipegang bila aku kelihatan seperti goyah memegang botol. Mungkin fuel tak cukup. Haha. Beberapa ratus meter terakhir, seorang lelaki membawa skuter menegur kami. 

“Korang ni backpackers ke.” Iyekan aje.

Ni nak pergi Pantai Pasir Tengkorak belah mane?

“Rasenye depan lagi kot. Dalam 300 m lebih agaknya”

“Yang dekat selekoh tu la?”

“Haah. Lepas selekoh tu, nampak ade simpang masuk. Yang tulah agaknye”

“Korang ni nak ke sana jugak ke ni. Nak tumpang boleh jugak tapi kena satu2 lah.

“Haha. Yelah ni. Takpelah, terima kasihlah. Kang roboh pulak motor.” 

Sebenarnye time aku belajar dulu penah juga naik moto 3 orang tapi tak bape jauh. Nasib baik tak kena tahan dengan pak guard. Yang ni nak tumpang macamna. Dengan barang banyaknya siap berbotol2 air. Lagipon kau boleh percaya ke. 

“Orait. Jumpe kat sana.”

“Laa. Lupe nak suruh dia tolong bawakkan botol2 air ni ke sana” kata aku kepada kawan aku. Bila dipikirkan baliklah. Kahkahkah.

Bau2 laut sudah semakin kuat. Bau air laut masin bersama angin pantai. Tangan aku dah tahap gigil jugak bawak botol. Kawan aku ni memang kuat orangnya. Jalan jugak laju. Hehe. Bila nak sampai. Sambil2 aku beristigfar jugak. Nampak satu corner, dah ade satu macam rasa lega. Ini dah nak dekat sampai la ni. Timbul pagar sama gate, lega benar rasenye. Sudah sampai!Alhamdulillah!

Boleh tahan jugak ramai namun tak sepadat Pantai Cenang aku rasa. Kawan aku mandi pantai dahulu sementara aku mengisi fuel yang telah kontang. Peminat air laut dia ni. Hehe. Sapu roti sama chili tuna lagik. Sebelum ni aku kurang gemar makanan dalam tin, sekali terkena, terasa sedap pulak.

Monyet mula datang. Okey2. Aku mula mengemas. Langit mula mendung. Pulau Tarutao berbalam dari jauh.  Hmm. Hujan mula mendatangkan diri. Tik2. Tik2. Hujan mula gerimis. Kami siap2 kemas bawak barang untuk berteduh dan gegas ke surau berdekatan. Kasut aku mula basah dan aku mula menyumpah diri kenapa tak bawak selipar. Sudahnya aku berkaki ayam. Lantaklah. 

Agak lebat sebentar pastu kembali gerimis. Aku berdiri termenung dan berbual pasal plan kami untuk besok. Muncul abang H yang menegur kami di tengah jalan tadi. Beberapa ketika kemudian, datang abang F pula menegur kami. Banyak berbual pasal langkawi dan aktiviti orang muda. Brader G takde pulak. Haha.

Orait, nampak gaya hujan makin berkurangan. Bawak barang ke pergola berdekatan bila ada satu famili mula nak blah. Sambung berbual lagik dan kawan aku sambung ke pantai bermain air. Abang F hendak keluar membeli barang memasak dan keperluan diri aku rasa. Okey, pucuk dicita ulam mendatang dan dah hampir satu hari, kami tak makan nasi maka kami kirim abang F nasi goreng kampung. Kami mula nak setting khemah dan carik port yang sesuai. Barang memang lambak yempat duduk pergola jela.Hasil keramahan brader H dan kawan aku dan jugak rezeki, kami menerima hadiah makanan yang merupakan semangkuk ayam barbeque, seperiuk nasi puteh, air masak satu cerek, manisan jagung 2 mangkuk tak silap aku. Masalahnya skang lauk tu dah macam lebih 2 orang makan.

Sambung setting api untuk masak air panas. Peh, kemain punye susah api nak hidup. Letak dekat bekas tempat barbeque tadi. Dengan kayu kontot dan basahnye. Kawan aku beli firestarter macam kuih sagun tu pun macam liat nak hidup. Campur minyak tanah lagik.Dapat jugak hidup tapi kecik. Tak sebesar yang first time kami buat unggun api di Penang dahulu. Aku tak puas hati. Dulu tak payah guna minyak pun api besar. Nampaknya hati aku lagi panas membara daripada api ni. Aku saba. 

Ditambah lagi pulak air takda, peh ini memang parah. Tadah air dekat kafe abang F berdekatan dengan baldi. Mengimbau kenangan lagilah aku nampaknya masa duduk di asrama dulu. Cuci2 dan gosok gigi sajelah di surau yang sudah lama ditinggalkan itu. Dah satu hari tak mandi ni. Dengan kering panas dan basah lembap, dah macam tak rase ape. Aku saba jugak dengan tak mandi ni. 

Sambung membesarkan unggun api, dengan menggunakan sumber apa yang ada. Time ni kau lanyak sume kau bakar. Marah nampak. Haha. Getah tayar, surat khabar, jolok lagi dengan kayu. Lepas tu kau kipas lagik dengan gaya mengipas sate. Api dapat membesar sedikit walaupun tidak seperti yang kami mahukan. Makan malam itu pon agak kurang selera mungkin disebabkan kepenatan dan kurang tidur. 

Ingatkan boleh tidur awal tapi susah tidur jugak. Tambah khemah panas, kemungkinan hari nak hujan agaknya. Kawasan sekitar agak gelap jugak tapi lampu surau memang kami dipesan supaya bukak. Lolongan anjing menambah efek2 seram. Lama jugak tu. Panggil geng dia agaknya. Ke sengaja nak menguji kami. Aku segera mancapai kitab doa majmuk dan kami baca doa2 yang patut. Bunyi jugak ada desiran di khemah. Ah, itu mungkin monyet mencari makanan tu. Babi hutan nak turun dari celah mana pulak, tapi berkemungkinan jugak. Babi hutan boleh turun bukit ke? Cube jugak lelap mata namun tak boleh jugak. Kawan aku dah terlena aku rasa. Layan iPod pon entah bila tersadai. Sedar2 sudah subuh. 

Ambil angin pagi dan bersiar2 tepi pantai kejap. Matahari malu pagi itu dan Pulau Tarutao jugak menyorok dari kami. Hujan mula turun dengan agak lebat bersama guruh. Siap2 kemas, panggil brader Z pagi2 ambil  kami dan kami menuju ke Underwater World untuk menunggu van sebelum bergerak untuk adventur loncatan dari pulau ke pulau. 

Wednesday, June 10, 2015

Ke Pulau Tioman Di Bulan Mei/Selaran Matahari

Aku kalau travel seorang, aku rasa rajin menulis. Kalo dengan orang lain, aku malas. Tak2, kalo bilangan seperti cukup untuk buat satu band aku okey. Entah, agaknya, kalau sorang rasa introspective. Tapi tengok keadaan. Kali ini sebenarnye aku mengikut rancangan kawan aku dan kawannye hendak ke Mersing. Fit in.

Aku baru balik dari Tioman ni. Tak bawak balik apa. Cuma bawak balik kulit terbakar dan semestinye kenangan. Akibat tak bawak sunblock. Moisturiser, ade cuma tahap 30. Memang teringat nak beli sunblock dengan tahap terkuat. Tapi tak beli. Ape kebende aje aku ni. Pengabaian minda.

Orang kata memang bijak pergi berjalan bawak kamera. Kamera canggih tapi taklah canggih sangat katenye. Aku baru beli kamera ni sebenarnye. Cuma yang lagi bijaksananye,aku tak beli memory card. Bijak, memang bijak. Pengabaian minda lagi sekali agaknye.

Aku nak cakap ni. Jangan ketawakan aku. Mak aku masih temankan aku tidur. Dan umur aku sudah 31 tahun ini. Tahun ini! Takkan aku nak halang mak aku. Aku cakap tak apa2. Dah biasa duduk berasing dari keluarga lepas darjah 6. Tapi sebagai emak, dia risau.

Kami semalaman di Mersing. Aku kena buat begini sebab feri awal pagi. Nak taknak kena bermalam jugak. Sapa nak hantar pagi2 buta ke Mersing ni. Kami naik bas dari Ulu Tiram ke Kota Tinggi. Kemudian, naik bas rock n roll Omnibus ke Mersing. Mak aku tanye pak cik bas berkenaan perkhidmatan bas ini. Jawab pak cik, ini last bas ke Mersing. Kami bernasib baik. Ini old skool bus. Bas besi yang kejap2 berhenti, kejap berhenti. Berhenti mengambil dan menurunkan penumpang. Dan bas ini tiada air cond. Diulang tiada air cond. Cuma angin semulajadi untuk menyejukkan badan. Apa salahnya, tak payah pakai air cond sekali sekala. Aku sebenarnye anti air cond. Dalam bas, aku tak tidur. Mungkin disebab angin segar menyapu pipi. Dalam bas agak penuh jugak, mungkin disebabkan hari minggu.

Dua jam perjalanan, akhirnya Magrib kami sampai di Mersing. Aku tau hotel yang aku tempah dekat dengan jeti dan stesen cuma aku perlukan kepastian. Mencari orang untuk bertanya. Sekali lagik dengan pakcik itu dengan isterinya. Jawab mereka, jalan terus saja, naik jejantas dan kemudian terus hingga hujung deret kedai sudah sampai. Baru aku perasan mata sebelah pak cik bas itu kelabu. Macam mana pak cik bawak bas itu. Ini misteri. Pak cik mempunyai kuasa!. Ini baru dikatakan pengalaman. Lain kali tambah aksesori penutup mata sebelah macam Flying Dutchman. Gurau pak cik, gurau.

Sambil2 berjalan ke hotel kami, kami menemui restoran untuk mengisi perut. Ada dua gerai dan kami memilih yang berdekatan tepian sungai.Dan lagik kami terjumpa pak cik bas tadi dan isterinya. Agaknya penat membawa bas seharian. Dengan mata sebelah macam tu lagik. Hmm. Restoran itu cuma menyediakan hidangan nasi lemak saja. Nasi lemak bersama ikan goreng selar kuning yang comel, ayam krispi berbentuk KFC atau telur goreng mata kerbau yang kelihatan kerinting di tepi. Aku memilih ayam krispi dan mak aku memilih telur goreng mata kerbau kerinting di tepi. Mak aku bercadang membelanjakan pakcik dan isterinya tadi. Pak cik itu dan isterinya berjalan di sisi kami dan mengucapkan terima kasih. Tiba2 makcik itu pesan kepada kami, jangan naik jejantas kerana jejantas itu tinggi. Mungkin mak cik itu terharu kerana mak membelanja mereka makan.

Setelah sampai di hotel, kami keluar sekejap membeli barang. Dan mak aku bercadang hendak singgah di kedai pakaian di sini. Aku mahu mencari selipar dan sabun mandi bersaiz comel. Kami masuk ke kedai 2 ringgit. Wau, semuanya murah! Mata aku menjadik bulat. Semua barang ada. Rempah kari 2 ringgit dan semua rempah ratus. Paket yang bersaiz besar juga murah dan harga ini kau takkan dapat di kedai runcit biasa. Kedai runcit di tempat aku pun tak dapat ni. Aku jumpe Sugus di sini macam aku jumpe harta karun. Gula sweet haw yang nipis tu pun ade. Gula2 zaman masa aku kecik. Memori mengimbau kenangan.Nampaknye tak sempat mak aku nak singgah kedai pakaian.

Dah tua tidur dengan emak. Haha. Katil sebenarnye katil single tapi agar besar dari regular single size katil yang biasa pakai kat rumah. Nasib baik dua2 pun badan tak berape besar. Mak aku tidur awal, dan aku masih menonton muvi. Malam itu sebenarnye aku tak boleh tidur sangat dan padahal mak aku telah diulit mimpi. Nampak gaya memang tidur ayam saja aku malam tu. Kebetulan kawan aku subuh nanti sampai nak tumpang membersih diri sebelum bertolak ke Tioman.

Pagi itu, setelah aku menghantar emak aku ke stesen bas Mersing, aku berjalan kaki ke jeti Mersing. Tambahan pula, hujan pagi itu renyai2.Selesai mengambil tiket yang perlu, kami berjalan ke jeti menunggu bot. Peh, pelancong memang ramai. Penuh tak penuh tempat duduk di jeti tu. Nasib baik ade tempat di antara tempat2 duduk antara tempat duduk yang penuh tu. Sementara menunggu, kelihatan budak kecik perempuan kacukan mat saleh asyik bermain dengan budak lelaki melayu. Mungkin bertemu jodoh semasa dewasa nanti? Bapak budak kecik sekadar memerhati dan kadangkala melayan kedua2 budak itu. Etnik ibu budak perempuan itu aku tak pasti. Macam dari Asia, macam dari Amerika Selatan. 

Aku sebenarnye tak sempat nak bersarapan. Time hujan begini menambah lapar. Nampaknya kami akan menaiki bot comel daripada feri ni memandangkan tempat pennginapan agak jauh sedikit. Hujan masih turun walaupun reda sedikit dari tadi. Aku dah aim duduk di luar mase sampai sebabnya  aku memang tak boleh. Tak boleh sebab muntah. Terkurung dan bergoyang. Peh, nampaknye kami kena penuhkan tempat duduk di dalam. Bot gerak je, aku keluar.  Dua jam lebih perjalanan, dua jam lebih la aku duduk kat luar. Dengan perut tak isi, memang agak pusing kepala aku ni. 

Mula2 aku duduk sebelah akak India. Kosong sebab laki dia melepak dekat tepi bot berborak dengan geng dia. Aku pandang ke lautan lepas. Merenung air laut yang laju menderu dilanggar bot. Aku memandang kosong. Aku cuba tak menghiraukan kepala dan perut aku. Bahagian luar bot, semua lelaki yang melepak. Aksi berborak dengan orang asing, menghisap rokok sambil melayan angin laut, tak menghisap tapi melayan angin laut jugak dan jugak aksi menangkap gambar2 pemandangan. Aku termasuk dalam aksi melayan angin laut kejap melayan blues, kejap2 menangkap gambar. Dua orang kawan pula sedang sedap melayan mimpi aku rasa. 

Satu jam, mereka keluar ke tempat aku. Rupanya dia orang mencari aku yang menghilang. Aku mula bergerak duduk bersila di atas para berdekatan tempat duduk memandangkan tempat duduk di tepi bot sudah penuh. Mereka mengajak aku bergambar bersama. Aku cuba tidak menghiraukan kepala aku yang mula kosong seperti kosongnye perut ku. Dalam hati aku, bila nak sampai ni. Dah macam mantera dibaca dalam diam. 

Bot mula membelok meninggalkan pekan yang kelihatan dari jauh. Aku tak pernah ke pekan Tioman tapi aku agak itu dari jauh kelihatan bangunan2 yang menguatkan kemungkinan aku. Peh, jauh lagik rupanya. Atas nun hujung di utara. Waktu hampir tengahari, sampai saja kami dibawak oleh tuan rumah Puteri Salang Inn dan kami dibawa untuk mengisi perut di restoran berdekatan. Restoran Puteri Salang Resort dan ada satu saja restoran di situ. Sarapan dah jadik masa brunch dah cuma hidangan ringkas mee goreng. Makan bersama kopi panas. Kami berbual2 dengan abang Long dan abang Ngah. Aku rasa macam sesi suai kenal aje. Lantaklah.

Check in pada waktu seperti biasa. Bilik kami sedang siap dibersihkan sewaktu kami sampai. Mungkin baru lepas check out agaknya. Peh, siap ade kelambu untuk yg katil queenlah. Semua ada walaupun barang agak lama tapi selesa sebenarnye. Heater pon ade ni sebenarnya. Satu lagik, lantai berlekit. Orait, kami panggil diorang lap sekali lagik ni. Aku agak sabun yang diorang pakai ni. Oh ya, kami juga ada penyambut tetamu iaitu kuceng berbulu perang coklat yang diberi nama oleh kawan kami sebagai Brownie.

Bersiap2 untuk berlatih snorkelling. Berlatih dulu katenye. Ye, kami ada set time dengan abang Long ngan abang Ngah tadi tolong bawak kami ke pantai untuk snorkelling. Okey2, berlatih snorkelling dengan diorang. Mula2 kami pinjam snorkelling gear dekat kami menginap tadi. 10 ringgit sampai kitorang balik. Adek Wan ajar kami cara pakai life jacket dan google dengan betul. Pakai dengan betul maka selamatlah. Saiz kena betul samada satu pinggan, dua pinggan atau tiga pinggan katenya. Hmm. Haha. Selesai pengenalan cara memakai alatan snorkelling, kami bertolak ke pantai. Aku simpan kunci di kotak kaunter pendaftaran. Adek Wan sama adek Nik tegur, apesal nampak muda. Macam 20 an. Aku kata, macam budak2 eh. Dorang macam tak percaya. Ini memang real dik. Untuk nampak muda kau kene menjiwai muda. Aku sekadar senyum sebelum aku membuka mulut dan mula merepek.

Abang Ngah kasik kami pinjam kamera comel yang boleh dibawa masuk air. Nampaknya abang Ngah percaya dengan kami. Yang mengikut kami sekali jugak adalah abang Chik. Kami tak tahu berenang sebenarnye. Kawan aku dua orang lagik diorang okey, aku aje nervous. Nak dibandingkan aku, lagiklah, dah lame tak mandi laut ni. Maka, keyakinan diri agak berkurang sikit berbanding kawan aku lagi dua orang tu. Terus2 masuk laut, terus berenang. Makin ke tengah, ke tengah. Aku sudah nervous. Tak boleh aku camni. Abang Chik ni bawak aku macam aku sudah konfiden tapi aku sebenarnye belum. Aku tak pernah merasakan berenang sebegini penat. Dengan kadang2 nya air masok dalam hidung. Janggal sungguh rasenye bernafas ikut mulut. Padahal bukannya aku tak pernah praktis time hidung aku tersumbat. Dari segi ini, aku tafsirkan minda aku tak cukup tenang. Sebab kau rasa otak kau ni dah sesak keje yang kau tak suka. Aku tak suka guna perkataan benci sebab aku rasa perkataan itu terlalu kejam. 

Kawan aku berdua bersama abang Ngah. Diorang aku nampak memang menikmati aktiviti snorkelling. Memang benar lah aku ni stres sebabnya aku tak boleh fokus. Stres buat aku kurang yakin da kurang fokus. Releks dan cuba untuk melepaskan. Kami berenang ke platform plastik yang berada agak jauh dari pesisir pantai. Aku dan abang Chik sampai dulu. Agaknya dia dari tadi push aku berenang2 tak habis2 tadi,sampai agak lenguh aku. Kami berehat sebentar sementara menunggu kawan aku yang sedang menikmati snorkelling mereka. Abang Chik mencelah serupa bertanya, “Ada rokok?”. Dia selamba dan aku blur sebab aku penat. Dah lama sangat wey tak masok air ni. Aku cool tapi sesetengah perempuan sure buat muka pelik dan annoy apabila laki2 meminta rokok. Dalam hati mereka mungkin, ape hal kau tanya aku soalan begitu kat aku? Kau ingat aku merokok ke? Tak pun dah buang tebiat yang aku ni merokok? Tapi aku tak. Aku releks dan aku taknak teruk masuk kesimpulan. Aku cuma buat takde perasaan saja. Dia sengih bila aku tak jawab apa2. Tapi dari celah sinaps otak aku, aku rasa sedikit sense of acceptance. Laki2 mintak rokok pada laki2, itu biasa. Itu kasual. Laki2 mintak pada perempuan mungkin tak sopan sebab jarang2 perempuan merokok dan kedua, laki2 meminta pada perempuan macam duit ke, atau apa2 barang macam laki2 ni takde kuasa. Macam laki2 itu mengharapkan perempuan.Setiap benda membawa maksud berbeza. Nilai pinjam barang tak sama dengan nilai meminjam duit. Tapi pada aku tak, itu maksudnya we are good, we are even atau kita equal. Aku taknak pikir kau tinggi rendah. Aku tau orang tafsirkan berbeza. Terpulanglah pada korang. Aku taknak berfikiran terlalu sempit atau terlalu luas. Pada aku, aku campur saja semua orang. Tapi hati2 tetap ada. Sebab itu kadang berbual pak guard dengan makcik pasar lagi senang dengan orang muda. Serius aku cakap ni. Kadang 2 aku rasa banyak sangat nak berdebat. Semua benda nak rush. Maafkan aku kalau aku tersasar jauh sebab mendeepkan nilai sesuatu benda ni.

Abang Chik rupenya garang jugak. Dan agak pedas jugak dia ni. Haha. Abang Chik suruh aku ikut dia cakap dan tanam dalam kepala aku, Awak Takkan Tenggelam. Diulang banyak kali. Haha. Beberapa kali aku cakap dan kemudian, praktis suruh bertenang dalam air. Abang Ngah cakap aku kena dera bila nampak aku dah mula bersin2 dan hidung aku mula tangkap leleh. Rakam video kejap dan tangkap gambar dan kami mula bergerak pulang untuk makan malam. Brownie seperti biasa ada di kawasan rumah penginapan kami dan bertindak sebagai pengawal menjaga rumah kami. Kawasan malam di sepanjang jalan ke restoran agak gelap. Memang kena bukak lampu suluh ni. Oh ya aku lupa, periuk api hasil monyet di sini berwarna hijau bukan coklat. Maka, kami kena berhati-hati memijak rumput. Periuk api hijau ni payah nak nampak.

Lauk malam macam makan nasi kat umah. Lagik sedap dari lauk siang. Aku puas hati. Abang Ngah dan abang Chik kadang2 datang menegur kami. Diorang ni memang rajin menegur, jadi memang peramah. Abang Long sedang sibuk mengurus makanan di dapur. Tambahan pula, abang dreadlock sama abang serupa faizal hussein jugak sibuk melayan tetamu yang semakin ramai. Aku pulak semakin menjadi2 bersin kesan snorkelling petang tadi. Badan mula naik panas la ni.Tapi malam itu aku ditugaskan untuk menghabiskan hidangan makan malam. Hidangan buah-buahan abes aku sapu. Selesai, kami sambung bersiar2 di tepi pantai sambil2 survey cenderamata. Biasalah, tepi pantai ni keja berjalan sambil angin malam. Dan kebetulan malam itu bulan mengambang. Awan berbalam2 dengan cahaya bulan. Berjalan ke kiri bahagian pantai dan kami duduk. Berjalan ke kanan bahagian pantai dan kami duduk. Tiba2 muncul arnab comel di celah2 bawah para yang berdekatan. Tuan resort ni bela agaknya. Kami cuba tangkap tapi payah jugak nak dapat ni. Biasalah, sambil2 duduk ambil gambar jugak. Berjalan jugak hingga ke jeti dan termenung memandang laut. Melayan angin lalu.

Besok pagi sambung lagik snorkelling di Taman Laut. Bagi makan ikan. Bawak bekal nasi goreng ayam. Pagi itu, aku sudah pesan pada kawan aku, korang saje pergi. Aku sejak petang semalam kena panas dalam. Dalam kepala aku dah membayangkan baca buku, tidur,dengar radio di beranda. Aku terpikirkan mau pinjam gitar daripada budak2 ni. Amboi2. Tapi akhirnya, aku pergi jugak. Awal2 memang aku tak turun. Ada jugak akak yang aku agak datang bersama suaminya. Minit2 pertama turun sekejap, kemudian naik. Aku paham. Namun, pada aku agak rugi di situ sebabnya dia ada suami yang boleh membantu. Pada aku, untunglah sekurang2nya ada suami yang boleh membantu snorkelling. Duduk memberi ikan makan. Ikan2 agak lapar aku rasa disebabkan diberi makan sekali sehari. Hmm. Kami berehat sebentar di tepi pantai untuk makan tengah hari dengan dibekalkan nasi goreng bersama ayam goreng . Apahal kering benar rasenya ni. Telan jugak aku. Kemudian, kami sambung dibawa tempat snorkelling yang lain. Ada jugak dibawa ke tempat yang agak dalam dengan melihat air laut berwarna biru yang lebih gelap berbanding tempat yang dilawati tadi. Aku turun di lokasi snorkelling terakhir bersama kawan aku. Haa ini cikgu senang faham. Kawan aku banyak membantu aku cara2 snorkelling. Jumpa jugak aku ikan belut belang2. Mula2 aku ingatkan ular laut. Haha. 

Kami pulang ke chalet membersih diri dan semestinye Brownie menunggu setia di pintu chalet. Situ memang kawasan monyet dan kau tahu2 sajalah. Makanan tinggal sekejap di luar pun dah kena rembat. Lepas tu, hentam tidur sampai ke petang. Kepenatan dan kurang tidur pun ye jugak. Malam sambung makan ikan bakar pula. Sekali lagik, aku ditugaskan untuk menghabiskan makanan. Makan malam memang sedap. Sambil2 setel gambar kamera petang tadi. Budak2 sini memang peramah cuma aku je tak pandai bercakap. Haha. Nasib baik kawan2 aku boleh tahan peramah diorang ini. Selepas itu, kami sambung berjalan di tepi laut dan survei2 cenderamata. Aku jarang2 beli cenderamata sebenarnya. Lebih kepada kurang sebenarnye. Kemudian, kami singgah minum di cafe. Cafe sini agak meriah disebabkan kedudukan hampir dengan jeti dan berdekatan pantai. Seperti biasa, penuh dengan pelancong. Balik, kami singggah semula di restoran biasa kami makan untuk setelkan kamera. Aku singgah sebentar untuk caj hp aku yang asyik demam. Mujur ada pengecas lebihan untuk aku pakai. Ni sebenarnye kena bayar sewa pakai ni, kata abang dreadlock. Aku iyekan aje. Haha. Aku ternampak iPod comel yang sedang bertugas. Yang aku musykil, sejak bila iPod ni nampak bulky. Agaknya zaman2 pengenalan iPod aku rasa ni. 

Pagi. Pulang barang2 snorkelling dan ucapkan selamat tinggal kepada kakitangan chalet tempat kami tinggal. Padahal, aku nampak cuma tiga je kakitangan je ni.Sarapan kuew tiau kicap sambil menunggu bot kami datang. Semua belum bangun kecuali abang Long yang menyambut kami untuk bersarapan. Kelihatan abang kembar Faizal Hussein baru tiba untuk mengemas2 restoran. Abang Chik bangun tidur dengan bertuala tersangkut hendak ke restoran kemudian pulang balik. Mungkin sambung tidur balik. Abang Long melawa kami untuk sambung satu hari lagik tapi apakan aku daya aku bekerja dengan orang. Untung kepada kawan aku berdua itu manakala kalau aku kena beralasan MC gayenye. Sambil2 aku meninjau dari jauh kalau2 bot sudah sampai. Nampak sangat rupe malas nak balik ni. Haha. 

Setelah mengucapkan selamat tinggal, kami bergerak ke jeti untuk menunggu bot. Yang tiba rupanya feri bukannya bot. Feri ini agak selesa dari feri Langkawi yang aku pernah naik dulu. Feri ni singgah ke pekan Tioman untuk mengambil penumpang sehingga kelihatan penuh keadaan dalam feri tu. Kami keluar jugak mengambil angin di luar. Angin jangan cakap, agak kuat jugak sambil kedengaran ombak2 yang menderu di belakang kami. Kelihatan Pulau Tioman semakin jauh ditinggalkan. Para penumpang keluar masuk di belakang feri barangkali untuk mengambil angin sambil bersembang, merokok sambil bersembang atau diam melayan jiwa sengsara.

Sesampainya kami di jeti Mersing, kawan aku berdua terus membeli tiket untuk pulang ke KL dan di situ kami berpisah. Diorang ajak jugak aku makan tengah hari bersama tapi aku terpaksa pulang cepat disebabkan aku kena naik bas henti2 ni. Itu belum masuk waktu menunggu bas hendak gerak lagik. Hampir sejam jugak aku menunggu sebelum bas mula bergerak. Kali ini banyak pakcik makcik yang naik bas. Aku memikirkan apa salahnya buatkan air cond atau ganti bas baru untuk orang2 tua ni. Maklumlah orang kampung saja yang naik, kau pandang loco saja. Kedekut saja kampeni bas ni. Terlelap jugak dalam bas ini sambil bas bergerak menuju ke Kota Tinggi,persinggahan yang terakhir. Naik bas lagik hingga ke Ulu Tiram. Macam waktu aku balik keje saje bila sampai di Tiram. Heh.

Balik ini aku bawa satu lagik pengalaman dan jugak selaran matahari aku. Terima kasih kepada kawan aku Mai dan Mas kerana mengajak aku bercuti bersama. Maaf, kalau terdapat kekurangan pada diri aku. Not much a talker myself. Kerja aku skang masih memberi keserabutan kepada otak aku. Otak masih struggle untuk bertenang. Dan bercuti ini sedikit sebanyak memberi aku escapism sebentar untuk menenangkan diri sendiri. Terima kasih jugak kakitangan chalet dan restoran atas keramahan anda. Aku ingat nak buat mixcd bila mengingatkan diorang rajin bukak lagu tapi malas pulak aku. Dahla nak pos ke pulau pulak. Haha.

Bila dipikirkan balik, duduk di pulau ni menenangkan selagi anda tak rindu pada daratan.

*Aku saja letak nama gelaran tanpa nama ni sebenarnya. Haha.*


Tuesday, May 26, 2015

Dive/I Feel Strange

People said, don't dive too deep or too long, then you'll be out of breath. Or you could be drowning.

Last these few weeks, I got a constant feeling. Feel weird, strange. People around me, become foreign. People I know become stranger. Talking to my ex classmate, my ex worker feel awkward. I think myself, maybe I've burn out or exhausted. Maybe I'm thinking too much.

They said, don't think too much. And that's became my problem.

Since I was in high school and then, going to boarding school, I'm not quite mix up with other people. I am able to but with small people and not the entire time. Not that I don't like surrounded people too much and but then, I become exhausted. And it just me like being quiet. I don't make up all of this. I'm not bragging this thing. This is what I am. People said, change. When people said you need to change, they don't understand. Of course, there is certain part that need to change. Everyone in some, certain need to change because we are not perfect. Allah make everyone of us is different is for us to learn. The part that need to change is what part that need to survive. Another part is make who you are. Everyone is not the same, that's the distinction.

Had become an INFP is not easy. And make up that to how much is that? 2% or 4% of the human population as the research said. Yeah, probably most of the people don't agree or don't believe in this what-16-personality thing. Who care about it?To use for what? They might think that doesn't impact on themselves, in what they do. But for me, if you take time to reflect yourselves, to understand yourselves then might be easy to you for less not hurting other people.

I was a science student before and now, feel right now like deviated to the arts. It had surprise me for some time. Because I feel like it understand me well.People said study science but right now and my friend had said to me, art people make more money than science. Nowadays, as we realised the science people are rule by the art people. The one thing that we need to realised that we quite biased to art. A secondary class. We think art and science are individual. But it was actually related to each other, when it is come to best to combine it.

During my lower secondary school, I can even study with the music/tv on. I remember watching the Billboard, watching drama at Channel 5 Singapore or in the morning, and when NTV 7 channel only start in the afternoon, and there was music clip on that I always see. But when I went to boarding school, was just surrounded with people but could not concentrate my study. I was struggling. The only thing in my mind, just survive. Just survive.

When people said do that, change that, it make me feel that to be the one who is misunderstood and weak. Sometimes, you need to stop for a moment and notice. Like Ferris Bueller's Day off said, life moves pretty fast. If you don't stop and look around for a while you could miss it.

Nah, you don't believe that. Don't waste our time,right?

*As I was writing this, I just wanted to clear my mind. It was just travelling all around in my head and I need to get it out. If not then, I'll be looking like a crazy person talking myself. I'm sorry when sometime I was rambling in the group whatsapp. The head, the hand and the mouth might be not aligned when doing the talk*

Tuesday, April 7, 2015

The Moon Dance Alone Tonight

Walking in the night
It was dark but not dark
Day was gone as usual
Same or great or unwell
How are you moon?
Well, you are the star of the star tonight
Yet, you are so lonely
Missing the sun but still the moon too
Moon was moving but more dancing around
The wind was not too strong
Quiet and still
Dreamy and unaware
No cloud but it was over the moon
Who you have there?
Is it a friend?
Just a fine one
An uncountable stars in the background
Just like standing in the crowd
It was fill but feels alone
Just like the moon dance alone tonight

Perihal Digital Bunyi Di Malam Hari

Download RAR album.

Rupenye FLAC. Tak tengok dulu main download saja.

iTunes tak main FLAC.

Convert kepada ALAC.

Carik software. Kena tengok ada yang tak main iPod.

Internet guna USB tether.

Download software tak lepas.

Convert tak stabil.

Kejap2 padam. Kejap2 padam.

Nak salahkan duduk umah dalam2?

Sekarang aku pening.

Dugaan. Aku tabah.