“Alamak,
aku dah lambat ni” kata Joni.
Dicapainya
baju 3 butang lengan yang bersangkut di kerusi. Joni cepat2 mencapai kunci
motornya yang terletak berdekatan dengan segala kotak2 yang mengeluarkan gambar
dan bunyian. Bermacam saiz kotak, besar kecik, besar kecik.
Pangggg!!!!
“Aduh”
Joni duduk meraba ibu jari kaki.
Terlentang
cello di sebelah gerobok vinyl Abah.
“Mak,
Mak punya cello ni, Joni rasa boleh alih tempat lain. Hari itu Tompok main cak
cak dengan Shin Chan. Hari ini kaki Joni lebam Mak. Hahaha” Joni beritahu
sambil gelak-gelak.
“Saja
Mak letak situ. Tengok kau tolong alih ke tidak. Hahaha” gelak Mak pulak.
“Jangan
lupa tutup kain sangkar si Comot tu. Kang sejuk anak-anak dia.” sambung Mak.
“Ok,
Joni pergi dulu Mak”
“Joni,
ingat pesan Mak ya,”
Deruan
motorsikal Joni membelah suasana malam. Aku mesti jadi gentleman. Aku
mesti kena sampai dulu,” bisik Joni dalam hati.
Sesampainya
di café, Joni pesan air masak. Sebelum makan, kena minum air masak dulu kan?
Air
di dalam gelas Joni belum sampai dan dia sampai. Joni hampir tidak sedar dia
sekarang berada di depan mata.
“
Assalamualaikum” ucapnya.
“
Walaikumussalam” jawab Joni.
Usai
dia duduk, 30 detik berlalu. Tik tik tik.
Joni
merenung pada mata coklatnya, “Kita order dulu, boleh?”
Joni
melambai pada pelayan.
Skret.
Skret. Skret. Pelayan menulis pada nota kecik dan mengulang semula orderannya.
“So,
tell me who you are” tanyanya
“Saya
kerja editor,” kata Joni
“Tell
me who you are,really” tanya dia sambil tersenyum.
“Saya
tahu awak mesti seorang editor yang rajin walaupun yang kadang-kadang awak
benci
dengan kerja awak disebabkan senior editor yang no-nonsense, manager yang
merepek,
colleague yang kepoh dan customer yang kuat komplen. Tapi dalam hati
awak, awak cuba yang terbaik sebagai editor. Itu tidak dinafikan. Kita semua
akan cuba yang terbaik. We are not a psychopath who try to ruin the company
unless you hold a grudge to them. You maybe a dedicated engineer, lawyer,
surgeon, teacher but you are not your job. You are bigger than your life,“
dia bercerita.
“I am
anarchist who loved cats and like doing sculpture and vintage sidecar
enthusiast”.
Joni
semacam menarik lega selepas menghembus kata2 itu.
Dia
tersenyum lagi.
Dan 2
jam berlalu dengan pantas.
Kedengaran
lagu I Can’t Get Started nyanyian Ella Fitzgerald mula memenuhi suasana Café
Bouchon.